Renungan

Monday, February 15, 2010

PENGUMUMAN !!!!

Masjid ku Yang Tersayang , Masjid Jamek Bandar Baru UDA


BACAAN RATIB AL-ATTAS
OLEH SYED HUSSEIN AL-ATTAS
HARI AHAD (21 FEB)
SELEPAS MAGHRIB HINGGA ISYAK
DI DEWAN SOLAT UTAMA
MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA
JOHOR

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Kepada Warga UTM yang tidak mengetahui jalan atau nak pergi beramai-ramai, sila berkumpul di perkarangan Masjid Sultan Ismail, MSI UTM selewat-lewatnya jam 6.40 ptg. Kemudian :


MAJLIS PENGAJIAN KITAB
FATHUL MAJID
KARANGAN
SAYYIDIL ULAMA IL-HIJJAZ
SYAIKH IBNU UMAR NAWAWI AL-BANTENI AL-JAWI AL-MAKKI
"IMAM NAWAWI TSANI (KE-2)"
PENGAJAR : AL-FADHIL AL-USTAZ MUHAMMAD RAZIB
GURU BESAR SEKOLAH AGAMA TEBRAU
DI SURAU KAMPUNG KASTAM
JOHOR BAHRU

Siapa yang tidak mengetahui tempatnya, bolehlah tunggu di perkarangan Masjid Jamek Bandar Baru UDA selepas selesai solat Isyak.

Semoga Allah SWT memenuhi masa muda kita dengan limpahan zikir kepadanya dan diberi kefahaman yang sebenar terhadap agama-Nya yang Suci lagi mulia yang disampaikan oleh Baginda Junjungan besar kita, Kekasih-Nya, Sayyidina nabi Muhammad SAW.

Sabda Nabi SAW sepertimana di dalam kitab Mukhtasar Ibnu Abi jamrah Lil Bukhari yang maksudnya:

"Tidak dapat ilmu itu melainkan dengan belajar"

P/S : Sekadar pemberitahuan, Ratib Al-Attas ini diasaskan oleh Al-Habib Umar bin Abdurrahman Al-Attas, Ulama Besar Hadramaut, yaman suatu masa dahulu berketurunan Rasulullah SAW.

Tuesday, February 9, 2010

Gerakan Simpati Wahabi???

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin


Amma Ba'du,

Cukup memelikkan zaman sekarang ini, dengan rasa simpati pun menjadi dalil satu2 perkara itu benar dan betul....cukup PELIK !!!!! hanya mendengar satu dua org mahupun kebanyakan terlebih istimewa org di akhir zaman membacking wahabi , terus membuat kesimpulan bahawa Wahabi adalah benar dan tuduhan-tuduhan yang menyesatkan Wahabi adalah menyimpang dan sesat. Maka , kalau demikian, adakah Syaikhul Haram Sayyid Ahmad Zaini Dahlan r.anhu Sesat kerana mengatakan Wahabi adalah sesat di dalam banyak kitab-kitabnya seperti Ad-Durarus Sani'ah yang kemudiannya diterjemahkan oleh Al-habib Zain Al-Habsyi , Tokoh Ma'al Hijrah Johor yg juga guru kepada Ustaz Mahyuddin Md Sarip. Kemudian kitab ini diberi perakuan oleh jabatan Agma Islam Johor. Perlu saudara ketahui bahawa Sayyid Ahmad Zaini Dahlan r.anhu adalah ulama tertinggi yang mengajar di Masjidil haram , Mekkah Al-Mukarramah. beliau adalah guru kepada Al-Allamah Sayyid Syato bin Abi bakr Ad-Dimyati r.anhu, pengarang kitab terkenal I'anah At-Tholibin dan Al-Alim Al-Allamah Syaikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fathani r.anhu (guru Tok kenali)....Cubalah mengkaji sedikit wahai Ahlul Ilmi...jangan hanya disumbat dan menerima bulat2 apa yang terbentang depan mata...

