Renungan

Tuesday, June 30, 2009

Siapakah Al-Ashairah

Segala Puji hanya bagi Allah s.w.t. yang empunya sekalian alam, selawat dan salam sebanyaknya kepada baginda Nabi s.a.w. , junjungan dan kekasih kita, Sungguh musibah terbesar yang melanda umat adalah kewafatan Nabi s.a.w. ....kepada Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang tercinta ...dan mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah ,selamatkan umat ini, kasihani umat in, ampuni umat ini....Amin Ya Rabbal A'lamin.

Amma Ba'du,

Allah taala berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ ءاَمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى المُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللهِ وَلا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui”. [Surah al-Ma’idah, ayat 54].

Al-Hafiz Ibn ^Asakir meriwayatkan dalam kitabnya Tabyin Kadhibil-Muftari dan al-Hakim meriwayatkan dalam kitabnya al-Mustadrak sebab turun ayat di atas:
لما نزلت: {فسوف يأتي الله بقوم يحبهم ويحبونه} قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (هم قومك يا أبا موسى) وأومأ رسول الله صلى الله عليه وسلم بيده إلى أبي موسى الأشعري. اهـ
Maksudnya: “Tatkala ayat {فسوف يأتي الله بقوم يحبهم ويحبونه} turun, lalu Rasulullah sallaLlahhu ^alayhi wa-sallam bersabda: “Mereka kaummu wahai Abu Musa”, dan Rasulullah sallaLlahhu ^alayhi wa-sallam menunjukkan dengan tangan baginda kepada Abu Musa al-Asha^ari”. Intaha.

Al-Hakim menghukumkan hadis di atas sebagai hadis sahih ^ala shart Muslim. Hadis di atas juga diriwayatkan oleh al-Tabari dalam kitab tafsirnya, Ibn Abi Hatim, Ibn Sa^d dalam kitabnya al-Tabaqat al-Kubra dan al-Tabrani dalam kitab al-Mu^jamul-Kabir. Al-Hafiz al-Haythami berkata dalam kitabnya Mujma^uz-Zawa’id bahawa rijal hadis tersebut rijalus-sahih.

Al-Imam al-Qurtubi berkata dalam kitab tafsirnya: “Al-Qushayri berkata: “Maka para pengikut Abul-Hasan al-Ash^ari adalah sebahagian kaumnya kerana setiap tempat yang disandarkan di dalamnya oleh suatu kaum kepada seseorang nabi maka maksudnya ialah para pengikut”. Intaha.Berkaitan dengan hadis yang semakna dengan hadis di atas iaitu dengan lafaz (هم قوم هذا) yang mafhumnya: “Mereka adalah kaum lelaki ini” sambil Nabi sallaLlahu ^alayhi wa-sallam mengisyarat tangannya kepada Abu Musa al-Ash^ari."

al-Hafiz Ibn ^Asakir berkata dalam kitabnya Tabyin Kadhibil-Muftari: “Dan maklum dengan dalil-dalil akal dan bukti-bukti usul bahawa seorang pun daripada anak-anak Abu Musa tidak ada yang dapat menyanggah golongan sesat dan tidak ada yang dapat menolak kekeliruan golongan bid^ah dan sesat dengan hujah-hujah yang ampuh daripada kitab al-Quran dan al-Sunnah dan dengan dalil-dalil yang mantap daripada ijmak dan qiyas melainkan al-Imam Abul-Hasan al-Ash^ari radiyaLlahu ^anhu. Maka beliau telah berjihad melawan musuh-musuh kebenaran, menghentam mereka, memecahkan kata-kata mereka dan menghancurkan kesatuan mereka dengan hujah-hujah akal yang ampuh dan dalil-dalil sam^iyyah (al-Quran dan al-Sunnah) yang mantap”. Intaha.

Al-Hafiz Ibn ^Asakir menyebut di dalam kitabnya Tabyin Kadhibil-Muftari bahawa al-Hafiz al-Bayhaqi berkata: “Dan itu oleh kerana ada kelebihan yang besar dan kedudukan yang mulia al-Imam Abul-Hasan al-Ash^ari radiyaLlahu ^unhu di dalamnya, maka beliau daripada kalangan Abu Musa dan anak-anaknya yang dikurniakan ilmu dan dianugerahkan kefahaman secara khusus daripada kalangan mereka dengan membela sunnah dan menghentam bidaah dengan menzahirkan hujah dan menyanggah kekeliruan”. Intaha.

-Imam al-Bukhari menyebut satu judul bab dalam kitabnya Sahih al-Bukhari:
باب قدوم الأشعريين وأهل اليمن وقال أبو موسى عن النبي صلى الله عليه وسلم هم منّي وأنا منهم
Maksudnya: “Bab Kedatangan al-Ash^ariyyun Dan Orang Yaman Dan Abu Musa Berkata Daripada Nabi SallaLlahu ^Alayhi Wa-Sallam: “Mereka Daripadaku Dan Aku Daripada Mereka””.

Tatkala ayat di atas diturunkan lalu sebaik sahaja selepas itu beberapa puak daripada kalangan al-Ash^ariyyun dan beberapa qabilah Yaman muncul.

Sebenarnya al-Imam al-Bukhari telahpun meriwayatkan dalam kitabnya Sahih al-Bukhari daripada Abu Hurayrah radiyaLlahu ^anhu daripada Nabi sallaLlahu ^alayhi wa-sallam bersabda:
أتاكم أهل اليمن هم أرقّ أفئدةً وألين قلوبًا الإيمان يمان والحكمة يمانية
Mafhumnya: “Orang Yaman telah datang kepada kamu, mereka amat halus jiwa dan sangat lembut hatinya. Iman adalah Yaman dan hikmah adalah Yamaniyyah”.Al-Imam al-Bukhari telah meriwayatkan dalam kitabnya Sahih al-Bukhari daripada ^Imran ibn al-Hasin bahawa Nabi telah didatangi oleh segolongan manusia daripada kalangan Bani Tamim, lalu baginda bersabda: (اقبلوا البشرى يا بني تميم) mafhumnya: “Terimalah berita gembira wahai bani Tamim!”. Kemudian, mereka berkata: “Engkau telah memberi berita gembira kepada kami, maka berikanlah kepada kami (habuan dunia) dua kali", lalu wajah baginda berubah - kerana dukacita ke atas mereka bagaimana mereka mengutamakan dunia -. Kemudian, baginda didatangi segolongan manusia daripada kalangan orang Yaman, lalu baginda bersabda: (يا أهل اليمن اقبلوا البشرى إذ لم يقبلها بنو تميم) mafhumnya: “Wahai orang Yaman! Terimalah berita gembIra kerana Bani Tamim belum menerimanya”. Kemudian, mereka berkata: “Sesungguhnya kami telah terima wahai RasulaLlah, kami datang kepadamu agar kami dapat mendalami agama dan supaya kami bertanya kepadamu tentang perkara yang pertama yang wujud", lalu baginda bersabda: (كان الله ولم يكن شيء غيره...) mafhumnya: “Allah ada (azali) dan sesuatu selain-Nya belum ada…”.

