Renungan

Sunday, October 4, 2009

Rahmat Nabi s.a.w. terhadap anak kecil, yatim piatu,dan penderita

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empuanya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Faqir ingin berkongsi dengan saudara tentang Rahmat Nabi s.a.w. terhadap anak kecil, yatim piatu,dan penderita. Ini faqir ambil akan dia dari kitab yang mulia Insan Kamil s.a.w. bagi Al-Muhaddith Syaikh yang ana sangat sayangi, Prof. Dr. Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki Al-Hasani Al-Makki r.anhu . Semoga Allah s.w.t. mengasihi , mengampuni, merahmati serta meredhai roh beliau...Amin

Al-Imam Bukhari dan Al-Imam Muslim rah. meriwayatkan daripada Sayyidina Anas bin Malik r.anhu, bahawa junjungan kita Nabi s.a.w. bersabda :

"sedianya sembahyangku akan kupanjangkan, namun bila ku dengar tangisan bayi, terpaksa aku singkatkan kerana mengetahui betapa gelisah hati ibunya, dan di mana saja baginda dengan anak kecil maka dengan penuh kasih sayang dipegangnya."

Mengusap-usap dan membelai rambut kepalanya atau menciuminya, seperti kata Sayyidatina Aisyah r.anha, bahawa Nabi s.a.w. menciumi Al-Hassan dan Al-Husin, di hadapan Al'aqra bin Habis yang hairan lalu berkata "Ya Rasulullah , saya mempunyai sepuluh anak, tak seorangpun yang pernah ku cium seperti engkau ini," maka Rasulullah s.a.w. dengan tajam memandangnya, seraya bersabda "sesiapa yang tidak memiliki rasa rahmat dalam hatinya, tidak akan dirahmati oleh Allah s.w.t."

Sayyidatina Aisyah r.anha juga meriwayatkan : bahawa datang seorang Badwi kepada Rasulullah s.a.w. :Kalian suka benar menciumi anak, sedang kami tidak pernah melakukan yang demikian itu. Maka Rasulullah s.a.w. segera membalas "Apakah yang hendak kukatakan bila rahmat sudah hilang tercabut dari seseorang."

Baginda s.a.w. selalu menggembirakan hati anak-anak, dan bila datang seorang membawa bingkisan, berupa buah-buahan misalnya, maka yang pertama diberinya, ialah anak-anak kecil yang kebetulan ada di majlis itu, sebagai yang diriwayatkan oleh Al-Imam Ibnu Sunniy dan Al-Imam At-Thabrani rah.

Sedang terhadap yatim piatu, perhatian Nabi s.a.w. sangat besar sekali, prihatin, melindungi, dan menjamin keperluan hidup mereka, dan selalu dipesankan dan dianjurkan kepada umatnya dalam tiap keadaan. "Aku dan pemeliharaan anak yatim, akan berada di syurga kelak", sambil mengisyaratkan dan mensejajarkan kedua jari tengah dan telunjuknya, demikianlah sabda baginda s.a.w. (H.R. Bukhari)

Dalam hadis yang lain baginda s.a.w. bersabda "Sebaik-baik rumah tangga muslim ialah yang di dalamnya ada anak yatim yang dilayan dengan baik" (H.R. Ibnu Majah)

Dan apabila ada seseorang dari sahabatnya menderita kerana sesuatu musibah yang dialaminya, baginda s.a.w. juga ikut merasakannya, bahkan ada kalanya menangis kerana terharu.

Pada suatu hari, baginda s.a.w. bersama dengan Sayyidina Abdur Rahman bin Auf r.anhu menjenguk ke rumah Sayyidina Sa'ad bin Ubadah r.anhu yang sedang sakit, demi Nabi s.a.w. melihatnya, maka bercucuranlah air matanya, sehingga menangis pula semua yang ada di rumah itu.

Dan ketika Sayyidina Usman bin Madh'un meninggal, Nabi s.a.w. datang melewat, baginda s.a.w. lalu menciumnya sedang air matanya meleleh membasahi pipinya, sehingga Sayyidatina Aisyah r.anha berkata aku melihat air mata Rasulullah s.a.w. jatuh membasahi wajah Usman r.anhu yang telah wafat itu, di dalam riwayat yang lain, Nabi s.a.w. mencium antara kedua matanya, kemudian menangis kerana terharu.

