Renungan

Monday, August 17, 2009

Orang yang tidak dikenali

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yg berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam moga dicurahkan Allah s.w.t. atas junjungan dan penghulu kita Sayyidina Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan baginda di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yg mulia lagi tinggi makam mereka itu di sisi Allah Azza Wajalla..

Amma Ba'du,

Adapun kemudian daripada itu, faqir ingin mengutarakan masalah kritikan dan teguran serta nasihat yg diberi kepada orang yg tidak dikenali kepada kita. Ada baiknya faqir mulakan dengan Firman Allah s.w.t. yang berbunyi:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”[al-Hujurat: 6.]

Menurut tafsiran Imam Ibn Kathir rah., berasaskan ayat ini, Allah s.w.t. sebenarnya mengarahkan umat Islam supaya menyemak segala bentuk berita yang datang dengan mendapatkan kepastian terlebih dahulu supaya kita tidak terlibat dalam pendustaan, atau pun tidak tersalah menyebarkan apa-apa maklumat dusta. Majoriti ulama’ hadis pula berpandangan bahawa ayat ini telah digunakan sebagai asas untuk tidak boleh menerima hadis tanpa menyemak terlebih dahulu. Para ulama’ juga berpendapat, sama ada berita itu berupa hadis Rasulullah s.a.w. ataupun apa jua berita, ia tidak boleh diterima, apa lagi disampaikan kepada orang lain, kerana kemungkinan sumber mesej itu adalah orang yang fasiq, tanpa disemak terlebih dahulu kandungannya sama ada benar atau tidak.


Bagi orang yg tidak dikenali, harus bagaimana kita akan menghukum berita yg disampaikannya sebagai sahih, kerana dia merupakan seorang yg majhul (tidak dikenali). Di dalam Ilmu hadis , Al-Jarh wa Ta'dil, diantara yg menyebabkan satu2 hadis itu menjadi dhaif adalah kerana di dalamnya terdapat perawi yang Majhul (tidak dikenali), Maka berita yg disampaikan atau apa perkara yg sampai kepada kita harus diselidiki dari mana asalnya. Tindakan tidak memperkenalkan diri sebelum memberi pendapat adalah satu tindakan "baling batu sembunyi tangan" yg agak mengecewakan.

Faqir sangat meraikan pandangan sesiapapun, sama ada kenal ataupun tidak, tetapi suka faqir ingatkan bahawa kaedah yg digunakan oleh Ulama Ulama r.anhum dalam menghukum sesuatu berita atau Hadis bukanlah terhad pada masalah-masalah agama sahaja , tetapi dalam segala urusan yg lain. Sepatutnya kita menerapkan kaedah ini semasa kita memberi sesuatu pendapat atau mengkritik sesuatu cadangan pihak lain. Tidak adil sekiranya orang yg mengkritik mengenali orang yg dikritik tetapi orang yang dikritik tidak mengenali yg mengkritik.

Imam As-Syafi'e rah. pernah berkata lebih kurg maksudnya "Jangan kamu berasa jelek terhadapku sekiranya kau menegurku dikhalayak ramai tetapi aku tidak menghiraukan teguranmu". Adapun kritikan saudara di shoutbox tanpa memperkenalkan diri adalah satu bentuk teguran di hadapan khalayak ramai kerana semua org menyaksikan tulisan saudara dan dalam masa sama saudara mengelak dari memperkenalkan diri, adilkah bagi yg dikritik??? Dan pembincangan panjang lebar dengan orang yg tidak mahu memperknalkan diri hanya satu pembaziran masa kerana orang ini penakut (minta maaf) dan tidak berani mengambil risiko atas pendapat dan kritikan yg dia utarakan, hanya keseronokan berada di lembah "selamat" krn tiap2 apa yg dilontarkan tiada siapa yg boleh menghukumnya.

Beginikah sikap mahasiswa??? sesungguhnya setiap manusia kecuali para Anbiya' dan Raul a.s. tidak maksum dan kerap melakukan kesilapan, Mahasiswa yg proaktif dan inovatif adalah mereka yg sanggup bertanggungjawab atas kata-kata mereka, bukan dengan gaya pengecut dan bacul menggunakan nama samaran dan sebagainya. Bertanggungjawablah wahai mahasiswa. Kesalahan merupakan perkara biasa, dari situlah kita banyak mempelajari pengajaran berguna dan menjadikan kita lebih berani dalam mengutarakan isu dengan lebih matang.

Ibnu Abbas r.a. pada suatu petang selepas solat Asar, beliau mengadakan majlis Ilmu, memberi tazkirah dan peringatan2 yg penting. Sehingga majlis itu berlarut dari asar sehingga ke hampir masuk Isyak, maka tiba2 seorang bangun dan berkata "As-Solah, As-Solah, As-Solah" (Maknanya dia nak tegur Ibnu Abbas r.anhu sebab belum sembahyang Maghrib lagi). Ibnu Abbas membalas "Tiada Mak bagimu, apakah Kau nak mengajar aku Sunnah Nabi s.a.w.?" "Sesungguhnya aku menyaksikan Nabi s.a.w. berbuat seperti apa yg aku buat ini" (Iaitu menjamakkan Maghrib dengan Isyak kerana ada Majlis Ilmu). Adab sangat penting dalam memberi pendapat wahai saudara. Perkenalkanlah diri, takder sesaper nak marah , jadilah insan yg lebih bertanggungjawab.

Akhir kalam, faqir ingin nukilkan petikan dari kitab Bidayatul Hidayah bagi Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali rah. yg telah diterjemahkan oleh Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam An-Nadwi Al-Maliki. Kitab dalam simpanan faqir. Pada m/s 161, semoga menjadi renungan bersama

Fasal Kelima

Ceraian Pertama
Adab-Adab Dengan Orang Yg Tidak Dikenali

1 Jangan Engkau menyertai mereka di dalam percakapan yang kosong.

2. Jangan Engkau mendengar perkataan mereka yang jahat-jahat

3. jangan Engkau hiraukan perkataan mereka yg menjahatkanmu

4. Hendaklah engkau menghindarkan diri daripada banyak berjumpa dengan mereka atau banyak berhajat kepada mereka.

5.Hendaklah Engkau memberi teguran dan nasihat terhadap pekerjaan mereka yang mungkar dengan cara yg lemah lembut kalau mereka bersedia menerima
perkataanmu.

Perhatikan pada adab kelima, maka janganlah saudara merasa jengkel sekiranya ada org tidak bersedia menerima perkataanmu jika saudara tidak memperkenalkan diri. Salam Ukhwah dari ana. Terus terang , faqir sgt ingin berjumpa dengan saudara anoying yg byk melontarkan idea2 , semoga dengan perjumpaan itu, faqir harap ukhwah semakin kukuh dan apapun jua perkara dapat diselesaikan dengan suasana aman dan harmoni..


Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Alah Tempatkan junjunagn kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin )Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang mulia dan sangat mengasihi akan Umat Nabi Muhammad s.a.w. .

Dan kepada Allah s.w.t. jua kita dikembalikan, Dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui .Segala puji hanya bagi Allah s.w.t.

Jazakallah Khairan Kathira....(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

No comments:

Post a Comment