Renungan

Friday, April 23, 2010

Merenungi dan Menghadirkan Rasa Keutamaan Tauhid melebihi Akan segala Urusan !!!

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Maka fakir ingin berkongsi dengan saudara yang dimuliakan akan kitab I'lajul Lamradhi Al-Radhiah (Penawar bagi segala Penyakit yang membinasakan) iaitu pada hamish (tepi) kitab Sab'atu Kutubin Mufidah , yang mana-mana kedua-duanya dikarang oleh Al-Allamah Al-Syaikh As-Sayyid Alawi ibn Ahmad As-Saqqaf r.anhu pada m/s ke 9 :

bunyi arab (maaf, takder software tulisan arab)

wa auwalu fardin iftaradahullahu Ta'ala 'Ala 'Ibadihil Ma'rifatu, Liqaulihi Ta'ala :

"wa ma khalaqtul jinna wal insa illa liya'budun"

qalabnu 'Abbasin "Illa Liya'rafun"

terjemah:

Dan bermula seawal-awal kewajipan yang telah mewajibkan dia oleh Allah Ta'ala ke atas hamba-hamba-Nya itu MENGENAL ALLAH, kerana firmannya Allah Ta'ala :

"Dan tiadalah Aku jadikan akan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku"

Telah berkata Ibnu Abbas (pada mentafsirkan makna" beribadah" dalam ayat ini)

dengan katanya : "melainkan supaya mereka MENGENAL AKAN DAKU"

juga disebut pada kitab Sab'atu Kutubin Mufidah bagi Sayyid Alawi r.anhu juga pada m/s ke-7 :

Dan mendekatkan diri yang PERTAMA-TAMA kepada ALLAH SWT adalah IMAN dan TAUHID, kemudian dengan melalui taat akan perintah-Nya.

Sayyid 'Alawi r.anhu juga turut menjelaskan akan makna Hampir pada Sifat Allah Ta'la dengan katanya:

Dan bagi hampir pada sifat Allah Ta'ala ada tiga makna : (kalau sekiranya berjumpa dengan mana-mana ayat-ayat yang seolah-olah menyatakan Allah hampir kepada hamba-Nya)

1. Hampir yang MUSTAHIL pada sifat-Nya : iaitu, Maha Suci Allah dengan hampir pada hamba-Nya dengan Zat-Nya

2. Hampir yang WAJIB pada sifat-Nya: iaitu Hampir dengan Ilmu-Nya dan Basar-Nya)

3. Hampir yang Harus pada Sifat-Nya : iaitu Allah SWT memberi rahmat pada siapa yang dikehendaki-Nya

Dan tambah Syaikh Sayyid Alawi ibn Ahmad As-Saqqaf r.anhu menasihatkan :

Dan ketahuilah Ya Akhie, sesungguhnya sewajib-wajib kefardhuan dan paling afdhal iaitu Al-Ilmu (mengetahui), dan paling besar daripada segala dosa-dosa besar iaitu Al-Jahlu (kebodohan) dan yang paling dahsyat daripada kebodohan itu adalah bodoh pada Tauhid .

Tamat..

Maka marilah saudaraku, saudariku, ya akhie , ya ukhti, ya ikhwah, kita hadirkan dalam hati ini, kita cuba tanamkan dan yakinkan hati ini bahawa tiada urusan yang lebih penting daripada urusan Tauhid, selepas kau mengetahui yang demikian itu, maka seharusnya hadir juga di hatimu , bahawa segala perkara yang ada kaitannya secara langsung dengan Tauhid, maka ia jadi sebesar-besar perkara pula..

Kata-kata yang tidak dicontohi dengan amal adalah tanda bagi si munafik, marilah kita usaha untuk jauhi akannya...maka bila kau katakan kau pentingkan ilmu tauhid, maka renungilah tindakan dan usaha kau apakah selari dengan apa yang disebut dan diucapkan...

tidak ada hadiah paling berharga yang boleh seorang Mukmin hadiahkan kepada saudaranya yang dikasihi selain daripada menyedarkan dan menghidupkan semangat dan kecintaan dan kesungguhan saudaranya pada Mengenal akan Allah SWT .

Cinta tanpa kenal adalah cinta yang berbahaya, maka kenali yang dicintai, moga kita mencintai-Nya sesuai dengan yang dituntut oleh-Nya...Amin... InsyaAllah (^_^)

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini. Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Tuesday, April 20, 2010

Sekadar perkongsian...

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...

AminAmma Ba'du,

Akhir Zaman ini, sungguh memelikkan dan menghairankan bagi mereka yang merenungi akan bencana dan malapetaka yang menimpa atas Umat Islam ini. Gejala sosial, jenayah , rasuah , rompakan, bunuh dan rogol setiap hari kedengaran di media massa, tertulis di surat khabar harian sehingga menjadi sebahagian dari kehidupan seharian kita. Dan lebih menambahkan perit lagi malah yang lebih besar dari itu, beberapa fahaman yang ganjil dan menyeleweng dari Jumhur Pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah menyelinap masuk dan semakin bersarang kuat di Bumi Malaysia ini...Mereka kadang-kadang dengan bertopengkan laungan mencintai Ahlul Bayt, kadang-kadang dengan laungan dan semboyan kembali ke Quran dan Sunnah, kadang-kadang dengan laungan Tajdid dan pembaharuan...yang mana semua semboyan dan laungan ini cukup untuk mempengaruhi rakyat awam yang rata-rata tidak mengetahui isi-isi dan perkara yang dibawa oleh mereka.

Kemudian, apabila berlaku polemik-polemik antara Ahli Sunnah dan Syiah atau Wahabi, maka bersuaralah beberapa dari kalangan manusia dengan seruan untuk bersatu padu, tinggalkan perkara yang dipolemikkan, ini hanya merugikan Umat Islam dan sebagainya. Persoalannya, apakah kesatuan yang mereka impikan sekiranya satu pihak berbuat amalan dan satu pihak lain membida'ahkannya???? Kemudian, lebih memelikkan, pihak yang membuat amalan itu yang disuruh bertolak ansur....padahal pergaduhan atau polemik tidak akan terjadi sekiranya masing2 tidak membida'ahkan antara satu sama lain...

Semuanya dengan Hadis Nabi SAW yang menyebut setiap Bid'ah adalah sesat. Fakir tidak berminat bicara panjang tentang Bid'ah kerana telah jelas lagi bersuluh bagi mereka yang terang mata hatinya bahawa Para Ulamak Panutan Islam r.anhum telah terlebih dahulu menjelaskannya dengan sejelas-jelasnya bahawa Bid'ah terbahagi dua, iaitu Hasanah dan Dhalalah.

Tidak dinafikan, disebalik seruan mereka-mereka yang mahukan kesatuan Umat Islam ini, di situ adalah kerana lahir dari Niat yang baik, mahu melihat Umat Islam ini bersatu-padu...dan inilah perkara yang sangat ditakuti oleh Puak Kuffar..Walaubagaimanapun, Orang yang paling mencintai Umat ini, Orang yang paling mengetahui akan hal-ehwal Umat ini, iaitu Junjungan Baginda Nabi Muhammad SAW telah terlebih dahulu mengisyaratkan perpecahan Umat ini, yang mana semuanya ke neraka kecuali satu sahaja. Apakah ada lagi orang yang mahu mempersatukan semua firqah-firqah ini??? Bukankah ini mewujudkan satu lagi firqah yang sesat lagi menyesatkan dengan menerima semua fahaman-fahaman sesat dari firqah-firqah yang terkeluar dari Firqah an-najjah??