Wahai, manusia kasihanilah, cintailah akan anak kecil, yatim piatu, dan penderita sebagaimana yang ditunjukkan junjungan kekasih kita, ikutan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. . Sungguh pada diri Nabi s.a.w. itu, adalah akhlak yang termulia.

Selawat dan Salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. atas junjungan serta Sayyid kita Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan Junjungan kami di tempat yang Kau janjikan ...Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang mulia lagi menyayangi akan Umat Nabi s.a.w. ini.

Dan Segala Puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian Alam, Tiada berlaku sesuatu melainkan dengan Kehendak-Nya, lagi Maha Mengatur , Maha Kuasa , Tiada Daya Upaya melainkan Allah Azza Wajalla, Dan Allah s.w.t. Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Allah s.w.t. jua Yang Maha Mengetahui...

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Friday, October 2, 2009

Membatasi Erti Ijtihad

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empuanya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Di sini, fakir ingin nukilkan kata-kata Al-Muhaddith Syaikh Prof. Dr. Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki Al-Makki Al-Hasani r.anhu, Ulama besar yang mengajar di Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarramah di dalam kitab beliau Insan Kamil.

Para ahli ilmu usul menegaskan, bahawa ijtihad sebagai martabat yang tinggi dalam lingkungan agama, memerlukan ilmu yang luas, persiapan cukup dan pengetahuan yang lengkap tentang berbagai macam dalil agama, maka bagi yang mengaku telah mencapai tingkat Mujtahid mutlak, perlu mewaspada diri dan berhati hati dalam pengakuannya itu, mungkin setelah meneliti dirinya dengan saksama akan diinsafi betapa jauh tingkat yang dianggapnya telah dicapai itu. Ada kalanya seorang yang suara lantang, membanggakan dirinya sebagai Mujtahid, sanggup beristinbaath mengambil terus hukum-hukum agama dari Al-kitab dan As-Sunnah yang keduanya dalam bahasa Arab, sedang membaca susunan kalimat-kalimatnya saja tidak luput dari kesalahan ilmu tata bahasa yang belum dikuasai dengan baik, yang merupakan kunci bahasa Arab.

Maka, layak dan wajarkah bagi mereka yang bertaraf demikian ini menepuk dada dan merasa mampu menarik kesimpulan hukum, terus dari kedua-dua sumbernya, dan dapatkah mereka itu disejajarkan dan dikategorikan dalam kelompok Mujtahid, para ahli hukum dari golongan As-Salaf As-Saleh?

Kami bukan termasuk dari golongan yang berpendapat, bahawa pintu ijtihad telah tertutup, pintu itu tetap terbuka terus hingga hari kiamat, tapi mereka yang ahli dan menemui syarat masyrutnya. Kurnia Allah s.w.t. memang luas, bakat dan keahlian benar-benar suatu nikmat yang diberikan Allah s.w.t. kepada siapa yang dikehendaki-Nya.

Dalam tubuh Islam sejak beberapa abad yang lalu, telah banyak kemunculan mereka yang gemar memecah belah persatuan umat dengan jalan merendah dan mencela atau menyindir para imam yang terdahulu, dengan sengaja menimbulkan pertentangan-pertentangan yang tidak perlu , untuk kepentingan peribadi dan mencari keuntungan kebendaan, atau sekadar memenuhi hasrat yang haus akan pimpinan, dan masyarakat yang awam memang mudah terpesona oleh semboyan-semboyan muluk, yang biasanya dilontarkan oleh mereka seperti : "bebas berfikir, hukum harus berdalil sampai pada vonis bahawa ijtihad wajib bertaklid haram, akhirnya orang awam makin bertambah bingung dan terumbang ambing tidak lagi tetap sebagai sediakala, bertaklid dalam kehidupan beragamanya, dan tidak pula di didik untuk menjadi seorang mujtahid.

