Renungan

Friday, March 26, 2010

Peringatan buat mereka yang mahu beringat akan bahaya lari dari Para Ulamak dan Fuqaha' yang Muktabar.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,


Maka adapun kemudian daripada itu, fakir ingin berkongsi kepada sekalian sahabat dan saudara Islam yang tercinta akan kepentingan berpegang kepada Para Ulamak dan Fuqaha' yang muktabar. Ketahuilah mahsyur tidak mesti berlazim-laziman dengan muktabar. Yang mahsyur belum tentu muktabar, dan yang muktabar belum tentu mahsyur. Ambil sahaja contoh Al-Imam Syaikh Al-Azhar Al-Allamah Zakariyya Al-Anshari r.anhu. Berapa ramai dari kalangan kita yang mengenali beliau.? Sesungguhnya beliau merupakan sebesar-besar ulamak dan dianggap Mujaddid di zamannya oleh kebanyakan ulamak dan merupakan guru kepada dua Imam yang besar dalam Mazhab Syafi'e, iaitu Al-Imam Syihabuddin Ahmad ibn Hajar Al-Haythami r.anhu dan Al-Imam Syihabuddin Ar-Ramli r.anhu masing2 mengarang kitab Tuhfah dan Nihayah dalam fiqh Mazhab Syafi'e.

Maka pelajarilah akan kitab-kitab yang muktabar, iaitu kitab yang telah ditahkik dan disemak oleh para ulamak yang datang selepasnya zaman berzaman dan diiktiraf oleh mereka itu. Dan berlembut lah terhadap dirimu dalam mendengar dengan penuh insaf akan teguran dan nasihat para ulamak r.anhum . Dan bagi orang-orang yang Inad (degil dan ingkar) di dalam mendengar nasihat para Ulamak dan Fuqaha (kitab-kitab muktabar) ini, ketahuilah bahawa Baginda Junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW telah menjanjikan ke atasnya tiga bala bencana.

Perkara ini seperti apa yang ternaqal di dalam Kitab Nasa'ihul 'Ibad, Syarah bagi Kitab Munabihat bagi Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani r.anhu, yang disyarahkan oleh Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar Al-Banteni At-Tanari r.anhu , m/s 4, baris 10 dari bawah:

Telah bersabda Nabi SAW " Akan datang di atas umatku pada akhir zaman, mereka melarikan diri daripada ulamak dan fuqaha'. Lalu, Allah Ta'ala bala'kan atas mereka dengan tiga bala'. Yang pertama, Allah SWT menarik keberkatan rezeki dari kerja mereka. Kedua, Allah SWT keraskan (lantik) ke atas mereka Sultan (pemerintah) yang Zalim. Dan yang ketiga, keluar mereka itu dari dunia (mati) dengan ketiadaan iman."

Mudah-mudahan Allah SWT menjadikan kita sebagai manusia yang menerima nasihat, teguran dan peringatan yang disampaikan oleh para Ulamak dan Fuqaha' (kitab-kitab Muktabar). Janganlah kita menjadi orang yang Inad (degil dan Ingkar) dari menerima sebarang teguran dan nasihat dari Ulamak dan Fuqaha' (Kitab-kitab Muktabar).

Apalah guna cara hidupnya dan matinya seperti zahir keadaan orang-orang yang soleh, tetapi haqiqat sebenar itu, mati dalam ketiadaan iman dari kerana banyak menetang apa yang diperingatkan oleh Ulamak dan Fuqaha' (Kitab-kitab Muktabar).

Wal'iyazubillahiminzalik....(Aku berlindung kepada Allah dari perkara ini)

Ingatlah bahawa ...."Salam 'Ala Man Ittiba'al Huda"

"Salam itu hanya bagi mereka yang mahu mengikut Petunjuk sahaja"

Wallahu Yahdi ila sawaissabil

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Sunday, March 21, 2010

Pengertian Penerimaan Do'a

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,


Maka fakir ingin berkongsi dengan saudara sekalian akan kitab Syarah Al-Hikam oleh Al-Imam Al-Allamah Al-Arief Billah Al-Syaikh Ibn Atha'illah As-Sakandari r.anhu. Sungguh kitab ini penuh dengan kata-kata yang indah serta mempunyai pengertian yang mendalam ke sanubari manusia. Maka marilah kita merenungi sedikit permata yang berharga di dalam kitab ini InsyaAllah: Pada m/s 19.

