Renungan

Wednesday, July 29, 2009

Kasih Sayang Nabi s.a.w. terhadap keluarga dan rumah tangga

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya malah selain-Nya lah yg berhajat kepada-Nya, selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. (Ya AllahTempatkan baginda di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan Amin) beserta Ahlulbyat dan para sahabat yg mulia lagi tinggi makam mereka di sisi Allah s.w.t. .Dan mereka yg mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat. Ya Allah Ampuni kami, Rahmati kami, Kasihanilah kami..Amin

Amma Ba'du,


Pergaulan Nabi s.a.w. dalam rumah tangga, dan terhadap keluarganya sangat ramah dan penuh kasih sayang, dan baginda dalam beberapa hadis menganjurkan umatnya agar berlaku demikian juga. Imam At-Tirmizi rah. meriwayatkan , bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "yang paling baik di antara kamu, ialah yg terbaik terhadap keluarganya", dan menurut Tirmizi dalam hadis yg lain , bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "yg paling sempurna imannya, ialah yg terbaik akhlaknya, dan bersikap lemah lembut terhadap keluarganya"

Ibnu Sa'ad meriwayatkan bahawa tatkala Aisyah r.anha ditanya bagaimana Rasulullah s.a.w. berada bila berada di tengah-tengah keluarganya , maka beliau berkata "Baginda sangat lemah lembut ,selalu tersenyum dan ketawa"

Dan sikap lemah lembut itu nampak dengan jelasnya dalam cerita Aisyah r.anha sendiri, bahawasanya ia sedang bermain boneka , dan bersenda gurau dengan bebrapa anak gadis di rumah Rasulullah s.a.w. , maka bila baginda s.a.w. datang dan masuk ke ruang rumah, mereka lari berlindung di balik tabir, dan Rasulullah s.a.w. menyuruh mereka kembali lagi ke tempatnya semula.

Al-Hafizh Ibnu Hajar rah. dalam kitabnya Al-Fath, berpendapat bahawa hadis ini sebagai dalil tidak terlarangnya membuat atau menyimpan boneka untuk permainan kanak-kanak perempuan, kerana hadis yg satu ini mengkhususkan larangan umum tentang membuat gambar-gambar berbentuk , dan pendapat ini dikuatkan oleh Al-Qadhi Iyaadh rah. yg mengutip dari pendapat jumhur ulamak r.anhum, bahawa menjual dan membeli boneka sebagai alat pendidikan bagi anak-anak perempuan tetap dibolehkan dan tidak terlarang.

Imam Ahmad r.a. meriwayatkan dari Aisyah r.anha bahawa Nabi s.a.w. pernah masuk ke rumah dan melihatnya sedang asyik bermain dengan boneka-boneka , dan di antaranya ada yg berbentuk kuda , maka Nabi s.a.w. bertanya "apakah itu ya Aisyah?" ia menjawab "itulah kuda Sulaiman" maka baginda gelak ketawa mendengar jawapan itu.

Dan dalam sebuah hadis lain, bahawa boneka-boneka itu, memang sudah ada di antara barang-barang milik Aisyah r.anha, yg dibawanya ke rumah Rasulullah s.a.w..

Ibnu Hazm rah. sebagai yg dikutip oleh As-Safariniy dalam kitabnya Syarhu Mandhumatil Adab , berkata "Tidak dilarang bagi anak-anak kecil bermain dengan gambar -gambar yg berbentuk, sedang bagi yg lain diharamkan, kecuali gambar-gambar terlukis dalam kain dan pakaian"

Tentang pergaulan Nabi s.a.w. dengan keluarganya yg sgt ramah itu, juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud dari Assa'ib bi Yazid , bahawa wanita datang ke rumah Rasulullah s.a.w. , maka baginda berkata kepada Aisyah r.anha "kenalkah kau dengan wanita itu?" Aisyah r.anha menjawab "tidak ya Rasulullah" ."Ia seorang yg pandai menyanyi , sukakah engkau mendengarkan nyanyiannya?" tanya Rasulullah s.a.w. kepada Aisyah r.anha, maka wanita itu menyanyi dengan bangganya.

Perhatikanlah sikap manis baginda terhadap keluarganya , bukan isterinya Aisyah r.anha yg meminta agar wanita itu menyanyi, tapi baginda s.a.w. yg terlebih dahulu menawarkannya.

Dalam kehidupan di rumah tangga Nabi s.a.w. juga membantu bekerja, dan ikut serta dalam menyelesaikan urusan yg diperlukan oleh keluarganya. Demikian menurut riwayat Imam Bukhari rah.

Dan bila duduk dengan isteri-isterinya, acap kali percakapan dan cerita yg kadang-kadang diselingi senda dan gurauan , untuk menyenangkan hati mereka, pada suatu hari baginda duduk mendengarkan cerita Aisyah r.anha tentang kisah sebelas wanita yg berjanji dan bersumpah untuk bercerita hal-ehwal suaminya, dan tidak akan menyembunyikan apapun maka masing2 mengisahkan hal-ehwal suaminya secara terus terang , yang baik dan buruk, sedang Nabi s.a.w. mendengarkan cerita itu dengan penuh perhatian , sebagaimana yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim .

Tentang hormat Nabi s.a.w. kepada ibu susunya Halimah dan saudara perempuannya As-syima' sudah tidak asing lagi, dan justeru kerana keduanya itulah , maka seluruh kabilah Bani Sa'ad dihormati dan disantuni, sehingga kedua wanita itu benar benar membawa keberkatan kepada kaum suku bangsanya.

Dewasa ini, kes-kes penceraian di kalangan umat Islam terus menigkat dari setahun ke setahun. Berbagai cara dan kajian dijalankan bagi memastikan punca sebenar perkara ini berlaku. Maka ketahuilah saudara Umat Islam yg tercinta, bahawa dengan mencontohi junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dalam pergaulan rumah tangga merupakan ubat terbaik dalam menangani masalah ini. Umat Islam hari ini perlu lebih mengetahui selok belok kehidupan rumah tangga Nabi s.a.w. , kasih sayang baginda s.a.w., yg tidak surut kepada keluar ganya menjadi tunjang dan teras utama kepada kebahagiaan yg boleh meyelamatkan pasangan Islam dewasa ini untuk terus mengharungi dugaan dan cabaran hidup bersama hingga ke akhir hayat. Semoga Allah s.w.t. memelihara Umat Islam , mencorak kehidupan umat hari ini dengan lebih baik...Amin


Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan junjungan kami di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat yg sgt kasih mereka kepada umat Nabi s.a.w..


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t. , Tuhan Empunya sekalian Alam, Kepada-Nya jua kita memohon petunjuk dan hidayah ,Dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui.

Jazakallah Khairan Kathira ...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Saturday, July 25, 2009

Peranan Sufi dalam sejarah perjuangan Islam

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya malah selain-Nya lah yg berhajat kepada-Nya, selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. (Ya AllahTempatkan baginda di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan Amin) beserta Ahlulbyat dan para sahabat yg mulia lagi tinggi makam mereka di sisi Allah s.w.t. .Dan mereka yg mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat. Ya Allah Ampuni kami, Rahmati kami, Kasihanilah kami..Amin

Amma Ba'du,

Adapun kemudian daripada itu, faqir ingin berkongsi dengan saudara berkenaan kitab Minhajul Abidin bagi Hujjatul Islam Imam Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali rah. yg diterjemahkan oleh Al-Fadhil Kiyai Haji Ustaz Abdullah bin Nuh, yang sgt terkenal dengan keahliannya dalam bidang terjemahan ,pengajian,ceramah-ceramah dan kuliah kuliah dalam berbagai masalah sama ada di dalam atau di luar Indonesia. Di dalam pendahuluan kitab ini, telah berkata Al-Fadhil Kiyai:

"Tasawuf Islam di masa lampau telah dapat menyebarkan dakwah Islam tanpa pedang. Tak dapat kita ragukan suatu kenyataan sejarah, bahawa para sufiah (ulama-ulama Tasawuf) itulah pembawanya cahaya Islam dan hidayahnya ke Afrika dan segala penjurunya yg tidak pernah didatangi oleh tentera Islam. Ulama Tasauf lah yg mempunyai jasa terbesar dalam menyebar-luaskan ajaran-ajaran Islam di Afghanistan, Iran,India, Indonesia, Filipina,Cina dan negeri-negeri yg lain .Tasauflah yg telah berdiri tegak menghadapi arus -arus ilhad (atheis) dan serangan-serangan kemorosotan akhlak. Tasauf pula yg merupakan benteng yg kukuh-kuat mempertahankan Islam dari paganisme Tatar , fanatisme tentera Salib dan angkara murka kaum imperialis.
Penulis Tarikh , Al-Baghdadi, mencatat bahawa Al-Mutawakkil (khalifah) yg berkuasa pada masa itu dari Bani Abbas di Baghdad, berseru kepada para ahli Futuwwah Sufiah ( Pahlawan Tasauf) , maka berdatanganlah mereka itu dari seluruh pelosok negeri , sehinggalah merekalah merupakan tentera terunggul yg tak terkalahkan. Mrekalah yg menyelamatkan wilayah-wilayah Islam dan menjaga perbatasan.

Lihatlah Syaikh Akbar Imam Muhyidin Ibn Arabi r.a., dengan berani sekali menulis surat kepada Malik Kamil (seorang raja muslim) ketika sang raja tidak tampil menolak serangan kaum Salib. Kata beliau "Engkau pengecut !...ayuh bangkit ke medan perang , atau kami memerangi kamu seperti memerangi mereka"

Sultanul Ulama, Syaikh Izzuddin ibn Abdissalam, seorang ulama besar dan ahli Tasauf yg agung, menfatwakan bahawa wajib menangkap raja-raja Mamalik sebab mereka berkhianat kepada kaum Muslimin rakyat mereka. Ketika situasi di Andalusia membahayakan kaum Muslimin, Imam Al-Ghazali rah. , imam besar dalam Tasauf, mengarang satu surat kepada raja muslim dari Maghribi iaitu Yusuf ibn Tasyfin yang bunyinya "Pilihlah satu antara dua , memikul senjata untuk menyelamatkan saudara-saudaramu di Andalusia, atau engkau turun dari takhta untuk diserahkan kepada orang lain yg sanggup memenuhi kewajipan tersebut"

Demikianlah dan masih banyak lagi contoh-contoh yg dapat dikemukakan utnuk menunjukkan betapa besarnya peranan dan pengaruh positif dari Tasauf beserta Sufiah dalam sejarah perjuangan Islam. Maka Faqir mengingatkan bahawa adalah satu kekeliruan yg besar sekali pendapat yg mengatakan bahawa tasauf itu sesuatu yg asing atau Bid'ah yg dimasukkan org ke dalam Islam dan ditempelkan kepadanya. Sebab, pada hakikatnya, Tasauf adalah satu bahagian daripada Risalah Nabi Muhammad s.a.w. , suatu jalan asli dalam Islam yg Diredhai Allah Azza Wajalla. Sekiranya saudara benar-benar mempelajari ilmu Tasauf seperti kitab Minhajul Abidin , akan yakinlah bahawa ilmu ini langsung mengambil pokok dasarnya dari sumber-sumber Islam yg jernih, Iaitu Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.. Kebatinan asing yg dibawa oleh org2 Yunani, Hindu dan sebagainya tidak dapat mendobrak benteng Islam dan Tasauf yg murni ini. Adapun Tasauf yg asli tidak dapat dipalsu, sebab dasar-dasarnya jelas dari Kitab dan Sunnah.

Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan junjungan kami di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat yg sgt kasih mereka kepada umat Nabi s.a.w..

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t. , Tuhan Empunya sekalian Alam, Kepada-Nya jua kita memohon petunjuk dan hidayah ,Dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui.

Jazakallah Khairan Kathira ...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham(MSA)

Say NO to Bonceng !!