Siapakah gerangan yang akan lancang berkata, bahawa ijtihad itu wajib, bagi semua orang, sedang umumnya mereka itu terdiri dari golongan awam, sebahagian besar bekerja dalam pelbagai lapangan, hidup dengan segala kesibukannya, dan kalau dalam kenyataan yang tidak dapat disangkalkan lagi adanya golongan awam yang perlu bertaklik dalam kehidupan beragamanya, maka taklik orang-orang awam itu kepada para imam yang hidup pada tiga abad hijrah pertama adalah jauh lebih tepat dan lebih aman daripada bertaklik kepada yang lain. sebagaimana tersebut dalam Hadis Sahih

"sebaik-baik guru itu ialah guruku, kemudian guru berikutnya, dan guru berikutnya lagi".

Di samping mazhab dan fatwa mereka telah dicatat dengan teliti, lengkap dan terperinci, setelah dibetulkan maka diterima oleh pengikut-pengikutnya kemudian secara sah disampaikan kepada angkatan berikutnya, dan seterusnya dari satu angkatan lain hingga masa kita ini, belum lagi niat ikhlas yang tercermin dalam ucapan dan amal perbuatan mereka. Maka layakkah mereka itu ditinggalkan menjadi ikutan, untuk berpaling kepada mereka yang belum tentu mencukupi syarat masyrut yang memungkinkan seorang menjadi mujtahid untuk beristinbaath menarik kesimpulan menentukan sesuatu hukum dengan tepat dari sumber pokoknya.

Maksud huraian ini bukan untuk mencela peribadi seseorang atau kelompok tertentu, kerana yang demikian bukan tujuan atau peri laku orang yang berakal, akan tetapi sekadar peringatan khususnya kepada mereka yang sedang menuntut ilmu, agar tertanam dalam hati rasa hormat dan penghargaan akan jasa As-Salaf As-Saleh, dan demi memlihara kekompakkan umat yang sangat penting dan harus diutamakan, di saat-saat yang sangat memerlukan terbinanya persatuan, dan tersingkirnya jauh-jauh segala benih perpecahan yang hanya akan melumpuhkan potensi dan kekuatan umat, dan membuka jalan bagi lawan-lawan serta musuh Islam untuk menjadikan umat ini hidangan yang lazat yang akan dikunyah habis dengan lahapnya. Sedang kita sendiri terus menerus hanyut dalam kelalaian.

Tamat kata-kata Al-Allamah Al-Muhaddith Syaikh Prof. Dr. Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki r.anhu. Semoga bermanfaat (^_^)

Selawat dan Salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. atas junjungan serta Sayyid kita Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan Junjungan kami di tempat yang Kau janjikan ...Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang mulia lagi menyayangi akan Umat Nabi s.a.w. ini.

Dan Segala Puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian Alam, Tiada berlaku sesuatu melainkan dengan Kehendak-Nya, lagi Maha Mengatur , Maha Kuasa , Tiada Daya Upaya melainkan Allah Azza Wajalla, Dan Allah s.w.t. Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Allah s.w.t. jua Yang Maha Mengetahui...

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Wednesday, September 30, 2009

PERINGATAN DARI TUHFATUR RAGHIBIN !!!

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empuanya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Adapun fakir ingin berkongsi dengan saudara akan peringatan peringatan penting dari kitab Tuhfatur Raghibin Fi Bayani Haqiqatil Imanil Mukminin wa Ma Yufsiduhu min Riddatil Murtadin karangan Al-Alim Al-Allamah Al-Syaikh Muhammad Arsyad Al-Banjari rah. (Alim Besar Mazhab Syafi'e dan pengarang kitab fiqh Sabilul Muhtadin) cetakan Maktabah wa Matba'ah Muhammad An-Nahrawi wa Auladuhu , Al-Haramain dengan tahun dicetak 1188 H pada m/s 17, baris 12 dari atas. (Kitab ditalaqqi dan pada simpanan faqir).