Kerana itu, mari kita renungi akan Kitab Tuhfatur Raghibin Fi bayani Haqiqatil Imanil Mukminin wa Ma Yufsiduhu Min Riddatil Murtadin bagi Al-Allamah Al-Syaikh Muhammad Arsyad Al-Banjari r.anhu (pengarang Kitab Muktabar Sabilul Muhtadin) pada m/s 8 , 11 baris dari pihak bawah:

(Syahdan) Beberapa Iktikad yang MEMUTUSKAN ISLAM lainnya daripada yang tersebut itu (yakni yang disebut sebelumnya..pent) seperti segala iktikad kaum yang tujuh puluh dua yang sesat lagi Bid'ah yang tersebut bilangan mereka itu di dalam Hadis Nabi SAW yakni Bahawasanya adalah kaum Bani Israil bercerai-cerai mereka itu kemudian daripada Nabi Musa AS tujuh puluh tiga kaum sekaliannya di neraka melainkan satu kaum jua yang masuk Syurga (Dan) bercerai-cerai mereka itu kemudian daripada Nabi Isa AS tujuh puluh dua kaum sekaliannya didalam neraka melainkan suatu kaum jua yang masuk syurga (dan lagi) bercerai-cerai umatku kemudian daripada aku tujuh puluh tiga kaum sekaliannya isi neraka melainkan satu kaum jua masuk syurga (maka) sembah sahabat r.anhum siapa yang satu kaum itu ya Rasulullah (maka) Sabda Rasulullah SAW iaitu yang aku didalamnya dan segala sahabatku (yakni iaitu jalanku yang betul dan jalan segala sahabatku iaitulah jalan Ahli Sunnah wal Jama'ah).

(Hubai-Hubai (yakni hati2..pent)) Hai saudaraku yang beriman , WAJIB atasmu beriktikad dengan Iktikad Ahli Sunnah wal Jama'ah (kerana) iaitulah jalan Nabi Allah SAW dan Sahabatnya r.anhum dan segala mereka yang mengikut akan mereka itu dan yang mengikut akan yang mengikut mereka itu hingga hari kiamat dan WAJIB atasmu menjauhi sekalian iktikad Bid'ah yang sesat (seperti) iktikad segala kaum yang tujuh puluh dua yang tersebut bilangan mereka itu di dalam hadis yang tersebut.

Tamat petikan kitab....

Oleh kerana itu, belajarlah...apa iktikad-iktikad kaum yang sesat supaya kita tidak termasuk di dalamnya..Telah maklum bahawa orang yang mencampur-campurkan iktikadnya yang sahih dengan yang bathil akan menjadi bathil juga...Ini bukan lah perpecahan dalam masalah fiqh, ini adalah perpecahan dalam masalah Tauhid dan Usuluddin.

Sebagai mahasiswa, cukup memalukan apabila memegang jawatan tertentu dalam persatuan Islam, tapi jahil dan mengambil sikap tidak peduli tentang masalah ini. Apabila ditanya "bahawa kita Ahli Sunnah wal jama'ah adalah tengah2 di antara Jabariah dan Qadariah, maka mcm mana yang dikatakan tengah2 itu?"...Apakah cukup kita hanya menyebut di mulut sahaja, padahal kita sendiri tahu bahawa diri ini terlalu jahil sehingga kita tidak pasti di mana sebenarnya kedudukan kita.

Maka, dunia hari nie semakin menuju penghujungnya, Umat Islam semakin tidak berminat mengetahui kebenaran, tidak lagi berminat mengkaji, malah hanyut dalam hiburan, maksiat yang berleluasa, dan bagi mereka yang mendakwa sebagai pejuang Islam pula hanya mengambil sikap bertaklid dan hanya pegang kata-kata Ustaz sahaja walau dalam masalah2 yang besar seperti tauhid, padahal bertaklid dalam tauhid dikhilafkan Ulamak akan sah imannya, setengah Ulamak seperti Al-Imam Sanusi dan Al-Imam Ibn Arabi r.anhu mengatakan tidak sah iman orang yang bertaklid pada imannya, dan jumhur Ulamak r.anhum mengatakan sah imannya cuma wajib tidak berlaku apa-apa syak, zhan mahupun waham atas apa yang disampaikan oleh gurunya. Sekiranya berlaku, maka tidak sah imannya.

Sepatutnya yang wajib dipegangi kata-katanya oleh orang awam yang bertaklid adalah Mujtahid Fiqh, adapun Ustaz perlu menunjukkan pada orang awam akan kalam atau perkataan para Ulamak Mujtahid dan kitab-kitab mereka, supaya orang awam berpegang pada kalam/perkataan Mujtahid, bukan pada Ustaz. Para Muhaddits sekalipun tidak dipegangi kata-kata mereka melainkan setelah dirujuk kepada Ulamak Mujtahid Fiqh. Dan kadang-kadang ada Muhaddits yang mencapai taraf Mujtahid seperti Imam Malik, Imam Syafi'e, Imam Ahmad, dan lain-lain, maka dipegangi kata-kata mereka kerana Kemujtahidan mereka bukan dipandang pada sudut mereka itu muhaddits. Inilah sebagaimana yang disebutkan Oleh Allahyarham Tuan Guru hj. Ahmad Sedawa Al-Fathani, Guru yang mengajar di Bukit Ajiyad, Mekkah Al-Mukarramah selama 50 tahun. Baru pulang ke Rahmatullah tahun lepas pada usia lebih 80 Tahun, semoga Allah menempatkan beliau dikalangan para Auliya-Nya..Amin.

Maka fahamilah, selagi mana ada yang membela kaum-kaum Bid'ah, tidak akan ada penyelesaiannya.

Wallahu Yahdi ila sawaissabilSelawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini. Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Apakah Meminta Perkara yang Tidak mampu dilakukan seseorang kecuali Allah adalah perbuatan Syirik???

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,


Maka fakir persembahkan kitab Mafahim Yajibu An-Tusohhah (Kefahaman yang Wajib diperbetulkan) bagi Al-Muhaddith Syaikh Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn 'Alawi Ibn Abbas Al-Maliki r.anhu . Kitab ini dipersaksikan lebih 40 Ulamak terkemuka dunia, maka hanya mereka yang buta mata hatinya masih mahu melawan tanpa hujah yang nyata. Pada m/s 556:

Di antara dakwaan bathil yang dipegang oleh orang-orang yang suka mengkafirkan orang yang bertawassul atau meminta dengan Nabi SAW ialah :

"Ramai manusia sering meminta kepada para nabi dan orang-orang soleh yang telah meninggal dunia, perkara yang mereka tidak berkuasa laksanakan kecuali Allah. Meminta seperti yang demikian itu adalah perbuatan syirik"

Sebagai jawapannya : Dakwaan seperti ini hanya merupakan salah faham umat Islam sejak zaman dahulu hingga sekarang. Sebenarnya, orang-orang yang meminta daripada mereka hanya menjadikan mereka sebagai sebab, wasilah atau perantara bagi mendapatkan apa yang mereka pinta daripada Allah SWT. Mereka berharap Allah SWT menunaikan permintaan mereka disebabkan syafa'at, doa dan permohonan mereka kepada Allah SWT sebagaimana terkabulnya permohonan orang buta dan orang-orang lain yang datang kepada Nabi Muhammad SAW memohon, meminta tolong dan bertawassul dengannya kepada Allah SWT. Ternyata, Nabi SAW telah dapat memenuhi permohonan mereka dan merealisasikan keinginan mereka dengan izin Allah SWT. Namun, Nabi Muhammad SAW tidak pernah mengatakan walau kepada seorang pun daripada mereka, bahawa kamu telah menyengutukan Allah SWT.