Segala puji hanya bagi Allah , Tuhan Empunya sekalian alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya malah selain-Nya lah yg berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkan junjungan kami di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt yg mulia lagi tinggi makam mereka itu di sisi Allah s.w.t. . Dan mereka yg mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat. Ya Allah ,Ampuni kami, Rahmati kami, Kasihanilah kami..Amin

Amma Ba'du,

Pertama sekali faqir ingin mengucapkan penghargaan yg setinggi-tingginya kepada Persatuan Mahasiswa Islam UTM (PMIUTM) yg mengambil langkah proaktif menubuhkan jawatankuasa khas berkenaan masalah bonceng yg semakin berleluasa di kalangan mahasiswa UTM. Ini menunjukkan keprihatinan dan rasa tanggungjawab sebagai sebuah persatuan yg berteraskan Islam berkenaan isu ini yg mencapai kemuncaknya dengan kematian seorang mahasiswi di Kolej 9, pada awal semester ini. Faqir menelusuri kes ini dengan agak terperinci , dan apa yg boleh disimpulkan, tidak lain tidak bukan berpunca dari pergaulan bebas yg di antaranya MEMBONCENG ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN YG BUKAN MAHRAM.Semoga Allah s.w.t. mengampuni beliau. Faqir tidak berminat untuk menjelaskan hukum bonceng ini kerana telah MAKLUM SECARA DHARURAH ianya haram. Setiap mahasiswa Islam mengetahui akan perkara ini, bezanya sama ada kita menganggap kesalahan ini kecil atau besar lantas kita memandang ringan akan perkara2 seperti ini.

Sebagai seorang mahasiswa yg diiktiraf mempunyai akal yg cerdik, tidak seharusnya mereka ini melakukan perkara2 yg jelas salah dan lebih teruk lagi tanpa segan silu membonceng sama ada di luar UTM apatah lagi di dalam kampus disaksikan para Ustaz -Ustazah, mahasiswa dan mahasiswi yg lain. Sikap memandang ringan akan maksiat menyebabkan manusia hilang malu untuk melakukannya. Ini jelas sepertimana Sabda Nabi s.a.w. yg lebih kurang maksudnya "Buatlah sesuka hati kamu kalau kamu tidak malu". Sabda Nabi s.a.w. ini merupakan sindiran kepada mereka yg TIDAK TAHU MALU melakukan maksiat apatah lagi di khalayak ramai.
Dan kepada mahasiswa2 yg lain, tidak seharusnya beban dakwah atau kempen Say NO to Bonceng ini hanya ditanggung oleh PMIUTM, ianya merupakan tanggungjawab setiap org Islam di UTM untuk bersama-sama menyokong serta melibatkan diri dalam kempen ini.

Selain daripada Tauhid dan Fiqh , junjungan kekasih kita Sayyidina Muhammad s.a.w. turut diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yg baik, maka umat Islam hari ini perlu menulusuri perjalanan hidup Nabi Muhammad s.a.w. , bagaimana akhlak, perilaku, tutur kata dan budi bicara Nabi s.a.w. sepanjang kehidupan Nabi s.a.w. yg penuh dengan pengajaran dan hikmah.
Maka apabila Umat Islam hari ini mencontohi akhlak Nabi s.a.w. , maka gejala2 sosial seperti ini tidak akan terjadi atau terlalu sedikit.

Sebagai mahasiswa, saudara merupakan harapan Umat Islam , cahaya masa depan Umat ISlam, penegak bendera kemenangan Umat ISlam, peneraju kepada kemajuan dan keagungan Umat Islam pada masa hadapan, alangkah sedihnya sekiranya gejala2 seperti ini merosakkan masa depan saudara, Hedonisme melalaikan saudara dengan tanggungjawab agama dan ilmu di UTM, dan bersikap mendiamkan diri serta redha apabila melihat kemungkaran di depan mata. Sudah pasti Islam tidak akan tertegak dan maju dengan cara sebegini, maka Umat Islam hari ini khususnya mahasiswa perlu membentuk jati diri yg teguh, tidak mudah terpengaruh dengan budaya yg tidak sihat, membentuk serta mengingat kembali apa tujuan hidup dan tujuan berada di UTM ini supaya sentiasa jelas visi, misi serta objektif kita sebagai hamba Allah, Umat Nabi Muhammad s.a.w. iaitu di dalam kehidupan ini, adalah untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. dan dalam masa yg sama tujuan berada di UTM untuk menuntut Ilmu, belajar bersungguh-sungguh dan mencapai keputusan yg cemerlang, membanggakan ibu bapa yg berpenat lelah malah menggadaikan , waktu, wang dan harta semata-mata ingin melihat anak mereka yg tercinta berjaya di dalam hidup.. Ingatlah kecintaan Allah s.w.t kepada kita, Ingatlah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. di saat nak wafat masih menyebut kita Ummati,Ummati,Ummati., Ingatlah kesayangan ibu dan bapa kita. Apabila umat Islam merenungi perkara ini, sudah pasti akan lahir perasaan yg sgt malu untuk melakukan maksiat seperti membonceng dengan bukan mahram, dan seterusnya mereka pula menjadi nadi,penggerak kepada Umat Islam yg lain dalam membanteras gejala2 sosial yg semakin meruncing dewasa ini.

Ya Allah , Rahmati kami, Kasihani kami, Ampunilah kami...Dan sungguh Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, berubahlah, jangan putus asa dari rahmat Allah s.w.t.

Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar dan kekasih-Nya Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan junjungan kami di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan..Amin)Baserta Ahlulbayt dan para sahabat yg sgt mengasihi merka itu akan umat Nabi s.a.w.

Dan kepada Allah s.w.t. jua kita dikembalikan, Dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui, Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam.

Jazakallah Khairan Kathira..(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham(MSA)

P/S Tak pandailah nak ejas size gambar Say NO to Bonceng.Tak dapat letak gambar. ada sesaper boleh ajarkan?..Jazakallah

Wednesday, July 22, 2009

Hakikat Mikraj dan keyakinan kepada Allah s.w.t.


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam, Tiada Ia berhajat kepada Makhluk, malah Makhluklah yg berhajat kepada-Nya,. Selawat dan salam moga dicurahkan Allah s.w.t. atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah, tempatkan junjungan baginda di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt yg mulia lagi tinggi makam mereka di sisi Allah ..Dan mereka yg mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati kami, Kasihanilah kami..Amin

Amm Ba'du,

Adapun kemudian daripada itu, faqir yg serba kekurangan ini ingin membawa satu permasalahan yg kebelakangan ini dikelirukan oleh setengah pihak yg tidak bertanggungjawab. Iaitu mereka menjadikan perkara mikraj Nabi s.a.w. sebagai hujah bahawa Allah s.w.t. bertempat di atas langit . Na'uzubillah

Ketahuilah saudara umat Nabi s.a.w. yg tercinta, bahawa Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam, TIDAK MENGAMBIL TEMPAT, MASA DAN JISIM.

Di sini faqir menukilkan dari kitab "Wa Huwa bil Ufuqil A'laa", karangan Al-Muhaddith Syaikh Prof. Dr. Muhammad bin Alwy Al-Maliki Al-Hasani r.a. . Telah berkata Syaikh yg mulia :

Tidak sepatutnya seseorang muslim yang mendengar kisah mi'raj mengenai naik dan turunnya Junjungan Nabi SAW ke langit, untuk menyangka bahawa antara hamba dan TuhanNya terdapat jarak yang tertentu yang dapat dijangkau, kerana sangkaan yang sedemikian adalah suatu kekufuran, yang mana kita berlindung dengan Allah daripadanya. Bahawasanya naik dan turun ini hanya dinisbahkan kepada hamba (yakni Junjungan Nabi SAW) dan bukannya kepada Tuhan. Meskipun Junjungan Nabi SAW pada malam isra' tersebut berkesudahan dengan mencapai jarak kedudukan seumpama dua anak panah atau lebih hampir lagi, tetap baginda tidak melepasi maqam / kedudukan seorang hamba. Dan keadaan baginda dengan Nabi Yunus bin Matta AS ketika ditelan ikan serta dibawanya ke lautan lepas sehingga ke dasar lautan adalah sama, dalam hal ketiadaan jarak bagi Allah dengan ciptaanNya, ketiadaan arah, ketiadaan mengambil tempat, ketiadaan had pembatas, dan ketiadaan dapat dijangkau (yakni bukanlah artinya bila Junjungan Nabi SAW mi'raj ke atas maka baginda lebih hampir kepada Tuhan berbanding Nabi Yunus yang dibawa ikan ke dasar lautan dari segi tempat dan jarak - satu di atas dan satu di bawah - kerana Allah tidak bertempat sehingga boleh didekati atau dihampiri dengan diputuskan jarak yang tertentu.) Dan telah dikatakan oleh segelintir ulama, bahawa ikan tersebut telah membawa Nabi Yunus sejauh perjalanan 6,000 tahun, sebagaimana disebut oleh Imam al-Baghawi dan selainnya. Apabila telah engkau ketahui yang sedemikian, maka yang dikehendaki dengan naiknya Junjungan Nabi SAW dan menempuhnya baginda jarak yang jauh tersebut adalah untuk menzahirkan / menyatakan kedudukan baginda kepada penghuni langit dan menyatakan bahawasanya bagindalah makhluk Allah yang paling utama. Pengertian ini diperkuatkan lagi dengan dijadikan buraq sebagai tunggangan baginda, lalu dihubungkan bagi baginda akan mi'raj (alat untuk naik ke langit), dijadikan baginda imam bagi para nabi dan malaikat, sedangkan Allah ta'ala berkuasa untuk mengangkat baginda tanpa buraq dan mi'raj.

Selesai petikan kitab. Maka faqir ingatkan bahawa diisra` dan dimi`rajkan Junjungan Nabi s.a.w. dengan menggunakan makhluk seperti buraq dan mi'raj adalah untuk menzahirkan kemuliaan dan ketinggian baginda di antara sekalian makhluk. Inilah hakikat sebenar mi'raj Junjungan s.a.w. ke langit, agar dipersaksikan kepada segala penghuni langit akan darjat ketinggiannya penghulu sekalian makhluk. Tidaklah ia menunjukkan Allah berada di sesuatu tempat, Maha Suci Allah daripada mengambil faedah dari makhlukNya dan Maha Suci Ia daripada mengambil bagi lapang. ِ

Semoga Allah s.w.t. memberi hidayah kepada saudara dan ana..Amin

Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan baginda di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan..Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para sahabat yg sgt mengasihi akan umat Nabi s.a.w. yg tercinta.

Dan kepada Allah s.w.t. jua kita dikembalikan, segala puji hanya bagi Alah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam, Allah s.w.t. Maha Mengetahui dan Allah s.w.t. jua yg memberi petunjuk .

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Monday, July 20, 2009

Haram Belajar Ilmu Usuluddin dari Orang yg Tidak Mahir

Segala puji hanya bagi Allah , Tuhan empunya sekalian alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya malah selain-Nya lah yg berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Muhammad s.a.w. (Ya Alah Tempatkan junjungan kami di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan Amin) beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang mulia lagi banyak jasa bakti mereka itu kepada agama Islam yg tercinta. Dan mereka yg mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat ..Ya Allah Ampuni kami , Kasihani kami, Rahmatilah kami ..Amin

Amma Ba'du,

Adapun kemudian daripada itu, faqir yg serba kekurangan ini ingin berkongsi dengan saudara pembaca yg dimuliakan berkenaan pembelajaran Ilmu Usuluddin . Telah mengarang Imam As-Sanusi rah. di mana kewalian beliau tidak dipertikai oleh umat Islam akan kitab beliau Hasyiah Dusuki A'la Ummul Barahin . Kitab ini merupakan silibus Usuluddin di Universiti Al-Azhar sehingga sekarang . Kitab ini telah diterjemah kepada jawi oleh Al-Allamah Syeikh Zainal Abidin Bin Muhammad Al-Fathani rah. yg terkenal dengan gelaran Tuan Minal Al-Fathani.

Maka telah tersebut di dalam kitab terjemah oleh Tuan Minal Al-Fathani rah. "Para Ulama telah menegaskan adalah haram mempelajari Ilmu Usuluddin daripada orang yg tidak cukup ilmunya, dan tidak mempelajarinya daripada gurunya yg sebenar. Pada masa ini, terdapat sebilangan orang yg mendakwa dirinya alim dan mengajar orang awam ajaran yg menyesatkan seluruh hamba Allah s.w.t. . Setengah mereka itu berpegang kepada ayat-ayat mutasyabihat iaitu yg samar-samar pengertiannya atau berpegang kepada Sunnah yg mutsyabihat juga tanpa dijelaskan dengan dalil-dalil aqliyah dan naqliyah yg padu lagi tegas pengertiannya, sebaliknya menggunakan pengertian -pengertian luaran ayat-ayat mutsyabihat itu. Dengan demikian mereka tenggelam di dalam samudera kekufuran dan seterusnya menjadi sesat serta menyesatkan pula orang awam, Na'uzubillah min Zaalik. Mereka adalah seperti Dajjal atau lebih jahat lagi dari Dajjal."