Jangan lah kelambatan masa pemberian Tuhan kepadamu, padahal engkau bersungguh-sungguh dalam berdoa menyebabkan patah harapan, sebab Allah SWT telah menjamin menerima semua doa dalam apa yang Ia kehendaki untukmu, bukan menurut kehendakmu dan pada waktu yang ditentukan-Nya, bukan pada waktu yang engkau tentukan.

Firman Allah SWT :

"Tuhanmulah yang menjadikan segala yang dikehendakiNya dan memilihnya sendiri, tiada hak bagi mereka untuk memilih"

Sebaiknya seorang hamba yang tidak mnegetahui apa yang akan terjadi mengakui kebodohan dirinya, sehingga tidak memilih sesuatu yang tampak baginya sepintas lalu baik, padahal ia tidak mengetahui bagaimana akibatnya. kerana itu, bila Tuhan Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana memilihkan untuknya sesuatu, hendaknya rela dan menerima pilihan Tuhan Yang Maha Belas lagi Mengetahui dan Bijaksana itu, walaupun pada lahirnya pahit dan pedih rasanya. Namun, itulah yang terbaik baginya, kerana itu bila berdoa, tetapi masih belum juga tercapai keinginannya, janganlah putus harapan.

Firman Allah SWT :

"Mungkin kamu membenci sesuatu padahal itulah yang baik bagimu, dan mungkin kamu suka pada sesuatu padahal bahaya bagimu, dan Allah yang mengetahui kamu sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah:216)

Al-Imam Abu Hasan Asy-Syadziliy r.anhu ketika menafsirkan Firman Allah SWT :

"Sungguh telah diterima doamu berdua (Musa dan harun AS) iaitu tentang kebinasaan Firaun dan tenteranya maka hendaknya kamu berdua tetap istiqamah (sabar dalam melanjutkan perjuangan dan terus berdoa), dan jangan mengikuti jejak orang-orang yang tidak mengerti " (Yunus : 89)

Maka terlaksananya kebinasaan Fir'aun itu yang beerti setelah diterima doa itu, sesudah 40 tahun.

Rasulullah SAW bersabda :

"Pasti diterima doamu selama tidak gopoh, iaitu berkata :Aku telah berdoa dan tidak diterima"

Sayyidina Anas bin Malik r.anhu berkata :

Tiada seorang berdoa, melainkan pasti diterima oleh Allah SWT doanya, atau dihindarkan daripadanya bahaya, atau diampunkan sebahagian dosanya, selama ia tidak berdoa untuk sesuatu yang berdosa, atau untuk memutuskan hubungan silaturrahim.

Al-Imam Abul Abbas Al-Marsi r.anhu ketika ia sakit, datang seorang kepadanya lalu berkata : Semoga Allah menyembuhkan kau (Afakallahu). Al-Imam Abul Abbas tinggal diam dan tidak menyambut kata-kata itu kemudian orang itu berkata lagi : Allah yu'aafika. Maka dijawab oleh Al-Imam Abul Abbas r.anhu : Apakah kau kira saya tidak minta 'afiyah kepada Allah, sungguh saya telah minta 'Afiyah, dan penderitaanku ini termasuk 'Afiyah, ketahuilah Rasulullah SAW minta 'Afiyah dan baginda SAW bersabda :

"Selalu bekas makanan khaibar itu terasa olehku, dan kini masa putus urat jantungku"

Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq r.anhu minta Afiyah dan mati terkena racun.
Sayyidina Umar bin Khattab r.anhu minta afiyah dan mati terbunuh
Sayyidina usman bin Affan r.anhu juga minta afiyah dan juga mati ditikam
Sayyidina Ali bin Abi Thalib Kwh minta Afiyah juga mati terbunuh.

Maka bila kau minta afiyah kepada Allah SWT, mintalah menurut apa yang ditentukan oleh Allah SWT untukmu, maka sebaik-baik seorang hamba ialah yang menyerah menurut kehendak Tuhannya, dan mempercayai bahawa yang diberi Tuhan itulah yang terbaik baginya meskipun tidak seperti kemahuan hawa nafsunya.