Maksud hadis ini ialah Allah ada azali, dan suatu tempat pun tidak ada, suatu masa pun tidak ada, suatu arah pun tidak ada, suatu arasy pun tidak ada, suatu langit pun tidak ada, suatu benda pun tidak ada, gerakan pun tidak ada, suatu diam pun tidak ada, suatu gelap pun tidak ada, suatu cahaya pun tidak ada, suatu makhluk pun tidak ada, kemudian Allah mencipta tempat, masa, arah, arasy dan sekalian makhluk. Selepas penciptaan makhluk Allah sentiasa sebagaimana azali, iaitu Dia ada tanpa bagaimana, tanpa suatu tempat dan tanpa suatu arah.Aqidah inilah yang dipelajari dan diajar oleh ratusan juta orang daripada kalangan orang Islam sama ada salaf dan khalaf di timur dan di barat, Hal ini disaksikan oleh realiti yang dapat dilihat dan disaksikan oleh pancaindera. Sudah cukup bagi menerang hakikat ini ialah keadaan para sahabat, tabi^in, para atba^ut-tabi^in (as-salafus-salih), sesiapa sahaja yang mengikut mereka dengan ihsan di atas aqidah ini. Antara yang mengikut mereka dengan ihsan ialah para ulama al-Ash^ariyyun atau disebut al-Asha^irah yang terdiri daripada kalangan ulama ahli hadis, ulama ahli kalam, ulama ahli tafsir, ulama ahli sufi, ulama ahli bahasa, ulama ahli sejarah, ulama ahli fiqh, ulama ahli tajdid, dan juga daripada kalangan pemerintah atau sultan. Mereka amat berjasa dalam menyebarkan Islam ke seluruh dunia termasuk rantau Nusantara ini. Bahkan, ilmu-ilmu Islam yang sampai kepada kita pada hari ini kebanyakannya adalah hasil jasa dan budi mereka dari kalangan para ulama al-Asha^irah. Oleh itu, kebanyakan ilmu Islam pada hari ini adalah melalui sanad ulama al-Asha^irah. Barangsiapa yang cuba menyisihkan ulama al-Asha^irah dari al-Firqatun-Najiyah (golongan selamat) Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah, maka dia telah mencampakkan susur galur ilmu Islam. Hal ini akan menyebabkan generasi yang mendatang akan meragui dan mempertikaikan kesahihan ilmu Islam termasuk al-Quran dan al-Sunnah… Seterusnya generasi yang terkemudian akan melaknat generasi yang terdahulu.Al-Hafiz Ibn ^Asakir telah meriwayatkan dalam kitab Tabyin Kadhibil-Muftari daripada Jabir, dia berkata: RasuluLlah sallaLlhu ^alayhi wa-sallam bersabda:
إذا لَعَنَ آخِرُ هذه الأُمَّةِ أَوَّلَهَا فَمَن كَانَ عِندَهُ عِلْمٌ فَلْيُظْهِرْهُ فَإِنَّ كَاتِمَ الْعِلْمِ يَوْمَئِذٍ كَكَاتِمِ مَا أُنزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ
Mafhumnya: “Apabila orang yang terkemudian daripada kalangan umat ini melaknat orang yang awal mereka, maka sesiapa yang ada ilmu hendaklah menzahirkan (iaitu membuktikan penyelewengan pelaknat dan kebenaran orang dilaknat) kerana sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu ketika itu seperti orang menyembunyikan wahyu yang telah diturunkan ke atas Nabi Muhammad”. [Lafaz hadis di atas menurut riwayat al-Hafiz Ibn ^Asakir daripada al-Sulami].

Artikel ini dikarang akan dia oleh Al-Fadhil Ustaz Abu Nur..Semoga Allah membalas beliau dengan kebaikan.

Selawat dan Salam moga dilimpahkan Allah atas junjungan besar kita, Sayyidina Muhammad s.a.w. beserta Ahlulbayt dan para sahabat baginda r.anhum.

Segala puji hanya bagi Allah , tempat bergantungnya sekalian makhluk. Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah Maha Mengetahui....

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Al-Ashairah , pemimpin, pembela umat islam


Segala puji bagi Allah, tuhan empunya sekalian alam, Tiada berhajat kepada selainNYa malah SelainNya lah yang berhajat kepadaNya. Selawat dan salam kepada junjungan kita Sayyidina Muhammad s.a.w. beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang mulia dan suci. Dan mereka yang mengikut mereka itu hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati kami, Kasihani kami....Amin


Amma Ba'du,


Adapun kemudian dari itu faqir yang serba kekurangan ini ingin mengutarakan isu Al-Ashairah. Faqir sedikit merasa sedih kerana di kalangan umat ini ramai yang tidak megetahui akan Al-Ashairah terutama yang aktif dalam gerakan agama. Apa itu Ashairah,? mengapa tak pakai Islam sajer?...persoalan ini menggambarkan si penanya ini tidak mengetahui sejarah Islam itu sendiri, lantas mempertikaikan Ashairah padahal tidak mengetahui dengan jelas dan berpegang kepada "sheikh internet" yang Syaz . Faqir melihatkan dewasa ini, pelajaran tauhid kurang mendapat tempat. Sehingga ramai di kalangan kita sendiri tidak dapat membezakan mana satu akidah yang benar dan sesat. Ketahuilah Khawarij pun mengaku Islam , dan banyak lagi fahaman sesat yg bertopengkan islam muncul di saat kerosakan umat akhir zaman. Alangkah bahayanya akidah kita sekiranya kita tidak mengetahui perbezaan Ahli Sunnah wal Jama'ah dengan fahaman yang lain. Ya allah...terangkan kepada kami jalan kebenaran...malapkan pada kami jalan kesesatan....Amin