Sekian petikan dari kitab terjemahan karangan Tuan Minal Al-Fathani rah. yg diberi nama Aqidatun Najin Fi Ilmi Usuluddin, terjemah bagi kitab induk Hasyiah Dusuki A'la Ummul Barahin bg Imam As-Sanusi rah. perlu diingatkan juga bahwa di dalam kitab yg sama telah berkata Imam As-Sanusi rah. "Asal Kufur dan Bid'ah itu ada tujuh". Dan yg ketujuh adalah berpegang dia akan aqaid iman kepada ayat-ayat mutsyabihat padahal tidak dilentangkan dengan dalil naqliyah dan aqliyah yg muhkamat.

Semoga Allah s.w.t. memelihara kita semua dengan akidah yg sejahtera ..Amin

Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan baginda di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yg sgt kasih mereka itu akan umat ini.

Segala puji hanya bagi Allah Azza Wajalla, Tiada Daya Upaya Melainkan Allah s.w.t., Dan Allah s.w.t. jua yg memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira (^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Sunday, July 19, 2009

Kecintaan Membaca Selawat

Segala Puji hanya bagi Allah s.w.t. , Tuhan empunya sekalian alam , Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya , malah selain-Nya lah yg berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga docurahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yg terpuji sepertimana yg kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yg mulia lagi tinggi makam mereka di sisi Allah Azza Wajalla..Dan mereka yg mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat Ya ALlah , Ampuni kami, Rahmati kami, Kasihanilah kami.. Amin

Amma Ba'du,

Adapun kemudian daripada itu faqir ingin berkongsi dengan saudara pembaca sedutan dari kitab Afdlalus Shalawaati 'Alaa Sayyidis Sadaati di karang akan dia oleh Al-Qadhi Syaikh Yusoff ibn Ismail An-Nabhani rah. . Dalam mukadimahnya, berkata Syaikh rah. "Bahawa para malaikat memberi pujian dan sanjungan kepada Rasulullah s.a.w. . Begitu juga orang orang beriman hendaklah memberi selawat kepada Rasulullah s.a.w. semata-mata untuk memuliakan baginda. Firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya Allah s.w.t. dan para malaikat-Nya menyampaikan salawat kepada Nabi (Muhammad), wahai orang-orang yg beriman , mohonkanlah rahmat dan keselamatan untuknya"

Perlu kita mengetahui beberapa hadis yg berhubung anjuran agar timbul kecintaan banyak membaca selawat atas Rasulullah s.a.w.

Diantaranya , Sabda Nabi s.a.w. "Perbanyaklah membaca salawat atasku, kerana yg pertama kali(tentang sesuatu) yg ditanyakan di dalam kubur adalah tentang aku"

Sabdanya lagi "Salawat atasku akan menjadi cahaya di hari Kiamat ketika menghadapi kegelapan Shirat (titian), oleh itu perbanyaklah membaca salawat atasku"

Sabdanya lagi "Barangsiapa susah untuk mendapatkan keperluannya, hendaklah memperbanyak membaca salawat atasku, kerana membaca salawat itu boleh menghilangkan dukacita, kesedihan dan kesusahan , juga dapat menarik banyak rezeki dan memudahkan urusan keperluan"

Sabdanya lagi "Sesungguhnya yg dapat menyelamatkan kamu dari ketakutan di Hari Kiamat nanti adalah dengan banyak membaca salawat atasku ketika masih di dunia, kerana salawat itu sendiri menjadi kifayat bagi Allah s.w.t. dan malaikat dan sesungguhnya orang beriman diperintah membaca salawat agar mereka mendapat pahala"

Sabdanya lagi "orang yg paling dekat dengan ku di Hari Kiamat adalah orang yg paling byk membaca salawat atasku.


Berlandaskan pada Pandangan Sayyidina Ibnu Abbas r.a , Imam Abul Qasim Al-Qusyairi r.a. mengatakan bahawa Allah s.w.t. memberi wahyu kepada Nabi Musa a.s. , iaitu "Sesungguhnya aku telah menjadikan untukmu sepuluh ribu pendengaran sehingga engkau mampu menangkap pembicaraan dari Aku dan menjadikan sepuluh ribu lisan dan mampu menyahut pembicaraan dari Aku dan dekat dengan Aku., jika engkau memperbanyak membaca selawat atas Muhammad s.a.w."

Imam As-Sakhawi r.a. berkata dengan mengambil riwayat yg mengatakan bahwa terdapat seorang yg sgt pemboros yg tidak menghiraukan dirinya. Ketika ia mati, org-org melemparkan jenazahnya ke suatu tempat, kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada Musa a.s. agar memandikannya dan menyembahyangkannya, kerana Aku telah mengampunkan dosa-dosanya. Maka berkata Nabi Musa a.s "Ya Allah, kenapa boleh jadi begitu?"
Maka Allah s.w.t. berfirman bahawa pada suatu ketika dia membuka Taurat, kemudian dia menjumpai Nama Muhammad s.a.w. tercatit di dalamnya, maka ia segera membaca selawat atasnya. Kerana tindakannya itu, maka Aku Ampunkan dia.

Semoga Allah s.w.t. menerapkan rasa kecintaan untuk membaca Selawat ke atas kekasih-Nya Sayyidina Muhammad s.a.w. Amin

Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan baginda di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yg mulia lagi kasih akan umat ini..

Segala puji hanya bagi Allah , Tuhan Empunya sekalian alam, Tiada daya upaya melainkan Allah , Dan Allah s.w.t. jua yg memberi petunjuk dan ALlah sw.t. Maha Mengetahui

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Saturday, July 18, 2009

Belangsukawa


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t. , Tuhan Empunya sekalian alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya malah selain-Nya lah yg berhajat kepada-Nya . Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan baginda di tempat terpuji sepertimana yg Kau janjikan...Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yg mulia lagi banyak bakti mereka itu dalam menegakkan agama yg mulia ini. Dan mereka yg mengikut mereka itu dari smeasa ke semasa hingga ke hari kiamat .. Ya Allah Ampuni kami, Kasihani kami, Rahmatilah kami...Amin

Amma Ba'du,

Jumaat, 24 Rajab 1430 bersamaan 17 Julai 2009, telah kembali ke rahmatUllah, hambaNya Ustaz Awang Pon bin Awang Sebon rahimahUllah. Beliau anak Sarawak yang pertama memperolehi ijazah dari Universiti al-Azhar pada tahun 1972. Sebelum ke Azhar, beliau menuntut di Madrasah al-Junaid, Singapura dan antara guru beliau adalah Habib Abdullah bin Hasan asy-Syathiri rahimahUllah. Beliau mempunyai jasa yang cukup banyak dalam memartabatkan perundangan Mahkamah Syariah di negeri ini dan merupakan Ketua Hakim Syarie yang pertama bagi Mahkamah Syariah Negeri Sarawak. Dalam arena dakwah, beliau aktif dalam ABIM, bahkan beliau di antara pengasas ABIM Sarawak. Kini padamlah satu obor yang satu ketika pernah menyinari umat Islam di Sarawak. Moga segala kebajikan beliau dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah, segala dosa kesilapan kekhilafan beliau diampuni, dan ditempatkan beliau dalam kelompok orang-orang yang berjaya daripada kalangan para nabi dan shiddiqin, syuhada` dan sholihin. Allahumma aamiin ... al-Fatihah.

Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan baginda di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan Amin) beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yg sgt mengasihi akan umat ini.

Jazakallah Khairan Kathira...

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Thursday, July 16, 2009

BOL JKSK UTM

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam, Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w., (Ya Allah.. Tempatkan baginda di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan...Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yg mulia lagi banyak jasa mereka itu dalam berbakti kepada agama ini..Dan mereka yg mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat..Ya Allah Ampuni kami, Rahmati kami, Kasihani kami...Amin

Amma Ba'du,

JKSK UTM akan mengadakan program Bond of Love (BOL) pada 19/7/09 (Ahad) pada jam 4.45 ptg di Dewan Al-Ghazali , MSI. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan adik2 baru yang baru mendaftarkan diri sebagai ahli JKSK kepada jawatankuasa dan pimpinan JKSK termasuk penasihatnya, Al-Fadhil Ustaz Mahyudin . Semua ahli diwajibkan hadir . Tetapi ana sendiri tak pasti untuk hadir kerana byk perkara perlu dilakukan sebaik sahaja pulang dari LI. Walaubagaimanapun, tahniah kepada AJK program BOL ini kerana berusaha jugak untuk mengadakan program ini walaupun menempuh banyak masalah dan kerap terpaksa ditangguhkan. Semoga ia menjadi pengalaman berguna dan pemangkin untuk menjadikan program akan datang lebih berjaya.

Semester yang lepas, byk program telah dirancang untuk diadakan, sehingga beberapa cadangan terpaksa diketepikan kerana terlalu padat . Ana sendiri mungkin akan berbincang dgn Akhie Hazwan (Pengerusi JKSK) untuk kita adakan lawatan ke mana-mana seminar perbandingan antara agama. Jadi , kepada adik2 baru, rebutlah peluang ini untuk menimba pengalaman menjadi AJK program , belajar bagaimana mengurus kan program, bajet perbelanjaan , prosedur2 kertas kerja, dan banyak lagi yg ana jamin adik tidak merasa rugi kerana ianya diaplikasikan sewaktu adik bekerja nanti. Ana sendiri semasa LI, antara perkara yg byk diambil perhatian adalah bajet perbelanjaan , tender2, persediaan kertas kerja .

Dan yg lebih penting, niatkanlah untuk buat amal salih dengan menganjurkan program2 yg menjurus ke arah kebaikan, yakinlah saudara juga akan mendapat "saham" pahala mereka juga.
Kepada JKSK, teruskan berjuang membela saudara baru, membantu dan menjaga kebajikan mereka yg merupakan tugas dan tanggungjawab utama disamping menganjurkan program berkaitan antara agama seperti Diskusi Iman, Interfaith Dialog dan lain-lain lagi.

Tidak lupa juga , bagi adik2 yg minat dalam keusahawanan, JKSK turut mempunyai unit ekonomi walaupun tidak rasmi tetapi direstui oleh saudara pengerusi dan Al-Fadhil penasihat, Bolehlah menyertai juga ekonomi JKSK, . Eko-JKSK menjual barangan keperluan agama seperti Jubah, Kopiah, Buku2 agama dan macam2 lagi.

Semoga genrasi JKSK akan datang akan lebih cemerlang dan terbilang...Amin

Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan junjungan kami di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan...Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahbat r.anhum yang sgt mengasihi akan umat ini.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam, Tiada Daya Upaya malainkan Allah s.w.t., Dan Allah s.w.t. jua yg memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Tuesday, July 14, 2009

Selamat Tinggal LI (Pahlawan Power Plant)




Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam, Tiada berhajat kepada selain-Nya malah selain-Nya lah yg berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah..Tempatkan junjungan kami di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan..Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yg mulia, suci lagi tinggi makam mereka di sisi Allah s.w.t. . Dan mereka yg mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampunkan kami, Rahmati kami, Kasihanilah kami...Amin

Amma Ba'du,

Menjelang sudah tarikh akhir Latihan Industri. Bagi ana, sejujurnya dapat merasa betapa banyaknya pengetahuan dan perkara -perkara lain yang tidak dapat dikecapi di Universiti. Bermula 11hb Mac 2009, ana memulakan latihan di Pahlawan Power sdn. bhd. milik Powertek Bhd. . Powertek pulak adalah anak syarikat kepada Tanjung Group Company milik Anandha Krishnan. Syukur kepada Allah s.w.t. kerana ana diberi peluang untuk ditempatkan dalam semua department yg ada dalam Power Plant ini. Secara ringkas,Pahlawan Power Plant ini bertanggungjawab untuk membekal tenaga elektrik separuh negeri Melaka dan separuh lagi di bekalkan oleh Panglima Power Plant, satu lagi syarikat kepunyaan Powertek Bhd. Dengan load maximum sebanyak 310MWatt menggunakan konsep Combine Cycle iaitu gas yg keluar dari 2 Gas Turbine digunakan untuk memanaskan air demineralized (air yg dirawat) sebelum air ini dipanaskan sehingga menjadi stim pada 516 Celsiuss di dalam Water-Tube Boiler. Stim ini pulak akan digunakan oleh Steam Turbine . Itulah secara ringkasnya kerja di sini...huhu

pada awalnya agak sukar untuk menyesuaikan diri kerana ana sorg jer trainee dari UTM sementara trainee lain iaitu dari UNITEN telah ada awal 6 minggu dari ana. Tetapi berkat persahabatan dengan saudara dari UNITEN, ana rasa gembira bekerja di sini. Pekerja di tempat ana pun tidak ramai dalam sekitar 64 org sahaja. Ini menyebabkan suasana keluargaan sgt kuat sehingga setiap org yg berkerja di sini ana kenal, pernah bertegur dan mengetahui nama setiap dari mereka.