Baginda SAW juga dapat memenuhi setiap permohonan mereka dalam perkara-perkara luar biasa yang mencarik adat seperti dapat menyembuhkan penyakit yang kronik tanpa menggunakan sebarang ubat. Baginda SAW juga pernah diminta supaya diturunkan hujan , dan selepas itu hujan turun ketika mereka memerlukan tanpa ada awan. Bahkan, Nabi SAW juga dapat mengembalikan mata seorang sahabat yang telah terkeluar daripada kelopak matanya, memancarkan air daripada jari-jemarinya, memperbanyakkan makanan yang sedikit, dan perkara-perkara luar biasa lain yang berada di luar kemampuan seorang manusia, menurut kebiasaannya. Nabi SAW mengabulkannya permohonan mereka, dan tidak pernah berkata kepada mereka " Sesungguhnya kamu sekalian telah menyengutukan Allah SWT, maka perbaharuilah keislaman kamu kerana kamu telah meminta daripadaku, apa yang tidak dapat aku lakuakan kecuali Allah SWT"

Apakah mereka lebih mengetahui tauhid dan perkara-perkara yang mengeluarkan seseorang dari Tauhid, daripada Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya r.anhum ? Sikap mereka ini tidak dapat difahami oleh orang jahil, apatah lagi orang alim.

Pada m/s 560:

Maka, untuk membuka tabir kesamaran ini, (jika kesamaran itu memang ada) ialah apa yang sebenarnya diminta oleh sebahagian kaum Muslimin daripada mereka ialah menjadikannya sebagai perantaraan kepada Allah SWT bagi mendapatkan keinginan dan hajatnya. Yang demikian itu, termasuk daripada perkara-perkara yang diberi kuasa dan milik oleh Allah kepada mereka. Maka orang yang mengatakan , "Wahai Nabi Allah ! Sembuhkanlah aku, atau tolong lunaskan hutangku" , sebenarnya bermaksud , "Bantulah aku dalam mengubati penyakit, berdoalah untukku agar dapat dilunaskan hutangku, hadapkanlah kepada Allah permasalahanku ini." Jadi, mereka yang memohon bantuan kepada orang-orang soleh dan para Nabi AS itu hanya memohon apa-apa yang dikuasakan dan dimilikkan oleh Allah kepada mereka untuk melakukannya, seperti mendoakan mereka dan menjadi perantaraan mereka untuk mendapatkan pertolongan dari Allah.

Inilah yang kami yakini dan percayai terhadap orang-orang yang mengucapkan perkataan sedemikian dan atas keyakinan ini, kami mentaati Allah. Jadi, penisbahan atau penyandaran yang terdapat di dalam perkataan mereka itu sebenarnya merupakan majaz Aqli yang tidak membahayakan Tauhid orang yang mengucapkannya, seperti Firman Allah Ta'ala :

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, sama ada yang ditumbuhkan oleh bumi.." (Yaasin :36)

Begitu juga yang disabdakan junjungan Rasulullah SAW :

"Sesungguhnya apa yang tumbuh pada musim bunga daripada pelbagai tumbuh-tumbuhan boleh membawa kematian atau kembung kepada haiwan"

Terdapat banyak ungkapan yang mengandungi majaz Aqli baik di dalam Al-Quran , Hadith Nabi SAW, atau pun perkataan manusia yang khas dan awam. Ia tidak membahayakan kerana perkataan tersebut keluar daripada orang-orang yang mentauhidkan Allah SWT, yang menjadi qarinah bagi apa yang mereka maksudkan. Tidak terdapat di dalam perkataan tersebut perkara-perkara yang menunjukkan sikap kurang baik atau tidak beradab. Kami telah menjelaskan secara terperinci mengenai hakikat permasalahan ini di dalam perbahasan khusus mengenainya di dalam kitab ini...

Tamat....

Wallahu Yahdi ila sawaissabil

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini. Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Monday, April 19, 2010

Penjelasan yang berguna bak Mentari dari Kitab Hujjah bagi Islam (Al-Ghazali)

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Maka fakir bawakan apa yang dinyatakan di dalam Kitab Siyarus Salikin Fi Thariqatis Sadaatis Suffiyah, yang diterjemah dari kitab Lubabu Ihya'i Ulumiddin Al-'Alim Al-Ulama' Hujjatul Islam Ila Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali r.anhu. Oleh Al-Allamah Al-'Arifu Billah Asy-Syaikh Abdus Samad Al-Falimbani Rahimahullah Hi Ta'ala, Juzu' 3, m/s 87-89, baris 12 dari atas.

(Syahdan) Ketahuilah oleh mu bahawasanya sekalian kelakuanmengumpat itu Haram dan tiada diharuskan oleh syarak melainkan 6 perkara:

(pertama, At-Talazzum, iaitu kerana dizalimi atau untuk mencari keadilan) Yaitu mengkhabarkan akan kejahatan orang yang zalim akan dikau kepada Qadhi, supaya menghukumkan ia akan dia. Atau, mengkhabarkan akan kejahatan Qadhi yang zalim akan dikau kepada Sultan, supaya menghukumkan ia akan dia. Maka yang demikian itu harus (boleh).

(Yang Kedua, iaitu kerana mencari pertolongan kerana mahu menolak kemungkaran, dan mahu menolak perkara-perkara maksiat supaya perkara itu jadi bagus) Ertinya, (harus) mengkhabarkan akan kejahatan orang yang berbuat maksiat kepada orang besar atau kepada raja-raja, kerana sebab mintak tolong akan dia atas menolakkan kejahatan orang itu.

Dan harus pula mengkhabarkan akan kejahatan orang yang berbuat maksiat kepada orang besar atau kepada raja-raja, kerana sebab meminta tolong akan dia supaya mengembalikan ia, akan dia orang yang berbuat maksiat itu kepada berbuat kebajikan.

(ketiga, Al-Istifta', iaitu meminta fatwa dari mufti) Yakni, harus mengkhabarkan kejahatan orang kepada mufti kerana menuntut fatwa kepadanya, seperti berkata seorang kepada mufti "Bapaku atau saudaraku , ia menzalimi akan daku dengan berbuat kejahatan akan daku. Apa hukumannya? dan betapakah jalan melepaskan akan demikian itu?"

Seperti apa yang diriwayatkan daripada perempuan yang bernama Hindun. Maka, mengadu ia akan hal suaminya, Aba Sufyan kepada Nabi SAW dengan katanya : "Bahawasanya Aba Sufyan laki-laki kikir (kedekut). Padahal ia tiada memberi daku akan anak aku makanan dan pakaian yang memadai akan daku, Dan adakah harus aku mengambil akan makanan atau pakaian itu dengan tiada ia mengetahui akan yang demikian itu?"

Maka Sabda Nabi SAW, "Ambil olehmu akan makanan dan pakaian itu yang memadai akan dikau dan akan ankmu dengan yang ma'ruf (kebaikan), dan jikalau tiada ia mengetahui akan yang demikian sekalipun."