Dan syarat utama untuk diterimanya suatu doa, ialah keadaan terpaksa.

Firman Allah SWT :

"Apakah yang selalu menerima doa orang yang terpaksa, apabila berdoa kepada-Nya" (An-Naml:62)

Keadaan terpaksa itu , bila merasa tidak ada sesuatu yang diharapkan selain semata-mata kurnia Allah, tidak ada sesuatu yang dapat dijadikan perantara baik dari luar yang berupa benda, atau dari dalam dirinya sendiri.

tamat...

Wallahu Yahdi ila sawaissabil

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Friday, March 19, 2010

Penegasan Ulamak R.anhum Supaya Berpegang kepada Ahli Sunnah wal jama'ah Asya'irah wal Maturidiah !!!

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Pengarang Ratib Al-Haddad yang Mahsyur, Syaikh Al-Islam Abdullah Alawi Al-Haddad Al-Hadrami r.anhu juga mengiktiraf Aqidah Asya'irah dan Maturidiah sebagai Akidah Rasulullah SAW, para sahabat dan khiyar at-tabi'in sebagaimana dikatakan beliau di dalam Risalah Al-Mu'awwanah. Syaikh Prof. Dr. Said Muhammad Ramadhan Al-Buti HafizahUllah dalam khutbahnya yang dipaparkan dalam laman web beliau yang bertajuk "Al-Asya'irah wal Al-Maturidiah" mengatakan : "Siapakah Aya'irah dan Maturidiyyah? Mereka adalah insan yang menterjemahkan 'aqidah sawad al-a'zam (majoriti ulamak) dan Rasulullah SAW memerintahkan umatnya agar berpegang dengan pegangan majoriti".

Daripada penjelasan Syaikh Al-Buti tersebut, jelas beliau menyatakan yang dimaksudkan dalam hadith Rasulullah SAW sebagai 'sawad al a'zam' adalah Asya'irah dan Maturidiyyah'. Di dalam kitab Al-Bayan lima Yusghil Al-Azhan karanagan Syaikh Prof. Dr. Ali Jum'ah (Mufti Mesir), pada m/s 131 berkata : "Mazhab Ahli Sunnah Al-Asya'irah dan Al-Maturidiah adalah merupakan mazhab yang jelas dalam semua bab-bab ilmu tauhid. Walaupun begitu, terdapat segolongan yang ingkar (yakni Wahhabi) yang berpunca daripada kejahilan mereka tentang hakikat mazhab Asya'irah terutama dalam memahami sifat-sofat Khabariyyah".

Al-Muhaddith Syaikh Prof. Dr. Sayyid Muhammad Ibn Alawi Ibn Abbas Al-Maliki r.anhu dalam kitabnya Mafahim Yajibu An-Tusohhah, pada m/s 54 mengatakan : "Mereka (Syaikh Abu Hasan Ali-Asy'ari r.anhu dan Syaikh Abu Mansur r.anhu) adalah merupakan tokoh-tokoh pembawa panji-panji kebenaran daripada ulamak muslimin yang ilmu mereka memenuhi bumi dari timur sampai ke barat."

Sayyid Muhammad Ibn Alawi r.anhu menyebutkan beberapa tokoh-tokoh Ulamak Asya'irah pada m/s 55 antaranya :

1. Syaikh Al-Islam Ibn Hajar Al-Asqalani r.anhu (pengarang kitab Fath Al-Bari Syarh Al-Bukhari)

2. Al-Imam Al-Nawawi r.anhu (pengarang kitab Syarh Sahih Muslim)

3. Syaikh Al-Mufassirin Al-Imam Al-Qurtuby r.anhu (pengarang kitab Al-Jami' li-Ahkam Al-Quran)

4. Syaikh Al-Islam Ibn Hajar Al-Haythami r.anhu (pengarang kitab Al-Zawahir dan Tuhfah Al-Muhtaj)

5. Syaikh Al-Fiqh wa Al-Hadith Al-Imam Al-Hujjah Zakariyya Al-Ansari r.anhu (pengarang Fath Al-Wahhab)

6. Al-Imam Abu Bakar Al-Baqillani r.anhu

7. Al-Imam Al-Nasafi r.anhu ( pengarang Aqidah Nasafi)

8. Al-Imam Asy-Syarbini r.anhu

9. Al-Imam Abu Hayyan An-Nahwi r.anhu

Kata Sayyid Muhammad Ibn Alawi Al-Maliki r.anhu "mereka semua ini adalah daripada imam-imam Asya'irah yang diperakui kebenaran ilmu yang dibawa".