Technician dan Trainee dari UNITEN pula adalah sangat peramah (Semoga Allah s.w.t. membalas mereka dengan kebaikan). Walaupun Technician di sini agak kasar dan garang orgnya, tapi standard lah tu kan. Kerja pun berat2, dan sangat berisiko kerana terdedah dengan kebocoran steam yg tidak dpt dilihat dgn mata kasar. Sekiranya steam ini (iaitu pada tekanan 80 bar dan suhu 516 Celciuss) terkena tangan , ianya boleh menembus sehingga tidak meninggalkan bekas yg ditimbus. Perlu diketahui tekanan Atsmosphera hanyalah sekitar 1 bar sahaja dan suhu 37 Celciuss. Bayangkan berapa kali ganda kekuatan Steam yg dihasilkan untuk memusing Turbine Blade yg beratnya sekitar 40 - 50 Tan. Jadi biasalah kalau mereka semasa bekerja sangat serius dan tegas.

Oleh kerana ana dari course Mechanical, jadi tempoh ana berada di department Mechanical lebih lama berbanding Department2 yg lain. Jadi mungkin disebabkan itu, ana lebih rapat ngan Technician2 Mechanical. Dan semasa ana menulis ini (Rabu), kami sedang ada Tournament Volley Ball yg berlangsung sejak Isnin lepas. Kesemua Staff terlibat termasuklah ketua Power Plant yg lebih dikenali sbg (PSM -Power Station Manager) turut sama terlibat.

Tidak dapat ana nafikan, di sini byk aktiviti2 luar yg dianjurkan oleh company Power Plant seperti , Futsal tiap2 Rabu Malam, Badminton Tiap2 Isnin dan Jumaat Malam, Volley Ball tiap2 abis kerja..huhu, dan makan2 tiap2 hari Jumaat lepas sesi Knowledge Sharing...Makan jerr...sini InsyaAllah tak kebulur...ada ajer makan free.

Mana taknya, company ini agak loaded jugaklah, mengikut perjanjian, TNB akan membayar RM 400,000 sehari kepada Power Plant. Bayangkanlah sebulan dapat berapa. PSM punya elaun kereta jerr RM 4500. Dialah yg selalu belanja makan durianlah (musim skang ni) , jamuan sini , jamuan sana..pendek kata asal ada aktiviti, adalah makan...xyah bawak bekal...Alhamdulillah Power Plant ini dikurniakan PSM yg murah hati dan tak lokek.

Akhir sekali, ana bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana ditempatkan LI di sini , di mana semangat perpaduan di antara kaum (Melayu, Cina dan India ) sgt kuat, harmoni dan aman damai, dan lupa jugak ana ingin mengucapkan tahniah kepada Technician Mech yg baru berkahwin sampai masuk Metro tu...huhu (kahwin konvoi dengan scrambler). Semoga Allah s.w.t. memberi kebahagian kepada abg dan isteri dan kekal sehingga ke anak cucu..Amin.

Di sini ana lampirkan gambar2 yg ana ada sepanjang berLI :





gotong royong sebelum audit dari ISO





Volleyball Tournament








CPR Training...Huhuhu




Mechanical and ECNI Staff





Turbine Blade..time berpusing cuber hulur tangan

kejap ada...kejap xda..huhu








Perkahwinan Abg Sharul ...Semoga bahagia ke anak cucu...Huhu


Time Meeting


Selamat Tinggal Pahlawan Power

Pengalaman dan pengetahuan yang dikecapi semasa berada di Melaka akan sentiasa segar di ingatan ana, Insya Allah.....mungkin bulan 11 ni kalo xda masalah ana akan pergi ke sana lagi untuk tgk CI (Combustion Inspection) di mana Turbine dan Combustion Chamber akan ditanggal satu2, rugi kalau xpergi...

Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkan junjungan kami di tempat yg terpuji..Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang sgt mengasihi akan umat ini.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam, Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah s.w.t. jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,

Salim Azham

Monday, July 13, 2009

Kecintaan Ikhwanul Muslimin kepada Maulid Nabi s.a.w.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam, Tiada berhajat kepada selain-Nya malah selain-Nya lah yg berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah..Tempatkan junjungan kami di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan..Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yg mulia, suci lagi tinggi makam mereka di sisi Allah s.w.t. . Dan mereka yg mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampunkan kami, Rahmati kami, Kasihanilah kami...Amin

Amma Ba'du,

Adapun kemudian daripada itu, Faqir yg kekurangan ini ingin menarik perhatian saudara pembaca yg dimuliakan berkenaan kecintaan Ikhwanul Muslimin kepada Maulid junjungan Nabi Muhammad s.a.w..

Antara ciri-ciri utama tarbiah Al-Ikhwan Al-Muslimin khususnya di sisi para pelopornya adalah, menjadikan tradisi menyambut amalan Maulidul Rasul sebagai suatu yg sgt digalakkan dan amalannya dilakukan secara meluas. Ini kerana tradisi tersebut justeru adalah antara wasa'il (cara-cara) mendekatkan masyarakat Islam dengan "kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.".

Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna rah. menceritakan kecintaannya kepada amalan menyambut Maulid Nabi s.a.w. dengan berkata " ...dan saya sebut bahawasanya antara adat kebiasaan kami adalah dengan kami keluar memperingati Maulid Rasulullah s.a.w. di suatu tempat, lalu kami bernasyid dengan qasidah-qasidah yg biasa dibaca pada menzahirkan kegembiraan yg penuh keriangan yang sempurna" (Muzakkirat Ad-Da'wah wa Ad-Da'iyyah)

Syaikh Abbas As-Sisi rah. menceritakan tentang sambutan Maulid Nabi s.a.w. bersama Imam Hassan Al-Banna rah. di Masjid Nabi Daniel di Iskandariyyah, Mesir. Malah, Imam Hassan Al-Banna sangat menggalakkan amalan menyambut dan memperingati Maulid Rasulullah s.a.w. (Fi Qofilah Al-Ikhwan Al-Muslimin 1/48).

Syaikhul Azhar Imam Abdul Halim Mahmud rah. juga menceritakan tentang tradisi menyambut Maulid Nabi s.a.w. dalam kalangan Ikhwan:

"Kami selalunya pergi beramai-ramai pada setiap malam menuju Masjid As-Sayyidah Zainab r.anha lalu kami menunaikan solat Isya'. Setelah itu kami keluar daripada masjid lalu membentuk beberapa saf (barisan) yg dipimpin di hadapan oleh Imam Mursyid Hassan Al-Banna, lalu beliau bernasyid dengan nasyid-nasyid maulid Nabawi lalu kami mengikutinya (dalam bernasyid) dengan suara kuat secara berjamaah" (Al-Ikhwan Al-Muslimin Ahdaath Sana'at At-Tarikh 1/109)

Jika kita singkapi tradisi sebahagian ulama besar Ikhwan seperti Allamah Syaikh Mustafa As-Siba'ie rah. , beliau sendiri sebagaimana dalam majalah Hadharah Al-Islam (Edisi khas sempena pemergian Syaikh Mustafa) menyusun qasidah-qasidah indah memuji dan bertawasul kepada Rasulullah s.a.w. di maqam baginda s.a.w. sebagaimana yg disyariatkan berdasarkan dalil-dalil yg jelas.

Amalan tawwasul dan sebagainya turut dibela oleh ulama besar Ikhwan seperti Allamah Dr. Yusuf Al-Qaradhawi . Beliau mengarang satu kitab khusus iaitu "Fusulun Fi Al-Aqidah" dalam menyenaraikan hujah-hujah dari Al-Quran dan As-Sunnah tentang keharusan amalan tawwasul dengan kedudukan para Nabi a.s. dan para solihin rah. yg telah meninggal dunia. Ia demi membela usul iman Imam Hassan Al-Banna yg menganggap tawwasul adalah kaifiyyat berdoa, bukan berkisar dalam masalah aqidah .

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkanlah baginda di tempat yg terpuji sepertimana yang Kau janjikan...Amin) Beserta para sahabat dan Ahlubayt r.anhum yang bnyak jasa mereka kepada umat ini.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam, Dan Allah s.w.t. jua yg memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui.

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Sunday, July 12, 2009

Pembelaan Allah s.w.t. kepada Kekasih-Nya

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., tuhan empunya sekalian alam, tiada Ia berhajat kepada selain-Nya malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dicurahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan yang mulia Sayyidina Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan...Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang tepuji, mulia lagi tinggi makam mereka di sisi Allah s.w.t.. Dan mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat.. Ya Allah Ampuni kami, Rahmati kami, Kasihanilah kami...Amin

Amma Ba'du,

Adapun kemudian daripada itu, Faqir yang kekurangan ini ingin berkongsi dengan saudara pembaca yang dimuliakan berkenaan "Pembelaan Allah s.w.t. kepada Kekasih-Nya di dalam ayat Al-Quran". Marilah sama-sama kita merenung kembali bagaimana sayang dan kasihnya Allah s.w.t. , Tuhan yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang membela hamba dan NabiNya di saat manusia mendustakan Nabi s.a.w. .

Tatkala orang2 musyrikin menuduh Nabi s.a.w. dan berkata "Wahai orang yg diturunkan Al-Quran kepadanya, sesungguhnya engkau benar-benar seorang yang gila"(Al-Quran ,Al-Hijr:6)
Allah s.w.t. langsung menjawab dengan Firman-Nya:
"Nun, demi pena dan apa yang mereka tulis, berkat nikmat tuhanmu ,engkau(Hai Muhammad) sekali-kali bukan orang yg gila"(Al-Qalam:1-2)

Dan tatkala mereka berkata lagi "apakah dia mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?"(s.Saba':8)

Allah s.w.t. menjawab dengan Firman-Nya "Bahkan org2 yg tidak beriman kepada kampung akhirat berada dalam siksaan dan kesesatan yg jauh" (s.Saba':8)

Dan kerika mereka ingkar dan berkata kepada Nabi s.a.w. "engkau bukan seorang yg dijadikan rasul "(s. Ar-Ra'd:43)

Maka Allah s.w.t. membantah mereka: "Yaasin, demi Al-Quran yg penuh hikmat, sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul " (Yaasin 1-3)

Dan ketika musuh-musuh Nabi s.a.w. mengejek baginda dengan kata-kata : "Apakah sesungguhnya kami harus meninggalkan pelbagai sembahan kami, kerana seorang penyair yang gila?"(s. Ash-Shaffaat:36)

Maka Allah s.w.t. menyanggah tegas dengan Firman-Nya : "Sebenarnya dia (Muhammad) telah datang membawa kebenaran dan membenarkan Rasul-Rasul sebelumnya"(s.Ash-Shaffaat:37)

Dan setelah Allah s.w.t. membenarkan Rasul-Nya, lantas Allah s.w.t. mengancam musuh-musuh baginda dengan firman-Nya : "Sesungguhnya kamu pasti akan merasakan azab siksa yang pedih" (s. Ash-Shaffaat:38)

Dan tatkala mereka berkata terhadap Nabi s.a.w. : "mereka mengatakan dia adalah seorang penyair, yang kami tunggu-tunggu kecelakaan menimpanya" (s. Ath-Thur:30)

Maka Allah s.w.t. membalas dengan Firman-Nya :"Dan kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan syair itu tidak layak baginya" (s.Yaasin:69)

Dan ketika mereka melemparkan tuduhan bahawa baginda s.a.w. diilhami oleh syaitan, maka Allah s.w.t. segera menjawab:" Dan Al-Quran itu bukanlah dibawa turun oleh syaitan-syaitan" (s. As-Syu'araa:210)