(Keempat, iaitu mengingatkan orang Islam akan kejahatan) Ertinya, harus mengkhabarkan kejahatan orang kerana menakuti akan orang Muslim daripada kejahatan orang itu. Apabila engkau lihat akan seseorang yang baharu menuntut ilmu itu. Padahal, ia berulang pergi pada orang yang bid'ah. Yakni orang yang tiada baik iktikadnya atau orang yang tiada baik agamanya, maka harus engkau khabarkan kepadanya akan kejahatan orang itu supaya jangan ia mengaji kepadanya atau supaya jangan ia bersahabat dengan dia kerana bersahabat dengan orang demikian itu membawa kepada kebinasaan akan agama.

(dan demikian lagi) Jika engkau lihat akan seorang yang berulang-ulang pergi datang mengaji kepada orang fasiq atau ulamak yang jahat. Maka harus engkau khabarkan kepadanya akan kejahatan orang yang fasiq dan kejahatan ulamak yang jahat supaya menjauhi orang itu daripada berguru kepada orang demikian itu. Tetapi (hendaklah) engkau qasadkan yang demikian itu kerana Allah Ta'ala dan jangan engkau qasad kerana dengki akan dia.

(Dan demikian lagi) Jika engkau lihat seseorang berkehendak membeli akan sahaya (hamba). Padahal engkau ketahui akan sahaya itu pencuri atau berbuat maksiat. Maka harus engkau khabarkan akan orang yang berkehendak membeli akan dia, akan kejahatan sahaya itu supaya menjauhi ia daripada membeli akan sahaya itu.

(Dan demikian lagi) Jikalau bertanya seseorang akan dikau akan hal orang yang dijadikannya akan saksi itu, jikalau engkau ketahui akan orang itu jahat. Maka harus engkau khabarkan akan kejahatan orang itu.

(Dan demikian lagi) Jika orang yang berkehendak beristeri. Maka bertanya ia akan dikau akan perempuan yang hendak diperbuatnya isteri itu. Padahal , ia jahat perbuatannya. Maka harus engkau khabarkan akan kejahatan perempuan itu.

(Dan demikian lagi) Jika seorang berkehendak mempersuamikan akan anaknya perempuan, dengan seorang laki-laki yang jahat. Maka harus engkau khabar kepada bapa perempuan itu akan kejahatan laki-laki itu dan barang sebagainya.

Seperti Sabda Nabi SAW "Sebutkan oleh kamu akan orang yang Fajir, yakni orang yang fasiq itu akan kejahatan yang ada di dalamnya itu supaya menjauhi akan dia itu oleh manusia"

(Dan yang kelima) Harus menyebutkan aib orang yang tiada diketahui akan dia, melainkan dengan disebutkan aibnya seperti Si Fulan yang buta, atau si fulan yang tempang atau barang sebagainya.

(Dan yang keenam) Harus menyebutkan akan kejahatan orang yang telah mahsyur akan fasiqnya itu, seperti orang yang mahsyur dengan berzina. Atau, yang mahsyur dengan berliwat. Atau, orang yang mahsyur dengan meminum arak. Atau barang sebagainya.

Dan kata Al-Imam Hasan Al-Basriyy Rahimahullahu Ta'ala, "Tiga orang yang tiada haram atas orang yang mengumpat bagi mereka itu" (Pertama) Orang yang Bida'ah, (Dan kedua) Orang yang fasiq yang menzahirkan ia akan maksiatnya itu sekira-kira jikalau dikata orang akan kejahatannya, nescaya tiada benci akan yang demikian itu, (Dan ketiga) Raja-raja yang Zalim . Maka tiada haram atas seseorang menyebutkan akan pekerjaannya yang zalim itu."

Tamat..

Wallahu Yahdi ila sawaissabil

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini. Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Saturday, April 17, 2010

Darjat - Darjat dalam Dakwah

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Maka fakir bawakkan kitab Siyarus Salikin Thariqatis Sadaatissufiyyah terjemahan daripada kitab Ihya' Ulumuddin bagi Al-Imam Al-Ghazali r.anhu dan terjemah oleh Al-Allamah Syaikh Abdus Samad Al-Falimbani r.anhu. Pada juzu' ke-2, m/s 203 :

(Maka darjat yang pertama) memberitahu akan seseorang berbuat akan sesuatau pekerjaan yang mungkar dengan bebalnya maka iaitu lazim atas seorang menegur dan mengajar akan sembahyangnya seperti meninggalkan tuma'ninah di dalam rukuk dan sujud dan barang sebagainya tetapi dengan perkataan yang lemah lembut dan yang mengajar akandia.

(Dan darjat kedua) Manjagakan dan mengingatkan dengan mengikut dan dengan menyukakan dan memberi nasihat akan orang yang mengerjakan maksiat pada hal ia mengetahui akan kejahatannya seperti orang yang mengekali akan meminum arak atau berbuat zalim atau mengekali mengumpat akan manusia pada hal ia mengetahui sekalian yang demikian itu haram maka sayugianya bahawa dijagakan dan ditakuti dengan seksa yang datang daripada hadis Nabi SAW dan daripada dalil Al-Quran dan dihikayatkan kepadanya kelakuan orang yang salih-salih yang dahulu-dahulu dan dikhabarkan kepadanya adat orang yang salih-salih yang dahulu-dahulu dan diringankan akan dia dengan berbuat kebajikan dan sekalian yang demikian itu dengan kasih sayang kepadanya dan dengan perkataan lemah lembut dan jangan dengan perkataan yang keras dan jangan perkataan yang marah akandia.

(Dan darjat ketiga) Apabila tiada memberi MANFAAT akandia dengan perkataan yang lemah lembut dan dengan pengajaran itu, maka menegur akandia dengan perkataan yang keras dan dengan perkataan yang kasar dan jika patut di maki akan dia maka harus di maki akan dia tetapi jangan dimaki akan dia dengan perkataan yang sangat keji seperti kata ia dengan zina dan mukadimahnya (lucah...pent.) dan jangan dimaki dengan perkataan yang dusta tetapi dimaki akan dia dengan perkataan yang tiada sangat keji seperti dimaki akan dia dengan dikata akan dia YA FASIQ atau dikata akan dia HAI ORANG YANG KURANG AQAL atau dikata akan dia YA JAHIL , TIADAKAH KAU TAKUT AKAN ALLAH TA'ALA, atau dengan katanya HAI ORANG YANG DUNGU dan barang sebagainya tiap2 yang dibilangkan memaki akandia dan sekalian itu sekira-kira HAJAT jua dan jangan berlebih-lebih.

(Dan Darjat Keempat) Apabila tiada memberi MANFAAT dengan demikian itu maka ditegahkan akan dia dengan tangan seperti DIPECAHKAN alat permainan yang haram itu dan ditumpahkan araknya dan ditanggalkan pakaian sutera daripada kepalanya atau daripada tubuhnya dan ditegahkan akan dia daripada duduk atas hamparan sutera dan ditolakkan akan dia daripadanya keluarkan akan dia daripada rumah yang dirampasnya dengan ditarik tangannya atau kakinya dan barang sebagainya sekira-kira HAJAT jua dan jangan berlebih dan jikalau dapat ditumpahkan araknya maka jangan dipecahkan bejananyaitu dan jikalau tiada memberi MANFAAT yang demikian itu MELAINKAN dengan DIPUKUL dengan tangan dan DITENDANG dengan kaki, maka harus perbuat akan dia dengan demikian itu.

Tamat...