Demikian juga Al-Imam Ahmad Sowi Al-Maliki r.anhu di dalam kitabnya Hasyiah Sowi A'la Tafsir Jalalein..jelas Al-Imam Sowi r.anhu mengatakan Wahabi adalah satu Mazhab Syaitan (lagi keras). Begitu juga anak murid utama Tok Kenali, Syaikh Jalaluddin Penanti Al-Kalantani r.anhu yang mensyarahkan satu Hadis riwayat Al-Imam Bukhari r.anhu mengatakan mengkehendaki dari hadis ini adalah dua kaum , iaitu Rafidhi dan Wahhabi yang menyimpang dan sesat.

Demikian juga kata2 Syaikhuna Prof. Dr. Said Muhammad Ramadhan Al-Buti dalam laman web beliau teks khutbah Jumaat yang mengatakan ada 3 ejen penjajah, Qadiani, Bahaiyah, dan Wahabiyah.

Manusia hari nie sungguh malas mencari maklumat-maklumat....ana sendiri habiskan masa hampir 5 tahun mengkaji...tiba-tiba ada sorg dua yang bila sebut nama ulama pun tak kenal mendefend habis-habisan wahabi nie....Sauadara perlu ingat kita di akhir zaman di mana ada disabdakan Nabi SAW bahawa kebenaran adalah samar-samar....yang batil diangkat-angkat...yang benar diturunkan...kalo saudara tidak bermujahadah mencari ilmu yang benar...ketahuilah ilmu yang benar tidak akan terkejar-kejar mencari saudara...

Al-Muhaqqiq Syaikh Yusuf bin Ismail An-Nabhani r.anhu mengarang kitab Syawahidul haq Li Istighasah Kahiril Anam SAW dengan dipersaksikan 9 para ulama besar termasuk 2 bekas Mufti Mesir dan 7 ulama Kabir Al-Azhar pada masa itu..turut menjelaskan tentang kesesatan Wahabi...apakah tuduhan mereka melulu dan sesat??? bacalah terlebih dahulu.

Dan terakhir, fakir mintak mereka yang baru mendengar ceramah satu dua orang walau Ustaz sekalipun , cuba lah dengarkan pula ceramah-ceramah Ustaz yang lain, seperti Syaikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki, apa kata beliau tentang Wahabi, Al-Ustaz Azhar Idrus, apa kata beliau, saudara boleh lihat sendiri dalam laman web beliau tentang soalan wahabi yang dikemukan kepada beliau, lepas tu lihat pula ceramah Syaikh Fouzy , bekas syaikh Wahabi yang sekarang nie merata menjelaskan kekeliruan Wahabi, Lihat juga ceramah Syakhuna Dr. Uthman El-Muhammady, lihat juga ceramah Syaikh Nurudddin Al-Marbu Al-Banjari, lihat juga apa kata Al-Ustaz Abdul Raof , mudir Pondok Tampin, lihat juga ceramah oleh Al-Ustaz Hafiz Al-Bakkaniy, pegawai bahagian akidah jabatan Mufti Pahang, dan banyak lagi......kajilah...jangan seperti lembu yang dicucuk hidung...

Dan juga Ustaz2 fakir sendiri seperti Al-Ustaz Muhammad Radzib, guru besar Sekloah Agama Tebrau, Al-Ustaz Mokhtar, Pensyarah kanan MARSAH, Johor., Al-Ustaz Hanafiah, pegawai Pejabat Mufti Johor dan ramai lagi....termasuk yang ana jumpa Kiyai sesepuh dari Nahdatul Ulama (NU), Kiyai Al-Bar . Cumer kitab-kitab mereka tidak dicetak dan susah hendak dicari di pasaran yang menyaksikan Wahabi sangat banyak duit dan bantuan kewangan yang melimpah sehingga kitab2 mereka yang memenuhi pasaran.