An-Nadher bin Al-Haaris, lawan dan seteru Rasulullah s.a.w. yang paling gigih menentang baginda , berkata :" Kalau kami mengkehendaki, nescaya kami dapat membacakan yang seperti itu( Al-Quran) , ini tidak lain hanyalah dongengan org2 purbakala" (s. Al-Anfal:31)

Maka Allah s.w.t. membalas dan menentang sesiapa saja yang beranggapan seperti itu dengan Firman-Nya : " Katakanlah sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yg serupa Al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yg serupa dengan dia, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yg lain" (s. Al-Isra':88)

Dan Al-Quran juga mengisahkan , bahawa golongan musyrikin Mekkah pernah mengejek baginda s.a.w. dengan kata-kata : " (dan mereka berkata) Mengapa Rasul ini memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar?" (s. Al-Furqaan:7)

Lantas Allah s.w.t. membalas ejekan mereka dengan Firman-Nya : "Dan kami tidak mengutus Rasul-Rasul sebelumnya, melainkan sungguh-sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar".(s. Al-Furqaan:20)

Dan golongan Yahudi yang memperolok-olokkan Nabi s.a.w. kerana baginda s.a.w. beristeri ramai, maka Allah s.w.t. membalas dengan Firman-Nya : "Ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran kurniaan yg Allah s.w.t. telah berikan manusia itu, sesungguhnya kami telah memberikan kitab dan hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan kami memberikan kepadanya kerajaan yg besar" (s. An-Nisa':54)

Sesungguhnya sangat banyak pembelaan Allah Azza Wajalla kepada hamba dan Nabi-Nya s.a.w. . Dan ketahuilah saudara yg dikasihi bahawa sebagai umat Nabi s.a.w. , wajib kita mempertahankan kemuliaan dan kehormatan junjungan dan ikutan kita Nabi Muhammad s.a.w. . Hari ini Umat Islam dan saudara kita disembelih, dibunuh, dicabul hak mereka....adakah kita redha??. Pandangan dunia terhadap kita bersifat olok-olok , penuh dengan syak wasangka dan berniat jahat kepada kita. Di serata tempat di mana Umat Islam adalah minoriti ditindas, dinafikan hak mereka walaupun mereka adalah penduduk asal tempat itu, lihatlah saudara kita di Palestin, Di Chechnya, Di Khasmir, Pattani dan terbaru di Xinjiang..Janganlah walau sekalipun kita serahkan urusan dan pembelaan Umat Islam ini di tangan org2 bukan Islam yg hanya menolong sekiranya mendapat balasan yg menguntungkan mereka. Cukuplah bagi kita , Allah s.w.t. dan Rasul-Nya. ..Betapa sedih dan kecewa hati melihat para pemimpin Islam yg mempunyai kuasa diam membisu seribu bahasa dan sgt takut untuk bersuara membela saudara tercinta . Maka , sangat penting umat Islam hari ini mengusai Ilmu Pengetahuan dan membentuk fikir risau tentang agama dan nasib umat Islam yg tercinta bermula dari sekarang ini. Umat Islam hari ini perlu sentiasa merenungi kehidupan , perjuangan, dan adab serta akhlak Nabi s.a.w. sepanjang kehidupan baginda. Apabila kehidupan Baginda s.a.w. meresap ke dalam kehidupan kita, jadilah kita sebaik-baik Umat yg dilahirkan.

Saudara , apabila kita menyebut Allah, disunatkan pada kita untuk menyebut Jalla Jalaluh, Azza Wajalla, dan Subhanahu Wata'ala, Dan tidak dijanjikan azab bagi mereka yg tidak menyebut demikian. Dan apabila kita menyebut para sahabat dan Wali2 Allah, disunatkan pada kita menyebut r.a, rah. Dan tidak dijanjikan azab siksa bagi mereka yg tidak menyebut itu. Tetapi apabila disebut nama Nabi Muhammad s.a.w. , dijanjikan Azab siksa serta laknat Allah s.w.t. ke atas mereka yg tidak berselawat ke atas baginda. Tahukah saudaraku apakah sebabnya???
KERANA NABI MUHAMMAD S.A.W. ADALAH SEBAB TERBESAR HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH S.W.T. . Bagaimana kamu mendakwa cintakan Allah s.w.t. tetapi melupakan kekasih-Nya?. Apabila org kafir berkata "kami mencintai Allah, maka perlu apa kaitan Muhammad dengan kami?". Maka Allah s.w.t. membalas dengan firman-Nya : "(katakan ya Muhammad) Kalau kamu cintakan Allah, maka ikutlah aku, nescaya Allah s.w.t. akan cintakan kamu dan ampunkan dosa dosa kamu".

Ya Allah ..Selamatkan saudara kami yg ditindas oleh mereka yg dengki hatinya kpd hamba-Mu
Ya Allah...Tabahkan hati mereka, kuatkan iman mereka, tegakkan pendirian mereka.
Ya Rahman...Kasihani mereka, Rahmati mereka, Ampunilah mereka.
Ya Allah..jangan Kau tanggalkan dari hati kami kecintaan terhadap-Mu dan Kekasih-Mu
Ya Allah...Pertemukan kami (Umat Nabi s.a.w.) di telaga Kauthar Kekasih-Mu
Ya Allah...Tuhan Empunya sekalian Alam..Tuhan yang berfirman dengan haq "Berdoalah, nescaya aku perkenankan doa kamu".
Ya Allah..Perkenan kan doa kami....

Selawat dan salam sebanyaknya moga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Muhammad s.a.w. (Ya Allah...Tempatkan junjungan baginda di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan..Amin) beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yg sangat kasih mereka itu kpd umat ini..

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan Empunya sekalian Alam, Dan Allah jua yg memberi petunjuk dan Allah Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira ...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Wahabi Bukan Misteri






Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya , malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan...Amin) Beserta Ahlubayt dan para sahabat baginda r.anhum yang suci lagi mulia. Dan mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat . Ya Allah Ampuni kami, Kasihani kami, Rahmatilah kami...Amin



Amma Ba'du,

Adapun kemudian daripada itu, faqir yang serba kekuragan ini ingin berkongsi dengan saudara berkenaan kitab Syawahid al-Haq fi al-Istighathah bi Sayyid al-Khalq SAW. Dikarang akan kitab ini oleh Al-Qadhi Al-Syeikh Yusuf ibn Ismail Al-Nabhani al-Shaf'e rah. (wafat 1350 H). Kitab ini juga telah disemak serta di puji oleh :

1) Al-Allamah Sayyid Ali al-Bablawi al-Maliki - Sheikh Jami' al-Azhar

2) Sheikh Masyaikh al-Hanafiyah Syeikh Abd Qadir al-Rafi'e - Mantan Mufti Mesir
3)Syaikh al-Islam al-Sheikh Abd Rahman al-Sharbini - Sheikh Jami' al-Azhar
4) Hadrah al-Fadhilah al-Fahhamah al-Syaikh Muhammad Bakri al-Sadafi - Mufti Mesir dan ketua ulama Mazhab Hanafi
5) al-Allamah al-Sayyid Ahmad Bek al-Husayni - Alim Mazhab Syafi'e
6) Al-Allamah al-Sheikh Sulayman al-Abd al-Shibrawi - Alim Syafi'e al-Azhar
7) Al-Allamah al-Syeikh Ahmad Hasanain al-Bulaqi - Ulama Syafi'e al-Azhar
8) Al-Allamah al-Sheikh Said al-Muji - Ulama al-Syafi'e al-Azhar
9) Al-Allamah al-Sheikh Muhammad al-Halabi - Ulama al-Syafi'e al-Azhar


Persaksian para ulama terulung ini menunjukkan kedudukan kitab yang dikarang oleh Syaikh Yusuf An-Nabhani rah. . Allah s.w.t. meletakkan kesaksian ulama pada kitab beliau.


Di sini faqir sediakan terjemahan pada m/s 53 kitab ini


peringatan kesembilan

Ketahuilah (saudara pembaca sekalian), bahawa dengan mengemukakan bukti-bukti yang banyak di dalm kitab ini berkaitan pensyariatan Istighathah dan amalan bermusafir untuk menziarahi (maqam) Penghulu segala rasul (alahimus solah was salam) dan membuktikan bahawa ia (ziarah) adalah di antara sedekat-dekat amalan yang mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t. , di antara sebaik-baik kebaikan, di antara seafdhal-afdhal kebajikan , di antara ketaatan yang paling sempurna dan di antara seagung-agung wasilah yang diterima di sisi Allah s.w.t. dan Rasul-Nya s.a.w. . Aku tidak bermaksud untuk memuaskan dengannya( dalil-dalil ini) pengikut-pengikut Ibnu Taimiyyah daripada kalangan al-Wahabiyyah dan sesiapa yang telah diberi susu bid'ah mereka sejak kecil lagi di kalangan mereka yang mengagumi mereka itu dari golongan-golongan yang ganjil dari mazhab-mazhab yang lain. Sesungguhnya berkenaan mereka itu, hampir-hampir tiada harapan lagi untuk mereka berjaya selepas bid'ah yang buruk ini bercampur dengan darah dan daging mereka dan mengalir bid'ah itu di dalam diri mereka umpama penyakit anjing gila yang terkena pada pesakitnya. Dan Syaitan telah berjaya menguasai mereka seperti seorang budak pintar yang menguasai bola dan bermain dengan bola tersebut sesuka hatinya. Maka bagi orang-orang seumpama itu, tidak dapat digambarkan bahawa apabila mereka mendengar perbahasan (kitabku) ini dalam perkara ini melainkan mereka akan mencari jalan bagaimana untuk berdebat dan bermusuh dan bagaimana untuk menolak hujah-hujah ini dengan dalil-dalil dan tidak terlintas di dalm hati mereka untuk menerima hujah-hujah ini selamanya. Dan hal ini serupa sepertimana yang dikatakan para ulama berkenaan imam mereka Ibnu Taimiyyah dan dua anak muridnya Ibnu al-Qayyim dan Ibnu Abd al-Hadi, dan kamu akan tahu hakikat ini dengan melihat kepada kata-kata mereka -semoga Allah mengafiatkan kita daripada mereka.

Dan sesiapa yang membaca kitab-kitab mereka dengan sifat yang adil dalam perbahasan bid'ah-bid'ah mereka akan menerima hakikat bahawa itulah akhlak mereka dalam perkara ini dan itulah tabiat mereka dan kata-kata mereka itu dalam satu bentuk yang sama dengan tamwih (pemalsuan), talbis (menghias perkara batil), takhyil (mengkhayalkan), tawhim (membuat prasangka) dan tahwil (menakutkan); barangsiapa yang datang selepas mereka dan mengagumi mereka dan berjalan di atas bid'ah-bid'ah mereka, lebih-lebih lagi sekiranya mereka itu dari ahli mazhab mereka seperti golongan al-Wahhabiyyah, bagaimanakah mungkin mereka kembali setelah didirikan hujah ke atas mereka; sesungguhnya bagi hal ini tiada jalan untuknya dan tiadalah bagiku dan bagi selain daripadaku harapan (agar mereka kembali kepada kebenaran);
Ini adalah sepertimana yang dinukilkan oleh al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan di dalam kitabnya yang bertajuk : (Khulasoh al-Kalam fi bayan umara' al-balad al-haram) (yang bermaksud Rumusan Kata-kata pada Menerangkan Pemerintah-pemerintah Baladil Haram) dari al-‘Allamah al-Sayyid Alawi Ibn Ahmad Ibn al-Quthb Abdullah Ibn ‘Alawi al-Haddad yang menyebutnya di dalam kitab yang dikarangnya untuk menolak al-Wahhabiyyah yang dinamakan : (Jala' al-Dhullam fi al-radd ‘ala al-Najdi allazi adhalla al-'Awam) (Terangkatnya Kegelapan dalam Menolak al-Najdi (Muhammad Ibn Abdul Wahhab) yang menyesatkan orang awam), dia menyebut:


“Apabila aku sampai ke Thaif untuk menziarahi maqam Sayyidina Abdullah Ibn ‘Abbas r.anhuma, aku bertemu dengan al-Allamah al-Sheikh Thahir Sunbul Al-hanafi, anak kepada al-‘Allamah al-Sheikh Muhammad Sunbul al-Shafie. Maka dia memberitahuku bahawa dia ada mengarang kitab untuk menolak bid'ah golongan (Wahhabiyyah) ini dan dia menamakan kitab tersebut sebagai: (Al-Intisar li al-Awliya’ al-Abrar) (Kemenangan bagi Wali-wali Allah Yang Soleh), dan dia berkata kepadaku: “Semoga Allah memanfaatkan buku ini sesiapa sahaja yang belum masuk bid’ah al-Najdi (al-Wahhabi) ke dalam hatinya. Dan adapun sesiapa yang telah masuk bid’ah itu ke dalam hatinya, maka tidak diharapkan kejayaannya kerana Sabdaan Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari: (Mereka terpancar keluar daripada agama dan kemudian tidak kembali lagi)”. Selesai kata-kata al-Allamah al-Sheikh Thahir Sunbul Al-hanafi.



