Renungan

Saturday, January 22, 2011

Kasih Sayang dan Rahmat Allah SWT - merenungi kisah surat menyurat antara Wahsyi dan Junjungan Rasulullah SAW !!!!

Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,


Kali ini faqir ingin berkongsi dengan saudara/i tercinta akan beberapa manfaat yang faqir dapati dari Kitab Tanbihul Ghafilin (peringatan buat mereka yang lalai) karangan Al-Muhaddith Al-Imam Abu Laits As-Samarqandi Radiyallahu'anhu pada bab Taubat. Semoga ada manfaat buat faqir dan saudara/i sekalian. Sungguh, Kasih Sayang dan Rahmat Allah SWT terlalu hebat dan tidak mempu terungkap dengan perkataan.Ya Allah, aku harapkan ampunan-Mu.


Al-Imam Abu Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Sayyidina Ibn Abbas Radiyallahu'anhuma berkata : bahawasanya Wahsyi yang membunuh Sayyidina Hamzah Radiyallahu'anhu, paman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, menulis surat kepada Baginda Shallahu 'Alahi wa Sallam dari Mekkah : Sesungguhnya saya ingin masuk Islam, tetapi terhalang oleh satu ayat : yaitu Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :


Dan mereka yang tidak mempersekutukan Allah dengan Tuhan yang lain, dan tidak membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah kecuali dengan hak, dan tidak berzina, dan barangsiapa yang berbuat yang demikian itu , maka ia menanggung dosa. (Al-Furqan : 68)


Maka turunlah ayat kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam :


Kecuali orang yang bertaubat dan beriman dan beramal soleh, maka untuk mereka Allah akan menggantikan dosa-dosa mereka dengan hasanat. (Al-Furqan : 70)


Maka Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam mengirim ayat ini kepada Wahsyi. lalu dijawab oleh Wahsyi : Bahawa di dalam ayat ini ada syarat iaitu harus beramal soleh, sedang saya belum tahu apakah dapat melakukan amal soleh atau tidak.


Maka turunlah ayat :


Sesungguhnya Allah tidak mengampuni pada siapa yang mempersekutukan-Nya, dan mengampuni semua dosa selain dari yang demikian itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. (An-Nisa' :48)


Ayat ini dikirm kepada Wahsyi . Jawab Wahsyi : Di dalam ayat ini juga ada syarat, dan saya tidak mengetahui apakah Allah hendak mengampuni saya atau tidak.


Maka turunlah ayat :


Katakanlah : Hai hamba-Ku yang telah mensia-siakan atas diri mereka, janganlah kamu berputus harap dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi maha Penyayang. (Az-Zumar : 53)


Maka dikirim oleh Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam kepada Wahsyi. Kerana Wahsyi berasa bahawa dalam ayat ini tidak ada syarat, maka dia pergi ke Madinah untuk memeluk Islam.


Tamat petikan.


Allahu Allah, Alangkah besarnya Kasih Sayang Allah SWT kepada hamba-Nya, bagaimana pula pada hari ini, semakin besar pula kemaksiatan yang dilakukan oleh hamba-Nya terhadap Allah SWT. Kita bermohon kepada Allah SWT supaya mengasihani kita. Al-Imam Abu Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Sayyidina Umar Radiyallahu'anhu berkata : aku melihat Nabi shallallahu 'Alaihi wa Sallam sedang menangis, lantas aku bertanya, "mengapakah engkau menangis ya Rasulallah ?". Baginda menjawab : Aku didatangi oleh Malaikat Jibril AS, dan dia berkata :


"Sesungguhnya Allah malu akan menyeksa seorang yang telah beruban di dalam Islam, maka bagaimana orang yang beruban tidak malu berbuat maksiat terhadap Allah ta'ala ."