Demikian juga Al-Hafiz Al-Imam Abdullah As-Siddiq r.anhu, guru kepada Al-Syaikh Prof. Dr. Ali Jum'ah r.anhu (Mufti Mesir), jelas beliau menyesatkan Wahabi. Beliau adalah pelajar genius keluaran Al-Azhar mengambil dua paper dengan keduanya mendapat keputusan Mumtaz (Cemerlang) sehingga diberi pujian oleh wakil Al-Azhar pada masa itu iaitu Syaikh Mahmud Syaltut hafizahUllah.

Demikian juga Al-Musnid Dunya Al-Imam Al-Syaikh Muhammad Yasin Isa Al-Fadani r.anhu, Muhaddith ulung di zamannya, yang turut menghentam akan Wahabi ini. Dan juga Al-Imam At-Tabbani r.anhu yang mengajar selama 50 tahun di Masjidil Haram, Mekkah pada suatu masa dahulu. terlalu banyak saudara kalau ana nak ungkapkan di sini..

Secara ringkas dan padat, fakir ada ringkasan hujah-hujah Ahli Sunnah wal Jama'ah terhadap Wahhabi yang telah diperakui oleh Jabatan Mufti Pahang, Terengganu dan Johor dan juga Darul fatwa Australia...siapa yang mahu..boleh dapatkan dari fakir sendiri...fakir ingatkan jangan lah kerana kepentingan duniawi, takut tidak diundang ceramah-ceramah, diundang ke seminar-seminar, hilang populariti menjadikan seseorang itu sanggup menyembunyikan kebenaran dan akhirnya orang awam seperti kita tidak lagi mengetahui kebenaran yang sebenarnya. Ustaz Mahyuddin juga ada buku "100 kitab-kitab muktabar yang menentang Wahhabi" keluaran Pejabat Agama Johor kat pejabatnya..tak tahulah kalo dah dibawak balik..sebab ana nak pinjam aritu tak sempat.

Kemudian, pergi juga ke senarai fatwa-fatwa Mufti kerajaan negeri Johor pada pertanyaan siapakah Kaum Muda? ...mangkajilah saudara....lihatlah para alim ulama kita semakin tidak mendapat tempat dalam media-media massa ...yang tak layak digelar Ulama digelar sebagai Ulama...yang tak alim digelar sebagai Alim...jangan kita ditipu mentah-mentah disebabkan malas nak mengkaji.

Maka fakir ingatkan, bahawa negeri Johor yang tercinta ini sejak dari dahulu lagi menentang akan fahaman Wahhabi, jangan ada di sini yang cuba mengembangkannya...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Sunday, February 7, 2010

Iktikad kufur Syiah Rafidhi

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin


Amma Ba'du,

Kali ini, fakir ingin berkongsi dengan saudara sekalian akan kitab Tuhfatur Raghibin fi Bayani haqiqatil imanil Mukminin wa ma yufsiduhu min Riddatil Murtadin karangan Al-Alim Al-Allamah Al-Syaikh Muhammad Arsyad Al-Banjari r.anhu, Alim Besar Mazhab Syafi'e. Pada m/s ke-9 pada 13 baris dari pihak bawah :

(Adapun) Kaum Rafidhi maka iaitu dua belas kaum (setengah) daripada iktikad mereka itu bahawa Sayyidina Ali r.anhu (adalah) ia turun dari langit serta keluar daripadanya awan uluhiyyah lalu masuk kepada rupa manusia (maka) dikerjakannyalah beberapa pekerjaan yang menunjukkan atas ketuhanan setelah itu maka naik pula ke langit (maka) iktikad itu itu Kufur seperti iktikad setengah orang Nasrani (dan) setengah mereka itu adalah iktikadnya (bahawa) Sayyidina Ali r.anhu itulah Nabi Allah (dan) Jibril membawa wahyu kepada Muhammad SAW itu tersalah (maka) iktikad yang demikian itu KUFUR kerana firman Allah SWT yang bermaksud "tiada jua Muhammad itu melainkan pesuruh Allah SWT" (dan setengah) mereka itu adalah iktikadnya bahawa Sayyidina Ali Kwh. bersyarikat dengan Muhammad SAW pada Nubuwwah (maka) iktikad itu KUFUR (dan) setengah mereka itu adalah iktikadnya bahawa khalifah itu Sayyidina Ali tiada lainnya (dan)bahawa Abu Bakar dan Umar dan Uthman jadi Kafir mereka itu tatkala menerima jadi khalifah lain daripada Ali (dan) adalah mereka itu menyumpah akan Abu Bakar (dan) Umar (dan) Uthman dan akan sahabat yang lain dilebihkan oleh mereka itu akan segala taulan Sayyidina Ali daripada sahabat Rasulullah SAW .

