Renungan

Thursday, March 18, 2010

Suria Yang Menyinar Buat Peringatan Bagi Tiap-Tiap Mukallaf !!!

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,


Kali ini fakir bawakan akan kitab Syarah Matan Jauharah At-Tauhid bagi Al-Imam Al-Syaikh Ibrahim Al-Laqqani r.anhu , telah diterjemahkan oleh seorang ulama jawi dengan bahasa melayu, dikeluarkan oleh Cahaya Purnama, Madrasah Ad-Diniyyah Al-Bakriyyah, Pondok Terusan Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan.
Pada m/s 42, 5 baris dari pihak bawah :

(Yakni) Imam Malik dan sekalian Imam seperti Imam Syafi'e dan Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad yang anak Hambal dan barang yang lainnya dan demikian Abu Qasim Junaid Al-Baghdadi , Imam segala Ahli Tasawuf itu WAJIB atas segala mukallaf mengiktikadkan bahawasanya mereka itu tentu benarnya serta menunjukkan segala umat Muhammad yang syarifah maka WAJIB atas tiap-tiap mukallaf itu mengikut ia akan khabarnya salah suatu daripada mereka itu yakni WAJIB atas segala mukallaf itu masuk serta mengikut dalam salah satu daripada mazhab yang empat dalam pihak hukum Adat.

(Dan) WAJIB pula atas mereka itu masuk serta mengikut dalam salah satu daripada dua Imam dan iaitu Imam Abu Hasan Ali Asya'ri dan Imam Abu mansur Maturidi dalam Ilmu Usuluddin (dan) wajib pula atasnya masuk serta mengikut Imam Abu Qasim Junaid Al-Baghdadi dalam ilmu Tasawwuf , maka apabila telah masuk ia daripada salah satu daripada mereka itu, maka keluarlah orang itu daripada taklif dan syarat orang yang masuk serta mengikut itu hendak mengiktikadkan bahawasanya iaitu yang terlebih rajih daripada lainnya atau bersamaan (Syahadan) bermula Imam yang empat orang itu yang Mujtahid Mutlak dan ilmu Hukum yang bangsa syarak maka keluar segala mukallaf daripada daerah taklif dengan taqlid salah suatu daripada mereka itu jikalau telah mengenal ia daripada barang yang disyaratkan dalam mazhabnya (Dan adapun) masalah yang berkhilaf orang yang Mujtahidin itu maka iaitu lima perkara , pertama dalam hukum yang bangsa syariat dan kedua dalam hukum furu' dan ketiga di dalam bicara asbabnya dan keempat dalam bicara syaratnya dan kelima dalam hujahnya yang menjadi dalili ia mengisbatkan demikian hukum itu maka lima perkara itu tempat khilaf orang yang mujtahid mutalk Wallahu A'lam.

(dan adapun) Hukum yang ittifaq segala Mujtahid yang Mutlak seperti hukum wajib sembahyang lima waktu memberi zakat, dan puasa pada bulan ramadhan dan barang sebagainya maka iaitu tiada dinamai akan demikian itu khusus mazhab seorang dan TIADA HARUS tiap-tiap mukallaf itu keluar ia daripada salah suatu daripada mereka itu dalam segala hukum yang syariat dan tafsilnya bicara itu telah tersebut dalam beberapa kitab yang ma'thulat Wallahu 'Alam.

Tamat....

Wallahu Yahdi ila sawaissabil

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

No comments:

Post a Comment