Al-Imam Abul-Hasan al-Ash^ari dan para pendokong atau pengikut beliau yang digelar al-Ash^ariyyun atau al-Asha^irah mempunyai jasa besar dalam membersihkan umat Islam dari kekotoran aqidah ahli bidaah seperti aqidah al-Mu^tazilah, al-Jahmiyyah, al-Mujassimah dan al-Mushabbihah. Bahkan, kebanyakan para pendokong, pemimpin ilmu Islam dan pembela Islam adalah dari kalangan al-Asha^irah, sedangkan golongan mempertikaikan mereka ini tidak pun mencapai separas buku lali mereka sejak berzaman sehingga kini dari segi ilmu, warak, taqwa dan jasa.Antara ulama al-Asha^irah ialah daripada kalangan ulama hadis yang sampai ke tahap al-Hafiz yang menjadi pemimpin dalam ilmu hadis seperti al-Imam al-Hafiz al-Hujjah al-Faqih Shaykhul-Muhaddithin Abu Bakr al-Jurjani al-Isma^ili (penyusun al-Mustakhraj ^alal-Bukhari), al-Imam al-Kabir al-Hafiz al-Faqih al-Usuli Abu Bakr al-Bayhaqi, al-Hafiz Ibn ^Asakir (yang disifatkan sebagai tokoh yang utama daripada kalangan al-muhaddithin di Sham pada zamannya), Amirul-Mu’minin fil-Hadith al-Hafiz Ahmad ibn Hajar al-Asqalani, al-Hafiz Abu Nu^aym al-Asbahani, al-Hafiz al-Daraqutni, al-Hafiz al-Khatib al-Baghdadi, al-Hafiz al-Silafi, al-Hafiz al-Nawawi, al-Hafiz Ibn Daqiqil-^Id, al-Hafiz Qadil-Qudah Taqiyyud-Din al-Subki, al-Hafiz al-^Ala’i, al-Hafiz Zaynud-Din al-^Iraqi, al-Hafiz Waliyyud-Din al-^Iraqi, al-Hafiz al-Lughawi al-Sayyid Muhammad Murtada al-Zabidi, Muhaddith al-Diyaril-Maghbiyyah al-Hafiz al-Mujtahid al-Sayyid Ahmad ibn Siddiq al-Ghummari dan ramai lagi.Selain itu, antara ulama al-Asha^irah lain yang amat berjasa kepada umat Islam ialah Mujaddid Kurun Keempat Hijriah al-Imam Abut-Tayyib Sahl ibn Muhammad, al-Shaykh Abu Muhammad al-Juwayni, al-Shaykh Abul-Ma^ali Imamul-Haramayn, al-Imam Abu Mansur ^Abdul-Qahir a l-Baghdadi, al-Ustadh Abul-Qasim al-Qushayri, al-Shaykh Abu Ishaq al-Shirazi, al-Imam Abu Bakr al-Baqillani, Shaykhul-Mutakallimin al-Imam Abu Bakr ibn Furak, al-^Arif biLlah al-Imam al-Sayyid ^Abdul-Qadir al-Jilani, al-^Arif biLlah al-Imam al-Sayyid Ahmad al-Rifa^i, Shaykhul-Islam wa-Sultanul-^Ulama’ al-^Izz ^Abdul-^Aziz ibn ^Abdis-Salam, al-^Arif biLlah, al-Imam al-Ghazali, Abul-Wafa’ Ibn Aqil al-Hanbali, Qadil-Qudah al-Damighi al-Hanafi, Abul-Walid al-Baji al-Maliki, al-Qadi ^Iyad, al-Imam Fakhrud-Din al-Razi, Abu ^Amr ibn al-Hajib al-Maliki, ^Ala’ud-Dun al-Baji, al-Shaykh Zakariyya al-Ansari, al-Shaykh Baha’ud-Din al-Rawwas al-Sufi, al-^Arif biLlah Qutubud-Da^wah wal-Irshad al-Habib al-Sayyid ^Abdullah ibn ^Alawi al-Haddad, Mufti al-Shafi^iyyah bi-Makkah al-Sayyid Ahmad Zayni Dahlan, Musnidil-Hind WaliyyuLlah al-Dihlawi, Mufti Misr al-Shaykh Muhammad ^Illish al-Maliki, Shaykhul-Jami^il-Azhar ^Abdullah al-Sharqawi, al-Shaykh Abul-Hasan al-Qawuqji, al-Shaykh Husayn al-Jisr al-Tarabulusi, al-Shaykh ^Abdul-Basit al-Fakhuri Mufti Bayrut, al-Shaykh Muhammad Arshad al-Banjari, al-Shaykh Dawud ibn ^Abdullah al-Fatani, al-Shaykh Zaynul-^Abidin al-Fatani Ra’is ^Ulama’il-Hijaz al-Shaykh Muhammad Nawawi al-Bantani al-Jawi, al-Shaykh al-Adib Wan Ahmad al-Fatani, al-Shaykh Muhammad Mukhtar ibn ^Utarid al-Buquri, Muhaddith al-Diyarish-Shamiyyah al-Akbar al-Shaykh al-Sharif Badrud-din al-Hasani, al-^Allamah al-Habib al-Sayyid ^Alawi ibn Tahir al-Haddad al-Hadrami Mufti Johor, al-Musnid al-Habib Abul-Ashbal Salim ibn Jindan al-Indunisi, al-^Alimul-^Allamah al-Sayyid ^Alawi ibn ^Abbas al-Maliki, al-Muhaddith al-Shaykh Muhammad ^Arabi al-Tabbani, Musnidud-Dunya Muhammad Yasin al-Fadani, al-^Alimul-^Allamah al-Shaykh Tuan Guru al-Haj ^Abdullah Lubuk Tapah al-Kalantani, Muhaddith al-Diyarish-Shamiyyah aw Khalifatish-Shaykh Badrud-Din al-Shaykh ^Abdullah al-Harari dan ramai lagi.Selain itu, di kalangan al-Asha^irah dan al-Maturidiyyah ada yang membela Islam dan umat Islam melalui kuasa pemerintahan seperti al-Sultanul-^Adil al-Mujahid Salahud-Din al-Ayyubi, al-Sultan Muzaffarud-Din Kukabri, al-Sultan Qalawun dan al-Sultan Muhammad al-Thani al-Fatih dan lain-lain lagi.Sebenarnya, saya tidak bermaksud dengan senarai di atas untuk menjumlahkan kesemua al-Asha^irah dan al-Maturidiyyah! Siapakah yang mampu menghitung semua bintang di langit atau siapakah yang tahu bilangan pasir di gurun melainkan Allah?!. Demikianlah betapa ramainya al-Asha^irah dan al-Maturidiyyah… al-Asha^irah dan al-Maturidiyyah adalah Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah golongan yang selamat!! Merekalah yang amat berjasa menyebarkan Islam ke seluruh dunia, di seluruh pelusuk benua dan kepulauan, di timur dan barat, di utara dan selatan sehingga majoriti umat Islam terdiri daripada al-Asha^irah dan al-Maturidiyyah!Namun hairan, di sana ada suara-suara janggal yang melempar pelbagai tuduhan dan kejian terhadap al-Asha^irah dan metode pengajian aqidah tauhid mereka. Suara-suara liar itu menuduh bahawa al-Asha^irah bukanlah Ahlus-Sunnah, bahkan ada yang mengkafirkan mereka atau menggolongkan mereka ke dalam puak al-Mu^attilah semata-mata menyerahkan makna nusus mutashabihat kepada Allah dan Rasulullah. Ada yang mendakwa bahawa metode pengajian tauhid secara ilmu kalam yang didokong oleh al-Asha^irah dan al-Maturidiyyah (sifat 20 atau sifat 13) itu memundurkan umat Islam, tidak menggerunkan musuh Islam, dan menyusahkan, berbelit-belit, mengelirukan atau memeningkan kepala. Suara-suara pelik ini sebenarnya dimomokkan oleh golongan al-Wahhabiyyah yang menggelarkan diri mereka sebagai Salafiyyah. Sedangkan, tokoh rujukan utama mereka sendiri Ibn Taymiyah al-Harrani telah mengiktiraf jasa al-Asha^irah dalam ilmu usulud-din dengan mensifatkan mereka sebagai para pembantu usulud-din (sila lihat Fatawa Ibn Taymiyah, juz. 4).Bagaima mungkin majoriti umat Islam ini boleh dihukumkan sebagai kafir al-Mu^attilah (golongan yang menafikan sifat-sifat Allah atau menafikan kewujudan Allah) atau golongan sesat?