Allahu Allah, belum sampaikah masanya lagi bagi orang mukmin yang mencampur adukkan ketaatan dan kemaksiatan untuk merenungi kasih sayang dan rahmat Allah SWT padanya ? Ya Rahman, Ya Rahim, sembuhkan hati - hati kami, perbaiki amal kami supaya sentiasa dalam ketaatan terhadap perintah-Mu. Matikan kami dalam iman yang sejahtera. Akhirkan kalam kami di dunia kelak dengan kalimah Tauhid yang Agung , La ila haillallah. Sampaikan salam kami kepada junjungan kami, Nabi Muhammad Shallallahu 'Alahi wa Sallam. Sungguh, tiada musibah yang lebih besar melanda umat ini dari kewafatanmu, wahai kekasih Allah. Semoga Allah SWT mengumpulkan kami bersama-sama mu, wahai penghulu makhluk dua alam, di hari yang dijanjikan kelak, Amin Ya Rabbal 'Alamin.


Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,

Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir indallah,

Salim Azham (MSA)

Wednesday, January 19, 2011

Simpulan Iman bagi Mengikat Hati yang Was-was pada Penjelasan Qadha' dan Qadar atas Permata Yang Tunggal !!!

Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Kali ini faqir ingin mengajak saudara/i yang dikasihi akan beberapa sayarahan yang berharga oleh Al-Imam Syaikh Al-Islam Ibrahim bin Muhammad Al-Bajuri, Sayikhul Azhar ke-17 atas Matan Jauharah At-Tauhid bagi Pakar Usuluddin di Zamannya, Imam rujukan umat, Allamah Syaikh Ibrahim Al-Laqqani Radiyallahu'anhuma.

Mula dari lima baris dari atas (qauluhu wawajibun imanuna ..ila akhir)

Terjemahan dalam kata yang mudah difahami :

(Dan wajib kita beriman dengan qadar dan qadha' kerana ada keterangan yang datang di dalam hadith) Tujuan musannif [yakni Tuan pengarang matan iaitu syaikh al-laqqani] dengan bait ini adalah menolak atas Qadariyyah yang menafikan Qadar dan menyangka bahawa Allah tidak pernah mentaqdirkan segala perkara pada azal dan mereka berkata bahawa perkara itu dimulai oleh Allah dengan ilmu pada ketika terjadinya.

Mereka itu dilaqobi [digelar] dengan Qadariyah adalah kerana mereka menceburkan diri dalam hal Qadar (taqdir) di mana mereka terlampau berlebihan di dalam menafikannya. Dan tidaklah dikatakan bahawa orang yang menetapkan qadar lebih berhak untuk dinisbahkan kepadanya (Qadariyah) kerana kita berpendapat bahawa sebagaimana sah menisbahkan orang yang menetapkan Qadar kepadanya, sah juga menisbahkan orang yang menafikannya jika dia berlebih-lebihan di dalam penafiannya itu.

Dan orang-orang itu telah lenyap sebelum lahirnya Imam Syafi'e Radiyallahu'anhu. Adapun Qadariyah yang menisbahkan perbuatan - perbuatan hamba kepada Qadar (kemampuan) mereka beserta keadaan mereka itu sepakat bahawa Allah Ta'ala mengetahui dengan perbuatan-perbuatan hamba sebelum terjadinya maka telah terdahulu penolakan atas mereka di dalam bait "Maka Allah lah yang menjadikan hamba-Nya dan apa-apa yang mereka perbuat".

Golongan Qadariyah terbahagi kepada dua :

1. Qadariyah yang mengingkari terdahulunya Ilmu Allah Ta'ala dengan segala sesuatu sebelum terjadinya dan yang menceburkan diri ke dalam qadar di mana mereka terlalu berlebihan di dalam menafikannya.

2. Qadariyah yang menisbahkan perbuatan-perbuatan hamba kepada qadar mereka. Dan mazhab ini meskipun termasuk mazhab yang bathil adalah lebih ringan dari mazhab yang pertama kerana yang pertama itu telah kafir.