Wallahu Yahdi ila sawaissabil

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini. Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Thursday, April 15, 2010

Polemik Tajdid dan Pembaharuan


Oleh Panel Penyelidik, Yayasan Sofa.
(Versi penuh daripada versi yang tersiar di ruangan Relung Cahaya, Sisipan Mega, Selasa 13 April 2010)
Di antara isu yang sering menjadi punca tergelincir langkah dalam memahami dan menghayati Islam adalah isu Tajdid atau Pembaharuan dalam agama. Jika tidak berhati-hati dan tanpa perlindungan Ilahi, ramai yang mungkin terkeliru dalam beberapa persoalan pokok dalam soal pembaharuan dalam Islam ini. Antara persoalan pokok di sekitar Tajdid termasuklah falsafah pembaharuan yang sahih dan diterima dalam Islam, skop atau ruang untuk pembaharuan dan kaedah dan manhaj untuk pembaharuan agama. Akhirnya pemahaman terhadap semua persoalan ini akan memandu kita untuk mengenalpasti siapakah para Mujaddid atau pembaharu sebenar, dulu dan kini.
Kekeliruan dalam soal ini turut mudah berlaku kerana sering terdapat pihak yang cuba bercakap atas nama pembaharuan atau tajdid kalaupun mereka dan aliran pemikiran mereka adalah menyimpang daripada fahaman tajdid yang murni dalam Islam. Ringkasnya mereka ini cuba berselindung dan memanipulasi tajdid dalam usaha mereka meminggirkan aliran yang tidak selari dengan mereka agar merekalah yang akan mendominasi fahaman agama di kalangan masyarakat. Jika mereka ini aggresif dan bijak memainkan lagu mereka ini tidak mustahil ramai orang awam yang akan terpengaruh. Tidak mudah sebenarnya untuk mengambil sikap yang tepat dalam hal ini kerana isu tajdid agama ini merupakan persoalan kompleks yang memerlukan kajian dan kepakaran.

Falsafah Tajdid dalam Islam
Istilah tajdid, pembaharuan atau renewal memang punya imej dan daya tariknya secara semulajadi kerana ia membawa makna-makna yang positif dan segar. Ditambah lagi apabila mengingatkan bahawa kalimah dan konsep tajdid ada disebut oleh Rasulullah dalam sebuah hadis yang menjanjikan suatu berita gembira untuk umat Islam,“Sesungguhnya Allah (SWT) akan membangkitkan dari kalangan umat ini dipermulaan setiap kurun mereka yang akan mentajdidkan agama umat ini” (riwayat Abu Dawud, al-Hakim dan al-Baihaqi). Hadis ini adalah antara hadis yang sangat popular dikalangan umat Islam kerana berita baik yang terkandung di dalamnya. Cuma, harus diingat, seperti mana-mana nas al-Quran mahupun Sunnah perlulah difahami dan ditafsirkan mengikut maksudnya yang sebenar. Walaupun hadis ini ada menyebut pembaharuan agama tetapi ia mestilah merujuk kepada faham dan konsep Tajdid yang khusus dalam Islam.

Hakikat dan sejarah Islam adalah berbeza berbanding dengan agama-agama lain. Kita meyakini bahawa Islam bermula sempurna dan murni sejak generasi awalnya lagi. Malah kurun-kurun awal Islam adalah diiktiraf oleh hadis Nabi sebagai era terbaik bagi Islam. Jadi umat Islam sebagai umat pillihan sudah dibekalkan dengan acuan dan panduan yang terbaik dari peninggalan generasi awalnya. Maka falsafah Islam tentang Tajdid harus setia kepada hakikat ini. Tajdid dalam Islam adalah suatu usaha untuk menghayati dan menterjemahkan dengan sebaik mungkin acuan Islam yang ditinggalkan oleh generasi awal umat ini. Risalah Islam itu sendiri tidak perlukan perubahan (Taghyir) ataupun reformasi (Islah) kerana ia sudah sedia lengkap, murni dan utuh. Taghyir dan Islah hanya layak ditujukan terhadap orang-orang Islam yang lalai agar mereka ini berubah dan mengislah diri kembali mengikuti fahaman Islam yang sebenar.

Adapun agama Islam itu sendiri sebagai risalah yang terakhir tetap dijamin kesinambungan dan keterpeliharaannya sepanjang zaman. Islam terpelihara dengan kehadiran para ulama yang dinobatkan oleh Nabi SAW sendiri sebagai para pewarisnya yang sah. Ilmu-ilmu dan kefahaman agama pula sebagai inti dan paksi agama Islam dijamin hanya akan beredar dikalangan para ulama yang berkeperibadian adil dan jujur. Mereka ini akan berperanan memelihara fahaman agama ini daripada gangguan aliran yang batil, melampau dan menyeleweng. Janji dan jaminan tentang hal ini yang kita temui dalam al-Quran dan Sunnah ternyata menjadi kenyataan. Di sepanjang sejarah Islam, sentiasa muncul barisan ulama menjuarai pelbagai disiplin ilmu Islam dengan tradisi menyusun, memperkembangkan dan memperjelaskan lagi acuan Islam yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dan para Salaf al-Soleh. Mengenali diri peribadi dan keterampilan para ulama muktabar ini, kita memandang mereka dan khazanah ilmiyyah yang mereka tinggalkan sebagai jelmaan janji Allah SWT dan RasulNya SAW yang sekali-kali tidak akan membiarkan umat ini tanpa panduan yang benar sepanjang hayatnya. Malah hadis Mujaddid itu sendiri merupakan sebahagian daripada janji Ilahi ini.

Tajdid agama dalam Islam dalam hadis ini perlu difahami dalam kerangka sejarah dan perkembangan tiga aspek agama iaitu Islam, Iman dan Ihsan seperti yang dinyatakan dalam hadis Jibril yang masyhur itu. Aspek Islam, Iman dan Ihsan ini dikembangkan dan dihuraikan dibawah ilmu-ilmu Shariah/Fiqh, Aqidah/Tawhid dan Akhlak/Tasawwuf. Ketiga-tiga cabang ilmu agama ini yang hakikatnya diasaskan oleh Rasulullah SAW sendiri berdasarkan wahyu telah berkembang dengan cemerlang ditangan para ulama Islam sehingga muncul sebagai disiplin ilmu yang baku dan tersusun rapi. Pada masa yang sama ilmu-ilmu ini turut mengandungi aspek dinamika dan keanjalan yang menyebabkannya mampu untuk memenuhi tuntutan pelbagai zaman dan situasi.