"Adapun Kaum Mujassimah, maka setengah daripada mereka itu iktikad bahawa Allah s.w.t. itu jauhar yang maujud dan setengah mereka itu bahawa Allah Ta'ala itu jisim tetapi tiada seperti jisim yang lainnya. (Dan setengah) mereka itu iktikadnya bahawa Allah Ta'ala seperti rupa manusia (dan) setengah mereka itu iktikadnya bahawa ada bagi Allah Ta'ala daging dan darah dan anggota muka dan tangan dan kaki dan jari (Dan) setengah mereka itu iktikadnya ada bagi Allah Ta'ala rupa (tetapi) tiada kami mengetahui betapa rupanya. (Dan) setengah mereka itu iktikadnya bahawa ada bagi Allah Ta'ala datang dan turun dengan Dzat-Nya serta bergerak dan berpindah daripada sesuatu tempat kepada suatu tempat. (Dan setangah) mereka itu iktikadnya bahawa Allah Ta'ala duduk di atas Arasy (Dan setengah) mereka itu iktikadnya bahawa Allah Ta'ala masuk pada Arasy dan Arasy itulah tempat kediaman-Nya. (Syahadan adalah) perpegangan setengah Kaum Mujassimah pada Iktikadnya yang tersebut itu Zahir (ayat) dan hadis yang mutasyabihat dan dinamakan pula Kaum Mujassimah itu Musyabbihah. (Kata Al-Imam Fakhruddin Al-Razi rah.) Yang Mujassimah itu Musyabbihah dan Musyabbihah itu Kafir (kerana) disabitkannya bagi hak Allah Ta'ala berjisim dan akan jisim itulah yang disembahnya. (Dan Barangsiapa) menyembah jisim maka sanya jadi kafir.(kerana) ia menyembah yang lain daripada Allah Ta'ala. (Kata Al-Imam Ahmad bin Hambal r.anhu) barangsiapa mentasbihkan Allah dengan makhluk (maka) sanya jadi kafir.

(Hati-Hati Hai Saudara) pelihara akan dirimu daripada Iktikad dan perkataan dan perbuatan yang Bid'ah (dan) janganlah bersahabat dengan Kaum yang mempunyai Bid'ah lagi Dholalah (dan) janganlah muliakan mereka itu (kerana) Sabda Nabi s.a.w. "barangsiapa memuliakan akan ahli Bid'ah, maka sanya menolongi ia pada meruntuhkan agama Islam" . (telah meriwayatkan akan hadis ini oleh Al-Imam Al-Baihaqi rah." )

Pada m/s 18,

(Soal) apa murad daripada Bid'ah itu?. (Jawab) bahawa murad daripada Bid'ah itu mengadakan dan membaharui suatu pekerjaan yang tiada daripada agama Nabi kita Muhammad s.a.w. sama ada pekerjaan itu Iktikad atau perbuatan (maka) pekerjaan yang diadakan itu jika tiada memberi kemashalatan pada agama (maka) iaitu ada kalanya Haram dan ada kalanya Makrukh (dan) ada kalanya Mubah (dan ) jika ada ia memberi mashalat pada agama (maka) iaitu ada kalanya wajib dan ada kalanya sunat. (maka) dari kerana itulah terbahagi pekerjaan Bid'ah itu atas lima bahagi (seperti) yang diriwayatkan Al-Imam An-Nawawi rah. daripada Al-Sultanul Ulama' Syaikh Izzuddin bin Abdis Salam rah. bahawa (katanya) Bid'ah itu atas lima bahagi."

Tamat petikan Kitab. Maka, marilah saudara kita bersama-sama meperteguhkan akidah kita. Dan, di antara cara kita memahami Akidah Ahli Sunnah wal Jama'ah adalah dengan mengetahui Iktikad2 golongan yang sesat supaya jelas kepada kita perbezaannya dengan ASWJ.

Semoga Allah s.w.t. terus memperteguhkan kita di atas jalan kebenaran-Nya, sungguh pada akhir zaman ini kebenaran semakin samar-samar, dan pengetahuan Umat Islam kepada sifat Allah s.w.t. semakin merosot dan merudum. Sehingga, fakir kerap kali melihat saudara saudara Islan yang fakir pernah berdiskusi tentang Ilmu yang paling mulia ini tidak mengetahui Asas-asas dalam Tauhid, seperti Takdir (Qada' dan Qadar), (Keadilan Allah s.w.t.), (Kewujudan Allah s.w.t.) dan sebagainya. Padahal, perkara-perkara ini diterangkan di dalam Mukaddimah Kitab Kitab Usul yang besar seperti Matan Jauharatit Tauhid bagi Al-Imam Ibrahim Al-Laqqani rah., Hasyiah Dusuki 'Ala Ummul Barahin (Silibus Usuluddin Al-Azhar As-Syarif) bagi Hadrat Al-Imam As-Sanusi rah, Kifayatul Awwam Fi ma Wajibu Fi Ilmi Kalam (diterjemah dan diterbitkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan) bagi Al-Syaikh Muhammad bin As-Syafi'e Al-Fudhaily rah. dan lain-lain.