(dan setengah) mereka itu adalah iktikadnya bahawa ruh apabila keluar ia daripada suatu badan (maka) masuk ia kepada lembaga yang lain (maka) iktikad itu Kufur (dan setengah) mereka itu adalah iktikadnya bahawa Sayyidina Ali Kwh. lagi akan kembali ke dunia dengan hidupnya dahulu daripada hari kiamat serta mengambil segala seterunya adalah tempatnya sekarang ini pada awan (maka) guruh dan kilat adalah suara cemetinya (maka) iktikad yang demikian itu Kufur ( kerana) bersalahan dengan Quran dan Hadis dan Ijmak Ahli Sunnah wal Jama'ah (dan setengah) mereka itu adalah iktikadnya (bahawa) Allah Ta'ala terkadang Zahir ia dengan rupa manusia (maka) dinamai akandia Nabi dan Imam ialah memanggil segala manusia kepada agama yang betul (jikalau) tiada demikian nescaya sesatlah makhluk (dan setengah) mereka itu adalah iktikadnya bahawa Allah Ta'ala masuk kepada sesuatu danbersatu ia dengan dia (maka) iktikad yang demikian itu KAFIR (Syahadan) Adalah kaum Rafidhiah itu sejahat-jahat Ahli Bid'ah seperti Sabda Nabi SAW "Lagi akan jadi pada akhir zaman suatu kaum dinamai akan mereka itu Rafidhi ditinggalkan oleh mreka itu akan Agama Islam maka hendak lah kamu bunuh akan mereka itu dari kerana bahawasanya mereka itu kaum Kafir jua ".

Tamat petikan Kitab.

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Thursday, February 4, 2010

Keutamaan Nabi Kita Muhammad SAW !!!!

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin


Amma Ba'du,


Saudara yang dimulikan Allah SWT, sedar atau tidak, kita semakin menghampiri Maulid Nabi SAW. Bagaimanakah dengan hati-hati kita apabila disebut nama Nabi Muhammad SAW? Apakah terdetik rasa rindu, kasih dan cinta apabila terkenangkan baginda SAW?. Atau Baginda SAW hanyalah sekadar tukang penyampai dan tidak tidak lebih dari itu..Na'uzubillah...

Ketahuilah kiranya Ya Saudaraku, bahawa Wajib atas tiap-tiap Umat Islam mengetahui akan hak-hak yang ada pada Nabi SAW dan mengetahui keutamaan Nabi kita SAW supaya kita dapat menghormati dengan sebenar-benar penghormatan.

Kali ini, biarlah fakir keluarkan kembali kitab Insan Kamil karangan Al-Muhaddith Al-Syaikh Prof. Dr. Sayyid Muhammad bin Alwy Al-Maliki r.anhu pada halaman ke 284 :

Kalau Nabi Ibrahim AS telah menghancurkan berhala kaum bangsanya, maka Nabi Muhammad SAW telah melempar Arca Hubal yang terbesar, dari atas Ka'abah kemudian memerintahkan untuk menghancurkan tiga ratus enam puluh arca yang lainnya, dan hal itu terjadi sewaktu dibukanya kembali Kota Mekkah sebahagian yang tersebut dalam hadis Shahih.

Kalau Nabi Hud AS telah dibantu oleh Allah dengan angin puyuh terhadap kaumnya, maka kita ditolong oleh Allah SWT dengan angin pula yang megacaubilaukan pasukan musuh seperti yang terjadi waktu perang Khandaq.