Dan Imam al-Ghazali telah berkata dalam kitab Ilmu di dalam Ihya’ Ulum al-Din: Dan ahli bid’ah itu apabila dia telah mengetahui perdebatan (bagi mempertahankan bid’ahnya) walaupun sedikit, maka perbincangan dengannya sangat sedikit manfaatnya, sesungguhnya apabila kamu berjaya mendiamkan dia dengan hujah kamu, dia tidak akan meninggalkan mazhabnya, bahkan dia akan mengatakan bahawa itu adalah kerana kekurangan dirinya dan dia menganggap bahawa orang lain (daripada mazhab bid’ahnya itu) mempunyai jawapan yang dia tidak mampu jawab; engkau tidak lain hanyalah mampu mengalahkannya dengan kekuatan perdebatan. Adapun orang yang diberi afiat (keselematan oleh Allah) itu, ialah orang yang terpesong daripada kebenaran dengan sedikit perdebatan, namun dia masih boleh diselamatkan sebelum bertambah kuat taksubnya yang mengikut hawa nafsu, maka apabila bertambah kuat taksubnya, terjadilah putus harapan untuk menyelamatkannya kerana sifat taksub itu menjadi sebab bertambah kukuhnya akidah-akidah sesat dalam diri manusia . Selesai kata-kata Imam al-Ghazali.



Maka dengan sebab itulah, bukan niatku waktu mengarang kitab ini untuk memberi hidayah kepada golongan al-Wahhabiyyah dan golongan seumpama dengannya yang telah bercampur bid’ah yang kotor ini dengan daging dan darah mereka; akan tetapi satu-satunya niatku adalah untuk memberi kefahaman kepada orang-orang Islam daripada mazhab fiqh yang tiga (Hanafi, Maliki & Shafie) secara umum dan orang bermazhab Hanbali yang bukan al-Wahhabiyyah bahawa bid’ah ini adalah bertentangan dengan pegangan jumhur umat Muhammad SAW. Dan aku telah nukilkan pendapat daripada ulama’ mazhab yang empat penolakan dan kejian mereka ke atas Ibn Taymiyyah, bahkan sebahagian daripada ulama’2 yang ulung telah mengkafirkan beliau, walaupun (pengkafiran) itu bukanlah sesuatu yang diredhai dan diterima.
Maka apabila kamu mengetahui perkara ini wahai Muslim Ahli Sunnah daripada mazhab-mazhab Islam (yang muktabar), maka berhati-hatilah kamu daripada penipuan Syaitan atau salah seorang daripada pembantu-pembantunya (Syaitan) yang telah tertahqiq ke atas mereka azab kerugian, dan sungguh ramai golongan yang demikian pada zaman ini; dan mereka menghias bagi kamu bid'ah Taymiyyah Wahhabiyyah yang buruk ini dengan dakwaan-dakwaan ijtihad mutlaq dan meninggalkan taqlid dengan mazhab-mazhab (muktabar) dalam hukum ahkam Syariat; sesungguhnya dalam hal ini ada kemusnahan agama kamu wahai si miskin. Maka bertaqwalah kepada Allah pada diri kamu, dan mintalah pertolongan dari-Nya daripada (tipu daya) Syaitan-syaitan dan sedara-sedara Syaitan.
Dan cukuplah bagi kami Allah, dan Dialah sebaik-baik pemelihara dan Dia-lah yang berfirman dengan kebenaran dan Dia lah yang menunjukkan jalan petunjuk."Selesai petikan kitab .


Maka faqir merasakan Wahabi bukanlah suatu yang misteri seperti yang digembar gemburkan. Ia hanya misteri kepada mereka yang malas mencari kebenaran dan hanya bergantung kepada satu sumber sahaja yang shaz dan ganjil lalu terus membuat kesimpulan dengan tergesa gesa. Shaikhuna Dr Utsman El-Muhammady menjalankan kajian hampir 30 tahun dan merumuskan bahawa Wahabi adalah fahaman yang boleh memecahbelahkan umat Islam. Begitu juga dengan para ulama muktabar seperti Imam Abu Zahrah rah. , Syaikh Prof Dr. Said Muhammad Ramadhan Al-Buti dan ramai lagi dari kalangan Habib Umar al-Hafidz, Habib Ali-Jufri, Habib Munzir al-Musawwa. Faqir tidak bercadang hendak menyenaraikan semua kerana sangat penat menaip. Cukuplah bukti kitab ini bagi mereka yang diterangkan Allah s.w.t. mata hatinya.



Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)






Friday, July 10, 2009

Mengembalikan mata ke tempat asal

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t. , Tuhan empuya sekalian alam, tiada ia berhajat kepada selain-Nya malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya, selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkanlah junjungan kami ke tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan...Amin) beserta Ahlulbayt dan para sahabat baginda r.anhum yang banyak menabur jasa bakti dalam menegakkan agama Islam yang suci lagi mulia ini. Dan mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Kasihani kami, Rahmati kami...Amin

Amma Ba'du,

Adapun kemudian daripada itu, faqir ingin berkongsi dengan saudara pembaca yang dimuliakan berkenaan khususiah Nabi Muhammad s.a.w. yang mana di antaranya ialah dikurniakan Allah s.w.t. mukjizat mengembalikan mata ke tempat asal.

Diriwayatkan bahawa semasa peperangan Uhud, Qatadah ibn Nu'man r.a. berusaha melindungi Rasulullah s.a.w. dengan mukanya daripada terkena sasaran anak panah musuh. Tiba-tiba satu busur anak panah mengenai salah satu matanya dan menyebabkan matanya terkeluar dan jatuh ke pipi. Lalu dia mengambil dengan tangannya dan membawanya berjumpa Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat biji mata Qatadah yang berada di telapak tangannya, air mata baginda s.a.w. mengalir ke pipi.

Kemudian baginda s.a.w. bersabda "Sekiranya kamu mahu bersabar, maka bagimu adalah syurga. Sekiranya kamu mahu aku kembalikannya dan aku berdoa kepada Allah s.w.t. untukmu hingga kamu tidak kehilangan sesuatu pun. Dia berkata "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ada seorang isteri yang aku kasihi. Aku bimbang sekiranya dia melihatku maka dia akan membenciku. Maka Rasulullah s.a.w. mengambil mata Qatadah dengan tangannya dan mengembalikannya kepada kedudukan asalnya. Rasulullah s.a.w. berdoa "Ya Allah, pakaikanlah dia dalam keadaan yang cantik. Maka selepas itu ia menjadi mata yang paling elok daripada kedua matanya dan paling tajam penglihatannya serta tidak ditimpa penyakit apabila salah satu daripadanya ditimpa penyakit." Kisah ini disebut di dalam Kitab al Anwar al Muhammadiah min al Mawahib al Ladduniyyah bagi Allamah Syaikh Yusof ibn Ismail al Nabhani rah.

Rasulullah s.a.w. juga dikurniakan mukjizat menyembuhkan sakit mata . Di dalam Sohih Al-Bukhari disebut bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam peperangan Khaibar "Di manakah Ali bin Abu Thalib? Maka mereka menjawab "Sesungguhnya dia wahai Rasulullah sedang sakit mata. Bersabda Rasulullah s.a.w. :Hantarkan utusan kepadanya. Maka Sayyidina Ali kwh. dibawa menghadap Rasulullah s.a.w. Lalu Rasulullah s.a.w. meludah kepada kedua dua matanya dan berdoa untuknya. Maka Sayyidina Ali kwh. sembuh dari penyakitnya seolah-olah dia tidak pernah menghidap sakit mata."

Baginda s.a.w. juga mempunyai mukjizat menghidupkan orang yang mati. Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi rah. di dalam kitabnya Dalail Nubuwwah yang dianjurkan oleh Imam Al-Zahabi rah. untuk berpegang teguh kepadanya kerana mengandungi hidayah disebut bahawa Rasulullah s.a.w. menyeru seorang lelaki kepda Islam. Maka kata lelaki tersebut "Aku tidak akan beriman dengan kamu sehinggalah kamu menghidupkan anak perempuanku yang telah meninggal dunia. Maka Baginda s.a.w. bersabda "Tunjukkanlah aku akan kuburnya". Lalu ditunjukkan kepada baginda s.a.w. akan kuburnya . Rasulullah s.a.w. bersabda "Wahai Fulanah !". Maka anak perempuan yang telah mati itu menjawab "Aku sambut panggilanmu dan kebahagian adalah bagimu". Rasulullah s.a.w. bersabda "Adakah kamu suka sekiranya kamu dikembalikan ke dunia ini?". Maka jawabnya "Tidak, Demi Allah wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mendapati Allah s.w.t. lebih baik bagiku dari kedua ibu bapaku dan aku mendapati akhirat adalah lebih baik bagiku daripada dunia ini."

Sesungguhnya sangat banyak mukjizat yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada kekasih-Nya Nabi Muhammad s.a.w. . Umat Islam hari ini perlu disedarkan akan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.. Apabila umat ini mencintainya, maka terbuka segala pintu kebaikan, tertutup segala pintu kejahatan. Ketahuilah cinta itu di hati, mengikuti itu menguatkan cinta di hati. Sahih, benar ada sesetengah yang mendakwa mencintai Nabi s.a.w. tetapi tidak mencontohi baginda s.a.w. . Orang ini khianat dalam dakwaannya, cuai dalam percintaannya , merosakkan hubungan dengan kekasihnya. Bagaimana kamu mendakwa cintakan Nabi s.a.w. tetapi tidak menyanjung adab-adab dan sunnahnya. Tetapi cinta itu juga bukanlah mengikut semata-mata. Kadang-kadang kita mengikut atau mencontohi sesuatu kerana malu,menjaga perasaan, tamak, menunjuk-nunjuk dan lain-lain yang bukan kerana cinta. Cinta itu di hati dan selepas itulah tuan punya hati mengikuti orang yang dicintai. Sabda Rasulullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad r.a. "Ajarkan anak mu tiga perkara :Cintakan Aku, Cintakan Ahli Keluargaku, bacaan Al-Quran" Dalam riwayat yang lain "Ajarkan anakmu tiga perkara "Cintakan Allah, Cintakan Aku, Cintakan Ahlulbaytku".

Di akhir kalam ini, ana bawakan kata-kata Imam Busairi rah.

"Pedulikan apa yang mereka(Yahudi dan Nasrani) katakan terhadap Nabi mereka"
"Kita pujilah akan Rasulullah s.a.w. sebanyak-sebanyaknya"
Selagi kita tidak meletakkan sifat ketuhanan kepada Nabi s.a.w. , pujilah sebanyak-banyaknya dan selawat lah semahu-mahunya wahai saudaraku. Selawat dan salam semoga dicurahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang sangat kasih akan mereka itu kepada umat Nabi s.a.w.
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t. , Tuhan Empunya sekalian Alam, Kepada-Nya lah kita akan dikembalikan. Dan Allah s.w.t. jualah yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui
Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)
Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Mengembalikan biji mata ke tempat asalnya

Thursday, July 9, 2009

Akhlak Nabi s.a.w. dalam sebuah Hadis

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t. , Tuhan empunya sekalian alam, Tiadalah Ia berhajat kepada Selain-Nya , malah selain-NYa lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam moga dicurahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah...Tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) beserta ahlulbayt dan para sahabat baginda yang mulia lagi suci . Dan mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami , Kasihani kami, Rahmatilah kami....Amin

Amma Ba'du,

Adapun kemudian dari itu, faqir yang serba kekurangan ini ingin berkongsi dengan saudara pembaca berkenaan satu hadis yang paling lengkap menceritakan tentang akhlak makhluk paling mulia di sisi Allah s.w.t. , Nabi Muhammad s.a.w. . Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Imam Hussein r.a. dari ayahnya Sayyidina Ali bin Abi Thalib kwh. yang terkenal sebagai hadis Asy-Syamaa'il.