Dan Segala Puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian Alam, Tiada berlaku sesuatu melainkan dengan Kehendak-Nya, lagi Maha Mengatur , Maha Kuasa , Tiada Daya Upaya melainkan Allah Azza Wajalla, Dan Allah s.w.t. Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Allah s.w.t. jua Yang Maha Mengetahui...

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Saturday, September 26, 2009

Berwasilah kepada Nabi s.a.w.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empuanya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Al-Imam Al-Baihaqi rah. dan Al-Imam Ibnu Abi Syaibah rah. meriwayatkan dengan sanad-sanad yang sahih , bahawa :

"Khalayak ramai pada suatu hari ditimpa musibah kemarau pada masa khalifah Umar bin Khattab r.a.. Lantas Sayyidina Bilal Al-Harith r.anhu mendatangi kuburan Nabi s.a.w. seraya berseru "Wahai Rasulullah s.a.w., mohonlah pada Allah hujan untuk umatmu, kerana mereka sudah menderita".
Rasullah s.a.w. pun menemuinya dalam mimpi, memberitahu bahawa mereka akan dituruni hujan"

Yang menjadi dalil hukum dalam hadis ini, bukanlah mimpi didatangi Nabi s.a.w. kerana mimpi walaupun benar , tidak dapat dijadikan landasan hukum. Tetapi yang menjadi alasan di sini adalah sikap Sayyidina Bilal Al-Harith r.anhu dalam keadaan jaga dan sedar mendatangi kuburan Nabi s.a.w., memohon kepadanya supaya hujan turun.

Mendatangi kuburan Nabi s.a.w. dan meminta supaya hujan diturunkan, sedangkan Bilal r.anhu seorang tokoh sahabat terkemuka, adalah cukup menjadi dalil tentang boleh berwasilah kepada Nabi s.a.w. sesudah wafatnya.

Hadis ini mengandungi Tawassul, tasyaffu' dan istighatsah kepada Rasulullah s.a.w..

Menurut sebahagian Mufassirin, maksud Firman Allah s.w.t. pada surah Al-Baqarah ayat ke-35 yang bermaksud :

"Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya," adalah tawassul dengan Nabi s.a.w.


Al-Hafizh Al-Imam Al-Baihaqi rah. meriwayatkan dalam kitabnya "Dalailun Nubuwwah" dengan sanad yang sahih, dan dianjurkan oleh Al-Hafizh Al-Imam Al-Zahabi rah. supaya berpegang teguh kepadanya kerana mengandungi hidayah, hadis daripada Sayyidina Umar Al-Khattab r.anhu yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Tatkala Nabi Adam a.s. mengakui kesalahannya, dia berkata "Wahai Tuhan , saya mohon kepada-Mu bihaqqi (dengan kebenaran) Muhammad s.a.w., ampunilah dosaku!"
Allah s.w.t. berfirman :"Adam, bagaimana mungkin anda mengenal Muhammad padahal ia belum Kujadikan?"(Sedang Allah s.w.t. Maha Mengetahui)

Adam menjawab "Wahai Tuhan, sesungguhnya tatkala engkau menciptakan aku, kuangkat kepalaku, maka kulihat di atas tiang-tiang Arasy tertulis : La ila haillallah Muhammadurrasulullah
"Mengertilah aku bahawa Engkau tidak menyandarkan sesuatu ke nama-Mu, melainkan orang yang paling dikasihi makhluk."

Allah pun berfirman "Benar Adam, sesungguhnya Muhammad s.a.w. itu makhluk paling kasih sayang kepadaku. Apa bila anda memohon dengan berkat kebenarannya, maka sesungguhnya Ku ampuni dosamu. Dan kalaulah tidak kerana Muhammad, tidaklah kujadikan anda."

Hadis ini turut juga diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Hakim rah. dan disahihkan oleh beliau. Dan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tabrani rah., dengan tambahan "Dan dia adalah Nabi yang terakhir dari keturunanmu."