Wallahu Yahdi ila sawaissabil

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Thursday, March 18, 2010

Suria Yang Menyinar Buat Peringatan Bagi Tiap-Tiap Mukallaf !!!

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,


Kali ini fakir bawakan akan kitab Syarah Matan Jauharah At-Tauhid bagi Al-Imam Al-Syaikh Ibrahim Al-Laqqani r.anhu , telah diterjemahkan oleh seorang ulama jawi dengan bahasa melayu, dikeluarkan oleh Cahaya Purnama, Madrasah Ad-Diniyyah Al-Bakriyyah, Pondok Terusan Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan.
Pada m/s 42, 5 baris dari pihak bawah :

(Yakni) Imam Malik dan sekalian Imam seperti Imam Syafi'e dan Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad yang anak Hambal dan barang yang lainnya dan demikian Abu Qasim Junaid Al-Baghdadi , Imam segala Ahli Tasawuf itu WAJIB atas segala mukallaf mengiktikadkan bahawasanya mereka itu tentu benarnya serta menunjukkan segala umat Muhammad yang syarifah maka WAJIB atas tiap-tiap mukallaf itu mengikut ia akan khabarnya salah suatu daripada mereka itu yakni WAJIB atas segala mukallaf itu masuk serta mengikut dalam salah satu daripada mazhab yang empat dalam pihak hukum Adat.

(Dan) WAJIB pula atas mereka itu masuk serta mengikut dalam salah satu daripada dua Imam dan iaitu Imam Abu Hasan Ali Asya'ri dan Imam Abu mansur Maturidi dalam Ilmu Usuluddin (dan) wajib pula atasnya masuk serta mengikut Imam Abu Qasim Junaid Al-Baghdadi dalam ilmu Tasawwuf , maka apabila telah masuk ia daripada salah satu daripada mereka itu, maka keluarlah orang itu daripada taklif dan syarat orang yang masuk serta mengikut itu hendak mengiktikadkan bahawasanya iaitu yang terlebih rajih daripada lainnya atau bersamaan (Syahadan) bermula Imam yang empat orang itu yang Mujtahid Mutlak dan ilmu Hukum yang bangsa syarak maka keluar segala mukallaf daripada daerah taklif dengan taqlid salah suatu daripada mereka itu jikalau telah mengenal ia daripada barang yang disyaratkan dalam mazhabnya (Dan adapun) masalah yang berkhilaf orang yang Mujtahidin itu maka iaitu lima perkara , pertama dalam hukum yang bangsa syariat dan kedua dalam hukum furu' dan ketiga di dalam bicara asbabnya dan keempat dalam bicara syaratnya dan kelima dalam hujahnya yang menjadi dalili ia mengisbatkan demikian hukum itu maka lima perkara itu tempat khilaf orang yang mujtahid mutalk Wallahu A'lam.

(dan adapun) Hukum yang ittifaq segala Mujtahid yang Mutlak seperti hukum wajib sembahyang lima waktu memberi zakat, dan puasa pada bulan ramadhan dan barang sebagainya maka iaitu tiada dinamai akan demikian itu khusus mazhab seorang dan TIADA HARUS tiap-tiap mukallaf itu keluar ia daripada salah suatu daripada mereka itu dalam segala hukum yang syariat dan tafsilnya bicara itu telah tersebut dalam beberapa kitab yang ma'thulat Wallahu 'Alam.

Tamat....

Wallahu Yahdi ila sawaissabil

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Tuesday, March 16, 2010

Permata yang bertatah bagi memperingatkan Fitnah Dajjal !!!