Sedangkan Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa-sallam telah menyatakan bahawa kebanyakan umat baginda tidak tidak sesat dan inilah antara keistimewaan umat ini sebagaimana sabda baginda:
إن الله لا يجمع أمتي على ضلالة
Mafhumnya: “Sesungguhnya Allah tidak mengumpulkan umatku di atas suatu kesesatan” [Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dalam Sunan al-Tirmidhi, Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ahmad dalam Musnad Ahmad].


Menurut riwayat Ibn Majah ada suatu tambahan:
فإذا رأيتم اختلافًا فعليكم بالسواد الأعظم
Mafhumnya: “Maka jika kamu melihat suatu perselisihan, maka kamu hendaklah bersama kumpulan yang paling besar”.Hadis di atas disokong atau dikuatkan oleh hadis mawquf ke atas Abu Mas^ud al-Badri, iaitu:
وعليكم بالجماعة فإن الله لا يجمع هذه الأمة على ضلالة
Mafhumnya: “Dan kamu hendaklah bersama kumpulan kerana sesungguhnya Allah tidak mengumpulkan umat ini di atas suatu kesesatan” [Diriwayatkan oleh Ibn Abi ^Asim dalam al-Sunnah. Al-Hafiz Ibn Hajar di dalam kitabnya Muwafaqatul-Khabar al-Khabar berkata: “Isnadnya hasan”].


Hadis di atas juga disokong oleh hadis mawquf ke atas ^Abdullah ibn Mas^ud dan hadis ini thabit daripada beliau:
ما رءاه المسلمون حسنًا فهو عند الله حسن وما رءاه المسلمون قبيحًا فهو عند الله قبيح
Mafhumnya: “Suatu yang dipandang oleh orang-orang Islam sebagai baik maka perkara itu baik di sisi Allah, dan suatu yang dipandang oleh orang-orang Islam sebagai buruk maka perkara itu buruk di sisi Allah” [Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnad Ahmad dan lihat Kashful-Astar ^an Zawa’idil-Bazzar oleh al-Hafiz al-Haythami. Al-Hafiz Ibn Hajar di dalam kitabnya Muwafaqatul-Khabar al-Khabar berkata: “(Hadis) ini mawquf hasan”].Sesungguhnya pernyataan bahawa kebanyakan atau majoriti umat ini terpelihara dari kesesatan tidak menafikan hadis sahih ini, iaitu sabda Nabi sallaLlahu ^alayhi wa-sallam:
لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق حتى تقوم الساعة
Mafhumnya: “Satu golongan daripada umatku sentiasa zahir di atas kebenaran sehingga Kiamat berlaku” [Diriwayatkan oleh al-Hakim dalam kitabnya al-Mustadrak].Sabdaan Nabi sallaLlahu ^alayhi wa-sallam ini bermaksud bahawa di kalangan umat baginda ada segolongan yang berpegang teguh dengan agama Islam secara sempurna, dan ini tanpa ragu bahawa golongan yang berpegang teguh dengan agama secara sempurna adalah kaum minoriti. Meskipun begitu, hadis tersebut tidaklah bermaksud bahawa kebanyakan orang Islam dalam keadaan sesat dari sudut aqidah sehingga keluar dari agama Islam sebagaimana yang didakwa secara terang-terangan oleh puak al-Wahhabiyyah dan golongan yang seumpama mereka.
Selain itu, sabdaan Nabi sallaLahu ^alayhi wa-sallam itu juga mengisyaratkan kepada kita bahawa ilmu serta perjuangan Islam akan sentiasa berkesinambungan dari satu generasi ke satu generasi sedari zaman penurunan wahyu ketika hayat Nabi Muhammad sallaLlahu alayhi wa-sallam hingga hari terakhir yang dikehendaki Allah untuk umat Islam. Fitnah al-Wahhabiyyah ke atas Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah al-Asha^irah dan al-Maturidiyyah boleh dianggap sebagai satu usaha dakyah mereka untuk memutuskan kesinambungan kebenaran Islam sebagaimana yang dimaksudkan oleh hadis tersebut. WaLlahu a^lam…

Kepentingan Ulama dan Ilmu Pengetahuan


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian alam, Selawat dan Salam moga dilimpahkan Allah kepada Junjungan kita Sayyidina Muhammad s.a.w. beserta Ahlulbayt dan para sahabat baginda r.anhum yang suci lagi mulia. Dan mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat....Ya Allah Ampuni kami, Rahmati kami, Kasihanilah kami.....Amin


Amma Ba'du,


Adapun kemudian daripada itu , Faqir yang serba kekurangan ini hendak berkongsi dengan pengunjung yang mulia mengenai artikel Kepentingan Ulama dan Ilmu Pengetahuan yang dikarang akan dia oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Rashidi (buluh.iluvislam.com) Semoga Allah membalas beliau dengan kebaikan.


KEPENTINGAN ULAMA DAN ILMU PENGETAHUAN


Semenjak kebelakangan ini kedengaran suara-suara sumbang dari pelbagai pihak yang cuba untuk menidakkan keilmuan dan keagungan para ulama Islam. Ada di antara mereka ini berkata para ulama bukannya maksum seperti Rasulullah S.A.W. Jadi tidak perlulah untuk mengikut tunjuk ajar dari para ulama ini untuk memahami dan menjalani urusan agama Islam. Boleh sahaja untuk mengambil terus dalil-dalil daripada al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. dengan kefahaman sendiri. Adakah tindakan dan pendapat seperti ini bertepatan dengan Islam itu sendiri?



Firman Allah Taala bermaksud:
Maka hendaklah kamu bertanya ahli zikir (ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya.(Surah al-Nahl: ayat 43).



Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.
(Riwayat Ahmad, Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah).



Perkataan ulama merupakan kata jamak dari kata dasar alim iaitu seseorang yang sangat berilmu pengetahuan. Secara umunya ulama Islam adalah orang yang menguasai dan mengamalkan ilmu-ilmu Allah Taala secara mendalam serta ikhlas dan mereka memiliki akhlak yang amat terpuji. Mereka mampu menyingkap dan memahami dalil-dalil dari al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. dengan sempurna. Sedangkan jika hendak dibandingkan kefahaman masyarakat awam untuk memahami dalil-dalil sudah tentulah mereka tidak berupaya sama sekali seperti keupayaan para ulama ini dalam memahami dalil-dalil. Kita juga tidak menafikan kadang-kala para ulama tetap tersalah di dalam ijtihad mereka tetapi amatlah sedikit kesalahan mereka itu. Para ulama yang sebenar tidak akan mengeluarkan sesuatu hukum agama mengikut hawa nafsu mereka semata-mata kerana mereka adalah golongan yang paling takut kepada kepada Allah Taala.



Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya hanyalah ulama.
(Surah Faathir: Ayat 28).



Adalah sangat perlu dibezakan di antara mereka yang disebutkan sebagai ulama dan di antara mereka yang digolongkan sebagai penuntut-penuntut ilmu serta orang awam. Perbuatan bermudah-mudah dalam mengeluarkan sesuatu hukum-hakam agama berdasarkan dalil-dalil mengikut kefahaman akal fikiran sendiri oleh sebahagian masyarakat awam pada masa kini amatlah membimbangkan. Jika perkara seperti ini berterusan dari semasa ke semasa dan tidak dibendung dari sekarang ini maka sudah pastilah kesucian dan kemurnian syariat Islam itu akan tercemar. Memperkatakan sesuatu hukum tanpa ilmu pengetahuan yang cukup amatlah ditegah oleh Islam.



Firman Allah Taala bermaksud:
Dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak ketahui.
(Surah al-Aaraf: Ayat 33).



Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk menuntut ilmu dan bertanya sejak dari buaian hingga ke liang lahad. Bertanyakan hukum-hakam Islam dari para ulama bukanlah bermakna Islam melarang umatnya untuk terus berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Namun perihal agama mestilah diserahkan kepada ahlinya (para ulama) di atas kelayakkan yang mereka perolehi itu. Kita juga disarankan agar terus belajar dan menuntut ilmu supaya suatu hari nanti kita bakal menjadi alim dan dapat membantu masyarakat Islam dalam menyelesaikan sebarang persoalan yang timbul. Kesimpulan kecil yang boleh kita katakan di sini ialah: Masyarakat awam yang tidak mempunyai ilmu yang cukup tidaklah dibenarkan sama sekali untuk mengeluarkan sesuatu hukum-hakam Islam sebelum dirujuk terlebih dahulu kepada para ulama yang boleh dipercayaai keilmuanya.



Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Bukan termasuk umatku orang yang tidak memuliakan orang dewasa kami, menyayangi anak kecil kami dan menghormati ulama kami.
(Riwayat Ahmad).



Para ulama berperanan untuk membimbing dan mendidik masyarakat serta menasihati pemerintah sekiranya mereka tidak menjalankan amanah dan tugas seperti yang dikehendaki oleh Islam. Jika para ulama diam membisu dari menyampaikan ajaran Islam yang sebenar maka sudah pastilah sesebuah negara dan masyarakat Islam itu akan menjadi rosak binasa dan jauh dari rahmat Allah Taala. Mereka juga berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan dan menjadi contoh tauladan yang terbaik kepada manusia. Ilmu pengetahuan yang mereka perolehi itu mestilah disampaikan agar sekalian manusia terus terbimbing untuk melakukan kebaikkan dan sentiasa mentaati perintah Allah Taala.


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Barangsiapa ditanya mengenai sesuatu ilmu lalu disembunyikannya maka Allah akan mengekangnya nanti dengan kekangan daripada api neraka pada Hari Kiamat kelak.
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi).


Masyarakat hendaklah sentiasa mendampingi para ulama untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu dari mereka. Sekiranya timbul sebarang persoalan dan masalah yang berkaitan dengan Islam maka hendaklah terus untuk bertemu dan bertanya para ulama. Pihak pemerintah pula hendaklah memberikan kebebasan kepada para ulama untuk menyampaikan nasihat dan teguran membina berkaitan ajaran agama Islam. Pemerintah juga perlu meminta pandangan dari para ulama sekiranya mereka mempunyai sebarang masalah hukum-hakam yang tidak dapat diselesaikan. Insitusi ulama mestilah diletakkan di tempat yang sepatutnya bersesuaian dengan taraf mereka sebagai pewaris para nabi. Ulama juga mestilah bersedia untuk mendepani isu-isu globalisasi selaras dengan tuntutan semasa. Perkara ini amatlah perlu di ambil perhatian agar kehadiran dan kepentingan ulama tidak tertumpu kepada mengeluarkan hukum-hakam Islam semata-mata bahkan peranan ulama perlu diperluaskan lagi.
Bagi para pelajar dan mahasiswa/wi yang digolongkan sebagai penuntut ilmu maka janganlah sesekali membuang masa walaupun sedikit untuk terus menuntut ilmu pengetahuan sehingga ke akhir hayat. Ilmu pengetahuan berperanan untuk membantu mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya kebenaran. Manfaatkanlah ruang dan masa yang ada untuk mendampingi para ilmuan samada di universiti-universiti mahupun di sekolah-sekolah. Kedudukan orang berilmu adalah lebih tinggi darjatnya dari orang yang tidak berilmu. Menuntut ilmu juga adalah salah satu jihad yang dituntut oleh agama Islam.
Firman Allah Taala bermaksud:
Allah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.
(Surah al-Mujadilah: Ayat 11).



Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad pada jalan Allah.
(Riwayat Tarmizi).



Daripada:
MUHAMMAD RASHIDI BIN HAJI WAHAB.
Universiti Al-Azhar, Mesir.

Monday, June 29, 2009

Berguru


Segala Puji hanya bagi Allah s.w.t. , Tuhan Empunya sekalian alam, tidak berhajat kepada selainNya malah selanNya lah yang berhajat kepadaNya....Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah kepada Junjungan besar kita Sayyidina Muhammad s.a.w. beserta Ahlulbaytnya yang mulia dan para sahabat r.anhum yang menyebarkan agama mulia lagi suci ini ke serata alam....dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Kasihani kami, Rahmati kami....Amin


Amma Ba'du,


Adapun kemudian dari itu, Faqir yang hina lagi serba kekurangan ingin mengutarakan isu berguru ini lebih lebih lagi dalam masalah agama. Faqir tidak dapat menafikan kebimbangan yang sangat besar di dalam diri ini berkenaan perkembangan pelajaran dan pengambilan ilmu menggunakan internet.


Telah berkata para ulama "Kalau lah pengambilan ilmu, pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan internet dan teknologi maklumat adalah medium yang terbaik, pasti dan pasti Allah s.w.t. mengurniakan teknologi ini kepada kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w. , tetapi hal ini tidak terjadi".


Maksudnya, jalan yang terbaik dalam mengambil ilmu agama dan penyebarannya adalah sepertimana yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada RasulNya dan sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya iaitu dengan mengambilnya secara langsung daripada guru melalui pertemuan (talaqqi) dan persahabatan (suhbah).

Kemuliaan para Sahabat r.anhum adalah dengan bertemu dan bersahabat dengan Rasulullah SAW, dan kemuliaan para Tabi'in adalah kerana bertemu dan bersahabat dengan para Sahabar r.anhum dan kemulian para Tabi'i al-Tabi'en adalah kerana bertemu dan bersahabat dengan para Tabi'in dan mereka adalah sebaik-baik kurun dan teladan.