Dan kalau Mukjizat nabi Allah Salleh AS , unta betina yang serba guna, maka untapun pernah bersimpuh menghormati Nabi Kita Muhammad SAW dengan ta'zimnya, sebagai yang tersebut dan diriwayat dalam beberapa hadis.

Dan kalau nabi Allah Yusuf AS dianugerahi Allah SWT dengan separuh keindahan dan kebagusan paras rupanya, maka Allah SWT memberikan anugerah itu, seluruhnya kepada Nabi Muhammad SAW.

Dan bila batu yang beku dan keras pernah memancarkan air sebagai mukjizat Nabi Musa AS, maka airpun pernah mengalir dengan derasnya dari celah-celah jari tangan nabi Kita Muhammad SAW. Dan ini lebih ajaib lagi, kerana keluarnya air dari batu tidak terlampau mengagumkan, dibandingkan dengan mengalirnya air dari daging dan darah, air yang mengalir keluar dari batu, adalah merupakan perkara biasa, tapi tidak demikian dengan keluar mengalirnya air dari anggota badan manusia !

Dan kalau salah satu mukjizat Nabi Musa AS ialah tongkat yang ajaib, maka merintihnya dan ratap tangis batang pohon kurma , kerana enggan berpisah dengan Nabi SAW lebih ajaib lagi,seperti diriwayatkan oleh beberapa hadis Shahih.

Dan kalau gunung-gemunung ikut bertasbih memuji Allah SWT bersama-sama dengan Nabi Daud AS, maka batu-batu kerikilpun juga bertasbih dalam tapak tangan Nabi SAW.

Dan kalau angin dimudahkan agar berada di bawah perintah Nabi Sulaiman AS, sehingga baginda dengan mengenderai angin, leluasa, terbang melayang pergi menempuh perjalanan yang paling jauh sekalipun , hanya dalam jangka masa sebulan dua, maka Nabi Muhammad SAW yang pergi ke Baitul Maqdis yang biasanya dikala itu, perjalanan ditempuh dalam waktu dua bulan pulang balik,hanya dilakukan Baginda SAW dalam sekejap mata, dan kemudian dimi'rajkan menempuh jarak sejauh lima puluh ribu tahun, menuju Sidratul Muntaha dalam waktu kurang dari semalaman.

Dan kalau nabi Sulaiman AS dapat memahami perbicaraan burung, maka Nabi kita SAW, mengerti dan memahami perbicaraan dan keluh kesah unta yang mengadukan kepada baginda SAW pemiliknya yang berlaku aniaya kepadanya, bahkan batu dan kayu-kayan pun dimengerti dan difahami oleh Baginda SAW, ketika mengucapkan salam kepadanya.

Dan kalau makhluk jin dikerahkan, agar dimanfaatkan oleh nabi Sulaiman AS, maka sekolompok Jin telah datang, kemudian beriman kepada nabi kita Muhammad SAW, sebagaimana yang dikisahkan oleh Allah SWT kepada kita di dalam Al-Quran. Dan Nabi Sulaiman AS yang menghukum dan membelenggu makhluk-makhluk jin yang diperintahnya, kerana menentang atau melanggar dan bersalah . maka satu jin Ifrit , setelah lolos dan terlepas dari tangan Nabi SAW, berhasil ditangkapnya kembali, ditawan kemudian dilepaskan dan berkata baginda SAW "kalau sekiranya Nabi Sulaiman AS tidak berucap "Ya Tuhanku, ampunkanlah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesuadahku"(Shaad:35) tentu aku ikat pada sebuah tiang dalam masjid ini, dan biarlah ia menjadi permainan anak-anak kecil, demikianlah tersebut dalam hadis shahih.

Dan kalau Nabi Isa AS memberitahukan tentang apa-apa yang bakal terjadi dan yang ghaib, dalam rangka mukjizat baginda , maka yang sama telah terjadi dengan Nabi Muhammad SAW yang memberitahukan tentang perkara-perkara ghaib yang terjadi, baik dalam jangka waktu yang pendek , maupun yang bakal terjadi dalam waktu yang panjang, demikian juga banyak disebutkan dalam berbagai hadis shahih, dan kitab-kitab sejarah yang muktamad.