Telah berkata Al-Imam Ali r.a. "Dalam menyerahkan perbicaraannya telah menjadi kebiasaan bagi Nabi s.a.w. mengutamakan orang-orang yang telah terhormat berdasarkan kelebihan mereka yang berjasa terhadap agama, dan kerana keperluan seseorang itu tidak sama dan berbeza tentang banyak dan sedikitnya, maka baginda s.a.w. mendahulukan yang dipandangnya lebih bermanfaat dan lebih baik lagi mereka dan masyarakat sekelilingnya. Dalam pada itu, baginda selalu memberitahukan kepada mereka apa yang harus dikerjakan , dan berkata : hendaklah orang yang berada di temoat ini, menyampaikan kepada mereka yang berhalangan datang, dan hendaklah disampaikan kepadaku hajat dan keperluan siapa saja yang kerana sebab2 tertentu tidak dapat menyampaikan secara langsung, kerana barang siapa yang menyampaikan hajat seseorang yang ia sendiri tidak dapat menyampaikannya ,Allah s.w.t. akan meneguhkan kedua tapak kakinya pada hari kiamat kelak, mereka yang datang kepada Nabi s.a.w. dengan tujuan untuk memperoleh sesuatu, baik untuk kepentingan dunianya mahupun untuk akhiratnya, tidak kembali melainkan dengan terhormat dan pasti akan berhasil apa yang diharapkan."

Imam Al-Hussain r.a. selanjutnya berkata : maka aku bertanya kepada ayahku "Bagaimanakah Rasulullah s.a.w. bila berada di luar rumahnya?" Imam Ali r.a. menjawab "Rasulullah s.a.w. sentiasa menjaga lidahnya, dan tidak berbicara kecuali dalam hal yang penting, sikapnya lemah lembut, dan sopan santun, tidak keras dan tidak kaku, sehingga selalu didekati dan dikerumuni orang kerana sangat tertarik kepadanya, sangat hormat kepada setiap pemuka kabilah, dan menunjuknya sebagai pemimpin mereka, terhadap orang lain amat hati-hati dan selalu berwaspada , sentiasa mencari sahabat-sahabat yang dekat dengannya, dan memperhatikan hal ehwal umat dan masyarakat umumnya, yang benar dibenarkan olehnya, dan yang salah pun disalahkan olehnya tanpa pilih kasih, dalam semua ucapan dan tindakan tidak berlebih-lebihan dan menghadapi segala keadaan diperhitungkan dan disiapkan apa yang perlu, tidak lali atau lengah terhadap hak atau kewajipannya, namun tidak perlu melampaui batas. Orang-orang yang dekat kepadanya adalah orang yang baik dan pilihan, dan yang terbaik di antara mereka disisi baginda ialah yang paling banyak jasanya dan derma baktinya kepada umatnya dan orang banyak"

Imam Hussain selanjutnya bertanya lagi tentang cara dan betapa majlis Rasulullah s.a.w. itu, maka dijawab oleh Imam Ali r.a. "Nabi s.a.w. tidak duduk dan bangun melainkan ingat dan menyebut nama Allah, baginda tidak memilih dan tidak menetap di suatu tempat tertentu, bila memsuki majlis, baginda duduk di mana sahaja ada tempat kosong, dan menyuruh yang lain berbuat demikian, baginda memberikan kepada setiap yang duduk di majlis itu kesempatan dan bahagiannya masing-masing, tiap seorang yang hadir diajaknya bercakap cakap dan berbicara, sehingga yang ada di tempat itu merasa tiada yang dihormati Nabi s.a.w. lebih dari dirinya, dan bila seorang kerana ada keperluan atau urusan berbicara dengan baginda, maka dengan sabar dialayaninya sehingga orang itu sendiri yang meninggalkannya, dan Nabi s.a.w. selalu memberi kepada sesiapapun yang meminta sesuatu daripadanya, dan kalau kebetulan tidak ada apa yang dimintaitu dan terpaksa menolak, maka itupun dengan sikap dan tutur kata yang manis dan sopan. Budi bahsa dan kemurahan hati baginda s.a.w. mencakup setiap orang seakan-akan dialah ayah bagi semua orang, dan hak mereka menjadi sama tanpa perbezaan dalam pandangannya."

Selanjutnya Imam Hussain bertanya kepada ayahnya tentang cara Nabi s.a.w. bergaul dnegan para sahabatnya, maka Imam Ali r.a. berkata "adalah Rasulullah s.a.w. itu selalu tersenyum dan lemah lembut, tidak keras dan tidak kaku, suaranya tidak lantang , bicaranya selalu bersih dan serius, tidak pernah mencela atau apapun, dan tidak suka memuji berlebih-lebihan , tidak selalu bergurau, apa yang tidak disenanginya tidak diacuhkan, dan yang datang memerlukan tidak akan diputuskan harapannya. Ada tiga perkara yang menjadi pantang bagi baginda s.a.w. iaitu bertengkar, berlebih lebihan ,dan apa yang tidak penting."

Yang menjadi tabiat dan kebiasaannya , tidak suka mencela dan mencari kesalahan sesiapapun, atau berbuat sesuatu yang memalukannya, dan bila baginda s.a.w. sedang berbicara, maka para sahabat r.anhum memasang telinga , mendengarkan dengan tenang, bagaikan ada burung yang hinggap di atas kepala masing-masing, setelah baginda berbicara, barulah mereka berbicara, tidak ada yang saling membantah, semua mendengarkan kepada yang berbicara sehingga selesai, baginda s.a.w. juga tertawa dan kagum, apabila ada hal hal yang menggelikan atau menakjubkan, terhadap tamu yang datang ,baginda tetap sabar mendengarkan perbicaraanya, dan menjawab segala pertanyaannya dan seringkali para sahabat membawa tamu-tamunya ke majlis Rasulullah s.a.w.

(H.R Muslim)

Sebenarnya hadis ini sangat panjang. Bolehlah saudara pembaca melihat sendiri di dalam kitab Sahih Muslim.

Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. , beserta para sahabat dan ahlulbayt r.anhum

Segala puji bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya Sekalian Alam, Dan Allah Maha Mengetahui

Jazakallah Khairan Kathira....(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Akhlak Nabi s.a.w. dalam sebuah Hadis

JKSK UTM (pengambilan ahli baru)

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t. , Tuhan empunya sekalian alam, tiada Ia berhajat kepada selain-Nya malah selain-NYa lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam moga dicurahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan baginda ke di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan...Amin) beserta Ahlulbayt dan para sahabat baginda r.anhum yang memerah keringat menegakkan Islam ke serata alam. Seterusnya kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Kasihani kami, Rahmatilah kami....Amin

Amma Ba'du,

Adapun kemudian daripada itu, faqir yang serba kekurangan ini ingin mengucapkan selamat menyambung semester baru di UTM bagi sahabat-sahabat tahun 2 dan 3 dan diharapkan mungkin tidak terlambat lagi untuk mengucapkan selamat datang dan tahniah di atas kejayaan saudara adik2 tahun 1 yang menjejakkan kaki ke menara gading (UTM). Faqir dikhabarkan bahawa kelab jawatankuasa saudara kita (JKSK UTM) sudah membuka booth di sekitar pusat UTM untuk memperkenalkan kelab ini kepada warga UTM khususnya adik-adik tahun baru disamping membuka keahlian baru bagi yang berminat untuk menyertai kelab yang terkenal dengan urusan saudara baru.

Tahniah faqir ucapkan kepada barisan jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk mengadakan booth JKSK ini walaupun kebanyakan daripada ahli MT JKSK tidak dapat menghulur bantuan secara langsung kerana tanggungjawab yang tidak dapat dielakkan (LI dan LM). Semoga generasi adik2 ,JKSK akan lebih cemerlang dan terbilang....Amin.

Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya ALlah Tempatkanlah junjungan baginda di tempat terpuji sepertimana yang Kau janjikan...Amin) beserta ahlubayt dan para sahabat baginda r.anhum yang mulia lagi suci.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t. , Tuhan sekalian alam, Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah Maha Mengetahui...

Jazakallah Khairan Kathira....(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Wednesday, July 8, 2009

Pengorbanan

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t. , Tuhan empunya sekalian alam, tiada Ia berhajat kepada selain-Nya malah selain-NYa lah yang berhajat kepada-Nya, .Selawat dan dan salam moga dicurahkan Allah kepada junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan) beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang mulia lagi suci. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Kasihani kami, Rahmatilah kami...Amin

Amma Ba'du,

Adapun kemudian daripada itu, faqir yang serba kekurangan ini ingin berkongsi dengan saudara pembaca yang dimuliakan berkenann pengorbanan, suatu istilah yang biasa dijumpai dan difahami tetapi sangat sukar untuk dipraktikkan pada zaman ini di mana sikap Individualistik bermaharajalela.

Pengorbanan adalah suatu bentuk pemberian secara menyeluruh. Dalam zaman yang semakin pesat jika dipandang dari sudut kemajuan sains dan teknologi, ianya secara halus dan tersembunyi turut membawa sikap mementingkan diri sendiri, persahabtan atau hubungan yang dijalin atas dasar kepentingan duniawi semata-mata yang menyebabkan pengorbanan menjadi sesuatu yang berat dan menyusahkan. Hanya mereka yang mempunyai hati nurani yang bersih dan merasakan panggilan Ilahi yang mampu melihat pengorbanan ini sebagai sebahagian daripada kehidupan.

Pengorbanan juga mampu untuk meningkatkan perpaduan. Kesanggupan meluangakan masa melayani orang lain adalah langkah pengorbanan yang dirintis. Mengorbankan waktu bagi mewujudkan rasa kasih sayang dalam keluarga adalah satu pelaburan yang tidak ternilai. Pengorbanan yang tulus tidak semestinya akan berbalas dengan imbalan yang setimpal, malah kadang kadang hingga ke akhir hayat pun kita tidak dapat melihat ataupun menerima balasannya. Pengorbanan merupakan tugas dan tanggungjawab kita sebagai manusia, untuk bekerjasama sesama manusia.

Pengorbanan juga merupakan kesyukuran untuk berkongsi dengan orang lain kerana kita menerima kasih sayang-Nya dalam setiap sendi dan detik kehidupan . Setiap perbuatan dan amalan yang baik pasti tidak akan luput datri perhatian Allah s.w.t., yang akan memberi balasan yang setimpal dengan apa yang dilakukan.

Tidak berbuat apa-apa sesama manusia sama dengan meniadakan diri sendiri. Kita perlu bersikap baik dan murah hati. Apabila kita membuat sesuatu yang baik sesama manusia, kita sebenarnya sudah menguntungkan diri kita sendiri.

Selawat dan salam yang sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. kepada junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkanlah junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan ...Amin) beserta Ahlubayt dan para sahabat r.anhum yang sangat kasihnya mereka kepada umat ini...

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t, Tuhan empunya sekalian alam, Tiada daya upaya melainkan dari Allah s.w.t., Dan Allah jua yang membri petunjuk dan Allah Maha Mengetahui...

Jazakallah Khairan Kathira....(^_^)


Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Tuesday, July 7, 2009

Mampukah beramal tanpa mazhab ?


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., tuhan empunya sekalian alam, tiada berhajat ia kepada makhluk-Nya, malah segalanya berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam yang sebanyaknya semoga dilimpah Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah...tempatkanlah junjungan kami te tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan...Amin) beserta Ahlubayt dan para sahabat baginda r.anhum yang mulia lagi suci dan banyak jasa mereka kepada menegakkkan agama Allah yang maha suci ini. Dan mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati kami, Kasihanilah kami...Amin


Amma Ba'du,


Adapun kemudian daripada itu, faqir yang serba kekurangan ini ingin mengajak saudara pembaca yang dimuliakan mengenai isu ini. Telah wujud fenomena di kalangan kita (muda-mudi) yang ghairah untuk beramal hanya melalui pembacaan terus dari Al-Quran dan Al-Sunnah. Setiap hukum yang diketengahkan oleh kitab-kitab fiqh mazhab akan dipersoalkan dalil dan sumbernya. Keadaan ini membuatkan para ulama terpaksa memberikan dua pendekatanjawapan. Sama ada menjawab berpandukan kitab fiqh berlandaskan mazhab atau terus membentangkan dalilnya daripada Al-Quran dan Al-Sunnah.



Sekilas pandang , ia merupakan satu perkembangan yang baik kerana umat Islam hari ini ingin belajar mengetahui dalil atau lebih tepat ingin terus belajar melalui Al-Quran dan Al-Sunnah. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kita wajib berpegang kepada keduanya. Namun apa akan terjadi sekiranya seseorang awam itu diberikan suatu manhaj yang tidak tahu digunakan . Manhaj tersebut ialah belajar secara "langsung" daripada Al-Quran dan Al-Sunnah.


Sebagai seorang awam yang tidak mendalami agama secara terperinci, tidak mendalami nas-nas syariat secara halus, bahkan tidak bertemu nas-nas syara' melainkan hanya dalam jumlah yang terbatas. Wajarkah orang seumpama ini mengatakan "itu tidak menepati Sunnah, Itu tiada dalam Al-Quran,ini hanya rekaan, Itu Bid'ah, ini hanya tradisi orang Melayu"?. Dan pelbagai lagi telahan yang mungkin dibuat kerana berpandukan manhaj yang di ajar gurunya.


Bukankah suasana seperti ini boleh membawa mereka terjebak ke dalam pendustaan di atas nama Alllah dan Rasul-Nya. Mungkin banyak nas-nas syara' yang boleh distidlal terhadap sesuatu hukum syara', tetapi disebabkan kejahilannya tentang nas tersebut atau ketidakupayaan dalam berijtihad dan memahami nas maka dia telah menafikan kewujudan sesuatu hukum.


Oleh itu mengajak masyarakat untuk meninggalkan mazhab atas alasan kembali kepada Al-Quran dan Al-Sunnah adalah suatu usaha yang sia-sia dan bathil. Mazhab seharusnya difahami sebagai sebuah disiplin ilmu(manhaj) untuk kita memahami Al-Quran dan Al-Sunnah. Di Malaysia, umum mengetahui bahawa majoriti bermazhab Syafi'e khusunya dalam ibadat, munakahat, dan fardhu a'in. Namun, dalam bidang bidang lain seperti muamalat, jinayat, kehakiman, dan perundangan serta isu-isu kontemporari , jelas menunjukkan umat Islam di Malaysia tidak hanya terikat pada mazhab Syafi'e, oleh itu, tuduhan bahawa umat Islam di Malaysia mewajibkan berpegang kepada satu mazhab dalam semua masalah adalah sesuatu yang keterlaluan.


Beramal dengan mazhab Syafi'e dalam bab Fardhu A'in sepertimana yang diamalkan sekarang bukanlah bermakna kita menolak pendangan mazhab-mazhab lain. Pendirian ini dipegang hanyalah berdasarkan ketidakmampuan seseorang untuk beramal dalam ibadatnya dengan mazhab-mazhab yang lain. Sememangnya hukum asal berpegang kepada mazhab itu tidak wajib, namun bagi selain mujtahid, beramal denagn fatwa mujtahid(mazhab) adalah wajib memandangkan tiada lagi jalan lain untuk mengetahui hukum syara' melainkan dengan mengikuti Imam Mujtahid Mutlak yang empat.


Dalam hal yang sama, seseorang awam itu juga tidak mampu untuk melakukan tarjih iaitu menilai pendapat atau dalil yang terkuat antara mazhab. Ketidakmampuan itu memerlukannya untuk berpegang kepada mazhab yang dianutinya sahaja. Syaikh Prof Dr. Said Muhammad Ramadhan Al-Buti (semoga Allah membalas beliau dengan kebaikan) menegaskan bahawa seseorang yang mampu mentarjih di antara mazhab-mazhab, bermakna dia adalah seorang mujtahid dan keilmuannya sudah tentulah melebihi keilmuan para mujtahid mazhab-mazhab terdahulu.


Ketahuilah saudaraku yang dimuliakan, bahawa hanya dengan penguasaan disiplin ilmu yang tinggi sahaja , seseorang mampu untuk membuat pemilihan mana yang paling sahih dan paling benar antara mazhab-mazhab tersebut. Sekaligus perkara itu tentu mustahil berlaku kepada golongan awam.


Syaikh Al-Buti berkata "telah sabit kisah bahawa seorang sahabat r.a. bertanya tentang segala masalah agama hanya kepada Ibnu Abbas r.a. tanpa mengambil pendapat dari sahabat yang lain, tetapi Ibnu Abbas r.a. dan sahabat-sahabat yang lain tidak mengingkari perbuatan seorang sahabat ini."


Semoga kita lebih berlapang dada dalam masalah ini, ketahuilah bahawa Al-Quran itu maksum dari kesalahan, tetapi kefahaman faqir, kefahaman saudara, kefahaman ulama, kefahaman manusia yang lainnya kecuali Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. adalah tidak maksum dan boleh saja tersilap. Cuma bezanya di sini , adalah seorang memahami dengan tiada ilmu atau kurang ilmunya dan seorang lagi yakni para ulama mujtahid memahami Al-Quran dengan dibekalkan ilmu pengetahuan yang lengkap yang melayakkan mereka untuk mengistinbathkan hukum dari Al-Quran dan Al-Sunnah ..Fahamilah perkara ini saudaraku. Bukankah Allah telah berfirman yang maksudnya "Bertanyalah kepada yang mengetahui sekiranya kamu tidak tahu". Maka tidak patut seorang yang tidak sampai ilmunya (jgn perasan sampai pulak) terus memahamkan Quran dan Hadis,dan kemudian mengeluarkan hukum mengikut kefahamannya. Renungilah Sabda Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Nuruddin Al-Haithami rah di dalam kitab beliau Majma' Az-Zawaid dan turut juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad r.a. di dalam Musnadnya iaitu daripada Sayyidina Abu Ayyub Al-Ansori r.a. bahawa telah bersabda Nabi s.a.w. "Janganlah kamu berduka sekiranya agama ini dipegang oleh ahlinya, tetapi berdukalah sekiranya agama ini dipegang oleh orang yang bukan ahlinya".


Semoga kita sentiasa berusaha menuntut Ilmu hingga ke liang lahad....Amin


Selawat dan salam kepada junjungan kita ,kekasih-Nya Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkanlah baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan...Amin)

beserta Ahlulbayt dan para sahabat baginda r.anhum yang sangat mengasihi akan umat ini.


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t. , Tuhan empunya sekalian alam, Tiada daya upaya melainkan dari Allah s.w.t. , kepada-Nya jua kita akan kembali. Dan Allah s.w.t. jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui...


Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)


Al-Faqir wal Haqir Ilallah,

Salim Azham (MSA)


Monday, July 6, 2009

Secebis dari kitab Matan Jauharatut Tauhid


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t. , Tuhan empunya sekalian alam, Tiada ia berhajat kepada selainNya malah selainNYa lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah... tempatkan baginda ke tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan ...Amin) Dan kepada ahlulbayt dan para sahabat baginda r.anhum yang berjuang memerah seluruh keringat kehidupan mereka menegakkan agama Allah yang maha suci ini. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat (Ya Allah Ampuni kami, Kasihani kami, Rahmatilah kami...Amin)

Amma Ba'du,


Adapun kemudian daripada itu, Faqir yang hina lagi serba kekurangan ini ingin berkongsi dengan saudara pembaca yang faqir muliakan secebis dari kitab Syarah Matan Jauharatut Tauhid , dikarang akan dia oleh Allamah Syaikh Ibrahim Al-Laqqani rah. (semoga Allah s.w.t. membalas beliau dengan kebaikan) dan diterjemahkan akan kitab ini oleh Syarikat Percetakan Cahaya Purnama , Madrasah Al-diniyyah Al-Bakriah, Terusan Lembah, Pasir Tumbuh , Kota Bharu ,Kelantan.


Pada m/s ke 39



"Yakni wajib atas tiap2 mukalaf itu mengiktikadkan bahawasanya segala Nabi dan Rasul dan malaikat a.s. itu telah maksum ia daripada segala dosa besar dan dosa kecil kemudian daripada menjadi rasul atau sebelum menjadi rasul atas qaul ulama yang rajih. Dan erti maksum itu memeliharakan Allah s.w.t. akan mereka itu daripada hajat ia dalam maksiat serta kekal kuasanya dan barang yang kau dengarkan dalam nas kitab dan hadis yang menunjukkan atas khilafnya perkataan dalam zahirnya, maka kau takwilkan jikalau engkau faham dalamnya barang yang layak dalam haq mereka itu, atau tauqifkan kepada Allah s.w.t. , maka iaitu terlebih selamat."



Dan 11 baris dari bawah pada m/s yg sama


"(Syahadan) wajib atas sekalian mukallaf itu mengiktikadkan bahawasanya syariat Nabi s.a.w. itu tentu membinasakan syariat syariat yang lainnya hingga turun Nabi Isa a.s. dari langit halnya membunuh Dajjal Laknatullah dalam akhir hari kiamat maka iaitu masuk baginda kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. dan mengerjakan dia dengan syariat Nabi kita Muhammad s.a.w. dan iaitu akhir umat Nabi Muhammad s.a.w. yang Mujtahidin dan wajib orang yang Mukallaf mengiktikadkan pula bahawasanya syariat Nabi kita Muhammad s.a.w. itu harus serta wujud dalam zahirnya membinasakan ia kepada syariatnya sendiri seperti sembahyang menghadap Baitul Maqdis maka berhadap pula kepada Kaabah yang di negeri Mekah dan barang sebagainya".


Dan di akhir baris serta pada m/s seterusnya,


"Maka kata Musannif (Syaikh Al-Laqqani rah.) "Yakni mukjizat Rasulullah s.a.w. itu terlebih banyak daripada mukjizat nabi a.s. yang lainnya , yang indah2 dan setengahnya itu Kalamullah yang dinamai pada orang ahli Usululddin dengan Quran yang Azhim yang mengalahkan ia segala manusia dan jin ."


Sekian petikan dari kitab Matan Jauharatut Tauhid. Menyebut tentang mukjizzat Nabi s.a.w. , faqir teringat akan satu lagi kitab karangan Syaikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki (semoga Allah s.w.t. membalas beliau dengan kebaikan) berkenaaan perkara ini.


Diriwayatkan oleh Al-Hafiz Abu Bakar Al-Baihaqi , daripada Al-Hakim Abu Abdullah berkata : Telah mengkhabarkan kepadaku Abu Muhammad ibn Abi Al-Hasan, telah mengkhabarkan kepada kami Abdur Rahman ibn Abi Hatim al-Razi daripada bapanya, berkata ,Umar ibn Sawwad daripada Imamuna Muhammad bin Idris As-Syafi'e, telah berkata Imam Syafi'e r.a.


"Tiada mukjizat yang dikurniakan kepada seorang nabi, melainkan dikurniakan juga kepada Rasulullah s.a.w. dengan mukjizat yang sama atau lebih hebat daripada mukjizat mereka"(Manaqib al-Syafi'e). Turut juga meriwayatkan kisah ini oleh Imam Abu al Fida' Ibn Kathir rah. dalam kitab beliau Syamail al Rasul, H609.



Dan juga faqir mengajak saudara yang dimuliakan untuk melihat Kitab Thurath iaitu Tuhfatul Murid Syarah Jauharah al-Tauhid yang dikarang akan dia oleh Syaikhul Azhar yang ke-19 Allamah Hadrat Imam Ibrahim bin Muhammad al-Baijuri (Imam Bajuri) rah. pada H297. Telah berkata Imam Bajuri rah.




"Para Rasul itu telah diperkuatkan dengan beberapa mukjizat, kerana memulikan mereka.

Dan sifat maksum yang Allah s.w.t. , Tuhan Pencipta sekalian Alam kurniakan kepada setiap mereka (para Nabi dan Malaikat) adalah wajib"





Semoga artikel ringkas bermanfaat buat faqir khasnya dan kepada umat Nabi s.a.w. yang sentiasa mendambakan cinta dan rindu pada saban hari kepada baginda s.a.w. . Dan harapan umat Islam sentiasa subur di hati setiap umatnya akan CINTAKAN ALLAH, CINTAKAN RASUL,CINTAKAN UMATNYA.....Amin





Selawat dan Salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina wa Maulana Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan junjungan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan ...Amin) beserta Ahlulbayt dan para sahabat baginda r.anhum.


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian alam, tempat bergantung segala sesuatu , Dan Allah jua yang memberi petunjuk lagi Allah s.w.t. Maha Mengetahui...



Jazakallah Khairan Kathira... (^_^)




Al-Faqir wal Haqir Ilallah,

Salim Azham