Para pengkaji dan pemerhati yang jujur akan bersetuju bahawa sesudah di kembangkan dan disusun oleh para ulama muktabar umat ini, fahaman Islam arus perdana dan muktabar atau yang dinamakan Ahlus Sunnah wal Jamaah boleh disimpulkan kepada yang beraqidahkan acuan Aqidah Asha`rah-Maturidiyyah, bershariahkan Mazhab-mazhab yang muktabar dan bertasawwuf dalam akhlaknya. Mengambil kira hakikat ini, tidak hairanlah jika dalam senarai-senarai utama para Mujaddid sepanjang kurun yang dikemukakan oleh para ulama muktabar seperti Imam Jalaluddin al-Suyuti (m.911H) dan Shah Waliyyullah al-Dehlawi (1176H) kita melihat nama-nama Imam-imam Abul Hassan al-Ash`ariy, al-Shafi`iy, al-Ghazaliy dan lain-lainnya yang memang merupakan arkitek-arkitek utama penyusunan, pembakuan dan perkembangan ilmu-ilmu Islam ini sepanjang kurun yang lampau.Susulan daripada perbahasan di atas, tumpuan sebenar Tajdid dan pembaharuan dalam Islam adalah kefahaman dan penghayatan umat Islam dan bukannya terhadap fahaman Islam itu sendiri. Sebagai seorang muslim, kita meyakini bahawa fahaman dan ilmu-ilmu Islam yang ada pada kita merupakan fahaman dan manhaj terbaik yang dikurniakan Allah kepada kita. Ruang dan batas apa yang haram dan halal, yang baik dan buruk semuanya tersedia dihadapan kita. Ruang perkara-perkara khilafiyyah yang dibolehkan kita berbeza pegangan padanya juga jelas dihadapan kita. Perkara-perkara yang jelas-jelas haram, halal atau khilafiyyah tidak sepatutnya dijadikan bahan untuk ditajdidkan atau dibahaskan lagi oleh para Mujaddid hakiki.

Mengenal Mujaddid Sebenar

Hasil perbahasan kita ini, bolehlah disimpulkan bahawa para Mujaddid sebenar dalam Islam adalah mereka yang berjaya memimpin umat Islam sepanjang kurun yang silih-berganti agar memperbaharui iltizam dan penghayatan mereka terhadap Aqidah/Tawhid, Shariah/Fiqh dan Akhlak/Tasawwuf yang benar dan murni. Acuan dan manhaj yang benar dan murni dalam cabang-cabang ilmu Islam ini juga adalah jelas dan terang bagi mereka yang mahu melihat. Apabila umat Islam mengikut pimpinan dan panduan para Mujaddid maka agama mereka akan terpelihara dan berkembang. Mereka juga mampu menempa pencapaian ketamadunan yang hebat seperti kemunculan Islam sebagai salah satu tamaddun agung dunia dalam sejarah perkembangan tamadun manusia. Kesetiaan umat Islam dengan manhaj para Mujaddid sebenar umat ini juga menjadi rahsia disebalik episod-episod tertentu yang gemilang dalam sejarah Islam seperti kejayaan generasi Sultan Salahuddin al-Ayyubi dan Sultan Muhammad al-Fateh.
Kesimpulan yang kita kemukakan ini tidak akan mampu menghalang aliran-aliran pinggiran umat ini untuk tetap mendakwa dan bercakap atas nama Tajdid dan pembaharuan. Tajdid dan pembaharuanlah jenama yang paling laku dalam mereka cuba mengalih perhatian umat daripada khazanah keagungan ilmu-ilmu Islam kepada pegangan mereka yang pada hakikatnya janggal dan asing. Mereka ini akan menjulang nama-nama tokoh yang dikenali masyarakat yang dirasakan dapat mendokong pegangan mereka. Dalam masyarakat kita, nama-nama seperti Zaaba, Hamka, Syed Syeikh al-Hadi dan seumpamanya yang dikenali oleh masyarakat kerana sumbangan dan jasa mereka yang tersendiri turut digunakan tanpa mendedahkan keseluruhan sisi dan kedudukan sebenar tokoh-tokoh ini. Aspek-aspek kontroversi tokoh-tokoh ini disembunyikan. Khalayak awam yang kurang teliti dan berhati-hati mungkin mudah terpengaruh kerana terhimbau dengan kemasyhuran tokoh-tokoh ini tanpa mampu menilai mereka dengan tepat dalam kerangka faham Tajdid agama sebenar seperti yang kita sentuh dalam makalah ini.Sebenarnya, dengan berbekalkan faham Tajdid dan pembaharuan Islam yang sebenar, kita tidak akan mudah terpesona dengan setiap yang melagukan lagu Tajdid dan pembaharuan. Dengan izin Allah, dikesempatan yang mendatang, ruang ini akan mendedahkan secara lebih khusus beberapa pandangan yang menyimpang daripada fahaman Tajdid yang ada diketengahkan dalam masyarakat kita akhir-akhir ini.

Monday, April 12, 2010

Sejelas-jelas penjelasan bagi membangkang dan menjahanamkan pendapat yang mengatakan Tawassul adalah syirik Besar !!!

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,


Fakir membawakan Kitab Mafahim Yajibu An-Tusohhah (Kefahaman yang wajib diperbetulkan) karangan Al-Muhaddith Al-Allamah Al-Syaikh Muhammad ibn Alawi ibn Abbas Al-Maliki Al-Makki Al-Hasani r.anhu dengan dipersaksikan dan diperakui oleh lebih 40 Ulamak terkemuka Dunia antaranya :

1. Al-Fadhilah Sayikh Hasanain Muhammad Makhluf - Mantan Mufti Mesir dan Anggota Jama'ah Ulama Besar Al-Azhar Al-Syarif

2. Al-Allamah Al-Muarrikh Al-Faqih Syaikh Muhammad ibn Ahmad ibn hasan Al-Khazraji - Menteri Hal Ehwal Islam dan Waqaf Emiriah Arab Bersatu

3. Al-Fadhilah Al-Allamah Al-Kabir Al-Da'ei ilallah Syaikh Prof. Dr. Muhammad Toyyib Al-Najjar - Syaikh Al-Azhar yang terkini

4. Yang Berbahagia Al-Faqih Al-Syaikh Muhammad ibn Abdul Rahman Aali Al Syaikh Abu Bakar ibn Salim - Mufti Republik Islam Comorro

5. Al-Allamah Al-Muhaddith Al-Muhaqqiq Al-Syaikh Muhammad Syazuli Al-Naifir - Anggota Pertubuhan Perikatan Islam Sedunia, Makkah Al-Mukarramah.

6. Al-Fadhilah Al-Allamah Al-Faqih Al-Muhaddith bahkan beliau juga adalah Muhaddith Dunia, Al-Syaikh Al-Sayyid Abdullah ibn Muhammad Al-Siddiq Al-Ghumari r.anhu.

7. Al-Fadhilah Al-Allamah Al-Muhaddith Al-Sayyid Abdul Aziz ibn Al-Siddiq Al-Ghumari.

8. Al-Imam Al-Arief billah wa Al-Da'i ilallah Al-Habib Abdul Qadir Al-Saqqaf, Imam Hadramaut dan Syaikh Ulamanya (Baru sahaja pulang ke Rahmatullah...Allahummaghfirlahu )

Dan banyak lagi...Cukuplah persaksian para ulamak yang terkenal dengan kelimuan mereka berbanding beberapa orang yang berlagak alim pada zaman ini yang menyalahkan pengajaran yang dibawa oleh para ulamak Muktabar R.anhum malah mengatakan tawassul sebagai syirik besar...Na'uzubillahi Min Zalik...

Pada m/s 451

Bertawassul dengan Makam Nabi SAW dengan petunjuk Sayyidah Aisyah r.anha.

Berkata Al-Imam Al-Hafiz Al-Darimi di dalam kitabnya Al-Sunan, Bab : Kemuliaan yang dikurniakan Allah kepada Nabi Muhammad SAW selepas kewafatannya.

Telah menceritakan kepada kami Abu Al-Nu'man, telah menceritakan kepada kami Sa'id ibn Zaid, telah menceritakan kepada kami, 'Amru ibn malik Al-Nakiri, telah menceritakan kepada kami Abu Al-Jauza' Aus ibn Abdullah, berkata:

"Pada suatu masa, penduduk Madinah ditimpa kemarau yang dahsyat. maka mereka mengadu kepada Sayyidah Aisyah r.anha, lalu Sayyidah Aisyah r.anha berkata : "perhatikanlah maqam Rasulullah SAW. Maka buatlah sebuah tingkap menghadap ke arah langit hingga tiada satu atap yang menghalang di antara maqamnya dengan langit"

Aus bin Abdullah berkata: " maka mereka pun membuat tingkap tersebut. Lalu selepas itu, kami diturunkan hujan hingga rumput-rumput tumbuh dengan subur dan unta-unta menjadi gemuk, (seolah-olah) badannya pecah kerana banyaknya lemak. Maka tahun itu dinamakan Tahun Al-Fatq (binatang gemuk dan berlemak)."

Inilah yang dinamakan bertawassul dengan maqam Baginda SAW. Bahkan ia adalah kubur semata-mata tetapi kerana di dalamnya disemadikan jasad makhluk yang paling mulia dan kekasih Tuhan semesta Alam. maka ia mendapat kemuliaan kerana berhampiran dengan Baginda SAW dan layaklah ia mendapat kedudukan yang mulia.

Tahkrij hadis akan ana sampaikan pada mereka yang masih ragu2 pada persaksian ulamak di awal tadi.

Pada m/s 462,

Tawassul kaum Muslimin dengan Nabi Muhammad SAW dalam Perang Yamamah

Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Kathir r.anhu menyebut bahawa syiar atau slogan orang-orang Islam dalam peperangan Yamamah ialah: Ya Muhammadah (Wahai Nabi Muhammad ! Tolonglah).

Beliau (Yakni Al-Imam Ibnu Kathir r.anhu) berkata sebagaimana nasnya di dalam Kitab Al-Bidayah wa Al-Nihayah, Juzu' 6 m/s 324:

Sayyidina Khalid ibn Al-Walid r.anhu membawa bendera hingga berjaya melintasi kawasan musuh. Setelah itu, beliau melalui bukit, dan memerhatikan bagaimana caranya beliau dapat sampai dekat dengan Musailamah Al-Kazzab dan membunuhnya. Kemudian beliau kembali semula kepada barisan tentera. lalu beliau berhenti di antara dua saf tentera dan berseru untuk berlawan seorang dengan seorang dari kalangan tentera musuh, "Aku adalah putera Al-Walid yang datang semula, aku adalah putera 'Aamir dan Zaid". Kemudian dia melaungkan syiar kaum muslimin iaitu "Ya Muhammadaah !".


Maka kami ingin mengutarakan persoalan, adakah mereka semua (yakni para Ulamak tersebut) menaqalkan sesuatu yang menimbulkan kekufuran dan kesyirikan ???? Atau, adakah mereka (para ulamak) menaqalkan sesuatu yang membawa kepada penyembahan berhala dan peribadatan kepada kubur???

Jika perkara tersebut sedemikian, maka apakah kethiqahan yang ada pada mereka atau di dalam kitab-kitab mereka???

Kesimpulannya, tidak disyaki lagi , bahawa Nabi SAW mempunyai kedudukan yang tinggi, martabat yang mulia dan pangkat yang besar di sisi Allah. maka syariat dan logik akal yang mana satukah yang menegah bertawassul dengan Baginda SAW terutamanya apabila terdapat dalil-dalil yang telah menetapkannya di dunia dan akhirat.

Ditegaskan, bahawa dalam bertawassul, kami tidak sesekali memohon kepada selain Allah dan tidak berdoa melainkan hanya kepada-Nya. Kami hanya berdoa kepada-nya dengan atau melalui apa yang dikasihi-Nya. Kadang kala kami memohon kepada-nya dengan amalan-amalan soleh kami kerana Dia menyukai dan meredhainya. Kadang kala kami memohon kepada-Nya dengan perantaraan makhluk yang dikasihi-Nya sebagaimana yang disebut di dalam hadith Nabi Adam AS , hadith Fatimah binti Asad dan hadith Uthman bin Hunaif r.anhu.

Kadang kala kami memohon kepada-Nya dengan perantaraan nama-nama Allah yang indah. Atau, kadang kala kami memohon kepada-Nya dengan sifat perbuatan-Nya. Justeru tawassul itu tidak terbatas pada ruang sempit sebagaimana sangkaan orang-orang yang menolaknya.

Maka, fakir menyeru dengan ikhlas dan atas ukhwah Islam, supaya PMI UTM menarik balik kenyataan di dalam silibus usrahnya iaitu Tawassul adalah antara Syirik Besar....kenyataan ini jelas ada di dalam silibus PMI UTM... Tiadalah berguna amalanmu walau segunung Uhud sekalipun apabila engkau menyebarkan fahaman ini yang menyebabkan terlalu banyak Umat Islam dikafirkan. Adapun dengan bertanya pada Ustaz-Ustaz tidak lah memadai selagi mana tidak diselidiki dari mana sumber yang diambil oleh Ustaz tersebut. bukan hanya dengan cakap mulut sahaja. perlu diketahui, hanya Ulamak Mujtahid sahaja yang perkataannya boleh dijadikan hujjah, bukan yang lain walau Ustaz sekalipun. Bukalah minda, luaskan fikiran...dan sedarlah bahawa Para Ulamak r.anhum yang jauh lebih alim lagi tawadhuk dan Muktabar telah membahaskan perkara ini terlebih dahulu , maka tiada lah berguna orang pada zaman ini yang cuba menafikan malah mensyirikkan amalan yang asalnya dibolehkan dalam syarak. Bukalah kitab Al-Imam Ibnu Hajar Al-Haythami r.anhu, Bukalah Kitab Fatawa Al-Kubra bagi Al-Imam Syihabuddin Al-Ramli bagi soalan tentang tawassul dan tabarruk,Bukalah Kitab Dalalilun Nubuwwah bagi Al-Imam Baihaqi r.anhu, bukalah kitab Al-Azkar bagi Imam An-Nawawi r.anhu tentang kisah tawassul pada maqam Nabi SAW, buka lah kitab As-Syifa' bagi Al-Qadhi Iyaadh r.anhu tentang tawassul pada Nabi SAW, bukalah kitab Sahih Al-Bukhari tentang hadis Sayyidina Bilal Al-harith Al-Muzuni r.anhu bertawassul dengan Maqam Nabi SAW, bukan hanya bertanya sahaja. Itu tanda kemalasan dan meremeh-remehkan kebenaran.

Kepada PMI UTM, fakir ingatkan janganlah kerana ghairah mahu melakukan amar ma'ruf nahi munkar pada perkara yang zahir (nampak/konkrit) , akhirnya meremehkan amar ma'ruf nahi munkar pada perkara yang bathin (tauhid,iktikad, bid'ah dan apa yang berkaitan dengan keyakinan). Di mana kalau dibandingkan dua kemungkaran ini, sudah pasti kemungkaran pada bathin (iktikad, tauhid,bid'ah dholalah) lebih besar lagi...Walau bagaimanapun, kedua-duanya perlu di gerakkan.

"Bukan sahaja kita kena dakwah orang dari tak sembahyang kepada sembahyang...yang sembahyang itupun perlu diperbetulkan sembahyangnya supaya sah."

Fakir bersedia pada bila-bila masa yang dikehendaki Allah SWT untuk berbincang dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan Umat yang tercinta ini...semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita jalan menuju keredhaan-Nya...Amin

Wallahu Yahdi ila sawaissabil

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Tuesday, April 6, 2010

Renungan akan Mukadimah Risalah Kifayatul Mubtadi wa Irsyadil Muhtadi bagi Syaikh Daud Fathani r.anhu

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Maka fakir ingin berkongsi dengan saudara, Umat Nabi Muhammad SAW yang tercinta akan sedikit keterangan dan amanat yang diberikan oleh Al-Alim Al-Allamah Al-Arif Al-Rabbani Al-Syaikh Daud bin Syaikh Wan Abdullah Al-Fathani r.anhu di dalam Risalah beliau yang diterbitkan oleh Khazanah Fathaniyah iaitu Risalah Kifayatul Mubtadi wa Irsyadil Muhtadi.

Bismilliahirrahmanirrahim

Kumulai Risalah ini dengan nama Allah Tuhan yang amat murah lagi amat mengasihani hamba-Nya yang mukmin. Segala puji bagi Allah dan rahmat dan salam-Nya atas segala hamba-Nya yang dipilih (wa ba'du) Maka ketahui olehmu hai orang yang berkehendak kemenangan dunia dan akhirat bahawa mengenal akan Allah itu AWAL yang WAJIB atas setiap orang yang mukallaf iaitu orang yang Aqil Baligh sama ada laki2 atau perempuan sama ada orang merdeka atau sahaya.

MAKA TIADA DITERIMA ALLAH AKAN IBADAT ITU MELAINKAN IA MENGETAHUI AKAN ALLAH DAHULU seperti Sabda Nabi SAW "awwaluddini ma'rifatillah" ertinya pertama yang dituntut pada agama itu mengenal Allah yakni awal yang dituntut atas tiap-tiap orang yang mukallaf itu mengenal Allah Ta'ala. Maka makna mengenal Allah itu iaitu mengenal akan barang yang WAJIB bagi Allah Ta'ala dan barang yang MUSTAHIL dan barang yang HARUS bagi-Nya sekira-kira dapat ia membezakan yang Qadim dengan yang Muhdas.

Maka iaitu hendaklah ia mengetahui akan Allah Ta'ala itu Tuhan serta Diiktikadkannya dengan iktikad yang putus (sebulat-bulat keyakinan..pent) bahawa adalah Allah Ta'ala (Maujudun) yakni Ada , maka Allah itu nama bagi Dzat yang bersifat dengan sifat Kamalat (Kesempurnaan...pent) yang tiada berhingga maka setengah daripada Sifat-Nya yang wajib kita ketahui akandia iaitu wajib wujud-Nya yakni wajib Ada-Nya.

(Lagi wajib sedia-Nya (takder mula wujud-Nya...pent)) dan wajib kekal-Nya tiada bagi-Nya permulaan dan tiada bagi-Nya kesudahannya (lagi bersalahan) dengan segala Hawadith (makhluk/hadis/baru..pent) yakni bersalahan bagi segala yang baharu maka tiadalah Zat-Nya berjirim yang mengambil tempat dan tiada menerima dibahagi yakni disukukan dan tiada dikatakan kecil dan besar kerana ia keduanya itu sifat jirim dan tiada pula mengambil tempat dan tiada mengambil zaman dan tiada berpihak dan berupa dan tiada boleh diperikan (diberi perumpamaan contoh wujud Allah seperti wujud cahaya..Na'uzubillah..pent) ada-Nya dengan bicara aqal kita.

Maka tiap-tiap yang engkau dapat memperikan dan menyatakan itu maka Allah Ta'ala itu bersalahan daripadanya (lagi berdiri dengan sendiri-Nya) ertinya tiada berkehendak kepada Zat yang lain dan tiada pula berkehendak kepada Tuhan yang menjadikan Dia kerana Ia yang mejadikan sekalian Alam ini.

Bersambung....

Maka perhatikan akan dirimu Hai Tholib !!! Perkara-perkara seperti ini merupakan ASAS yang wajib diketahui, bukan suatu urusan yang "dalam" pada ilmu Tauhid. Maka bagaimanakah dalam keadaaan jahil pada perkara Asas Tauhid ini yang mana merupakan perkara seawal-awal yang dituntut pada Agama yang mulia ini, engkau hai Tholib menyibukkan dirimu dengan perkara Fardhu kifayah atau Sunnah Apatah lagi Maksiat???

Renungkan kata-kata Syaikh Al-Islam Al-Mufti Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani r.anhu di dalam kitabnya Fath Al-Bari Li Syarhi Bukhari :

"Barangsiapa meninggalkan perkara Sunnah kerana disibukkan dengan perkara Wajib, dia dimaafkan:
Barangsiapa meninggalkan perkara Wajib kerana disibukkan dengan perkara Sunnah, dialah orang yang TERPEDAYA"

Marilah mengaji Akidah Ahli Sunnah wal Jama'ah hai saudaraku. Hari jumaat ini di Masjid Taman Anggerik,Johor Bahru. Warga UTM boleh kumpul di perkarangan MSI selepas Isyak.

Kitab : Tuhfatur Raghibin fi Bayani Haqiqatil Imanil Mukminin wa ma Yufsiduhu min Riddatil Murtadin
Tenaga Pengajar : Ustaz Imran (Lepasan Pondok Pesantren Fathul Qarib , Jawa Timur yang diasuh oleh Al-Fadhil Kiyai Mustaqim rah. dan sekarang di MARSAH (Madrasah Tinggi Johor)

Saksikan hai saudaraku kelak di Akhirat bahawa aku telah menyampaikan.... !!!!

Wallahu Yahdi ila sawaissabil

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Saturday, April 3, 2010

Terjemah Qasidah Jalaliah (Penyusun oleh Kiyai Ahmad Al-Jamhuri Al-Banjari)



Nabi yang mulia Rasulullah,
Yang mensyafaati kami Habibullah,
Yang mencintai kami, Khalilullah,
Atas beliau, shalwat kami Ya Allah.


Rasulullah gelarnya Kalimullah,
Yang tertinggi dari sekalian Nabiyullah,
Rasulullah pilihan utama dari Allah,
Imam bagi yang taqwa kepada Allah.


Beliau datang bagi kami sebagai Rahmat,
Kami beriman kepada Beliau ya Allah,
Muliakan dan beri taufiq kami Ya Allah,
Dengan Husnulkhatimah & redhoMu Ya Allah.


'Afiatkanlah sekalian kami Ya Allah,
Hindarkan dari segala penyakit Ya Allah,
Bersihkan kami dari dosa-dosa Ya Allah,
Dengan kurnia Engkau juga ya Allah.


Ampunilah ibu bapa kami Ya Allah,
Kasihanilah mereka berdua ya Allah,
Tutupilah kejelekan kami Ya Allah,
Jangan ditampakkan yang itu ya Allah.


Senantiasa beri petunjuk kami Ya Allah,
Buat menuntut keredhaan Kau ya Allah,
Engkau adalah penolong kami ya Allah,
Dalam dunia serta akhiratnya Ya Allah.


Tempatkan kami di syurga Firdaus Ya Allah,
Disamping Nabi Muhammad Ya Allah,
Buat memandang Dzat Engkau Ya Allah,
Kami cinta Nabi pilihan Kau Ya Allah.


Atas Nabi Ahmad selawatKau Ya Allah,
Atas beliau Alhadi salamKau ya Allah,
Serta keluarga dan sahabatnya Ya Allah,
Yang demikian selama-lamanya ya Allah.