Tamat.

Umat Islam hari ini perlu menghargai nikmat menjadi Umat Nabi Muhammad SAW, apabila merenung kembali sedalam-dalamnya, pasti kita akan mengetahui bahawa kemuliaan, ketinggian dan apa sahaja dari kebaikan yang ada pada kita semuanya adalah sebab dari hubungan kita dengan Junjunagn besar ,Kekasih Allah SWT, Nabi Muhammad SAW. Maka, wajiblah syukur atas kami kepada Allah SWT di atas kurniaan yang Maha Agung ini , iaitu Nabi Muhammad SAW.


Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Tuesday, February 2, 2010

Dewasakan Tauhidmu !!!!

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin


Amma Ba'du,

Mari kita lihat mutiara-mutiara kata didalam Kitab Yang Mahsyur lagi banyak manfaatnya kepada mereka yang rindukan kepada Khaliq-Nya , Allah Azza wa Jalla SWT Robbul Izzah Iaitu Kitab Syarah Al-Hikam oleh Al-Arief Billah Al-Imam Al-Ajal Al-Allamah Al-Fahhamah Al-Syaikh Ibnu Atha'illah r.anhu .


Apabila engkau ketika diberi merasa gembira kerana pemberian, dan jika ditolak merasa sedih kerana penolakan, maka ketahuilah yang demikian itu sebagai tanda masih adanya sifat-sifat keanak-anakan padamu, dan belum bersungguh-sungguh dalam sifat kehambaanmu kepada Allah.

Selama engkau masih selalu berubah-ubah susana hatimu ketika menerima nikmat atau ujian bala, maka nta bahawa masih dipengaruhi oleh hawa nafsu, dan belum bersungguh-sungguh dalam kedudukan kehambaan kepada Allah, dan pengertian terhadap hikmat rahmat Allah terhadap sekalian makhluknya.


Jika terlanjur (terjadi) perbuatan dosa, maka yang demikian itu jangan sampai menyebabkan patah hatimu untuk mendapatkan istiqamah kepada Tuhan-mu, sebab kemungkinan yang demikian itu sebagai dosa terakhir yang telah ditakdirkan bagimu.


Perbuatan dosa itu tidak menyalahi istiqamah dalam kelumbaan, asalkan jangan terus menerus dan merupakan kegembiraan dalam melakukannya, tetapi bila semata-mata kerana terlanjur, dengan tidak ada sifat gembira dalam melakukan perbuatan itu, bahkan segera bertaubat daripadaNya. Sebab manusia tidak akan mungkin dapat mengelakkan diri dari takdir yang telah tertulis baginya. Kerana itu terjadinya perbuatan dosa jangan sesekali menyebabkan putus asa dari tetapnya istiqamah dalam kehambaan kepada Allah SWT.


Apabila engkau ingin dibukakan oleh Allah pintu harapan, maka perhatikan kebesaran nikmat-nikmat dan rahmat Allah yang berlimpah-limpah kepadamu. Dan bila engkau dibukakanbagimu pintu ketakutan, maka perhatikan amal perbuatanmu terhadap Allah.


Jika engkau selalu memperhatikan kebesaran dan padanya nikmat rahmat Allah kepadamu, pasti engkau akan selalu optimis dan berharap baik atau bersangka baik, sebaliknya jika engkau selalu memperhatikan kecurangan dan kekuranganmu terhadap Allah, maka pasti timbul daripadamu rasa takut kepada Allah. Dan kedua, perasaan ini iaitu takut dan berharap kepada Allah, memang sifat-sifat yang harus ada pada tiap mukmin.


Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Monday, February 1, 2010

Suka Duka itu Rahmat Allah



Allah melapangkan bagimu,

supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan ,

dan Allah menyempitkan bagimu

supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan,

dan Allah melepaskan engkau dari keduanya,

supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.