Maka inilah jalan yang benar lagi lurus, iaitu mengambil ilmu agama dengan guru yang mengambil ilmu dengan jalan bertemu dan bersahabat dengan guru-guru sebelum mereka.

Kesan daripada kita meninggalkan kaedah yang digunakan Nabi s.a.w. , para sahabat r.anhum dan Salaf rah. ini adalah kemungkinan TERSALAH MEMILIH ILMU DAN GURU, DAN AKHIRNYA RAMAI JUGA YANG TERPERANGKAP DENGAN FAHAMAN TERPESONG TANPA MEREKA SEDARI. MEREKA MENELAN RACUN TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENGENALI UBAT.


Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesungguhnya ilmu hanya didapati dengan belajar". Bukanlah maksud faqir disini mahu menafikan teknologi maklumat dan komunikasi yang ada pada hari ini, bahkan banyak kegunaan dan manfaatnya. Namun begitu, keselamatan ilmu dan keberkatan ilmu agama di dalam dunia "cyber" ini amat terbatas.


Kata Ibnu Sirrin rah. "sesungguhnya ilmu itu adalkah agama, maka lihatlah dari siapa ilmu itu diambil".


Oleh itu, faqir menasihati diri ini khasnya dan para pembaca blog ini agar tidak meninggalkan pengajian ilmu secara talaqqi khasnya yang berkaitan ilmu para ulama' muktabar dan ulama' empat mazhab agar kita tidak terkeluar dari jalan yang lurus ini dalam mengambil ilmu. Moga-moga kita semua di dalam pemeliharaan Allah SWT dalam perjalanan menuju kepada-Nya.


Ya Allah, Matikan kami dalam keadaan diredhai-Mu...Amin


Selawat dan salam kepada kekasih kita Sayyidina Muhammad s.a.w. beserta Ahlulbayt dan para sahabat bainda.


Segala Puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam, Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah Maha Mengetahui.


Al-Faqir wal Haqir Ilallah,

Salim Azham (MSA)

Sunday, June 28, 2009

Fatamorgana



Segala Puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Mengurniakan kepada kita nikmat terbesar iaitu Iman dan Islam, Selawat dan Salam atas Junjungan besar Baginda Nabi Muhammad s.a.w. , Rahmat sekalian alam, Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang kau janjikan.,...Amin

Kepada Ahlulbayt baginda beserta Para sahabat r.anhum yg banyak menabur jasa dalam memperjuangkan agama yang mulia lagi suci ini...dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hinggalah ke hari kiamat.

Amma Ba'du,

Di sini , Faqir ingin membawakan lirik lagu Fatamorgana yang dinyanyikan oleh Kumpulan Nasyid Hijjaz. Apabila kita meneliti dengan mendalam akan lirik2 di dalam lagu ini, seolah olah memberi gambaran kepada kita tentang realiti kehidupan yang kita lalui ini. Umat yang semakin lupakan Allah dan RasulNya, godaan dunia, harta, pangkat, dan wanita menjadi satu fitnah yang sangat besar dewasa ini. Ana ingat lagi berita tentang seorang saudara kita di surat khabar yang hampir tukar agama (Na'uzubillah) kerana kesempitan hidup dan tiada dikalangan penduduk muslim yang sudi membantu, yang ada hanya mubaligh mubaligh Kristian yang menjanjikan kepada beliau akan duit bulanan sekiranya tukar ke Kristian. Sekular, Liberal, Individualistik, Materialistik mengaburi umat ini dan menyuburkan sikap tidak ambil peduli masalah saudara islam yang lain. Kita berdoa kepada Allah s.w.t. semoga umat Nabi s.a.w. yg tercinta ini diselamatkan, ditetapkan atas jalan yang diredhai-Nya....Amin



Maka Faqir tuliskan lirik lagu Fatamorgana di bawah ini :

Pulanglah pada Tuhan;
Cahaya Kehidupan;
Syarat Bahagia Di Dunia;
Akhirat Kekal Selamanya;
Pada Allah;
Allah;
-
Sudah Menjadi Lumrah;
Kehidupan Di Dunia;
Cabaran Dan Dugaan;
Mendewasakan Usia;
Rintangan dilalui;
Tambah Pengalaman Diri;
Sudah Sunnah Ketetpan Ilahi;
-
Deras Arus Dunia;
Menghanyutkan Yang Terleka;
Indah Fatamorgana;
Melalaikan Menipu Daya;
Dikejar Dicintai;
Bak Bayangan Yang Tak Pasti;
Tiada Sudahnya Dunia Yang Dicari;
-
Begitu Indah Dunia;
Siapapun Kan Terleka;
Harta,Pangkat, Dan Wanita;
Melemahkan Jiwa;
Tanpa Iman Dalam Hati;
Kita Kan Dikuasai;
Syaitan Nafsu Dalam Diri;
MusuhYang Tersembunyi;
Pulanglah Pada Tuhan;
Cahaya Kehidupan:
Keimanan,Ketakwaan KepadaNya;
Senjata Utama:
-
Sabar Menempuh Jalan;
Tetapkan Iman Dihati;
Yakin kan Janji Tuhan;
Syurga Yang Sedia Menanti;
Imanlah Penyelamat;
Dunia Penuh Pancaroba;
Hidup Akhirat Kita Kekal Bahagia:



Ya Allah, Ampuni kami, Kasihani kami, Rahmati kami......Selawat dan Salam sebanyak banyaknya atas Junjungan dan kekasih kita Sayyidina Muhammad s.a.w. ....

Dan Allah jua Yang memberi Petunjuk dan lagi Maha Mengetahui...
Segala Puji hanya bagi Allah s.w.t. ....Tempat mengadu dan meminta akan sekalian makhlukNya

Jazakallah Khairan Kathira..