Al-Imam Al-Kabir Malik bin Anas r.anhu mengisyaratkan tawassul yang dibenarkan , kepada Khalifah Al-Mansur, ketika Al-Manshur mengerjakan haji dan menziarahi kuburan Nabi s.a.w., bertanya kepada Imam Malik r.a. ke mana harus menghadap bila berdoa, apakah menghadap kiblat atau menghadap ke kuburan Nabi s.a.w..

Al-Imam Malik r.anhu menjawab "Kenapa anda memalingkan wajahmu daripadanya? Dialah wasilahmu dan wasilah bapamu, Adam kepada Allah s.w.t.. Menghadaplah kepadanya dan mintalah syafaatnya, nescaya ia akan mensyafaatkanmu."

Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nisa' ayat ke-64 yang bermaksud:

"Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu mohon ampun kepada Allah dan Rasul pun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."


Al-Qadih Iyaadh rah. menyebutkan kisah ini dalam kitabnya "asy-Syifa' "dengan sanad sahih, Dan Imam As-Subki rah. menyebutkannya dalam "Syifa' As-Siqam fi Ziarati Khairil Anam"
Al-Allamah Sayyid As-Samhudi rah. dalam "Khulashatul Wafa", Al-Imam Al-Qasthallani rah. dalam "Al-Mawahibul Laduniyyah", Al-Imam Al-Hafizh Ibnu Hajar rah. dalam "Tuhfatut Zuwar" dan dalam "Al-Jauharul Munazhzham".

Al-Imam Al-Hafizh Ibnu Hajar dalam "Al-Jauharul Munazhzham" menegaskan bahawa riwayat tentang Al-Imam Malik r.a. itu adalah benar, dan tiada yang membantahnya.

Menurut Al-Imam Az-Zarqani rah. dalam "Syarah Al-Mawahib", kejadian itu diriwayatkan oleh Ibnu Fahd dengan sanad yang Jaiyid, diriwayatkan juga oleh Al-Qadhi Iyaadh dengan sanad sahih, dan perawi-perawinya yang tsiqah (terpecaya).

Ditegaskan demikian, adalah untuk menolak anggapan kalangan yang tidak mempercayai hal itu dari Al-Imam Malik r.anhu.

Al-Imam Al-Mujtahid As-Subki rah. menegaskan bahawa berwasilah dan mohon pertolongan kepada Nabi s.a.w. itu, adalah bagus sekali, sebab sudah dillakukan oleh para nabi-nabi, orang salih, Ulama Salaf dan Khalaf, dan orang-orang awam, baik sebelum baginda dijadikan mahupun sesudah lahir, di alam barzakh, dan pada hari kemudian.

Menurut riwayat dari Al-Imam Al-'Atabi dan Al-Imam Sufyan bin Uyainah r.anhum, keduanya Ulama Salaf As-Soleh, tentang seorang Arab desa membaringkan tubuhnya di atas kuburan Nabi s.a.w.. Peristiwa ini menurut Al-Imam Al-Hafizh Ibnu Hajar rah. di dalam kitabnya "Al-Jauharul Munazhzham" berdasrkan riwayat sebahagian huffaz dari Abu Sa'id As-Sam'ani, dari Sayyidina Ali bin Abi Thalib kwh., bahawa sesudah tiga hari penduduk Madinah mengurukan Nabi s.a.w., seorang Arab desa membaringkan dirinya di atasnya dengan tenang. Menaburkan sebahagian tanahnya ke atas kepalanya, seraya bermohonkan:

"Wahai Rasulullah s.a.w., engkau telah bersabda , kami telah mendengar sabdamu itu. Engkau telah menerima dari Allah s.w.t. sesuatu yang telah kami terima daripadamu. Dalam ayat yang diturunkan-Nya kepadamu (surah An-Nisa' 64), Allah berfirman yang maksudnya,"Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasul pun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati bahawa Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

"Saya telah menganiaya diriku, aku mendatangimu, mohon supaya minta ampuni dosaku kepada Allah s.w.t.."
Maka terdengar suara dari dalam kubur Nabi s.a.w. "Allah s.w.t. telah mengampunimu."

