Renungan

Sunday, June 28, 2009

Bayi




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t. Tuhan semesta Alam, yang mengurniakan nikamat iman dan islam kepada kita , Selawat dan salam moga dicurahkan Allah kepada junjungan kita KekasihNya Sayyidina Muhammad s.a.w. , Ya Allah tempatkanlah baginda di tempat yg terpuji ...Amin
Beserta Ahlulbaytnya dan para Sahabat r.anhum yg mulia lagi suci dan mereka yg mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga hari kiamat....Ya Allah, Ampuni kami, kasihani kami, rahmatilah kami.....Amin
Amma Ba'du,
Kehadiran seorang bayi dalam sesebuah rumah tangga adalah saat yang paling dinanti natikan . Bagi ibu bapa, kehadiran ini seperti terbitnya matahari yang akan membawa kegembiraan yang berterusan kepada keluarganya. Manakala bagi datuk dan nenek pula, kehadiran seorang bayi dalam keluarga anaknya adalah satu harapan yang dapat melupakan sejenak betapa lanjutnya usia mereka.
Renungan seorang bayi adalah renungan yang penuh ketulusan dan keikhlasan . Walaupun pada pandangan orang dewasa yang melihat seolah olah bayi tidak membalas gurauan dan kata yang diberikan , sebenarnya bayi itu sudah mampu mendengar dan hanya memerlukan waktu bagi membalas segala apa yang dikatakan kepadanya.
Itulah sebabnya ,hampir semua orang yang melawat bayi yg baru dilahirkan akan tertawa, tersenyum, malah sanggup meluangkan masa yang lama melihat bayi-bayi berkenaan.
Namun, sekiranya diamati dengan lebih teliti, seorang bayi yang baru diahirkan sebenarnya berjuang untuk 'hidup sendiri' tanpa kelengkapan yang digunakan semasa dalam kandungan ibunya. Contohnya, uri yang mana ditanam oleh keluarganya selepas dia dikeluarkan dari perut ibunya. Ketika masih dalam kandungan , segala keperluannya tersedia dengan lengkap dan dia berada dalam keadaan selesa. Suhu udara terkawal, makanan sentiasa cukup, oksigen mencukupi dan tahap kebisingsn yang terkawal kerana peranan ibu mengandung sangat besar pada peringkat ini.

Ketika dilahirkan, si bayi sebenarnya keluar merantau dan meninggalkan keselesaan yang dinikmatinya selama lebih kurang sembilan bulan 10 hari dalam kandungan ibunya. Perjuangan bermula dengan tarikan nafas dan tangisan yang pertama , kemudian berterusan dengan berfungsinya organ-organ tubuh yang lain.
Mengambil anologi si bayi tadi, kehidupan manusia juga ternyata memerlukan waktu dan usaha untuk menyesuaikan diri di tempat yang baru. Kehidupan bayi dalam kandungan dapat diibaratkan seperti kehidupan yang penuh dengan keselesaan . Segala apa yang diinginkan diperoleh dengan mudah. Tetapi semua itu ada batasan dan tidak kekal selamanya. Apabila pekerja/pelajar yang sudah biasa dengan keselesaan , kelengkapan,kemudahan , memasuki dunia baru yang tidak mempunyai semua kesenangan itu, sama ada kerana bertukar tempat kerja/tempat belajar atau bersara, maka perlulah dia menyesuaikan diri dengan keadaan barunya itu. Detik detik pertama dalam penyesuaian diri di tempat dan suasana baru menentukan bagaimana pertumbuhan selanjutnya. sesetengah orang yang memasuki dunia baru menginginkan dunia lamanya yang penuh dengan kesenangan dan keselesaan.
Seperti seorang bayi, kita juga dituntut berdikari dan tidak sentiasa bergantung atau bersandar dengan orang lain. Mengeratkan silatur rahim dan perhubungan adalah satu usaha yang berkesan dalam mengembangkan kemahiran dan kemampuan kita. Tetapi, bergantung kepada orang lain hanya mahu memjukan diri sendiri adalah satu usaha yang tidak berkesan bago mengasah kemampuan diri. Ada masa masa tertentu dimana kita memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar , tetapi itu juga tumbuh dan berkembang atas usaha kita sendiri.Bayi tidak selamanya minum susu, dia akan membesar dan akan mula mengambil makanna pepejal seperti bubur, nasi dan makanan keras yang lain. Begitu juga dengan manusia, setiap individu yang berdikari , tidak akan puas dengan pekerjaan yang tidak mencabar kemampuannya. Semakin hari semakin berkembang, sama ada dari segi kemampuan peribadi mahupun dalam pelajaran dan kerjaya.

"Bertambahnya usia dan masa adalah sesuatu yang pasti, tetapi pertumbuhan dan perkembangan yang berterusan dalam peningkatan moral, kerohanian, sosial serta kemampuan adalah pilihan kita sendiri."

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan sekalian Alam, selawat dan salam atas junjungan kita Sayyidina Muhammad s.a.w.....Jazakallah Khairan Kathira
Assalamualaikum,
Al-Faqir Wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)


































No comments:

Post a Comment