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Bayi




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t. Tuhan semesta Alam, yang mengurniakan nikamat iman dan islam kepada kita , Selawat dan salam moga dicurahkan Allah kepada junjungan kita KekasihNya Sayyidina Muhammad s.a.w. , Ya Allah tempatkanlah baginda di tempat yg terpuji ...Amin
Beserta Ahlulbaytnya dan para Sahabat r.anhum yg mulia lagi suci dan mereka yg mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga hari kiamat....Ya Allah, Ampuni kami, kasihani kami, rahmatilah kami.....Amin
Amma Ba'du,
Kehadiran seorang bayi dalam sesebuah rumah tangga adalah saat yang paling dinanti natikan . Bagi ibu bapa, kehadiran ini seperti terbitnya matahari yang akan membawa kegembiraan yang berterusan kepada keluarganya. Manakala bagi datuk dan nenek pula, kehadiran seorang bayi dalam keluarga anaknya adalah satu harapan yang dapat melupakan sejenak betapa lanjutnya usia mereka.
Renungan seorang bayi adalah renungan yang penuh ketulusan dan keikhlasan . Walaupun pada pandangan orang dewasa yang melihat seolah olah bayi tidak membalas gurauan dan kata yang diberikan , sebenarnya bayi itu sudah mampu mendengar dan hanya memerlukan waktu bagi membalas segala apa yang dikatakan kepadanya.
Itulah sebabnya ,hampir semua orang yang melawat bayi yg baru dilahirkan akan tertawa, tersenyum, malah sanggup meluangkan masa yang lama melihat bayi-bayi berkenaan.
Namun, sekiranya diamati dengan lebih teliti, seorang bayi yang baru diahirkan sebenarnya berjuang untuk 'hidup sendiri' tanpa kelengkapan yang digunakan semasa dalam kandungan ibunya. Contohnya, uri yang mana ditanam oleh keluarganya selepas dia dikeluarkan dari perut ibunya. Ketika masih dalam kandungan , segala keperluannya tersedia dengan lengkap dan dia berada dalam keadaan selesa. Suhu udara terkawal, makanan sentiasa cukup, oksigen mencukupi dan tahap kebisingsn yang terkawal kerana peranan ibu mengandung sangat besar pada peringkat ini.

Ketika dilahirkan, si bayi sebenarnya keluar merantau dan meninggalkan keselesaan yang dinikmatinya selama lebih kurang sembilan bulan 10 hari dalam kandungan ibunya. Perjuangan bermula dengan tarikan nafas dan tangisan yang pertama , kemudian berterusan dengan berfungsinya organ-organ tubuh yang lain.
Mengambil anologi si bayi tadi, kehidupan manusia juga ternyata memerlukan waktu dan usaha untuk menyesuaikan diri di tempat yang baru. Kehidupan bayi dalam kandungan dapat diibaratkan seperti kehidupan yang penuh dengan keselesaan . Segala apa yang diinginkan diperoleh dengan mudah. Tetapi semua itu ada batasan dan tidak kekal selamanya. Apabila pekerja/pelajar yang sudah biasa dengan keselesaan , kelengkapan,kemudahan , memasuki dunia baru yang tidak mempunyai semua kesenangan itu, sama ada kerana bertukar tempat kerja/tempat belajar atau bersara, maka perlulah dia menyesuaikan diri dengan keadaan barunya itu. Detik detik pertama dalam penyesuaian diri di tempat dan suasana baru menentukan bagaimana pertumbuhan selanjutnya. sesetengah orang yang memasuki dunia baru menginginkan dunia lamanya yang penuh dengan kesenangan dan keselesaan.
Seperti seorang bayi, kita juga dituntut berdikari dan tidak sentiasa bergantung atau bersandar dengan orang lain. Mengeratkan silatur rahim dan perhubungan adalah satu usaha yang berkesan dalam mengembangkan kemahiran dan kemampuan kita. Tetapi, bergantung kepada orang lain hanya mahu memjukan diri sendiri adalah satu usaha yang tidak berkesan bago mengasah kemampuan diri. Ada masa masa tertentu dimana kita memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar , tetapi itu juga tumbuh dan berkembang atas usaha kita sendiri.Bayi tidak selamanya minum susu, dia akan membesar dan akan mula mengambil makanna pepejal seperti bubur, nasi dan makanan keras yang lain. Begitu juga dengan manusia, setiap individu yang berdikari , tidak akan puas dengan pekerjaan yang tidak mencabar kemampuannya. Semakin hari semakin berkembang, sama ada dari segi kemampuan peribadi mahupun dalam pelajaran dan kerjaya.

"Bertambahnya usia dan masa adalah sesuatu yang pasti, tetapi pertumbuhan dan perkembangan yang berterusan dalam peningkatan moral, kerohanian, sosial serta kemampuan adalah pilihan kita sendiri."

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan sekalian Alam, selawat dan salam atas junjungan kita Sayyidina Muhammad s.a.w.....Jazakallah Khairan Kathira
Assalamualaikum,
Al-Faqir Wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)


































Selamat Datang Adik-Adik baru ke UTM

Assalamualaikum.....ahlan wa sahlan kepada adik adik yang memilih UTM sebagai destinasi mengutip permata ilmu , ketahuilah bahawa adik telah dipilih ke salah satu Universiti Primier di Malaysia ini lebih lebih lagi dalam bidang teknologi dan kejuruteraan, tahniah sekali lagi ana ucapkan. Bersyukur lah kepada Allah s.w.t. yang mengurniakan anugerah yang besar ini kepada kita semua pada masa saudara kita di tempat lain seperti Palestin dan Afrika belajar pun sangat sukar.
Adik,

Pastinya adik masih lagi belum menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus ini di mana UTM merupakan Universiti yang sangat luas iaitu yang kedua selepas UPM. Berbagai kemudahan disediakan di UTM seperti kemudahan Internet di CICT yang pernah mencatat bilik komputer paling besar di Malaysia. Kemudahan Wifi di kolej kediaman. Abang percaya adik-adik yang baru ini ditempatkan di kolej dalam, maka Wifi selalunya tidak menimbulkan masalah sangat.

Sesungguhnya kehidupan Universiti sebagai seorang pelajar adalah sangat istimewa dan sayang sekali sekiranya adik menggunakan kehidupan ini untuk perkara yang tidak mendatangkan faedah. Di sinilah kita berpeluang untuk berkenalan dengan sahabat baru yang satu course, satu bilik, satu kolej mahupun satu U. Kenangan berada di Universiti adalah kenangan yang sukar dilupakan, maka jadikanlah kehidupan adik-adik di Universiti ini sebagai kenangan terindah dalam sejarah hidup. Adik tidak akan lagi melalui peristiwa (kehidupan sbg stdnt) seperti ini lagi selama lamanya.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa aktiviti yang kurang sihat berada di universiti juga, antaranya budaya couple, membonceng moto laki pmpuan, kes kecurian. Maka adik adik jauhkanlah diri adik dari gejala-gejala seperti ini kerana ianya hanya mengundang maksiat dan aib kepada ibu bapa adik yang berpenat lelah dan menyimpan segunung harapan pada adik untuk berjaya di U ini. Banyak lagi aktiviti-aktiviti yang baik dan sihat di U ini yang boleh adik ceburi antaranya menyertai persatuan-persatuan, aktiviti sukan, menganjurkan program seperti kursus keusahawanan, khidmat masyarakat dan sebagainya. Kemanisan kenangan sewaktu bersama sama sahabat lain menjayakan program adalah kenangan yang tidak dapat dibeli dengan harta dan wang.