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,


Fakir membawakan Kitab Aqidatunnajin Fi Ilmi Usuluddin , karangan Al-Ariff Billah Al-Allamah Al-Syaikh Zainal Abidin bin Muhammad Al-Fathani r.anhu yg terkenal dengan gelaran Tuan Minal Al-Fathani r.anhu. Kitab ini adalah terjemahan atas kitab besar Hasyiah Dusuki 'Ala Ummul Barahin bagi Al-Imam Al-Akbar As-Sanusi r.anhu dengan beberapa tambahan yang bermanfaat oleh Al-Syaikh Tuan Minal Fathani r.anhu. Pada m/s 62 :

(Tanbih (*peringatan)) Hai segala saudara yang Muslimin , hendaklah kita bersungguh-sungguh mengetahui akan dalil mukhalafah (*iaitu sifat wajib bagi Allah , Mukhalafatuhu lil Hawadith) ini kerana dengan dialah boleh menolakkan sebesar-besar fitnah dunia dan fitnah akhirat dan segala syubhah yang didatangkan oleh orang yang sesat dengan bagai-bagai penyamaran yang dinamai akan mereka itu dajajil (dajal-dajal)

(Adapun) yang terlebih besar fitnah pada dunia maka iaitu Dajjal kerana ia mendakwa akan ketuhanan maka ialah seorang yang muda yang tiada janggutnya dan ada baginya misai dan buta matanya sebelah, Kata setengah (*Ulamak) mata kiri dan kata setengah ulamak tiada tertentu mata yang kiri yang buta itu kerana berganti-ganti yang buta itu pada satu waktu buta pada pihak kiri dan pada satu waktu yang lain pada pihak kanan, maka matanya itu sangat timbul bijinya sepeti buah 'anib maka tiada ada bandingan seperti demikian mata itu lagi tambun tubuhnya dan tingginya delapan puluh hasta dan lebar antara dua belikatnya itu tiga puluh hasta dan panjang dahinya itu dua hasta dan ada baginya tanduk panah pada kepalanya maka keluar ia daripadanya beberapa ular dan rambut kepalanya itu seperti cawang kayu dan panjang tangannya sebelah daripada satunya mencapai ia akan awan dengan tangannya dan mengambil ikan ia di dasar laut dan dubakarnya kepada matahari dan berjalan ia di dalam laut hingga tumitnya jua dan keluar ia daripada negeri Khurasan dan berteriak ia tiga kali mendengar akandia oleh Ahli Masyriq dan Ahli Maghrib dan dilipat akan bumi baginya seekor himar yang terpotong ekornya putih warnanya dan antara dua telinga khimar itu empat puluh hasta dan kata qil (*sbhgn pendapat ulamak) tujuh puluh hasta dan dapat bernaung di bawah salah satu telinganya tujuh puluh orang

Dan satu langkahnya itu perjalanan tiga hari, maka ditaruk di atas belakangnya mimbar daripada tembaga maka duduk ia atasnya dan mengikut akan dia beberapa jemaah daripada jin dan manusia yang mempunyai permainan yang sia-sia sekaliannya dan dipukul akan gendang dihadapannya , maka tiada mendengarkan akan yang demikian itu oleh seorang melainkan mengikut akandia.

Maka disuruhnya akan awan hujan maka hujan ia dan disuruhnya sungai mengalir ia kepadanya maka mengalir ia dan disuruhnya kembali maka kembali ia maka jikalau disuruhnya kering maka kering ia dan menyuruh ia akan bumi tumbuh maka tumbuh ia dan disuruh keluar perbendaharaan daripada bumi itu maka keluar perbendaharaannya dan lagi sertanya beberapa bukit daripada roti dan makanan dan segala manusia pada waktu itu di dalam kesusahan daripada ketiadaan makanan melainkan orang yang mengikut akandia

Dan sertanya syurga dan neraka maka keduanya itu rupa-rupaan jua bukan syurga dan neraka yang sebenarnya kerana api neraka itu (*iaitu neraka yang dibawak oleh dajjal ) sungai air tawar lagi sejuk dan mendakwa ia akan ketuhanan dan menyeru ia akan manusia kepada beriman dengan dia dan sertanya 2 malaikat salah seorang pada pihak kanan dan satu lagi pihak kirinya menyerupa oleh keduanya dengan dua Nabi . Kata setengah ulamak yang ghalib pada zhan bahasanya Isa dan Muhammad . maka apabila berkata Dajjal itu tiadakah aku tuhan kamu? aku menghidupkan dan mematikan.