Dan iman terhadap qadha' dan qadar keredhaan dengan keduanya. Maka wajiblah redha dengan qadha' dan qadar. Dan ini mengandungi kemusykilan bahawa lazim atas yang demikian itu redha dengan kekafiran dan kemaksiatan kerana sesungguhnya Allah telah mengqadha' dan mentaqdirkan keduanya itu atas seseorang , sedangkan redha dengan kekafiran itu kafir dan redha dengan kemaksiatan itu maksiat.

Dan dijawab kemusykilan ini dengan apa yang telah dikatakan Sa'dy bahawa kekafiran dan kemaksiatan adalah muqdha dan muqaddar (sesuatu yang diqadha' dan ditaqdirkan), bukan qadha' dan qadar sedangkan wajib redha dengannya hanyalah qadha' dan qadar bukan muqdha dan muqaddar. Namun pada jawapan ini terdapat kemusykilan lagi kerana tidak ada makna bagi keredhaan dengan qadha' dan qadar kecuali redha dengan muqdha dan muqaddar. Kerana itulah maka Syaikh Khayyaly mentahqiqkan sebuah jawapan yang lain di dalam hasyiahnya bahawa kekafiran dan kemaksiatan itu mempunyai dua jihat (arah atau 2 sudut pandang) :

1. Jihat keadaan keduanya (kufur dan maksiat) sebagai sesuatu yang muqdha dan muqaddar bagi Allah.

2. Jihat keadaan keduanya sebagai sesuatu yang diusahakan oleh hamba.

Maka wajib redha dengan keduanya dari jihat yang pertama dan tidak dari jihat yang kedua. Menurut Ajhury, kemusykilan yang dimaksud pada jawapan Sa'dy mengenai tidak adanya makna bagi keredhaan dengan qadha' dan qadar kecuali redha dengan muqdha dan muqaddar tidaklah jelas kerana redha dengan qadha' dan qadar adalah lain daripada redha dengan muqdha dan muqaddar kerana sesungguhnya makna redha dengan qadha' dan qadar adalah bahaa tidak dibantah atas Allah dalam hal qadha' dan qadar-Nya serta diiktikadkan bahawasanya dia adalah untuk satu hikmah meskipun kita tidak mengetahuinya. Dan yang demikian itu termasuk ketiadaan redha dengan muqdha dan muqaddar bahawa dibantah atas orang kafir dalam hal ikhtiarnya kepada kekafiran dan usahanya kepadanya. Pendapat Ajhury ini kalau direnungkan adalah sama dengan perkataan Syaikh Khayyaly.

Ketahuilah, bahawa walaupun wajib beriman dengan qadar, akan tetapi tidak boleh berhujah atau berdalil dengannya

sebelum jatuh kepada satu perbuatan kerana hendak melakukannya seperti katanya "Allah telah mentaqdirkan perbuatan zina atasku." - sedangkan tujuannya dengan yang demikian adalah agar dapat melakukannya. Atau sesudah melakukan satu perbuatan kerana hendak menghindar dari hukuman atau yang sepertinya bahawa seseorang telah terlanjur melakukan zina dan dia berkata "Allah telah mentaqdirkan yang demikian itu." dengan tujuan agar terhindar dari hukuman.

Adapun menjadikannya alasan sesudah jatuh dalam perbuatan untuk menolak celaan sahaja tidaklah mengapa kerana di dalam Hadith Sahih ada menyebut :

"Sesungguhnya roh Adam AS pernah bertemu dengan roh Musa AS, maka berkatalah Musa AS kepada Adam AS : Engkau adalah bapa manusia yang telah menjadi penyebab dikeluarkan anak-anakmu dari syurga lantaran perbuatanmu memakan pohon (yang terlarang). Maka Adam AS berkata : Engkaulah Nabi yang telah dipilih Allah dengan Kalam-Nya dan telah menuliskan bagimu akan Taurat dengan yad-Nya. engkau mencelaku atas satu perkara yang telah ditaqdirkan Allah atasku sejak masa 40,000 tahun sebelum Dia menciptakanku."