Ini merupakan tahun terakhir abg InsyaAllah sekiranya Allah kehendaki, ana tidak merasa menyesal meninggalkan U ini kelak kerana berbagai bagai pengalaman dan kenangan selama 3 tahun berada di kampus tercinta ini menyebabkan kampus ini tersemat di hati walau ke mana sahaja abg pergi....tempat di mana abg mendapat ilmu, pengalaman, kenangan, ...terima kasih UTM....jasamu dikenang

Kepada adik-adik, sebagai mahasiswa tahun 1, sepatutnya adik-adik menumpukan pada pelajaran lebih sedikit kerana selalunya subjek2 tahun 1 senang dan sebahagiannya telah di ajar semasa adik di matriks lagi, maka jangan lepaskan peluang untuk score setinggi tingginya, naikkan maruah umat islam, jadilah contoh tauladan kepada adik-adik yang baru pulak selepas ini. Jadilah student 1st class dengan disulami rendah diri dan berakhlak mulia. Jadilah manusia yang memberi .

Nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya

Ingat-ingatlah pemberian orang kat kita;
lupa-lupkanlah pemberian kita kat orang;

Ingat-ingatlah salah kita kat orang;
lupa-lupakanlah salah orang kat kita;

Harapan abg, semoga generasi adik lebih baik dan lebih berjaya dari generasi yang dahulu....Amin. Ya Allah peliharalah kami, kasihani kami, ampuni kami,

Ya Rahman
Kurniakan petunjukMu kepada adik-adik kami,
teguhkan pendirian mereka,
tabahkan hati mereka,
sucikan hati mereka, tetapkan iman mereka,

Ya Allah,
Jadikan mereka ikhlas dalam amalan,
rajin dalam perbuatan,
elok dalam perkataan,
peliharalah mereka,

Akhir kata, Jangan dilupakan selawat dan salam yang sebanyak-banyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina wa Maulana Muhammad s.a.w. ....Ya Allah, tempatkanlah baginda ke tempat yang terpuji sepertimana yang kau janjikan....Amin

Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan Semesta Alam, Dan Allah Maha Mengetahui....

Jazakallah Khairan Kathira,

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Ahlan Wa Sahlan

Assalamualaikum ......Segala Puji Hanya Bagi Allah Azza Wajalla , Maha pemurah lagi Maha Penyayang, Segala yang dikehendakiNya berlaku pasti terjadi dan begitu sebaliknya, Tuhan yang Maha Perkasa lagi menguasai Arasy yang agung, Tiada lah daya upaya kami melainkan Allah yang Maha Agung, Dan selawat dan salam semoga dilimpah dan dicurahkan oleh Allah s.w.t. kepada junjungan besar kita KekasihNya Sayyidina Muhammad s.a.w. ...Rahmat sekalian alam, asbab terbesar hubungan hamba dengan TuhanNya, Ya Allah tempatkan lah Junjungan kami ke tempat yang terpuji seperti mana yang telah Kau janjikan Amin

Dan juga kepada AhlulBayt Rasulullah s.a.w. yang mulia lagi suci , seterusnya kepada para sahabat r.anhum yang mengerah keringat memperjuangkan agama yang suci ini ke seluruh alam, dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat, ...Ya Allah Ampuni kami, kasihani kami, tetapkan iman kami di jalanMu....Amin

Pertamanya, ana ingin mengucapkan ahlan wa sahlan bikum kepada saudara pengunjung yg sudi melawat blog faqir lagi hina dan serba kurang ini. Pertama kali menulis di dalam blog seakan merasa janggal kerana selama ini hanya melihat blog ikhwah yang lain. Perasaan cemburu dan gembira bercampur apabila melihat begitu ramai sahabat ana yang memiliki blog sendiri dan sekaligus menjadi medium untuk berdakwah. Cemburu kerana merasa diri sangat ketinggalan dalam gerakan dakwah kerana diri ini kurang mahir dalam bidang IT, dan gembira pula kerana ramai Sahabat2 yang menghidupkan perjuangan Islam ini di ruang maya yang kita ketahui sangat meluas digunakan pada zaman ini.

Maka setelah berfikir selama satu semester lebih, barulah ana bertekad untuk membuat blog sendiri.

Ini adalah kerana :

1) Peredaran zaman yang sangat pesat memerlukan gerakan dakwah melakukan anjakan paradigma , iaitu menceburi bidang maya ini (Dakwah guna Internet). Ianya satu perkara yang sangat penting pada masa perkara2 melalaikan menguasai ruang maya ini.

2)Apabila ziarah blog2 sahabat yang lain tercetus idea dan cadangan , tetapi tidak tahu di mana mahu dikongsikan dengan ikhwah yang lain. Walaupun idea dan cadangan ana sangat dhaif dan banyak kekurangan, sekurang kurangnya ada tempat bagi ana untuk muhasabah kembali idea yang tercetus di minda ini. Maka ana melihatkan blog merupakan medium terbaik di samping dapat memberi walau sedikit sekalipun. Ana sangat setuju dengan moto Ustaz Hasrizal "Erti hidup pada memberi". Ia juga merupakan motto ana.

3)Ana melihat bahawa kebanyakan sahabat ana dari kalangan yang mempunyai blog sendiri lebih peka terhadap isu isu semasa . Bagi ana, dengan kehadiran blog ini secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada tuan punya blog itu untuk sentiasa menggali maklumat maklumat semasa supaya blognya sentiasa diupdate sekaligus menambah pengetahuan kepada tuan punya blog itu sendiri. Maka , ana berharap, dengan adanya blog ini, menjadi pemangkin lagi kepada ana supaya lebih peka kepada isu isu yang melanda umat Islam dewasa ini.

4)Ana juga mempunyai cita cita yang kalau dilihat sekali imbas agak mustahil, iaitu ingin menjadikan blog ini sebagai medium untuk menyerapkan rasa CINTA ALLAH DAN RASULNYA. Ketahuilah asas segala perkara itu cinta. Allah memanggil makhluk yang paling mulia dan paling tinggi darjat di sisi-Nya iaitu Nabi Muhammad s.a.w. dengan panggilan Kekasih-Nya. Umat hari ini semakin melupakan kecintaan Allah dan RasulNya. Ada yang ingat Allah tetapi lupakan kekasihNya sehingga ada kecenderungan untuk merendahkan martabat Nabi s.a.w. (Na'uzubillah). Maka dengan blog ini ana akan cuba menyedarkan diri ana sendiri dan umat Islam amnya betapa cintanya Allah kepada hambanya, betapa sayangnya Nabi s.a.w. kepada umatnya, supaya kita muhasabah kembali diri kita sejauh mana pulak kecintaan kita kepada Allah dan RasulNya.

5) Ana mengharapkan hasil usaha ana yang faqir lagi serba kekurangan ini diterima oleh Allah s.w.t. sebagai amal kebajikan. Ya Allah, kepadaMu jua ku memohon pertolongan dan kepada Mu jua ku memohon jalan petunjuk hidayah. Amin

Banyak lagi sebab2 yang membuat ana nak buka blog ini, 5 perkara di atas merupakan sebab terbesar, Allah jua Maha Mengetahui. Apapun, Syukran Jazilan kerana sudi mengunjungi blog faqir , InsyaAllah ana akan uasahakan untuk mengupgradekan lagi blog ini (kalau ada masa lah kan). Akhir kata Jazakallah Khairan Kathira :)

Assalamualaikum....