Hadis yang sama maksudnya dengan itu datang juga daripada Sayyidina Ali bin Abi Thalib kwh. menurut sumber yang lain. Dan diperkuatkan oleh hadis sahih yang menyatakan :

"Hidupku lebih baik bagi kamu, kamu dapat bercakap-cakap, ia pun dapat bercakap cakap dengan kamu. Kematianku lebih baik bagi mau, kerana amal-amal kamu diajukan kepadaku. Mana yang kulihat baik, akupun memuji Allah dan mana yang kulihat tidak baik, aku minta ampuni kamu."

Selawat dan Salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. atas junjungan serta Sayyid kita Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan Junjungan kami di tempat yang Kau janjikan ...Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang mulia lagi menyayangi akan Umat Nabi s.a.w. ini.

Dan Segala Puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian Alam, Tiada berlaku sesuatu melainkan dengan Kehendak-Nya, lagi Maha Mengatur , Maha Kuasa , Tiada Daya Upaya melainkan Allah Azza Wajalla, Dan Allah s.w.t. Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Allah s.w.t. jua Yang Maha Mengetahui...

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Thursday, September 24, 2009

Terpancutnya air dari jari jemari Rasulullah s.a.w.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empuanya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Faqir ingin berkongsi dengan saudara pembaca yang dimuliakan Allah s.w.t. dengan kisah bagaimana air terpancut dari jari jemari kekasih kita, penghulu serta ikutan kita dunia akhirat Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w.. Telah diriwayatkan oleh Al-Hafizh Abu Bakar al-Baihaqi rah., daripada Al-Hakim Abu Abdullah berkata: Telah mengkhabarkan kepadaku Abu Muhammad ibn Abi al-Hasan, telah mengkhabarkan kepada kami Abdur Rahman ibn Abi Hatim al-Razi daripada bapanya, berkata Umar ibn Sawwad daripada Al-Imam Syafi'e r.anhu, telah berkata Al-Imam Al-Kabir Syafi'e r.anhu :

"Tiada suatu mukjizat yang dikurniakan kepada seseorang Nabi, maliankan dikurniakan juga kepada Rasulullah s.a.w. dengan mukjizat yang sama atau lebih hebat daripada mukjizat mereka" (Manaqib al-Syafi'e karangan Al-Hafizh Al-Baihaqi)



Di dalam Sohihain, daripada Sayyidina Anas bin Malik r.anhu berkata :

"Aku melihat Rasulullah s.a.w. dan ketika itu telah masuk waktu sembahyang Asar. Maka orang ramai pergi mencari air untuk berwudhuk tetapi mereka tidak mendapatinya. Maka didatngkan kepada Rasulullah s.a.w. air wudhu'nya. Lalu Baginda s.a.w. meletakkan tangannya ke dalam bekas tersebut. Maka aku melihat air terpancut dari celah jari jemari Baginda s.a.w. dan dari hujung jarinya sehingga semua kaum dapat mengambil wudhu'"
Telah berkata perawi hadith: Maka kami bertanya kepada Anas r.anhu:Berapa ramaikah bilangan kamu semua? Jawabnya: Kami seramai 300 orang.

Daripada Salim ibn Abi al-Ja'd daripada Sayyidina Jabir r.anhu :

"Pada Hari Hudaibiah, orang ramai kehausan. Pada ketika itu, di hadapan rasululah s.a.w. terdapat sebuah bekas air. Lalu Nabi s.a.w. berwudhu' dengan air yang terdapat dalam bekas tersebut. Orang ramai datang bertemu dengan Nabi s.a.w. dan berkata: Kami tidak mempunyai air melainkan apa yang terdapat di dalam bekas airmu itu. Maka Nabi s.a.w. meletakkan tangannya ke dalam bekas tersebut dan terpancutlah air dari celah jari-jarinya seperti mata air."
Maka aku (perawi hadith iaitu Salim ibn Abi al Ja'd) bertanya : Berapa ramaikah kamu ketika itu? Sayyidina Jabir r.anhu menjawab: Sekiranya bilangan kami seramai 100 000 orang pun akan mencukupi ! Dan kami seramai 1500 orang. Hadis ini turut dinukilkan oleh Al-Allamah Al-Qadhi Iyaadh r.anhu di dalam kitabnya al Syifa' bi ta'rif Huquq al Mustafa H;217 Jilid 1/2.