Bersabda Nabi SAW : Maka Adam AS telah mengalahkan Musa AS dengan hujahnya.

Mengenai makna Qadar dan Qadha' telah dierselisihkan antara Asya'irah dan Maturidiyyah.

Tamat . (panjang lagi syarahnya, cuma nak amik bahagian akhir dari syarah atas bait ini iaitu :)

Dan juga kerana masalah Qadha' dan Qadar ini kembali (tempat dirujuk) kepada sifat-sifat Allah, iaitu Ilmu, Iradat dan Qudrat yang mana para ulamak berpegangan padanya di atas dalil aqli. Tamat.

Faqir memikir kembali, apakah ada pelajaran Tauhid lagi selain pelajaran sifat 20 yang membahaskan Sifat Ilmu, Iradat dan Qudrat Allah SWT ? Dan di akhir zaman ini dengan berbagai-bagai aneka macam fahaman, bukankah tersangat penting untuk kita memelihara iman kita ? Dan siapapun dari kalangan orang Islam mengetahui bahawa salah satu rukun Iman adalah Qadha' dan Qadar. Yakinlah Tuan, bahawa ini merupakan ilmu yang penting. Al-Imam Ibrahim Al-Bajuri Radiyallahu'anhu di dalam syarahnya di tempat yang lain, menyebut bahawa adalah perbahasan mengenai qadha' dan qadar sudah terhasil di dalam perbahasan Sifat Ilmu, Iradat, dan Qudrat , AKAN TETAPI, OLEH KERANA JAHIL DALAM MASALAH INI MERUPAKAN PERKARA YANG SANGAT BESAR BAHAYANYA, MAKA PARA ULAMAK MEMBAHASKANNYA SECARA TERPISAH. Lebih kurang perkataan Al-Imam Syaikhul Azhar. Berkata Sayyidina Anas bin Malik Radiyallahu'anhu : "Adalah kamu menganggap satu perkara itu sebagai kecil , akan tetapi kami di masa Rasulullah SAW menilainya sebagai satu perkara yang mencelakakan." (Riwayat Bukhari dan dikeluarkan Imam Nawawi di dalam Riyadhus Solihin). FB ini membuka ruang yang sangat luas untuk berkata-kata, sehingga orang yang jahil berkata-kata semahunya dan tentang apa yang dia jahilkan sehingga tidak dia sedari telah terjerumus ke lembah maksiat, mahupun kekafiran. Semoga Allah SWT menjauhkan kita dari yang demikian itu. Amin.

Semoga Allah SWT mengkehendaki kebaikan kepada kita dan diberinya kefahaman atas kita kepada agama-Nya yang mulia dan tiada yang lebih tinggi melainkan agama-Nya jua.

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,

Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir indallah,

Salim Azham (MSA)

Saturday, January 15, 2011

Penjelasan terhadap "dosa" yang dinisbahkan kepada Junjungan Rasulullah SAW di dalam Al-Quran

Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Kali ini faqir ingin berkongsi dengan saudara/i yang dikasihi akan beberapa manfaat yang faqir dapati dari kitab Insan Kamil karangan Al-Muhaddith Syaikh Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alwi ibn Abbas Al-Maliki Radiyallahu'anhu. Melihat wajahnya cukup untuk menghadirkan kerinduan untuk berjumpa dengannya. Semoga Allah SWT menempati beliau di syurga bersama-sama kekasihnya, Sayyidina wa Maulana Muhammad Shallallahu 'Alaihi wa Sallam.

Pada fasal "tentang dosa yang dinisbahkan kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam'

Firman Allah SWT :

"Supaya Allah memberikan ampun kepadamu, terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang"

(Surah Al-Fath :2)

Sepintas lalu, ayat ini menyimpulkan pengertian adanya dosa yang dilakukan oleh Nabi SAW kerana keampunan biasanya sesudah dosa yang terjadi, yang demikian itu pula pendapat sebahagian ulamak. Bahkan menurut mereka, bahawa dosa-dosa kecil boleh terjadi dan dilakukan oleh Nabi SAW , dengan alasan baik dari Al-Quran mahupun Hadis, yang bila dilihat selayang pandang akan menunjukkan erti yang demikian. Ayat-ayat itu adalah :

Firman Allah SWT : "Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu" (Surah Alaam Nasyrah : 2)

Firman Allah SWT : "Semoga Allah memaafkanmu, mengapa kamu memberi izin kepada mereka untuk tidak pergi berperang." (Surah At-Taubah :43)

Firman Allah SWT : "Kalaus sekiranya tidak ada ketetapan yang terdahulu dari Allah, niscaya kamu ditimpa siksaan yang besar kerana keputusan yang kamu ambil ." (Surah Al-Anfal :68)

Firman Allah SWT : "Dia bermuka masam dan berpaling, kerana datang seorang buta kepadanya." (Surah Abasa : 1-2)

Beberapa Hadis yang berkaitan pula :

1. Doa Nabi SAW : "Ya Allah, ampunilah dosaku yang terdahulu dan yang akan datang, yang saya rahsiakan dan saya nyatakan."

2. "bahawasanya hatiku terselubung, maka aku minta ampun kepada Allah."

3. "bahawasanya aku meminta ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih 70 kali."

Tentang ayat : "supaya Allah memberi ampun kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang" (Surah Al-Fath : 2). Al-Qadhi Iyadh Radiyallahu'anhu telah memberikan beberapa ulasan di antaranya beliau berkata :

Yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah umatnya atau apa yang terjadi dari Nabi SAW kerana lupa dalam berijtihad menakwilkan sesuatu. "ampun" dalam ayat tersebut beerti dibersihkannya Baginda dari segala cacat dan cela.

Menurut para ahli Asbabun Nuzul atau sebab musabab turunnya ayat itu : tatkala Nabi SAW diperintahkan oleh Tuhan agar mengatakan seperti dalam firman-Nya :

"Dan aku tidak mengetahui apa yang akan diperbuat terhadapku, dan tidak pula terhadapmu, aku tidak lain hanyalah mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku dan aku tidak lain hanyalah seorang pemberi peringatan yang jelas." (Surah Al-Ahgaf: 9)

Maka golongan musyrikin menjadi riang gembira , maka Allah menurunkan kepadanya ayat tersebut. Dengan demikian, ayat itu beerti bahawa Hai Muhammad, diampuni dan tak akan dipersalahkan kerana sesuatu dosa seandainya dosa itu ada padamu.

Ulasan yang cukup baik pula telah dikemukakan oleh Syaikh Abdul Aziz As-Sabbagh Radiyallahu'anhu tentang ayat itu yang kesimpulannya sebagai berikut : bahawa dosa dalam ayat (supaya Allah memberi ampun kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan akan datang) bukan dosa dalam ertinya yang harfiyah, akan tetapi kegelapan selubung atau hijab yang memang ada dari asal kejadian manusia, sebagai makhluk yang diciptakan oleh Allah dari unsur tanah. Maksud (daripada yang lalu dan akan datang) pula ialah hilang lenyapnya kegelapan selubung itu yang diiringi dengan kurnia musyahadah atau tidak melihat melainkan dengan apa yang benar dan tidak membawa melainkan kebenaran semata.

Dan pertanyaan yang mungkin timbul, sehubungan dengan masalah ini ialah kenapakah Allah SWT memerintahkan kepada Nabi SAW agar meminta ampun dari-Nya walhal telah dinyatakan dengan tegas oleh Allah SWT bahawa dosa Baginda telah habis bersih diampuni oleh-Nya ? Dan lagi , mengapakah Baginda selalu memohon ampun, bertaubat dan sebagainya yang dinyatakan dalam beberapa hadis dan doa-doa Baginda ?.

Nabi Muhammad SAW sentiasa beristighfar, memohon keampunan daripada Allah SWT kerana rasa rendah diri Baginda serta menunjukkan pengabdian Baginda semata kerana Allah Ta'ala. Baginda mensyukuri nikmat yang dilimpahi kepada Baginda disamping tiada rasa bangga dengan segala nikmat yang telah diberikan kepada Baginda selama ini. Juga untuk dijadikan pelajaran dan teladan untuk dicontohi oleh umat-umat Baginda. Dalam mensyukuri nikmat yang diberikan itu, kita hendaklah beramal sebanyak-banyaknya dan ikhlaskan niat kepada Allah semata. Bukankah Baginda pernah bersabda dalam sebuah Hadis maksudnya : Tidakkah aku seharusnya menjadi hamba Allah yang banyak bersyukur ?

Dan sebagai tambahan, Al-Imam As-Syazily Radiyallahu'anhu berkata : Aku telah mendengar Hadis Nabi SAW "Bahawasanya hatiku terselubung, maka aku meminta ampun dalam sehari 70 kali". Mulanya pengertian hadis itu belum jelas bagiku, dan tetap merupakan masalah yang musykil, maka aku melihat Rasulullah SAW dalam mimpi dan Baginda lalu bersabda kepadaku : Hai Mubarak, itu adalah selubungku, bukan selubung yang lainnya.

Tamat.

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,

Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir indallah,

Salim Azham (MSA)

Wednesday, January 12, 2011

Kebohongan atas nama Al-Imam Al-Hafizh Ibnu Katsir Radiyallahu'anhu dan pemutarbalikan terhadap perkataannya !!

Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Kali ini faqir ingin berkongsi dengan saudara/i yang dikasihi akan pembongkaran yang dilakukan oleh Al-Muhaddith Al-Imam Sayyid Muhammad ibn Alwi Al-Maliki Radiyallahu'anhu terhadap segolongan manusia yang berbohong atas nama Al-Imam Ibnu Katsir Radiyallahu'anhu semata-mata untuk mencapai matlamat mereka membida'ah menyesatkan Umat Islam yang memperingati maulid Nabi SAW. Di dalam buku beliau yang kemudiannya dirumikan dengan judul "Wajibkah memperingati Maulid Nabi SAW ?" yang diterbitkan oleh Cahaya Ilmu Publisher. Demikian kenyataannya :

Orang-orang yang menentang maulid itu mencuba dengan berbagai macam cara untuk menyebarkan kebatilan mereka - walaupun dengan cara pemalsuan, yang mana itu sudah menjadi kebiasaan mereka - kepada orang-orang muslim yang awam dan kurang pemahamannya (atas Islam). Mereka mengatakan dengan tegas : "Sesungguhnya Ibnu Katsir menyebutkan dalam kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah jilid 11 halaman 172 bahawa Daulah fathimiyyah yang dibangun oleh para budak itu yang bernasab kepada Abdullah bin Maymun Al-Qoddah, seorang yahudi yang mana mereka memerintah Mesir dari tahun 375 H - 567 H ; mereka itulah yang mengadakan berbagai macam hari peringatan pada beberapa hari -hari tertentu. Di antaranya adalah Peringatan Maulid Nabi SAW." Begitulah yang mereka nukil dari Al-Hafiz Ibnu Katsir.

Menurut referensi yang kalian tunjuk itu, kami katakan kepada kalian : "Demi Allah, kalian telah berdusta !! Kami telah mendapati apa yang kalian akui sebagai perkataan Ibnu katsir. Dan sungguh apa yang engkau nukil darinya adalah betul-betul sebuah kedustaan, mengada-adakan, pemalsuan, dan pengkhianatan dalam hal penukilan pendapat dari ulamak-ulamak umat ini. Dan jika kalian tetap melakukan hal yang demikian, maka kami katakan kepada kalian: "Keluarkanlah (tunjukkanlah) itu pada kami , jika kalian memang benar."

Dan bagaimana dengan pernyataan kalian bahawa kalian akan mendiskusikan masalah ini secara adil dan objektif serta lepas dari hawa nafsu. tetapi yang kalian lakukan itu adalah betul-betul sebuah kebohongan yang hina dan dipenuhi hawa nafsu yang tercela. lalu bagaimanakah - wahai saudaraku sesama muslimin - kita akan percaya atau merasa aman akan penukilan-penukilan mereka dari para ulamak umat ini ? Dan inilah wahai saudara muslimku pendapat yang sebenarnya dari Al-Hafiz Ibnu Katsir tentang peringatan Maulid dan awal mulanya, yang mana hal ini disembunyikan oleh mereka yang mengaku akan mendiskusikan masalah ini secara adil dan objektif. Al-Hafiz Ibnu katsir Radiyallahu'anhu berkata di dalam kitabnya Al-Bidayah wan Nihayah, Jilid 13, halaman 136 cetakan Maktabah Al-Ma'arif yang mana redaksinya adalah seperti berikut :

"...Raja Muzhoffar Abu Sa'id Al-Kawkabariy, salah seorang dermawan , pemimpin yang besar, serta raja yang mulia, yang memiliki peninggalan yang baik (perhatikanlah perkataannya 'peninggalan yang baik'). Dan dia menyelenggarakan Maulid Yang Mulia di bulan Rabi'ul Awwal yang mana ia merayakannyasecara besar-besaran. Ia juga seorang raja yang berakal cemerlang, pemberani, kesatria, pandai, dan adil - semoga Allah mengasihinya dan menempatkannya di tempat yang paling baik."

Kemudian beliau melanjutkan : "Ia (Raja Muzhoffar) membelanjakan wang sebanyak 3000 dinar (emas) untuk perayaan Maulid".

Lihatlah -semoga Allah mengasihimu - pujian dan sanjungan dari Ibnu katsir kepada Raja Muzhoffar tersebut. Yang mana beliau mensifatinya dengan 'seorang yang pandai, adil, cerdas, pemberani', lalu ia berkata :"...semoga Allah mengasihinya dan menempatkannya di tempat yang paling baik". Dan beliau tidak mengatakan : seorang yang zindiq, bejat, fasik, sering berbuat keji dan dosa-dosa besar sebagaimana dikatakan oleh para penentang maulid itu terhadap orang yang melaksanakan Maulid Yang Mulia !! Dan disarankan agar pembaca melihat atau membaca secara langsung , niscaya kalian akan mendapati perkataan yang lebih hebat dari yang saya sebutkan di atas tentang sifat Raja Muzhoffar tersebut yang mana saya tidak menukilkan semuanya itu kerana takut akan memperpanjang pembahasan ini.

Perhatikanlah perkataan Al-Imam Al-Hafizh Az-Zahabi Radiyallahu'anhu dalam kitabnya Siyaru A'lamin Nubala' jilid 22 halaman 336 ketika menyebutkan tentang biografi Raja Muzhoffar, redaksinya sebagai berikut : "Ia adalah seorang (raja) yang rendah hati, baik hati, sunniy (mengikut sunnah), dan mencintai ulama' dan ahli hadith." Tamat.

Semoga Allah SWT memelihara kita dari mengambil ilmu agama daripada manusia yang berbohong atas nama ulamak Radiyallahu'anhum. Amin.

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,

Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir indallah,

Salim Azham (MSA)

Sunday, January 2, 2011

Dalil Mengapa Dikatakan Alam ini Baru

Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Kali ini Faqir ingin mengajak saudara/i yang dimuliakan akan faedah pada Kitab Kifayatul 'Awwam Fi ma yajibu 'Alahim Fi Ilmi Kalam karangan Al-Allamah Syaikh Muhammad bin Syafi'e Al-Fudhali Al-Syafi'e Radiyallahu'anhu. Beliau merupakan salah seorang guru Al-Imam Ibrahim Al-Bajuri Radiyallahu'anhu, Syaikhul Azhar terdahulu.

Dalil barunya Alam

Dalil yang telah diperkatakan - iaitu mengenai barunya 'alam ini - ialah dalil bagi wujudnya Allah Ta'ala. Adapun dalil bagi barunya alam ini maka ketahuilah ! bahawa 'alam itu terdiri dari jirim-jirim dan aradh-aradh sahaja sebagaimana yang telah tersebut dahulu. Dan segala 'Aradh seperti gerak dan diam itu ialah yang baharu dengan dalil anda melihatnya berubah-ubah dari wujud kepada adam dan dari adam kepada wujud sebagaimana perubahan-perubahan yang engkau lihat pada pergerakannya si Zaid kerana gerakannya itu tidak ada bila ia diam. Dan diamnya pula tidak ada jika ia bergerak.

Maka diam yang kemudian dari bergeraknya itu didapatinya selepas daripada ianya tidak ada dengan sebab bergerak, dan geraknya yang kemudian dari diamnya itu didapati kemudian dari ianya tidak ada dengan sebab diamnya. Perihal wujud kemudian daripada 'adam atau ada kemudian daripada tidak ada itu ialah 'baru' . Dari sini mengetahuilah anda bahawa segala 'Aradh itu baru dan segala jirim itu pula ialah yang melazimkan sesuatu yang baru itu maka baru jugalah ia - ertinya maujudnya itu kemudian daripada 'adam dahulunya. Oleh itu maka segala jirim itu pun ialah hadis atau yang baru seperti barunya 'aradh itu juga.

Kesimpulan dari dalil 'baru segala jirim' ini bolehlah anda katakan : segala jirim itu melazimkan 'aradh yang baru dan tiap-tiap yang melazimkan yang baru itu ialah yang baru, maka natijahnya bahawa segala jirim itu adalah yang baru. Dan barunya dua perkara - yakni segala jirim dan segala 'aradh, yang mana wujud keduanya itu kemudian dari 'adam atau ada keduanya daripada tidak ada itu - inilah dalil bagi wujudnya Allah Ta'ala - kerana tiap-tiap yang baru jadi itu tak dapat tiada mestilah ada yang menjadikan dan tidak ada yang menjadikannya melainkan Allah Ta'ala yang Maha Esa yang tiada sekutu bagi-Nya sebagaimana akan datang dalilnya pada dalil Wahdaniah kelak.

Apa yang tersebut di atas ini mengenai barunya jirim dan 'aradh yang diambil jadi dalil bagi wujudnya Allah Ta'ala itu ialah dalil Ijmal, yang wajib atas tiap-tiap mukallaf laki-laki dan perempuan mengetahui sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Imam Ibnu 'Arabi dan Al-Imam Sanusi iaitu dua orang yang mengkafirkan orang-orang yang tidak mengetahuikannya itu(1).

Maka usahalah supaya iman anda tidak terlibat dengan masalah yang dipertikaikan itu.

Tamat.

P/s (1) Adapun Jumhur Ulamak tidak mengkafirkan mereka yang tidak mengetahui dalil-dalil ijmal dan cukup dengan Taklid. Dan perbahasan mengenai Taklid pada Iman ini ada perbahasannya yang aku khuatir orang awam tidak mengetahuinya, walau apapun, tiada khilaf bahawa dihukumkan berdosa dan fasik bagi mereka yang bertaklid dalam masalah Iman padahal dia mampu belajar.

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,

Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir indallah,

Salim Azham (MSA)