Kata salah seorang dari kedua malaikat itu , Dusta engkau dan tiada mendengar akandia oleh seorang daripada manusia melainkan taulannya yakni melainkan yang mendengarnya Malaikat yang satu lagi itu. Maka berkata malaikat yang mendengar bagi taulannya itu Sadaqta yakni benar engkau maka mendengar oleh manusia akan kata malaikat yang berkata benar engkau maka menyangka oleh mereka itu bahwasanya membenar ia akan Dajjal padahal ia kmembenarkan akan orang yang berkata Dusta engkau itu, Maka ORANG YANG TIADA PADANYA DALIL MUKHALAFAH mengikrarkan ia baginya dengan ketuhanannya seperti Yahudi dan segala perempuan dan 'Arab maka berkata ia bagi seorang, "Adakah aku khabarkan dikau jika akku bangkitkan bagi kamu bapa kamu dan ibu kamu adakah engkau naik saksi bahawasa aku tuhan kamu ? maka berkata mereka itu , bahkan maka rupa oleh dua syaithan pada rupa bapaknya dan ibunya maka berkata keduanya , "hai anakku ikut olehmu akandia maka bahawasanya ialah tuhan kamu", dan orang yang teguh berpegang dengan dalil Mukhalafah ingkar ia akan ketuhanannya kerana bahawasanya ia jisim yang berlaku atasnya oleh barang yang berlaku atas segala jisim seperti lemah kerana bahwasanya lemah ia pada akhir pekerjaannya yakni tiada dapat daripada menzahirkan suatu yang mencarikkan bagi adat dan dibunuh oleh Nabi Isa anak Maryam AS.

Tamat.......

Wallahu Yahdi ila sawaissabil

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Sunday, March 14, 2010

Huraian Sifat yang Keempat : Mukhalafatuhu Ta'ala Lil hawadith

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,


Fakir kemukakan antara kitab palibg ringkas tapi padat yang membicarakan tentang ilmu Akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah, iaitu kitab Misbahul Munir Fi Makrifatillah Al-Qadir, karangan Tuan Guru Abdul Aziz bin Ismail Al-Fathani rah. , yang bermukim di kampung paloh, bunut payung, kota Bharu Kelantan. Pada m/s 16 :

Wajib pada syarak pula di atas tiap-tiap mukallaf mengetahui serta iktikad dan mengaku putus di dalam hatinya akan tentu sungguh bersalahan Allah Ta'ala bagi segala yang baru dan tidak menyamainya. Firman Allah Ta'ala " Tidak ada seperti Zat Alalh Ta'ala sesuatu dan ialah yang mendengar dan yang melihat" (Asy-Syura :11)

Dan bersalahan Allah Ta'ala bagi segala yang baru dan juga tidak menyamai itulah dikatakan Sifat Mukhalafatuhu Ta'ala lil Hawadith dan makna bersalahan itu 3 perkara. Bersalahan pada Zat, dengan makna Zat Allah Ta'ala BUKANNYA JIRIM YANG BERTEMPAT walau di mana tempat dan makhluk ini semuanya Jirim yang bertempat. Kalau begitu tidak buleh dikatakan Allah Ta'ala itu bertempat di mana-mana tempat. Maka jika didapati di dalam Al-Quran atau Hadis barang yang memberi Waham menyerupai dan bertempat maka dinamakan ayat itu MUTASYABIHAT dan Hadis MUTASYABIHAT. Maka, WAJIB DITAKWIL akandia supaya lepas daripada Syubhah itu sama ada takwil Ijmali seperti Ulama Salaf atau Takwil Tafshili seperti takwil Ulama Khalaf.

Maka seperti Firman Allah Ta'ala " yadullah fauqa aidihim" (Al-Fath : 10) Berkata Ulama Salaf r.anhum pada tafsirkan ayat itu begini : Bermula Yad Allah itu atas segala tangan-tangan mereka itu. Bukanlah lafaz Yad itu dengan makna Tangan kerana jikalau Yad dengan makna tangan, maka tidak dinama lagi ayat Mutasyabihat dan berkata Ulama Khalaf r.anhum pada mentafsirkan ayat itu begini : Bermula kekuasaan itu atas segala kekuasaan mereka itu. Maka lafaz Yad dengan makna Qudrat begitulah tiap-tiap ayat dan hadis yang Mtasyabihat berlaku Takwil di antara dua Qaul (Salaf dan Khalaf) itu.

Dan bersalahan pada Sifat itu ialah Sifat-Sifat Tuhan itu bukan 'Aradh yang bertekap di jirim dan bertempat bersama dengan Jirim. Kalau begitu tidak bolehlah dikatakan Tuhan berjihah di mana-mana Jihah dan sebagainya dari Sifat-Sifat yang baru. Dan bersalahan pada perbuatan itu ialah perbuatan Allah Ta'ala, bukan seperti perbuatan yang baru, kerana perbuatan Allah Ta'ala menjadikan yang tiada kepada ada dan pula perbuatan Allah Ta'ala bukan daripada bahan-bahan benda dan perkakas alat jentera.

Dan Dalil bersalahan Allah Ta'ala bagi segala yang baru dan tidak menyamai itu ialah kita fikir jikalau Allah Ta'ala tidak bersalahan bagi segala yang baru nescaya adalah ia menyamai dengan sesuatu yang baru ini, maka jika menyamai dengan yang baru tentulah ianya nyata maka tetaplah bersalahan Allah Ta'ala bagi segala yang baru dan tidak menyamai itulah pengakuan yang sebenar yang membetuli dengan pengakuan Tuhan di dalam Quran :

Surah Al-Ikhlas (1 - 4)

Maka nyata daripada Surah Al-Ikhlas itu bahawa Allah Ta'ala bersalahan dengan segala yang baru. Wallahu 'Alam

Tamat...........

Wallahu Yahdi ila sawaissabil

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Saturday, March 13, 2010

Yaa Sayyidii Yaa Rasulullah !!

Yaa Sayyidii Yaa Rasulallah
Yaa Manlahul Jah Indallah
Innalmuhsi Innal Qadja'u
Li Dzanbiyyaa staqfirunallah

Wahai Tuhan Allah Ta'ala
Hidupkan hati dengan cahaya
cahaya Nabi....Nabi yang mulia
Nabi pemberi penuntun syurga

Yaa Sayyidii Yaa Rasulallah
Yaa manlahul jah indallah
Innalmuhsi innal qadja'u
Li dzanbiyyaa staqfirunnallah

Yaa Allah Wahai Tuhan Hamba
Pandanglah dengan ridho semata
curahkan rahmat di alam dunia
agar bertemu Nabi yang mulia

Yaa Sayyidii Yaa Rasulallah
Yaa manlahul jah indallah
Innalmuhsi innal qadja'u
Li dzanbiyyaa staqfirunnallah

Yaa Allah Tuhan dirikan hamba
Dengan ridhomu yang Maha Mulia
Jangan kau lirik sebagai hamba
hamba yang jauh dari cahaya

Yaa Sayyidii Yaa Rasulallah
Yaa manlahul jah indallah
Innalmuhsi innal qadja'u
Li dzanbiyyaa staqfirunnallah

Di hari ini kami berdoa
mengucap nama Nabi yang mulia
bersihkan hati dari dosa
jauhkan diri dari neraka

Yaa Sayyidii Yaa Rasulallah
Yaa manlahul jah indallah
Innalmuhsi innal qadja'u
Li dzanbiyyaa staqfirunnallah

Syair ini Syair Tsaqolain
Cucunya Nabi Hasan dan Hussein
keturunannya tertera di Quran
pengikutnya dibenci Syaitan

Yaa Sayyidii Yaa Rasulallah
Yaa manlahul jah indallah
Innalmuhsi innal qadja'u
Li dzanbiyyaa staqfirunnallah

Solawat salam padamu Nabi
bersama keluargamu yang suci
Dan sahabatmu yang pemberani
membelamu sampai mati

Yaa Sayyidii Yaa Rasulallah
Yaa manlahul jah indallah
Innalmuhsi innal qadja'u
Li dzanbiyyaa staqfirunnallah

Dengan bismillah kami awali
Alhamdulillah kami akhiri
puji Zat Tuhan yang Maha Tinggi
Wahai Ilahi Allahu Robbi

Yaa Sayyidii Yaa Rasulallah
Yaa manlahul jah indallah
Innalmuhsi innal qadja'u
Li dzanbiyyaa staqfirunnallah