Al-Mufassirun Al-Imam Al-Qurtubi rah. menyatakan bahawa , peristiwa terpancutnya air dari jari jemari Baginda s.a.w. berlaku berulangkali di beberapa tempat dan di tempat tempat yang menjadi tanda kebesaran Islam.

Beliau juga menyatakan, bahawa mukjizat ini telah diriwayatkan dari banyak jalan yang kesemuanya menunjukkan ilmu yang qathi'e (pasti) dan di ambil dari hadith yang mutawatir maknawi. Bahkan mukjizat seperti ini tidak pernah didengari berlaku kepada Nabi-Nabi a.s. yang lain di mana air terpancut di antara tulang, daging dan darah Nabi s.a.w..

Al-Imam Muzani r.anhu berkata:

"Terpancutnya air dari celah jari jemari Baginda s.a.w. adalah lebih hebat dan lebih besar daripada mukjizat terpancutnya air dari celah-celah batu yang dipukul oleh Nabi Musa a.s. dengan tongkat, kerana keluarnya air dari celah batu merupakan perkara yang pernah terjadi. Firman Allah s.w.t. :

"Pada hal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lau keluar mata air daripadanya."(Al-Baqarah:74)

Selawat dan Salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. atas junjungan serta Sayyid kita Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan Junjungan kami di tempat yang Kau janjikan ...Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang mulia lagi menyayangi akan Umat Nabi s.a.w. ini.

Dan Segala Puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian Alam, Tiada berlaku sesuatu melainkan dengan Kehendak-Nya, lagi Maha Mengatur , Maha Kuasa , Tiada Daya Upaya melainkan Allah Azza Wajalla, Dan Allah s.w.t. Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Allah s.w.t. jua Yang Maha Mengetahui...

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Gambar Sebahagian dari Ulama Kita r.anhum

Al-Fadhil Tuan Guru Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam An-Nadwi Al-Maliki

Habib Taufiq bin Abdul Qadir As-Seggaf

Habib Munzir Al-Musawa
Pengasas Majelis Rasulullah

Tuan Guru Syaikh Abdul Karim Al-Banjari

Al-Allamah al-Shaykh al-Sayyid Muhammad Fadlullah ibn Muhammad ibn Abdullah al-Suhaymi. Beliau adalah pengasas Kuliyyah al-Attas di Johor Bahru dan Kuliyyah al-Firdaws di Singapura serta pernah menjadi mudir di Kuliyyah al-Lughah wad-Din di Pekan, Pahang.

Tuan Guru Al-Fadhil Syaikh Pak Da Eil
Guru Besar di Masjidil Haram


Tuan Guru Syaikh Wan Ali Kutan

Al-Alim Al-Allamah Tok Kenali Al-Kalantani
Pengasas Majalah Pengasuh


Syaikhuna Dr Muhammad Uthman El-Muhammady


Al-Fadhil Syaikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki

Habib Alwi bin Tahir Al-Haddad
Mufti Johor ke-4 dan ke-6

Tengku Mahmud Zuhdi - Syaikhul Islam Selangor (1935 -1952)


Tuan Guru Syaikh Muhammad Nur Al-Fathani


Tuan Guru Baba Ismail Spanjang


Sohibus Samahah Tuan Guru Hj Abdullah Fahim
Mufti Pulau Pinang

Tuan Guru Syaikh Pa' Chu Him, Kedah

Al-Alim Al-Allamah Syaikh Muhammad Arsyad Al-Banjari
Alim Besar Mazhab Syafi'e

Tuan Guru Syaikh Nasir bin Hussein Al-Banjari @ Tuan Hussein Kedah
Cicit kepada Syaikh Arsyad Al-Banjari

Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbuk, Kedah



Tuan Guru Haji Sulung Al-Fathani



Tuan Guru Haji Wan Muhammad Idris Bermin @ Tok Bermin


Tuan Guru Syaikh Abdul Qadir Al-Mandili (Guru Masjidil Haram)


Tuan Guru Syaikh Utsman Jalaluddin Penanti


Tuan Guru Syaikh Nuruddin Al-Marbu Al-Banjari



Al-Musnid Dunya Al-Muhaddith Syaikh Yasin Isa Al-Fadani
(Guru Besar Masjidil Haram )


Tuan Guru Haji Hashim (Mudir Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan)