Renungan

Sunday, December 19, 2010

Nasihat ayah(Allamah Syaikh Raja Ali Haji Al-Haj RA) kpd anaknya(pemerintah dan orang yg memegang urusan agama)(FASAL 1 dan 2)

Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,


Kali nie, faqir ingin menyambung kembali syair yang ditulis oleh Allamah Syaikh Raja Ali Haji Al-Haj Radiyallahu'anhu, semoga diambil pengajaran yang berguna.


Fasal 1



Jika Anakanda jadi menteri * orang berilmu Anakanda hampiri

lawan mensyuarat lawan berperi * supaya pekerjaan jadi ugahari (p/s rangkap nie ana tak faham...maaf)


hendaklah periksa adabnya wazir * di dalam kitab sudah terukir

hendaklah jauhkan pekerjaan mungkir * supaya jangan jadi gelincir


jika tergelincir pekerjaan salah * pekerjaan Anakanda beroleh lelah

rakyat tentera tentu bencilah * barangkali datang murkanya Allah


jika Anakanda menjadi besar * tutur dan kata janganlah kasar

Jangan seperti orang yang sasar * banyaklah orang menaruh gusar


Tutur yang manis Anakanda tuturkan * perangai yang lembut Anakanda lakukan

hati yang sabar Anakanda tetapkan * malu orang Anakanda fikirkan


kesukaan orang Anakanda cari * supaya hatinya tiada lari

mahsyurlah Anakanda di dalam negeri * sebab kelakukan bijak bistari


hendaklah Anakanda jagakan nama * mendirikan Hak dengan saksama

pekerjaan Bid'ah jangan diterima * walaupun kecil seperti hama


kehidupan rakyat pikirkan benar * supaya jangan berbuat onar

jangan diikutkan pikir yang nanar * tiada lain memenuhkan lasnar


hendaklah sabar lelah dan penat * mengerjakan raja walaupun tenat

jangan bersifat menteri khianat * mengikir setia kurang amanat


membuka rahsia jangan sekali * jahat adab sangat pemali

kepada rajanya yang ter'ali * supaya bernama bangsawan asli




Fasal 2



Jika anakku menjadi Qadhi * hendaklah ikut Salaf yang madhi

adil dan insaf didalam Ardhi * Allah dan Rasul supaya Radhi


Hendaklah mesyuarat dengan Ulamak * supaya hukuman tiada cuma

rasuah dan sorong jangan diterima * supaya Tuan beroleh nama


Kitab Fiqhiyyah hadis dan Tafsir * hendaklah tala'ah serta berfikir

jauhkan tamak loba dan kikir * keraskan ma'ruf jauhkan mungkir


lepas berhukum banyakkan istighfar * kepada Tuhan Ilahil Ghaffar

sepertiga malam sejadah dihampar * berdiri mengata Allahu Akbar


janganlah sangat duduk termasa * di nianan tempat mencari jasa

menjatuhkan hukum habis periksa * supaya jangan mendapat seksa


pada berhukum jangan pemarah * jangan perkataan keruh dan kerah

khususan pula bicara darah * janganlah zalim barang sezarah


tatkala berhukum maniskan muka * padamkan sekali marah dan murka

menghamburkan kalam dengan berjangka * supaya orang berhati suka


inilah pesan Ayahanda nan tuan * kepada Anakanda muda bangsawan

buangkan fi'il perangai haiwan * supaya mendapat pangkat dermawan


Bersambung kepada fasal yang seterusnya nanti... :)


Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,

Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir indallah,

Salim Azham (MSA)

Friday, December 17, 2010

Nasihat seorang ayah(Allamah Syaikh Raja Ali Haji Al-Haj RA) kepada anaknya(Raja-raja dan pemerintah yg memegang kuasa)

Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,


Kali ini faqir ingin berkongsi dengan saudara yang dikasihi akan sya'ir berunsur nasihat yang cukup indah yang dikarang akandia oleh Allamah Syaikh Raja Ali Haji Al-Haj bin Raja Haji Ahmad Riau, Semoga Allah Subhanu wa Ta'ala meredhai beliau, di akhir kitabnya "sumratul muhimmah dhiyafatun liumara wal kibriya' li ahlil mahkamah". Dengarkan olehmu hai saudaraku, semoga dapat pengajaran juga bagi kita.


p/s (ada beberapa ayat yang ana pun kurang faham maksudnya disebabkan kekurangan dan kebodohan diri ini. Maaf.)


Inilah ia Sya'ir


Dengar olehmu,



Tamatlah kitab dikarang orang * aqalnya pedek ilmunya kurang

daripada sangat hajatku karang * diperbuat juga sebarang-barang


melepaskan hati yang terbuku * pengajaran kepada sekalian anakku

mudah-mudahan betul tingkah dan laku * perangai yang baik biar terpaku


dengarkan tuan Ayahanda berperi * kepada Anakanda muda bistari

nasihat kebajikan Ayahanda beri * amalkan jangan malas dan ngari


ayuhai Anakanda muda remaja * Jika Anakanda menjadi raja

hati yang betul hendak disahaja * serta rajin pada bekerja


kerja kebajikan janganlah malas * zahir dan batin janganlah culas

jernihkan hati hendaklah ikhlas * seperti air di dalam gelas


menuntut ilmu janganlah segan * ilmu yang benar jangan yang bukan

iaitu ilmu yang kebajikan * di kitab ini sudah disebutkan


hendaklah anakanda mengaji selalu * dari yang lain lebihkan dulu

had syarak jangan dilalu * tidaklah Anakanda beroleh malu


segala perbuatan dengan berilmu * maka kebajikan boleh bertemu

Jika sebarang-barang diramu * akhirnya Anakanda jatuh tersemu


ilmu itu besar faedahnya * membezakan haq dengan bathilnya

mengetahui rakyat benar salahnya * supaya dihukumkan dengan adilnya


Jika ilmu tidak diendah * sebab Anakanda cepat permudah

rakyat datang membawa gundah * Anakanda tercengang tidak tengadah


hendak menghukumkan tiada tahu * hendak diam hati tak mahu

berpeluk tubuh tangan ke bahu * mengeluh mengucap mengata Allahu


terkadang duduk mendiamkan diri * sepatah tidak mengeluarkan peri

penat duduk bangkit berdiri * lalu masuk ke dalam puri


orang berdakwa duduk menanti * serta dengan bersakit hati

hairan takjub tidak mengerti * sebab bicaranya belumlah pasti


terkadang dihukumkan dengan bodoh * bukannya syarak bukannya adah

ambil lekas jalan yang mudah * supaya jangan berhenti gundah


jika demikian apa jadinya * hukum tak betul dengan jalannya

di hadapan majlis diterimanya * di belakang kelak di umpatnya


jika yang benar kita hukumkan * di belakang jangan kita hiraukan

umpat dan puji kita biarkan * kepada Allah kita saksikan.


Tamatlah fasal pertama, sya'ir Syaikh Raja Haji Ali Al-Haj ini 5 fasal lagi , setiap fasalnya itu mengandungi nasihat-nasihat yang indah-indah dan menginsafkan serta melembutkan hati siapa yang membacanya apatah lagi sekiranya didendangkan dengan sya'ir melayu lama. Semoga Allah SWT membalas Syaikh Raja Ali Haji Al-Haj dengan sebanyak-banyak kebaikan. Amin.



Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,

Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir indallah,

Salim Azham (MSA)


Wednesday, December 8, 2010

Huraian Mukhalafatuhu Lil Hawadith oleh Ulamak Besar Kelantan, Allamah Syaikh Wan Ali Kutan Al-Kalantani Radiyallahu'anhu

Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,


Kali ini faqir ingin berkongsi dengan saudara/i yang tercinta akan sebuah Kitab yang dikarang akandia oleh seorang Ulamak Besar Kelantan pada Zaman Silam, Allamah Syaikh Muhammad Ali bin Abdul Rahman bin Abdul Ghafur Kutan Al-Kalantani yang terkenal dengan panggilan Syaikh Wan Ali Kutan Radiyallahu'anhu. Untuk mengenal dengan lebih lanjut mengenai Ulamak ini, bolehlah melayari laman web berikut : http://ulama.blogspot.com/2005/03/syeikh-wan-ali-kutan.html


Sejarah dan latar belakang Syaikh Wan Ali Kutan juga ada dihuraikan di dalam Buku Tokoh-Tokoh Ulamak Tanah Melayu keluaran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Sangat penting Umat hari ini mengetahui Ulamak-Ulamak silam dan mengenali latar belakang mereka supaya tidak mereka terkeliru dengan orang-orang yang lahir pada zaman ini yang menyalahi dan menyimpang dari apa yang disampaikan oleh Para Ulamak Silam kita Radiyallahu'anhum. Sesungguhnya mereka (yakni Para Ulamak Silam Kita) jauh lebih berilmu, lebih tsiqah dan jujur dalam menyampaikan ilmu berbanding sesetengah orang pada hari ini yang menyimpang dan menyeret masayarakat awam ke dalam lembah perdebatan dalam perkara khilafiyyah dan usul agama. Semoga Allah SWT menjauhkan kita dari golongan yang menyimpang ini, dan kita bermohon supaya Allah SWT terus mengukuhkan hati-hati kita dan hidup aman makmur di dalam perpaduan yang telah dirintis oleh Para Ulamak kita yang silam Radiyallahu'anhum.


Baik, tersebut di dalam Kitab Zahrah Al-Murid Fi Aqaidit Tauhid bagi Syaikh Wan Ali Kutan Radiyallahu'anhu, pada m/s 9, baris yang terbawah , demikian ibarahnya :


Dan keempat Mukhalafatuhu Lil Hawadith artinya bersalahan Allah Ta'ala bagi segala yang baharu lawannya bersamaan dan iaitu mustahil. Maka tiada Zat Allah Ta'ala itu seperti yang baharu dan tiada Sifat-Nya seperti sifat yang baharu dan tiada Af'al-Nya seperti Af'al yang baharu. Dan tiada Ia berjirim yang mengambil qadar Zat-Nya daripada lapang dan ia 'Aradh iaitu Sifat yang berdiri dengan Jirim seperti Putih dan hitam dan Gerak dan Diam dan tiada Ia beranggota, maka tiada bagi-Nya Tangan dan tiada bagi-Nya Telinga dan tiada bagi-Nya mata dan lainnya. (Adapun) firman Allah Ta'ala (Yadullah fauqa aidihim) maka iaitu tangan dengan makna Qudrat. Iaitu artinya Qudrat Allah Ta'ala atas Qudrat Hamba-Nya.


Dan tiada Ia berpihak bagi jirim . Maka tiada Ia di atas suatu atau di bawah suatu atau di kanan suatu atau di kiri suatu atau di ahdapan suatu atau di belakang suatu dan tiada bagi Allah Ta'ala pihak. maka tiada bagi-Nya atas dan tiada bagi-Nya bawah dan tiada bagi-Nya kanan dan tiada bagi-Nya kiri dan tiada bagi-Nya hadapan dan tiada bagi-Nya belakang. Dan tiada Ia bersifat dengan kecil atau besar dengan makna banyak juzu' . Maka tiada menafikandia bahawa Allah ta'ala bersifat dengan 'Azimah yakni kebesaran pada kerajaan dan Perintahan dan tiada Ia tidur dan tiada mengantuk dan tiada lalai dan tiada ia mengambil faedah pada segala perbuatan-Nya dan Hukum-Nya tetapi tiada sunyi daripada Hikmah dan jika tiada (yakni tiada hikmah..pent) nescaya adalah perbuatan-Nya dan hukum-Nya sia-sia jua dan iaitu mustahil pada Hak Allah Ta'ala.


Dan tiada Ia bertempat dan tiada Ia bermasa kerana bahawasanya Allah Ta'ala itu ada dahulu dijadikan tempat dan zaman dan tiada Ia di dalam Alam dan tiada di luar Alam . Maka tiada Ia di dalam suatu dan tiada Ia di luar suatu . Maka sekaliannya mustahil dan serta demikian itu sekaliannya bahasa Allah Ta'ala terlebih hampir kepada hamba-Nya daripada urat leher seperti Firman-Nya (Dan kami terlebih hampir kepada hamba daripada urat leher) tetapi tiada seperti hampir segala jisim setengah dengan setengah nya. (Maka apabila) dicampak oleh Syaitan akan was was pada hati seorang bahawasanya Allah Ta'ala apabila tiada Ia jirim dan tiada Aradh dan tiada boleh dibahagi dengan suatu bahagi, maka apa hakikat-Nya dan betapa ada Ia ? Maka hendaklah ia berkata pada menolakkan yang demikian itu Tiada Mengetahui Akan Allah ta'ala melainkan Allah dan barang yang terlintas pada hati maka Allah Ta'ala menyalahi akan demikian itu. Firman Allah ta'ala (Tiada seumpama-Nya suatu dan Ia yang Maha Mendengar dan Yang Maha Melihat).


(Riwayat daripada Ibnu Umar) Sabda Nabi SAW bahawasanya Syaithan datang ia kepada seorang kamu maka berkata ia siapa menjadikan langit , maka berkata ia Allah, maka berkata ia siapa menjadikan bumi maka berkata ia Allah maka berkata ia siapa menjadikan Allah maka apabila mendapat seorang kamu akan demikian itu, maka hendaklah berkata ia (Amantu billahi wa rasulihi) nescaya larilah Syaitan itu daripadanya. Intaha


Tamat petikan Kitab.


Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,

Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir indallah,

Salim Azham (MSA)


Monday, November 22, 2010

Sifat Harus bagi Allah SWT dan kisah yang berfaedah antara Ibnu Hajar Al-Asqalani dan Yahudi !!!

Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin


Amma Ba'du,

Kali ini faqir suka untuk berkongsi dengan saudara sekalian akan sedikit faedah dari Kitab Fathul Majid Li Syarhi Ad-Durral Farid, matannya dikarang Oleh Al-Imam Ahmad An-Nahrawi dan disyarahkan oleh Al-Imam Muhammad Nawawi Al-Banteni Al-Makki Radiyallahu'anhum. Pada m/s 37, pada hamish Kitab iaitu Matan Ad-Durral Farid.

(Dan adapun Sifat Harus bagi Hak Allah Ta'ala, maka Dia menjadikan setiap Mumkin atau Dia meninggalkan menjadikannya. Dan bermula Mumkin itu adalah sesuatu yang harus atasnya wujud atau tiada, yakni sesungguhnya harus atas Allah Ta'ala bahawa menjadikan Mumkin dan harus atas-Nya tidak menjadikannya. Maka, Menjadikan dan Meninggalkan (tidak menjadikan...pent) itu Harus keduanya atas Allah Ta'ala dan tidak wajib bagi-Nya menjadikan atau tidak menjadikan sesuatu apapun. Kerana sesungguhnya, kalau lah wajib atas Allah Ta'ala sesuatu, maka jadilah Allah muftaqiran (berhajat...pent) kepada yang demikian sesuatu itu bagi menyempurnakan dengannya. Dan berhajatnya Allah Ta'ala kepada sesuatu itu satu kekurangan dan kekurangan atas Allah Ta'ala itu mustahil. Maka , tidak asa sesuatu yang wajib atas Allah Ta'ala , Bersalahan bagi Muktazilah semoga Allah menghinakan akan mereka itu yang berkata bahawasanya Allah Ta'ala wajib atas-Nya berbuat yang baik dan yang lebih baik (As-solah wal Aslah) dengan hamba-Nya.

Berkata mereka (Muktazilah..pent) wajib atas Allah Ta'ala bahawa Dis memberi rezeki pada hamba-Nya. Dan perkara ini (yakni apa yang dikatakan oleh Kaum Muktazilah itu...pent) adalah satu pembohongan atas Allah Ta'ala. Tidak ada atas Allah Ta'ala sesuatu kewajipan. Maka Dia menjadikan Iman pada Si Zaid dan di limpahkan kurnia padanya dengan ilmu dengan semata-mata kurniaan Allah SWT. Dan ganjaran pahala yang diberikan Allah SWT bagi orang taat kepada-Nya adalah Limpah kurnia dari-Nya dan balasan azab bagi orang yang maksiat itu adalah keadilan dari-Nya.

kerana sesungguhnya, tidak mengambil Dia(Allah SWT) akan apa-apa manfaat dari ketaatan dan tidak juga dapat memudharatkan-Nya dengan maksiat. Dan sesungguhnya akan ini ketaatan dan maksiat merupakan alamat atas Kurniaan dan Azab bagi orang yang bersifat dengannya. Maka barangsiapa dikehendaki Allah SWT dekat dengan-Nya (yakni kebahagiaan...syarah Fathul Majid), dikurniakan Allah SWT baginya (dijadikan hamba itu berlaku taat kepada-Nya...Syarah Fathul Majid) , dan barangsiapa dikehendaki Allah SWT jauh dari-Nya, dijadikan pada hamba itu Maksiat. Maka, kesemua perbuatan Ikhtiariyyah dan Idhtirariyyah, Kebaikan dan Kajahatan, semuanya dengan Dijadikan Allah SWT. (Akan tetapi, Tidak harus menisbahkan perkara yang keji dan jahat kepada Allah Ta'ala. Maka tidak harus bahawa seseorang berkata sesungguhnya Allah Ta'ala menjadikan Kejahatan dan Maksiat, dan yang seumpama dengan itu sebagai Adab dengan Allah SWT. dan tempat dicegah itu apabila ada ia atas jalan Ta'yin (penentuan....menisbahkan terus tanpa apa-apa tujuan seperti pengajaran..pent) dan selain dari itu maka tidak dicegah bahawa dia berkata sesungguhnya Allah Ta'ala menjadikan segala sesuatu dan menjadikan alam ini dan yang seumpama dengan itu....Syarah Fathul Majid). Dan Allah SWT yang menjadikan kamu dan segala yang kamu lakukan. bersalahan bagi Kaum yang fasiq (seperti Mukatzilah yang perkataannya telah disebut tadi..pent) (kerana sesungguhnya kalaulah wajib atas Allah Ta'ala menjadikan perkara daripada kebaikan atau terlebih baik, pasti tidak dijadikan Allah SWT akan orang Kafir (sudah lah kafir..pent) yang faqir (sudahlah faqir..pent) yang diazab (dah kafir, faqir pulak tuh, kena azab lagi..pent) pada dunia dan akhirat dengan azab yang tersangat pedih yang kekal selama-lamanya. Kerana yang Aslahnya (yang baiknya...pent) adalah tidak menjadikan si Kafir itu dan jika dijadikan, maka yang terbaik baginya adalah dimatikannya semasa dia kecil atau menjadikannya gila sebelum dibebani taklif (sebelum baligh...pent)...Syarah Fathul Majid).

Kemudian Al-Imam Muhammad Nawawi Al-Banteni Al-Makki Radiyallahu'anhu menyebut akan kisah Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani Radiyallahu'anhu. demikian ibarahnya :

Dan ada dihikayatkan bahawasanya Al-Hafizh Ibna Hajar , adalah beliau merupakan Qadhi Al-Qudaat (Qadhi Agung) pada suatau hari melewati pasar Mesir, bersama-sama beliau satu jemaah yang besar. Dan Beliau memakai pakaian yang kemas, bersih dan cantik. Maka mengecam atasnya seorang yahudi yang ketika itu menjual minyak panas dan berlumuran pakaiannya dengan minyak dan yahudi itu pada sehabis-habis comot dan kotor, lalu dipegangnya tali pemegang bughal yang dinaiki Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani Radiyallahu'anhu dan berkata Yahudi itu "Ya Syaikh Islam, engkau mendakwa bahawa Nabi mu bersabda dunia ini penjara bagi mukmin dan syurga bagi kafir. maka pada penjara apakah engkau berada sekarang ini dan syurga apakah yang aku berada padanya ini ??" Maka berkatalah Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani Radiyallahu'anhu, "Adalah aku dengan nisbah barang yang akan dibalas akan Allah SWT oleh aku pada negeri Akhirat daripada segala nikmat-nikmatnya seperti aku di dunia ini pada penjara. dan engkau dengan nisbah bagi barang dibalas Allah SWT akan kau pada Akhirat kelak daripada azab yang pedih seperti adalah engkau pada syurga di dunia ini." Maka, masuklah Islam akan Yahudi tersebut.

Tamat petikan kitab.

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,

Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir indallah,

Salim Azham (MSA)

Saturday, October 30, 2010

Nur Tauhid Pada Mengelak dan Menembusi Tipu Daya Penglihatan Pada Bicara Perbuatan Hamba !!!!

Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Kali ini , Faqir ingin berkongsi dengan saudara/i ku yang dirahmati Allah SWT akan bicara Perbuatan Hamba, sesungguhnya telah menyebut akan Imam yang agung pada Usuluddin, Al-Imam Sanusi Radiyallahu'anhu pada kitab beliau "Hasyiah Dusuki 'Ala Ummil Barahin' pada m/s 128 lebih kurang maksudnya : "Telah terpedaya akan sebahagian golongan Ahli Bid'ah akan apa yang dilihatnya." Yang dimaksudkan akan "apa yang dilihatnya" adalah terpedayanya Golongan Muktazilah pada perkataan mereka hamba yang mengadakan perbuatannya yang ikhtiariyyah (yang sengaja/ diusahakan seperti amalan soleh, berlari, belajar, dan selainnya yang dilakukan dengan sengaja) dan Allah SWT mengadakan perbuatan idhtirariyyah (yang tidak sengaja/ luar kawalan seperti terjatuh dari pokok, denyutan nadi dan jantung dan selainnya). Maka iktikad yang sedemikian adalah Bid'ah menurut kesepakatan Para Ulamak tanpa ada khilaf. Adapun pada kufurnya, ada dua wajah, jumhur Para Ulamak Asya'irah menguatkan bahawa orang yang beriktikad sedemikian tidak kafir dan inilah yang muktamad, akan tetapi ianya Bid'ah yang fasiq, lagi keji dan haram serta wajib ditablighkan. Adapun bagi Ulamak Maturidiyyah dan Segolongan dari Ulamak Asya'irah menguatkan bahawa kufurnya orang yang beriktikad sedemikian iaitu Hamba menjadikan perbuatannya yang ikhtiar dan Allah SWT menjadikan perbuatannya yang idhtirariyyah.

Maka yang benar, Allah SWT menjadikan segala perbuatan hamba sama ada yang ikhtiar mahupun idhtirariyyah kerana firman-Nya (Dan Allah yang menjadikan kamu dan segala yang kamu perbuatkan) dan firman-Nya (Dan Allah yang menjadikan akan segala sesuatu), dan firman-Nya (Bukanlah kamu (hai sahabat) yang membunuh mereka (puak kafir di medan Badar itu) melainkan Allah lah yang membunuh mereka), dan firman-Nya (Dan bukanlah engkau yang melontar (hai Muhammad) tatkala engkau melontar (pada zahirnya) akan tetapi Allah lah yang melontar (pada hakikatnya))

Maka faqir suka untuk berkongsi dengan saudara/i yang tercinta akan Kitab Aqidatunnajin Fi Ilmi Usuluddin bagi Al-Ariff Billah Syaikh Zainal Abidin bin Muhammad Al-Fathani Radiyallahu'anhu. Pada m/s 53 :

Berkata Syaikh Ibrahim Al-Laqqani Radiyallahu'anhu di dalam Matan Jauharah At-Tauhid

"Maka menjadikan ia bagi hamba-Nya dan barang yang perbuatan hamba dan memberi taufiq ia bagi orang yang berkehendak ia akan bahawa menyampaikan ia akan keredhaan"

Yakni Allah jua tunggal dengan mengadakan hamba-Nya dan menjadikan segala perbuatan yang keluar daripada hamba-Nya sama ada perbuatan yang ikthtiariyyah dan idhtirariyyah atas mazhab Ahlussunnah wal jama'ah. Bersalahan bagi Muktazilah berkata ia perbuatan yang Ikhtiariyyah itu bukan Allah yang menjadikan tetapi perbuatan hamba bagi dirinya. (Adapun) perbuatan yang idhtirariyyah itu muafakat antara Ahlussunnah wal jama'ah dan Muktazilah perbuatan Allah sendiri maka telah lalu sebutnya bahawa yang muktamadnya tiada jadi kafir Muktazilah yang beriktikadnya seperti demikian itu tetapi fasiq lagi haram (dan lagi) wajib kita Iktikadkan pula Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi taufiq yakni memberi bekas segala sebab yang beradat itu seperti api tiada dapat menghanguskan dan pisau tiada dapat memutuskan dan makanan tiada dapat mengenyangkan dan air tiada dapat memuaskan dahaga , maka telah lalu hukum orang yang beriktikad memberi bekas segala sebab yang beradat dengan zatnya atau memberi bekas dengan quwwah (kekuatan) yang dihantarkan padanya itu.(yakni jadi kafir tanpa khilaf bagi orang yang beriktikad memberi bekas dengan zat dan tabiatnya sendiri, dan khilaf pada kekufurannya bagi yang mengiktikadkan Allah menitipkan kekuatan-Nya kepada hamba untuk melakukan perbuatannya dan yang muktamad tidak kufur akan tetapi bid'ah fasiq, haram dan keji lagi wajib ditablighkan...pen).

(dan lagi) wajib kita iktikadkan pula Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi taufiq yakni memberi kuasa atas mengerjakan taat bagi segala hamba-Nya yang dikehendaki-Nya sampai kepada keredhaan-Nya dan Kasih-Nya (dan demikian lagi) Allah Ta'ala yang mendirikan kehinaan atas seseorang iaitu tiada kuasa pada mendirikan taat dan kuasa atas mengerjakan maksiat bagi segala hamba-Nya yang dikehendaki-Nya jauhnya daripada keredhaan-Nya dan Kasih-Nya...

tamat petikan kitab....

Sebenarnya sudah lama faqir berfikir-fikir untuk memasukkan perbahasan yang lebih mendalam, akan tetapi faqir melihatkan sistem pengajaran yang mendalam itu agak kurang sesuai dilakukan di alam maya kerana ditakuti akan menyebabkan salah faham, kekeliruan dan lain-lain lagi. Maka, oleh kerana itu, faqir menasihati diri ini dan saudara/i sekalian, supaya menuntut ilmu dengan bertalaqqi dan bersumberkan Kitab-Kitab Muktabar apatah lagi dalam Ilmu Tauhid. Perbahasan Tauhid yang lebih mendalam adalah sangat penting pada zaman ini yang mana telah lahir berbagai-bagai fahaman yang bertentangan dengan apa yang dibawa oleh para Ulamak kita Radiyallahu'anhum. Sehingga ada mahasiswa yang ana jumpa dan berdiskusi, tidak mengenali Imam Nawawi Radiyallhu'anhu. Maka, di manakah kemuliaan yang ada pada kita lagi sekiranya Ulamak-Ulamak yang mengembangkan Ilmu Islam itu sendiri kita tidak kenal????

Demikian juga perkataan "Asya'irah wal Maturidiyyah", sungguh ramai di kalangan Umat Islam hari ini tidak mengetahuinya... Malah mereka yang mendakwakan memperjuangkan agama, pendakwah tidak mengenalinya. Apakah belum sampai masanya kita mengakui bahawa zaman ini semakin menuntut kita untuk berzuhud??? Di mana masyarakat yang semakin dilalaikan dengan maksiat, rasuah dan jenayah bermaharajalela, sementara dari sudut mereka yang memegang amanah agama dipengaruhi fahaman Wahhabi, bodoh dalam ilmu agama, dan memperlekehkan Kitab-Kitab Ulamak Muktabar, memebawa fahaman Tabdi' atas dasar tajdid dan pembaharuan dan lain-lain fahaman yang menyongsang dari Akidah Islamiyyah yang sejahtera. Faqir berpegang teguh akan amanat Para-Para Ulamak terdahulu seperti Al-Imam Abu Ishak Al-Syirazi Radiyallahu'anhu dan Al-Imam Sayyidil Habaib, Abdullah Al-Haddad Radiyallahua'anhu : "Jadilah engkau seorang Asya'ari dalam akidahmu, sesungguhnya ia bersih dari segala penyelewengan dan kekotoran."

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,

Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir indallah,

Salim Azham (MSA)

Wednesday, October 27, 2010

Hubungan Nasab Di antara Junjungan Rasulullah SAW dan Khulafa Ar-Rasyidin !!!!

Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

kali ini faqir ingin berkongsi dengan saudara/i tercinta akan kaitan serta hubungan nasab dan keturunan Junjungan Mulia, Penghulu Makhluk Dua Alam, Sayyidina Nabi Muhammad SAW, dengan Kempat-empat Khulafa Ar-Rasyidin Radiyallhu'anhum, mereka itulah pembesar-besar sahabat, petunjuk bagi ini umat, Sebagaimana yang disabdakan Oleh Rasulullah SAW :

"Hendaklah engkau berpegang denganku dan sunnah Khalifah-khalifah Ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku, gigitlah (pertahankannya dengan kuat) ia dengan gerahammu." (H.R Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmizi. Kata Imam Tirmizi "ianya hadis Hasan")

Maka, saudaraku, ketahuilah bahawa di dalam Kitab Tijanud Darari 'Ala Risalatil Bajuri bagi Sayyidil Ulama Il-Hijjaz, Syaikh Nawawi Al-Banteni At-Tanari Al-Makki Radiyallahu'anhu ada menyebut : "Bahawa wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui akan Nasab Junjungan kita Nabi Muhammad SAW." Maka atas tuntutan ini, faqir terpanggil untuk menyebutkan Nasab Kekasih kita, Nabi Muhammad SAW sehingga kepada Adnan. Dan tiada dituntut untuk mengetahui nasab Baginda SAW selepas Adnan yang bersambung sehingga Nabi Adam, malah dimakrukhkan oleh Al-Imam Malik bin Anas Radiyallahu'anhu. Ini kerana riwayat-riwayat yang datang menjelaskan nasab Baginda SAW selepas Adnan saling bercanggah dan menjauh antara satu sama lain.

Maka ketahuilah, bahawa Junjungan kita,Penutup Sekalian Nabi dan Rasul, Penghulu Makhluk Dua Alam, Kekasih kita, Imam Ikutan Manusia, Rahmat bagi Sekalian Alam, Al-Imam Sayyidina Nabi Muhammad SAW bin Abdullah bin Abdul Muthollib bin Hasyim bin Abdu Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murroh bin Ka'ab bin Malik bin Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyasa' bin Mudhor bin Nidzar bin Ma'ad bin Adnaan.

Adalah Adnaan hidup sezaman dengan Nabi Allah Musa Alaihissalam. (Tijanud Darari)

Adapun Nasab Khalifah Ar-Rasyidin, tiadalah diwajibkan atas ini umat, akan tetapi atas dasar kecintaan dan rasa terhutangnya budi kita akan kegigihan mereka dan jerih payah mereka dalam mengembangkan , mempertahankan Islam tercinta, maka hadir pada hati-hati orang yang mencintai mereka untuk mengetahui sirah kehidupan mereka, perwatakan mereka dan juga nasab dan keturunan mereka. Dan, Subhanallah....Keempat-empat mereka bersambung Nasab dengan Nasab Junjungan Nabi Muhammad SAW. Maka yang pertama, Sayyidina wa Qudwatuna , Hafizul Islam wa Umdatul Anam, Abu Bakr As-Siddiq Radiyallahu'anhu. Nama sebenar beliau adalah Abdullah bin Othman bin Amir bin Amr' bin Ka'ab bin Sa'd bin Taim bin Murroh bin Ka'ab bin Luay bin Gholib bin.....Adnaan. Bertemu dengan Nasab Baginda SAW pada Murroh bin Ka'ab.

Dan juga, Amirul Mukminin , Al-Imam Al-Qudwah Hujjah Al-Islam Sayyidina Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Ab' Uzza bin Riah bin Abdullah bin Qart bin Ruzah bin 'Adiy bin Ka'ab bin Luay bin Gholib bin.....Adnaan. Bertemu dengan Nasab Baginda SAW pada Ka'ab bin Luay bin Gholib.

Dan juga Imamuna, Pemilik 2 cahaya, yang sangat pemurah lagi banyak menafkahkan hartanya di Jalan Allah SWT, Sayyidina Uthman bin Affan bin Abu Al-'As bin Umayyah bin as-Samit bin Abdullah Syam bin Abdu Manaf bin Qusay bin Kilab....Adnaan. Bertemu dengan Nasab Rasulullah SAW pada Abdu Manaf bin Qusay bin Kilab.

Dan yang terakhir , Al-Imam, Al-Arif Billah,Ahlu Bait, Penghulu kepada Sekalian Sufi, Pahlawan yang Gagah Berani, Lautan Ilmu, Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah ibn Abi Thalib ibn Abdul Muthollib ibn Hasyim....Adnaan. Sepupu Junjungan Rasulullah SAW.

Demikianlah saudara/i ku, Para Ulamak Radiyallahu'anhum ada menjelaskan biografi setiap orang dari kalangan Nenek Moyang Nabi Muhammad SAW, maka barangsiapa yang berkehendak akan dia, hendaklah dia merujuk kepada Kitab-Kitab yang berkaitan.

Demikianlah Saudara/i ku, semoga sentiasa sukses dalam cita-citamu..Amin

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,

Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir indallah,

Salim Azham (MSA)

Tuesday, October 12, 2010

Mimpi Allamah Al-Imam Syaikh Ahmad Al-Marzuqi Al-Maliki Radiyallahu'anhu bertemu Rasulullah SAW yang mengajar beliau Sifat 20.

Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Kali ini, faqir suka untuk berkongsi dengan saudara/i sekalian yang dikasihi akan kisah mimpi yang dialami oleh Allamah Syaikh Ahmad Marzuki Al-Maliki Radiyallahu'anhu sehingga terhasilnya kitab beliau yang terkenal sehingga kini, Aqidatul Awwam. Faqir akan membukakan kitab Nuruz Zholam Syarah 'Ala Aqidatil Awwam, iaitu syarah lanjut oleh Imam Nawawi Al-Banteni Radiyallahu'anhu atas kitab Aqidah Al-Awwam Cetakan Pustaka Mampir, Indonesia. Perkataan di dalam kurungan yang diboldkan merupakan matan dari Kitab Aqidah Al-Awwam, dan selainnya merupakan syarah dari Sayyidil Ulama' Il-Hijjaz (Penghulu Para Ulamak di Tanah Hijjaz pada Zamannya) Al-Imam Nawawi Tsani (ke-2) Allamah Syaikh Nawawi Al-Banteni Al-Makki Radiyallahu'anhu.

Perlu diketahui, bahawa faqir tidak menjadikan kisah mimpi ini sebagai dalil hukum atau penetapan dasar-dasar tauhid, akan tetapi mimpi ini hanya dijadikan sebagai penguat, dan penambahan terhadap dalil-dalil yang sedia ada dari Quran, Sunnah dan Ijmak Ulamak. Apatah lagi mimpi ini datangnya dari seorang Alim Besar Mazhab Maliki, iaitu Al-Imam Ahmad Marzuki, kemudian disyarah pula oleh Imam Nawawi Banteni, dan kitab Aqidah Al-Awwam ini masih berjalan dan diajarkan sehingga ke hari ini. Demkian teksnya pada m/s 2:

(Ketahuilah) bahawa sesungguhnya sebab [asal mula] kitab nazhom ini adalah Nazhim [Syaikh Ahmad Marzuqi] bermimpi bertemu Nabi SAW di penghujung malam Juma'at, pada Juma'at pertama di bulan Rejab, hari ke-enam tahun 1258H, sedangkan para Sahabat RA berdiri di sekelilingnya.

Nabi SAW bersabda kepada SYaikh Ahmad Marzuqi : "Bacalah nazhom-nazhom tauhid, yang barangsiapa bisa menghafalnya, maka ia masuk syurga dan bisa menggapai tujuan dari setiap kebaikan yang sesuai dengan Al-Quran dan As-Sunnah"

lalu Syaikh Ahmad Marzuqi bertanya kepada Nabi SAW : "Apa nazhom-nazhom itu , wahai Rasulullah?"

Para Sahabat RA berkata kepadanya : "Dengarkan dari Rasulullah apa beliau sabdakan."

Lalau Rasulullah SAW bersabda : "Ucapkan olehmu *Aku memulainya dengan menyebut nama Allah dan Yang Maha Pengasih*"

Maka Nazhim berkata : "Aku memulainya dengan menyebut nama Allah dan Yang Maha Pengasih, sampai akhir nazhom, yaitu ucapannya [syairnya]:

Mushaf Nabi Ibrahim dan Nabi Musa itu* di dalamnya terdapat Kalam Allah Yang Maha Menghukumi dan Maha Tahu.

Sedangkan Rasulullah SAW mendengarkannya. Tatkala Sayikh Ahmad Marzuqi terjaga dari tidurnya, beliau membaca apa yang dilihat dalam mimpinya, maka beliau dapatkan nazhom-nazhom itu terhafalkan dalam dirinya dari awal sampai akhir.

Kemudian ketika datang malam Juma'at yaitu malam ke-28, hitungan dari Bulan Dzulqa'edah, Nazhim [Syaikh Ahmad Marzuqi] melihat Nabi SAW untuk kedua kalinya di waktu sahur di dalam mimpi.

Lalu Nabi SAW bersabda kepadanya: "Bacalah apa yang telah engkau himpun [hafal]", yakni di dalam hatimu.

Lalu Syaikh Ahmad Marzuqi membacanya dari awal sampai akhir, [saat itu] ia berada di hadapan Nabi SAW, sementara Para Sahabat RA berada di sekeliling Nabi sambil mengucapkan: "Amin" setelah setiap bait dari nazhom itu.

Tatkala beliau telah selesai membacanya, Nabi SAW bersabda kepada beliau: "Semoga Allah Ta'ala memberi taufik padamu untuk melakukan sesuatu yang Dia redhai dan menerima amalmu itu, memberikan berkah atasmu dan memberikan manfaat [kitab ini] kepada semua hamba-Nya. Amin [semoga Allah mengabulkan do'a kita].

Tamat petikan kitab.

Maka, barangsiapa yang memiliki kitab Aqidah Al-Awwam ini, pasti mereka mengetahui bahawa bait-bait nazham di dalamnya menerangkan mengenai Ilmu Sifat 20. Milikilah kitab ini hai saudara/iku, semoga Allah SWT memberikan kefahaman pada agama-Nya kepada kita..Amin

Di kesempatan ini juga, faqir ingin menyatakan bahawa tidak sekali-kali faqir redha mahupun setuju dengan konsert Adam Lambert , seorang Homoseksual yang dikatakan sering berkelakuan tidak senonoh semasa membuat persembahan. Pihak Pemerintah adalah bertanggungjawab dalam perkara ini di samping masyarakat perlu juga memberi kerjasama dengan tidak menghadiri, tidak mengiklankan atau membeli tiket untuk menonton persembahan tersebut. Siapa sahaja yang terlibat dengan usaha seperti ini, adalah dia juga termasuk dalam bersubahat melakukan maksiat.

Di samping itu, juga , janganlah pula hendaknya kita sesama saudara Islam bergaduh hanya kerana saudara kita yang lain tidak mengetahui tentang perkembangan semasa. Tiada apa yang dapat melainkan kerugian sahaja. Melecehkan orang lain bukanlah sikap pejuang sebenar. Pejuang sebenar lebih menghayati maksud "Lead by Example" daripada mengkritik membuang air liur lebih banyak daripada membuang air keringat. Paling tidak pun, setiap orang daripada kita jika dapat memastikan ahli keluarga, sahabat masing-masing daripada tidak menonton konsert tersebut, faqir yakin...tidak ada lagi Artis-Artis tak senonoh akan buat konsert di Malaysia ini. Walaubagaimanapun, faqir tidak menafikan usaha sesetengah pihak yang membuat demonstrasi atau menghantar memorandum kepada Kerajaan Malaysia bagi mendesak dan memberi tekanan supaya konsert tersebut dibatalkan, kerana kaedah "Mencegah lebih baik dari Merawat" adalah tersangat penting untuk diaplikasikan di Malaysia ini. Tetapi janganlah pula dihina, atau direndah-rendahkan mereka yang tidak punyai platform untuk bersuara.

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,

Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir indallah,

Salim Azham (MSA)

Cahaya Bulan Purnama Bagi Mengungkap Keindahan Perkataan Al-Arif Billah Syaikh Al-Akbar Abdul Qadir Al-Jailani Radiyallahu'anhu

Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Kali ini fakir ingin berkongsi dengan saudara tercinta mengenai nasihat Allamah Al-Arif Billah Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani Radiyallahu'anhu. Tidak diketahui adanya Ulamak yang mempersoalkan ilmu mahupun keperibadian beliau. Maka, marilah bersama-sama kita renungkan nasihat beliau di dalam kitab himpunan-himpunan ceramah beliau, iaitu Al-Fath Ar-Rabbani. :

Saudaraku, janganlah apa yang kau cita citakan itu apa yang kau makan, apa yang kau minum, apa yang kau pakai,wanita yang kau kahwini, tempat tinggal yang baik, atau apa saja yang dikehendaki nafsu dan naluri. Sebaiknya cita-citamu itu, hati dan batin, iaitu sentiasa mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. . Ingat cita-citamu itu ! Hendaklah cita-cita mu itu , Tuhan mu, dan apa yang ada di sisi-Nya.

Pertolongan selalu didahulu oleh penderitaan . Andaikata tidak demikian , tentulah semua org akan mengatakan bahawa dirinya cinta kepada Allah Azza Wajalla. Oleh sebab itu, tabah dalam menghadapi penderitaan, nestapa, dan kefakiran adalah ukuran mahabbah tersebut.

Setiap perbuatan yang kau kerjakan dan kau harapkan imbalannya dari Dia, maka perbuatan itu adalah untukmu. Dan setiap amal perbuatan yang kau kerjakan kerana Allah s.w.t. , maka amal perbuatan itu adalah untuk Allah s.w.t. pula. Jika kau beramal, dan kau mengharapakan gantinya maka imbalannya adalah dari makhluk. Tetapi jika kau beramal dan kau arahkan hanya kepada-Nya, maka imbalannya yang akan kau perolehi adalah “kedekatanmu” kepada-Nya dan melihat-Nya. Kemudian, janganlah kau menuntut imbalan atas amal perbuatanmu. Baik keduniaan mahupun keakhiratan. Carilah Zat yang memberikan nikmat, jangan kau cari nikmat. Dialah Zat yang mewujudkan segala sesuatu, Zat yang mengaturnya, dan yang wujud sesudah segala sesuatu. Kau hendaklah selalu ingat mati. Sabarlah dalam menghadapi berbagai malapetaka dan pasrahlah kepada Allah dalam segala urusan….

Saudaraku, janganlah kamu mengkehendaki kelebihan dan kekurangan. Jangan mencari kemajuan dan kemunduran. Sebab ketentuan telah menetapkan bahagian masing masing. Setiap orang diantaramu tidak diwujudkan melainkan telah ditentukan secara khusus.

Tetaplah kamu menuruti Allah Azza Wajalla, baik dalam keadaan longgar , mahupun dalam situasi sempit, pada saat fakir mahupun kaya, di saat susah mahupun makmur, dan pada saat mendapatkan kurnia mahupun tidak. Aku tidak mengetahui cara yang lain untukmu kecuali taslim(berserah diri) kepada Allah Azza Wajalla. Jika ia menetapkan sesuatu keputusan, maka janganlah kamu mengeluh. Jangan kamu tentang keputusan itu. Dan jangan kamu adukan kepada selain-Nya. Sebab semua itu hanya menambahkan penderitaan kamu saja. Tetapi diamlah, tetaplah kamu berada di hadapan-Nya. Perhatikanlah apa yang Dia perbuatkan pada dirimu. Dan fikirkanlah hal itu. Senanglah terhadap perbuatan dan penggantian-Nya. Jika kamu telah bersikap demikian , nescaya Dia akan mengganti kesusahan dengan kesenangan, dengan tauhid dan kebahagiaan yang hakiki.

Tamat..

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,

Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir indallah,

Salim Azham (MSA)

Wednesday, October 6, 2010

Titisan Embun yang Jernih pada Merenungi Nasihat Yang Meruntun Hati oleh Al-Imam Al-Harith bin Asad Al-Muhasibi Radiyallahu'anhu

Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Fakir ingin berkongsi dengan saudara tercinta akan Kitab Risalah Mustarsyidin (Risalah Buat Mereka Yang Mencari Petunjuk Allah), diterjemahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Esa Bin Deraman, Yang lebih dikenali sebagai Tokku Pasir Gudang. Marilah bersama-sama muhasabah akan diri ini yang sangat berhajat kepada Ampunan dan Rahmat Allah SWT dengan merenungi nasihat dari seorang yang selalu muhasabah dirinya sehingga digelar Al-Muhasibi oleh manusia di zamannya, iaitulah Al-Imam Al-Harith bin Asad Al-Muhasibi Radiyallahu'anhu. Ada disebutkan oleh Almarhum Al-Muhaddith Syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah Radiyallahu'anhu, bahawa Imam Ahmad Ibn Hambal Radiyallahu'anhu pernah menghadiri majlis ilmu beliau sehingga menangis dan pengsan kerana kesan percakapan yang menusuk kalbu yang dilontarkan oleh Al-Imam Al-Muhasibi Radiyallahu'anhu. Antara Nasihat Al-Imam Al-Harith Al-Muhasibi di dalam kitabnya :

Hendaklah engkau sentiasa berhati-hati pada perkara-perkara kegopohan, dan berakhlak mulia dalam pergaulan, dan janganlah kamu marah kepada orang lain demi kepentinganmu, dan marahlah kerana Allah SWT atas diri engkau, dan janganlah engkau membalas seseorang dengan kejahatan, dan berhati-hatilah daripada pujian orang yang jahil terhadap dirinya, dan janganlah kamu menerimanya daripada sesiapa pun. Kurangkan ketawa, dan hindarilah gurauan.

Sembunyikan rasa sakitmu, dan tunjukkan maruah peribadimu, simpanlah kepercayaan engkau kepada Allah SWT dalam hatimu dengan penuh keyakinan, dan hendaklah engkau merasakan rasa putus asa kepada manusia dan peliharalah kefakiranmu, dan bersabarlah atas apa yang menimpamu, dan redhalah atas dengan apa yang Allah SWT kurniakan kepadamu, dan sentiasalah yakin dengan janji Allah SWT, dan takutlah akan ancaman-Nya, dan jangan engkau bersusah payah untuk mendapatkan sesuatu yang telah engkau dicukupkan dengannya, dan janganlah engkau mensia-siakan sesuatu yang engkau diamanahkan untuk mendapatkannya, dan sentiasalah mengharapkan Allah SWT pada semua pemberian-Nya, dan carilah keselamatn daripada-Nya.

Maafkan orang yang menzalimimu, dan berikan kepada orang yang bakhil kepadamu, dan hubungkan silaturrahim orang yang memutuskannya, dan utamakan hak Allah SWT sesiapa yang mencintaimu, dan korbankan dirimu dan hartamu kepada saudara-saudaramu, dan peliharalah hak-hak Allah SWT dalam agamamu, dan jangan kamu merasa besar kebaikan yang engkau lakukan pada pandangan kedua matamu, dan janganlah engkau memperkecilkan kejahatan yang kecil engkau lakukan, dan sentiasalah engkau bijak dalam mengetahui akan penyakit dan kotoran hati. Sesungguhnya bagi Allah SWT itu seksaan-seksaan yang menanti.

Awaslah dengan ilmu yang sekadar menjadi hiasan, sebagaimana engkau sentiasa berawas dengan sifat ujub di dalam amalan, dan janganlah sesuatu yang engkau yakini dalam hatimu daripada adab (kebaikan) dikurangkan atas dirimu dengan zahir pengetahuanmu.......

Elakkan banyak bersumpah walaupun engkau benar, dan janganlah engkau bertengkar sekalipun engkau betul, dan jauhilah banyak berkata-kata walaupun engkau seorang petah, dan hindarilah sikap takallauf (menyusahkan) dalam agama walaupun kamu alim dengannya. Dahulukan ilmu sebelum bercakap.........

Jangan engkau bertutur dengan orang yang tidak mahu mendengarnya, dan jangan kamu berikan agama kepada orang yang menanamkan kebenciannya kepadamu, dan jangan kamu dedahkan dirimu kepada ujian yang engkau tidak mampu hadapinya, muliakan dirimu dihadapan orang yang menghinanya, sucikan keazamanmu dengan menjauhi keburukan akhlak, dan jangan bersahabat melainkan dengan orang yang bersikap amanah......

Berhati-hatilah dengan perasaanmu yang merasakan kedudukan yang mulia di sisi-Nya. Dan menolak kebenaran dengan menghina manusia. Jauhilah rasa takut dipandang rendah oleh manusia dengan takut kepada kemurkaan Allah SWT kepada engkau. ....

Dan lihatlah betapa permurahnya Allah SWT kepadamu walaupun engkau menderhakai-Nya., dan kelembutan-Nya kepadamu walaupun engkau lupa untuk mengingati-Nya, dan Allah SWT menutup keaibanmu sedangkan engkau tidak malu kepada-Nya, Dia tidak perlukan kamu sedangkan engkau amat mengharapkan-Nya.....

Dan ketahuilah bahawa sebagaimana cahaya di waktu siang tidak akan membantu orang yang buta matanya, demikian juga tidak akan diperolehi cahaya ilmu melainkan orang yang bertakwa....

Dan ketahuilah bahawa tiada jalan yang lebih hampir daripada sifat benar, tiada petunjuk yang lebih berjaya daripada ilmu, dan tiada bekal yang paling baik selain takwa.

Tamat..

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,

Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir indallah,

Salim Azham (MSA)

P/S : Tidak lupa juga buat saudara/i yang mendoakan ana pada hari jadi ana , Semoga Allah SWT membalas antum dengan sebanyak-banyak kebaikan..Amin (^_^)

Thursday, September 30, 2010

Sebab-Sebab Aqidah Al-Asya'irah Masih Relevan Di Malaysia

Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...

Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Kali ini faqir ingin berkongsi dengan saudara yang tercinta akan buku SEMINAR PEMANTAPAN SAHSIAH PEMEGANG - PEMEGANG TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM TAHUN 2009 yang diterbitkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Siapa-siapa yang berminat bolehlah mengambil dari faqir, tapi fotostat jerlah, sebab yang ori punya dah takder. Faqir ingin mengambil perhatian Ikhwan yang dikasihi akan kertas kerja yang disampaikan oleh Al-Fadhilah Syaikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki dalam Seminat tersebut pada Hari Sabtu (20 Jun 2009) pada fasal Sebab-sebab Aqidah Al-Asya'irah masih relevan di Malaysia , demikian teksnya :

5.1 Aqidah Al-Asya'irah ialah Aqidah yang dipusakai daripada Rasulullah SAW, dan bukannya aqidah rekaan.

Maka sudah tentu, ia relevan digunapakaipada setiap masa dan tempat seperti relevannya Quran dan Hadith menjadi pegangan Umat Islam sehingga Hari Kiamat.

Imam Abu Al Hasan Al Asy'ari Radiyallahu'anhu pernah menegaskan mengenainya : "Agama yang kami anuti adalah agama yang berpegang dengan Kitab Allah, Tuhan kami, Sunnah Nabi kami dan apa yang diriwayatkan daripada sahabat, tabi'in dan imam-imam hadith." (1)

Pendapat yang mengatakan Imam Abu al Hasan al Asy'ari mereka mazhabnya sendiri merupakan dakyah palsu yang tidak berlandaskan kepada fakta dan hanya bertujuan mencetuskan keraguan dan perpecahan di kalangan umat Islam. Pendapat ini juga telah disangkal oleh ramai Ulamak. Di antaranya sebagaimana disebut dalam kitab al Mazahib Tauhidiah wa al Falsafaat al Mu'asirah karangan Fadhilah Syaikh Prof. Dr. Sa'id Muhammad Ramadhan al Buti pada halaman 106 :

"Tidak pernah al Asy'ari r.anhu mereka-reka mazhab, bahkan beliau merupakan seorang pejuang dan penolong mazhab Ahli Sunah wal Jama'ah."

Beliau berkata lagi , "sebahagian manusia menyangka bahawa Imam al-Asy'ari mereka untuk dirinya mazhab dalam perkara aqidah dan mengarangnya di dalam kitab-kitabnya . kemudian beliau mengajak orang lain mengikut mazhab rekaannya. Apabila beliau telah berjaya menghimpunkan ramai manusia di atas mazhab tersebut, maka mereka menisbahkan mazhab itu kepadanya kerana mengambil perkataannya."

Kenyataan di atas dijawab oleh beliau dengan katanya "Ini pada hakikatnya adalah suatu keraguan yang besar. Imam al Asy'ari tidak pernah mereka untuk dirinya satu mazhab atau pendapat. Bahkan, beliau menjuruskan pandangannya kepada iqtikad yang dipercayai oleh rijal Sunnah dan hadith bersama-sama mereka ialah para fuqaha' yang bekerja keras mempelajari hukum hakam Syariah dalam Ilmu Usuluddin. Ia adalah I'tiqad yang mereka warisi daripada generasi Tabi'ien. Generasi Tabi'en ini pula mewarisinya daripada sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang mengambil daripada nas-nas Al Quran dan Hadith."

Ibnu Al-Subki (yakni Al-Imam Tajuddin Al-Subki Radiyallahu'anhu) berkata di dalam Tabaqat al Syafi'iyyah :

"Ketahuilah bahawa Abu al Hasan al Asy'ari tidak mereka suatu pendapat dan tidak menubuhkan suatu mazhab, tetapi beliau hanya menetapkan atau meperakui mazhab Salaf dan mempertahankan apa yang pernah dipegang oleh Sahabat Rasulullah SAW. Ia dinisbahkan kepadanya hanya kerana beliau telah mengikatnya di atas jalan Salaf dan berpegang dengannya serta menegakkan hujjah-hujjah dan dalil-dalil di atasnya. Maka jadilah orang yang mengikut perjalanan ini dinamakan Asy'ari." (2)

Oleh kerana itu, kita melihat aqidah Ahli Sunnah wal Jama'ah yang sebenar ini masih diguna pakai sehingga ke hari ini dan inilah aqidah yang menjadi pegangan sarjana Islam dan jaguh-jaguh Ulamak semenjak berkurun lamanya.

Sebagaimana dimaklumi, pengikut mazhab al Asy'ari juga terdiri daripada kalangan ilmuwan, ahli hadith dan mujtahidin. Memadailah disebut beberapa orang dari kalangan mereka............(Walaupun Syaikh Fuad menyebut "memadai dengan menyebut beberapa nama", tetapi faqir tidak masukkan di sini senarai nama-nama tersebut kerana terlalu panjang senarainya, nescaya akan jadi panjang note ini, cukuplah dengan nama Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, Imam Al-Baihaqi, Imam Al-Ghazali dan Imam Nawawi sudah membuatkan kita mengetahui keutamaan aqidah asy'ari di sisi mereka dan betapa pentingnya kita yang jauh berada di bawah maqam mereka untuk turut sama berpegang teguh dengannya di saat akhir zaman ini, bermacam-macam fahaman timbul dengan bertopengkan slogan dan kata-kata yang menarik hati.)

(selanjutnya, setelah Syaikh Fuad menyebutkan beberapa nama Ulamak-Ulamak di dalam Mazhab Asy'ari)...Begitu juga dengan jumhur Ulamak al Azhar dan pendirian al Azhar sendiri berpegang dengan Mazhab al Asy'ari dalam bidang aqidah. Oleh kerana itu, al Azhar telah menetapkan hanya kitab-kitab yang mengikut ajaran al Asya'irah yang boleh dijadikan silibus pembejaran Tauhid di al Azhar. Mereka menjadikan kitab Tuhfah al Murid 'ala Jauharah al tauhid karya Imam Ibrahim al Baijuri Radiyallahu'anhu sebagai silibus di Ma'had al Azhar dan institusi pengajian yang diiktiraf oleh al Azhar di seluruh dunia Islam termasuk Malaysia.

Menurut guru kami, Prof. Dr. Ali Jum'ah, Mufti Mesir, ini disebabkan Mazhab al Asya'irah adalah mazhab yang haq dan pengikutnya adalah ahli kebenaran. Justeru, ia masih relevan dijadikan silibus pengajian di pusat-pusat pengajian tinggi terkenal seperti Universiti al Azhar di Mesir, Universiti Zaitun di Tunisia dan Universiti Qairuwan di Morocco. (3)

Syaikh Soleh ibn Muhammad al Ja'fari, Imam Besar Masjid al Azhar dan juga Lisan al Azhar, menyatakan bahawa Ulamak al Azhar menyatakan wajib bagi umat Islam awam mengikut imam yang empat di dalam pegangan feqah mereka. Terutamanya, bagi orang yang tidak mempelajari Kitab dan Sunnah dan tidak mengetahui petunjuk dari al Quran. Begitu juga wajib ke atas setiap individu Muslim mengikut mazhab al Asy'ari dalam aqidah ketauhidan mereka. (4)

Ia juga merupakan pegangan aqidah bagi semua institusi pondok di Nusantara. Mereka menjadikan kitab-kitab tauhid al Asya'irah sebagai subjek pengajian yeng terdiri daripada dua versi: Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Anata kitab yang ditulis di dalam Bahasa Melayu ialah kitab al Durr al Thamin karangan Syaikh Daud ibn Abdullah al Fathoni Radioyallahu'anhu dan kitab Zahrah al Murid fi Bayan Kalimah al Tauhid karangan Syaikh Abdus Samad al Falimbani Radiyallahu'anhu.

Manakala Kitab yang ditulis dalam Bahasa Arab ialah Tahqiq al Maqam fi Kifayah al Awam dan Tuhfah al Murid 'ala Jauharah al Tauhid, karangan Syaikh Ibrahim al Baijuri Radiyallahu'anhu, wafat pada tahun 1272H.

Tamat.

Nota kaki:

(1) Muhammad Sa'id Ramadhan al Buti, al mazahib al Tauhidiah wa al Falsafaat al Mu'al Mu'asirah

(2) Taj al Din Abdul Wahhab ibn Ali ibn Abdul Kafi al Subki (W 771H) Tabaqaat a; Syafi'iyyah al Kubra (2/263)

(3) Lihat Hamdan al Sinan dan Fauzi al 'Anjari, Ahlu Sunnah al Asya'irah, H 19.

(4) Syaikh Soleh ibn Muhammad al Ja'fari, al Sirah al Nabawiyyah H : 83-84.

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,

Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir indallah,

Salim Azham (MSA)

Monday, September 6, 2010

Penentuan dan Penetapan Awal Ramadhan, Awal Syawal dan Awal Dzulhijjah dan Awal Bulan-Bulan Hijriyyah

Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...

Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Penentuan awal bulan Hijriyyah menjadi sangat beerti, terutama sekali bulan-bulan yang berkaitan dengan ibadah, semisal bulan Ramadhan untuk menjalankan ibadah puasa, bulan Syawal untuk merayakan Hari Raya 'Idul Fitri, serta Bulan Dzul Hijjah di mana terdapat tanggal yang berkaitan dengan perlaksanaan Haji dan Hari Raya 'Idul Adha.

Lebih jelasnya, agar tidak menjadi kesalahfahaman mengenai Penentuan awal Bulan Hijriyyah, baik bagi mereka yang berpedoman ru'yah mahupun Hisab, marilah kita semak akan pendapat-pendapat Ulamak r.anhum yang tertuang di dalam Kitab-Kitab.

Ketahuilah, bahawa Awal Ramadhan dan Syawal dan Bulan-Bulan Hijriyyah yang lain ditetapkan berdasarkan rukyatul Hilal atau istikmal (menyempurnakan 30 hari apabila tidak nampak anak bulan). Hal ini berdasarkan beberapa Hadis Sahih :

Sabda Rasulullah SAW : "Berpuasalah kalian kerana melihat anak bulan, dan berbukalah kerana melihat hilal. Maka jika tertutup awan bagimu, maka sempurnakanlah bilangan Sya'ban tiga puluh." (H.R. Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW : " Janganlah kalian berpuasa sebelum melihat hilal, dan janganlah kalian berbuka (yakni keluar ramadhan dan masuk syawal..pent) sebelum melihatnya. Maka jika tertutup awan bagimu, maka perkirakanlah." (H.R. Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW : :"Berpuasalah kerana melihat hilal, dan berbukalah kerana melihatnya. Maka jika tertutup awan, maka perkirakanlah ia tiga puluh." (H.R. Muslim)

Dari amir Makkah, Al-Harits ibn Hatib, ia berkata, "Kami dipesan oleh Rasulullah SAW supaya beribadah (puasa) kerana melihat (hilal). Maka jika kita tidak melihatnya sedang ada dua orang saksi yang adil bersaksi, maka kita beribadah (puasa) kerana persaksiannya itu." (H.R Abu Dawud dan Ad-Daruquthni, ia berkata bahawa isnadnya muttasil (bersambung) dan sahih."

Mari kita lihat pula pendapat para Ulamak r.anhum yang lebih memahami akan Hadis Nabi SAW daripada kita yang singkat ilmunya.

Di dalam Kitab Al-Fiqh alal Mazahibil Arba'ah (Fiqh 4 Mazhab), Juzuk 1, hal. 551 di sebut :

"Tidak perlu diperhatikan perkataan ahli astronomi. Maka tidak wajib bagi mereka berpuasa berdasarkan hisabnya, dan juga bagi orag yang mempercayai perkataannya, kerana pembuat syariat (Allah SWT) mengkaitkan (menggantungkan) puasa pada tanda yang tetap dan tidak berubah sama sekali, yaitu rukyatul hilal atau menyempurnakan bilangan tiga puluh hari."

Di dalam Kitab Majmu', Juzuk 6, hal. 269 , bagi Al-Imam Nawawi r.anhu, disebut:

"Tidak wajib puasa Ramadhan kecuali kerana ru'yatul hilal. Maka apabila hilal tertutup awan bagi mereka, maka mereka wajib menyempurnakan (istikmal) Sya'ban."

Al-Imam Ibnu Hajar Al-Haythami r.anhu di dalam Kitab Besarnya, Tuhfah Al-Muhtaj, Juzuk 3, hal. 372, ada disebut:

"Wajib berpuasa Ramadhan kerana kesempurnaan bulan syawal tiga puluh hari atau ru'yatul hilal sesudah terbenam matahari tanpa perantara semacam cermin, sebagaimana jelas, pada malam tiga puluh sya'ban, berbeda dengan apabila hilal tidak kelihatan walaupun tertutup awan. "

Al-Imam Ramli r.anhu di dalam Kitab Besarnya, Nihayah Al-Muhtaj , Juzuk 3, hal. 147, disebut:

"Berpuasa itu wajib hanya kerana kesempurnaan Sya'ban tiga puluh hari atau ru'yatul hilal."

Dalam Syarah Sahih Muslim bagi Al-Imam Nawawi r.anhu , Juzuk 4, hal. 44 :

"Para Ulamak berselisih pendapat mengenai makna "faqdaruhu (perkiranlah ia)", segolongan ulamak berpendapat, "Makna dari Hadis di atas ...kira-kirakanlah keberaaan bulan sabit di balik awan itu." Termasuk dalam golongan ini adalah Al-Imam Ahmad ibn Hambal r.anhu yang memperbolehkan (memulai) puasa Ramadhan di saat malam harinya cuaca di semlimuti awan, sebagaimana keterangan yang akan aku tuturkan insyaAllah (Bermula kenyataan Imam Ahmad r.anhu ini ada perbahasan yang lebih mendalam di mana ringkas kata, Al-Imam Ahmad turut berpendapat dengan pendapat mayoritas Ulamak r.anhum, akan tetapi disebabkan perbahasannya agak panjang, tiada faqir masukkan di dalam note ini..pent).

Berkata Ibnu Syuraij dan segolongan Ulamak, termasuk antaranya Muthorrif bin Abdillah, Ibnu Qutaibah dan yang lainnya: "Makna dari hadis di atas adalah...kira-kirakan keberadaan bulan sabit dengan menggunakan ilmu hisab."

Sementara itu, Imam Malik, Imam Syafi'e, Imam Abu Hanifah dan Mayoritas Ulamak Salaf dan Khalaf r.anhum berpendapat : "Bahawa Makna dari Hadis di atas adalah...kira-kirakanlah hitungan bulan menjadi sempurna 30 hari."Tamat Syarah Sahih Muslim.

Berkata Imam Malik,Abu Hanifah, Asy-Syafi'e serta Mayoritas Ulamak Salaf dan Khalaf : Makna dari (Faqdaruhu) adalah kira-kirakanlah bilangan bulan itu genap 30 hari"...Mayoritas Ulamak r.anhum mengajukan argumentasinya, berupa riwayat-riwayat sahih yang telah kami tuturkan sebelumnya. Semuanya Sahih dan Sharih, yaitu berbunyi : "Fa akmilu 'iddata salasiina" (Maka sempurnakanlah bilangannya ke 30 hari). Riwayat ini menafsirkan pada riwayat yang berbunyi (Faqdaruhu) yang masih bersifat mutlak.

Berkata Mayoritas Ulamak r.anhum : "Barangsiapa menafsirkan dengan : kira-kirakanlah hilal itu di balik awan" maka ia menafikan riwayat-riwayat lain yang sahih dan sharih. Untuk itu, pendapatnya ditolak (Kaedah Menyebutkan bahawa Ijtihad terbatal apabila datang nas mengenainya..penulis)

Dan barangsiapa menfsiri dengan "kira-kirakanlah dengan ilmu hisab", maka pendapatnya juga ditolak kerana dalam riwayat Bukhari-Muslim, Rasulullah SAW bersabda : "Kami adalah umat yang tidak bisa membaca dan menulis,..tidak menghitung dan menulis penanggalan..Al-Hadith. Selain itu, seandainya semua orang dituntut untuk menghitung dengan hisab, sudah barang tentu yang demikian terasa berat. kerana yang bisa menguasai ilmu hisab hanyalah beberapa orang penduduk di kota-kota besar sahaja. Dengan demikian, yang benar adalah apa yang telah dikatakan oleh Mayoritas Ulamak di atas. Selain pendapat itu ditolak dengan berdasarkan hadith-hadith yang shohih.

Untuk akhirnya, marilah kita renungi perkataan Amirul Mukminin Fil Hadis Syaikh Al-Islam Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani Asy-Syafi'e Assya'ari r.anhu di dalam kitabnya yang terkenal sepanjang zaman, Fathul Bari Li Syarhi Sahih Bukhari, Juzuk 1, hal. 207 :

Berkata Imam Ibnu Hajar r.anhu dalam bab Sabda Nabi SAW , "Kami tidak dapat menulis dan tidak pula menghitung" yang teksnya sebagai berikut :

Yang dimaksud dengan hisab (menghitung) di sini ialah menghitung bintang-bintang dan peredarannya, sedang mereka belum mengetahui hal itu kecuali sebahagian kecil sekali (tambahan faqir, antara sahabat yang mengetahui ilmu hisab adalah Sayyidina Ibnu Abbas r.anhuma). Maka hukum berpuasa dan lain-lainnya dihubungkan dengan rukyah untuk menghilangkan kesempitan bagi mereka dalam upaya menghitung peredaran. Dan hukum puasa itu berlangsung terus walaupun sesudah mereka itu kemudian ada orang mengetahui hisab itu. Bahkan konteks perbicaraan tersebut nampaknya memberi pengertian bahawa hukum (puasa) sama sekali tidak dikaitkan dengan hisab. Ini dijelaskan oleh Sabda Nabi SAW dalam hadith di atas yaitu : "Jika tertutup awan bagi kamu, maka sempurnakanlah bilangan tiga puluh." Baginda SAW tidak bersabda "Maka bertanyalah kepada ahli hisab". Tamat.

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,

Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir indallah,

Salim Azham (MSA)

Saturday, August 28, 2010

Renungan pada Pidato yang bermakna bagi menunjuki dan membimbing orang yang awam oleh Syaikh KH Hasyim Asya'ari (NU)

Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...

Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Hadrotus Syaikh KH. Hasyim Asy'ari R.anhu, pendiri Jam'iyyah Nahdlatul Ulama, pada Muqoddimah Qonun Asasi Nahdlatul Ulama yang disampaikan dalam pidato bahasa arabnya pada Muktamar NU ke III Tahun 1928 di Surabaya dan Muktamar NU ke IV Tahun 1929 di Semarang menyampaikan :

Ketahuilah ! Bahawa sesungguhnya mengikuti salah satu dari empat empat mazhab (Hanafi, Maliki, Syafi'e, Hanbali) mengandungi kemashalatan yang besar, dan meninggalkan seluruhnya membawa kerosakan yang fatal.

Kami dapat menjelaskan persoalan di atas dari beberapa aspek:

Pertama, bahawa umat Islam telah sepakat bulat untuk mengacu dan menjadikan ulamak salaf sebagai pedoman dalam mengetahui, memahami, dan mengamalkan syariat Islam secara benar. Dalam hal ini, para pengikut Tabi'in meneruskan langkah dengan mengikuti jejak para Tabi'ien. Demikianlah seterusnya, pada setiap generasi, para Ulamak pasti mengacu dan merujuk kepada orang-orang dari generasi sebelumnya.

Akal yang sehat menunjukkan betapa baiknya pola pemahaman dan pengamalan syari'at Islam yang seperti itu. Sebab syari'at Islam tidak dapat diketahui melainkan dengan cara naql (mengambil dari generasi sebelumnya) dan istinbath (mengambil hukum langsung dari sumbernya, Al-Quran dan Hadiths).

Naql tidak mungkin dilakukan dengan benar kecuali dengan cara setiap generasi mengambil langsung dari generasi sebelumnya secara berkesinambungan. Sedangkan untuk istinbath, disyaratkan harus mengetahui mazhab-mazhab Ulama generasi terdahulu agar tidak menyimpang dari pendapat-pendapat mereka yang bisa berakibat menyalahi kesepakatan mereka (ijmak). Di samping itu, juga disyaratkan harus dilandasi dan ditunjang oleh ,mazhab-mazhab Ulamak generasi sebelumnya. Sebab, semua pengetahuan dan kecekapan yang dimiliki sesorang, misalnya di bidang shorrof, nahwu, kedoktoran, kesusasteraan, pertukangan, pandai besi, perdagangan dan keahlian logam mulia, tidak mungkin begitu sahaja mudah dipelajari oleh seseorang kecuali dengan terus menerus belajar daripada ahlinya. Di luar cara itu, sungguh sangat langka dan jauh dari kemungkinan, bahkan nyaris tidak pernah terjadi, kendatipun secara akal boleh saja terjadi.

Jika pendapat-pendapat para Ulamak Salaf telah menjadi keniscayaan untuk dijadikan pedoman, maka pendapat-pendapat mereka yang dijadikan itu haruslah diriwayatkan dengan sanad (mata rantai) yang benar dan bisa dipercaya, atau dituliskan dalam kitab-kitab mahsyur dan telah diolah (dikomentari) dengan menjelaskan pendapat unggul dari pendapat lain yang serupa, menyendirikan persoalan khusus (takhsis) dari yang umum, membatasi yang muthlaq dalam konteks tertentu, menghimpun dan menjabarkan pendapat yang berbeda dalam persoalan yang masih diperselisihkan serta menjelaskan alasan timbulnya hukum yang demikian. Kerana itu, apabila pendapat-pendapat Ulamak tadi tidak memenuhi syarat yang telah ditentukan seperti di atas, maka pendapat-pendapat tersebut tidak dapat dijadikan pedoman.

Tidak ada satu mazhab pun di zaman akhir ini yang memenuhi syarat dan sifat seperti di atas selain mazhab yang empat ini. Memang ada juga mazhab yang mendekati syarat dan sifat di atas, yaitu mazhab Imamiyyah (syi'ah) dan Zaidiyyah (Syi'ah), Namun keduanya adalah golongan Ahlu Bid'ah , sehingga keduanya tidak boleh dijadikan pegangan.

Kedua, Rasulullah SAW , telah bersabda : "Ikutilah kepada golongan terbesar (Asswaad al-A'dhom). Sesudah beberapa mazhab yang tergolong benar telah hilang dan yang tersisa hanya tinggal empat mazhab ini, maka nyatalah bahawa mengikuti (salah satu) empat mazhab beerti mengikuti golongan terbesar, dan keluar daripada sana beerti telah keluar dari golongan mayoritas.

Ketiga, pada saat zaman sudah begitu lama berputar makin jauh dari masa Rasulullah SAW, dan amanat menjadi begitu mudah disia-siakan, maka tidak boleh berpegang kepada pendapat-pendapat Ulamak yang buruk, baik dari kalangan hakim-hakim yang menyeleweng mahupun mufti-mufti yang hanya mengikuti hawa nafsunya, meskipun mereka mengaku bahawa pendapatnya itu sesuai dengan pendapat Ulamak Salaf yang mahsyur integritas peribadinya, loyalitas agamanya dan amanah moralnya, baik secara eksplisit mahupun implicit, serta memelihara pendapatnya secara bertanggungjawab. Kitapun tidak boleh mengikuti pendapat orang yang kita belum mengetahui persis apakah yang bersangkutan sudah memenuhi pensyaratan ijithad atau belum.

Apabila kita melihat para Ulamak ahli tahqiq (penelitian) yang menekuni mazhab-mazhab para ulamak salaf, maka ada harapan bahawa mereka akan meperoleh kebenaran dalam usahanya merumuskan pendapat dan penggalian ketentuan-ketentuan hukum dari Al-Quran dan As-Sunnah. Sebaliknya apabila kita tidak melihat hal itu kepada mereka, maka sungguh jauh dari kemungkinan memperoleh kebenaran yang diharapkan.

Inilah pengertian yang secara tidak langsung ditunjukkan oleh khalifah Sayyidina Umar bin Khattab RA melalui perkataannya : "Islam akan hancur akibat kelihaian (kelantangan..pent.) orang-orang munafik dalam berdebat dengan menggunakan Al-Quran". Dan juga sahabat Ibnu Mas'ud RA berpesan : "Barangsiapa menjadi pengikut (yang baik) maka hendaklah mengikuti (para ulamak) generasi sebelumnya."

Dengan demikian gagasan yang pernah dilontarkan Ibnu Hazm bahawa taqlid itu hukumnya haram, sesungguhnya hanya ditutjukan kepada orang yang memiliki kemampuan berijtihad meskipun hanya dalam satu permasalahan, serta buat orang yang konkrit meyakini bahawa Rasulullah SAW memerintahkan ini atau melarang itu, sedang perintah dan larangan itu belum dihapuskan.Keyakinan mungkin dapat diperolehi dengan meneliti banyak hadis dan pendapat para ulamak yang menentang mahupun yang setuju, lalu jelas bahawa ketentuannya belum terhapuskan. Atau mungkin dengan melihat mayoritas terbesar dari kalangan ulamak yang mendalami ilmunya ternyata sependapat dalam ketentuan tersebut. sementara golongan yang menentangnya tidak mampu mengajukan dalil kecuali hanya berupa qiyas atau istinbath atau yang sejenisnya (bukan berupa dalil nash). Jika demikian, maka tidak ada dalih (alasan..pent) untuk menyalahi hadis Rasulullah SAW selain kemunafikan yang terselubung atau kebodohan yang nyata.

Dan ketahuilah, bahawa setiap orang yang sudah mukallaf (aqil baligh) yang tidak mampu berijtihad secara mutlak, harus mengikuti salah satu dari empat mazhab dan tidak boleh baginya untuk beristidlal (mengambil dalil secara langsung) dari Al-Quran atau Hadith. Ini didasarkan pada firman Allah SWT, (yang ertinya lebih kurang) "Dan seandainya menyerahkan (urusan itu) kepada Rasul dan ulil amri (yang menguasai bidangnya) di antara mereka, niscayalah orang-orang yang ingin mengetahui kebenaran akan dapat mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri)". Dan telah dimaklumi, bahawa mereka yang dapat beristinbath (mengambil dalil langsung dari Al-Quran dan Hadith) adalah orang-orang yang telah memiliki cukup keahlian dan kemampuan berijtihad, bukan orag lain, sebagaimana keterangan yang diuraikan dalam bab ijtihad di berbagai kitab.

Namun demikian, mujtahid mustaqil (mujtahid yang mampu menggali hukum langsung dari sumbernya Al-Quran dan Hadith) dengan memenuhi segala pensyaratannya sebagaimana yang telah dijelaskan oleh para pengikutnya dalam permulaan bab qodho', ternyata sudah tidak diketemukan lagi sejak kira-kira enam ratus tahun yang silam, sebagaimana yang diungkapkan oleh Ibnu Shalah. Bahkan tidak sekadar satu orang yang menyatakan manusia sekarang tidak berdosa seandainya meninggalkan kewajipan berijtihad ini, kerana manusia zaman sekarang ini terlalu bodoh untuk mencapai darjat ijtihad. Padahal fardhu kifayah dalam hal mencari ilmu tidak mungkin ditujukan kepada orang-orang bodoh.

Sebenarnya mazhab-mazhab yang boleh diikuti tidak hanya terbatas kepada empat mazhab sahaja, bahkan ada golongan Ulamak dari mazhab yang bisa diikuti, seperti mazhab Sufyan At-Thauri dan Sufyan bin Uyainah, Ishaq bin Ruhawaih, Mazhab Daud Al-Dhohiri dan Mazhab Al-Awza'i.

Meskipun demikian, para Ulamak pengikut Mazhab Syafi'e menjelaskan bahawa mengikuti selain daripada empat mazhab adalah tidak boleh, kerana tidak ada jaminan kebenaran atas hubungan mazhab itu dengan para Imam yang bersangkutan sebab tidak adanya sanad (mata rantai) yang dapat menjamin dari beberapa kekeliruan dan perubahan. Berbeda dengan mazhab empat, kerana para pemimpinnya telah mencurahkan jerih payahnya dalam mengkodifikasi (menghimpun) pendapat-pendapat serta menjelaskan hal-hal yang telah ditetapkan atau yang tidak ditetapkan oleh pendiri mazhab. Dengan itu, maka para pengikutnya aman dari segala perubahan dan kekeliruan serta bisa mengetahui mana pendapat yang benar dan yang lemah.

Oleh kerana itu, tidak sedikit orang yang memberi komentar terhadap Imam Zaid bin Ali RA. Beliau adalah seorang Imam yang agung kedudukannya dan tinggi reputasinya, akan tetapi kepercayaan terhadap mazhabnya menjadi hilang kerana para murid-muridnya kurang dalam memberi perhatian pada pentingnya sanad yang menjamin kesinambungan suatu mazhab.

Maka mazhab empat inilah mazhab yang sekarang mahsyur dan diikuti. Para Imam dari masing-masing empat mazhab ini begitu dikenal, sehingga orang yang bertanya tidak perlu lagi diberikan pengenalan kepada mereka, kerana apabila nama mereka disebut, dengan sendirinya orang yang bertanya pasti mengenalnya. Wallahu a'lam.

Demikian terjemah teks pidato KH. Hasyim Asy'ari RA pada buku Ajaran, Faham dan Amaliyah ASWAJA yang diterbitkan oleh Pengurus Cabang Nahdlatul Ulama Kabupaten Pasuruan.

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,

Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..


Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir indallah,

Salim Azham (MSA)

Monday, August 16, 2010

Titisan Hujan Yang Jernih Pada Memindahkan Permata Yang Berharga , Faedah dari Kitab Tijanud Darari Ala Risalatil Bajuri

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, TiadaIa berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajatkepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atasjunjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkanbaginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin)Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerahkeringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yangmengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...YaAllah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Agak lama juga fakir yang singkat ilmu ini tidak menulis sesuatu di ruang maya pada Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semuanya ini adalah kekurangan diri fakir juga di mana tidak sepatutnya di Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, dilkurangkan perkara-perkara kebaikan, termasuklah di antara kebaikan itu adalah berkongsi-kongsi dan saling ingat-memperingati antara kita sesama Muslim yang bersaudara. Maka, fakir ingin berkongsi dengan saudara yang dikasihi akan Kitab Tijanud Darari 'Ala Risalah Al-Alim Al-Allamah Al-Bahrul Fahhamah Al-Imam Ibrahim Al-Baijuri atau Bajuri r.anhu. Matannya dalam kurungan dikarang oleh Imam Bajuri r.anhu dan syarahnya dikarang oleh Insan yang digelar Oleh Allamah Syaikh Wan Ahmad Al-Fathani r.anhu sebagai Imam Nawawi Tsani (ke- 2), iaitu Al-Imam Nawawi Ibnu Umar Al-Banteni Al-Makki r.anhu. Pada m/s 8 Cetakan Pustaka Mampir Indonesia:

(Dan wajib pada Hak Allah Ta'ala bersifat Mukholafa lil Hawaditsi) Adapun pengertian berbeda dengan semua makhluk adalah suatu ungkapan tentang PENIADAAN JIRIM, PENSIFATAN, PENYELURUHAN, PEMBAHAGIAAN dan semua keniscayaannya, dari Zat Allah SWT.

Adapun keniscayaan jirim adalah mengambil tempat, keniscayaan pensifatan adalah bersiri pada benda lain, keniscayaan penyeluruhan adalah besar, keniscayaan pembahagi-bagian adalah kecil, dan lain sebagainya.

(Adapun maksudnya) yakni maksud Allah SWT berlainan dengan hal-hal tersebut (bahawasanya Allah Ta'ala tidak sama dengan semua makhluk).

Kerana itu apabila syaithan melontarkan godaan di dalam pikiranmu bahawa sesungguhnya Allah Ta'ala kalau memang bukan jirim, bukan pula bersifat manusia dan tidak pula meyeluruh dan tidak juga terbahagi, lalu apakah hakikat tuhan itu sebenarnya?

Maka katakanlah untuk menolak hal itu :

"Tidak ada yang mengetahui Allah kecuali Allah itu sendiri, tidak ada menyerupai Allah sesuatupun. Ia adalah Zat yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Allah Ta'ala bukan jisim yang dapat tergambarkan dan juga bukan jauhar yang dapat dihitung dan diukur.

(Kerana itu Allah SWT tidak mempunyai tangan, mata, telinga dan juga tidak punya yang lain dari sifat-sifat makhluk)

Kerana sesungguhnya Allah Ta'ala tidak menyerupai bentuk-bentuk tubuh, tidak di dalam ukurannya, tidak dapat terbagi-bagi dan tidak dapat ditempati oleh unsur-unsur lain.

Allah tidak bersifat manusia, dan tidak dapat ditempati oleh sifat-sifat manusia, bahkan Allah tidak menyerupai makhluk-makhluk yang ada dan juga tidak diserupai oleh mereka.

Allah tidak dibatasi oleh ukuran-ukuran, tidak diliputi oleh sudut-sudut tempat, tidak dilingkungi oleh arah-arah atau juga tidak dikelilingi oleh bumi dan langit.

Maha Tinggi Derajat-Nya di atas segala sesuatu. Meskipun demikian, Dia lebih dekat kepada Hamba-Nya dari urat-urat nadi mereka sendiri. Dan Dia Maha Menyaksikan segala sesuatu. Kedekatan-Nya tidak sama seperti kedekatan anggota tubuh.

Maha Luhur Allah SWT dari anggapan bahawa Dia terlingkupi oleh tempat, sebagaimana ke-Maha sucian Dia dari anggapan bahawa Dia dibatasi oleh zaman. Dia telah ada sebelum zaman dan tempat diciptakan. Dan Dia sekarang sebagaimana adanya dahulu.

tamat petikan Kitab...(^_^)

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita SayyidinaNabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempatyang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabatdan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allahs.w.t.,

Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. MahaMengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,Salim Azham (MSA)

Wednesday, July 7, 2010

Sifat Amanah dan Terpecaya bagi Para Rasul A.S

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Fakir ingin berkongsi dengan saudara yang dikasihi akan kitab Tijanud Darari Syarah 'Ala Risalatil Bajuri . pada m/s 44 Cetakan Pustaka Mampir. Sebelum itu , perlu fakir maklumkan bahawa tulisan di dalam kurungan adalah matan yang dikarang oleh Syaikhul Azhar Al-Imam Bajuri r.anhu, dan tulisan yang lain adalah syarahnya yang dikarang oleh Al-Imam Muhammad bin Umar Nawawi Banteni r.anhu.

(Dan Wajib pada hak mereka para Rasul AS Sifat Amanah (terpecaya))

Yaitu terpeliharanya lahir dan batin mereka dari percampuran dengan hal-hal yang dilarang, meskipun larangan itu dalam bentuk larangan yang makhrukh atau larangan yang menyalahi keutamaan (khilaf aula).

Mereka adalah orang-orang yang diperlihara dari segala macam perbuatan maksiat yang berhubungan dengan zahir badan, seperti perbuatan zina, minuman-minuman keras, berbohong dan lain sebagainya dari larangan-larangan yang bersifat lahir.

Dan mereka dipelihara dari semua kemaksiatan yang berkaitan dengan batin, mulai dari perbuatan hasad, sombong, riya dan lain sebagainya dari larangan-larangan bathin.

Yang dimaksud adalah hal-hal yang dilarang meskipun dalam bentuk penggambaran, maka juga meliputi perbuatan-perbuatan sebelum kenabian dan perbuatan-perbuatan pada waktu kecil.

Dan tidak terjadi pada mereka perbuatan-perbuatan yang dimakrukhkan, tidak yang menyalahi keutamaan , bahkan tidak juga perbuatan yang mubah, atas dasar keadaan perbuatan-perbuatan itu dimakrukhkan atau bertentangan dengan keutamaan atau perkara yang mubah.

Dan manakala terjadi gambaran hal-hal tersebut dari mereka, maka perbuatan mereka itu adalah untuk menetapkan syariat. Maka jadilah perbuatan mereka itu hukumnya wajib atau disunnahkan pada hak mereka.

Adapun perbuatan-perbuatan mereka Para Rasul AS adalah berkisar diseputar wajib dan sunnah bahkan kisaran itu terjadi juga di kalangan para Aulia Allah, yang mereka itu adalah pengikut-pengikut mereka para Rasul AS, yaitu orang yang dapat mencapai suatau darjat yang segala gerak dan diamnya terbentuk menjadi perbuatan ta'at hanya dengan sebab niat.

Tamat...

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini. Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Thursday, July 1, 2010

Irodat, Ilmu , Redho dan Perintah Allah SWT !!!

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Kali ini fakir ingin berkongsi dengan saudara tercinta akan faedah yang dapat dikutip dari Kitab Tijanud Darari Ala Risalah Al-Bajuri. Pada m/s23, Cetakan Pustaka Mampir.

Ketahuilah, bahawa sifat Irodat menurut pendapat Ulamak Ahlussunnah adalah bukan perintah, ridha dan pengetahuan Allah SWT.

(1) Kerana itu kadang-kadang Allah SWT berkehendak, memerintahkan dan ridho, seperti imannya seseorang yang Allah SWT ketahui tentang keimanannya itu. Contohnya adalah keimanan Abu Bakar r.anhu. Dan hal ini disebut wajib lighorihi (wajib terhadap selain Allah).

Kerana sesungguhnya ketika bertalian ilmu Allah SWT dan kehendak-Nya dengan wujud keimanan Abu Bakar pada waktunya, maka wajib terwujud keimanan itu pada diri Abu Bakar. Dan mustahil tidak berimannya Abu Bakar pada waktu tersebut. Hal itu disebut dengan mustahil li ghorihi (mustahil bagi selain Allah SWT).

(2) Kadang-kadang Allah SWT tidak berkehendak, tidak memerintahkan dan tidak ridho, seperti kufurnya orang tersebut (Abu Bakar), bahkan hal tersebut adalah mustahil, sebagaimana penjelasan yang telah lalu.

(3) Kadang-kadang Allah berkehendak, tetapi tidak memerintahkan dan tidak ridho seperti kufurnya orang-orang yang Allah ketahui ketidak-imanan mereka, seperti kekufuran Fir'aun, Haman dan Qorun, dan seperti maksiat-maksiat yang terjadi di dalam dunia ini. Kerana sesungguhnya semua hal tersebut terjadi dengan Irodat Allah SWT.

(4) Dan kadang-kadang Allah SWT memerintahkan dan tidak mengkehendaki, seperti keimanan orang yang Allah ketahui bahawa orang tersebut tidak beriman. Seperti keimanan dari orang-orang tersebut (Fir'aun dll).

Dan sesungguhnya Allah SWT memerintahkan kepada mereka untuk beriman pada saat Allah SWT tidak mengkehendaki keimanan itu dari mereka adalah kerana terdapat hikmah yang hanya diketahui oleh Allah SWT saja. Tidak perlu dipertanyakan tentang apa yang diperbuat oleh Allah. Maka pembagiannya menjadi empat.

Bersambung....!!!

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini. Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Saturday, June 26, 2010

Allah SWT tidak menyerupai sesuatu apa pun !!!

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

"Laisa kamislihi syaiun" (Dia yakni Allah SWT tidak menyerupai sesuatupun). Apakah yang dianggap dengan menyerupai ??? Maka fakir kemukakan kitab Syarah Tijan Ad-Darori atas Risalah Syaikh Ibrahim Al-Baijuri yang dikarang oleh Al-Imam Nawawi Al-Bantani r.anhu.

Adapun bentuk-bentuk persamaa itu ada sepuluh macam :

1. Bahawa keberadaan Allah SWT berbentuk jirim, baik jirim itu murokab(tersusun) disebut dengan jisim. Atau tidak murokab, disebut dengan jauhar fardan (unsur terkecil).

2. Atau keberadaan Allah SWT adalah sifat yang berdiri pada jirim.

3. Atau keberadaan Allah SWT pada salah satu arah dari jirim. Maka Allah SWT tidak berada di atas Arasy, tidak juga di bawahnya, tidak di kanannya dan tidak di bahagian kiri dan tidak di bahagian-bahagian lainnya.

4. Atau Allah SWT mempunyai arah. Kerana itu Allah SWT tidak mempunyai bahagian atas dari Zat-Nya, tidak bahagian bawah, tidak bahagian kanan, tidak bahagian kiri dan tidak bahagian yang lainnya.

5. Atau Allah SWT bertempat pada suatu tempat.

6. Atau Allah SWT terikat dengan zaman di mana keadaan galaksi-galaksi dan planet-planet terlingkup di atas waktu.

7. Atau silih berganti atas-Nya dua hal yang baru yaitu siang dan malam.

8. Atau bersifat Zat Allah SWT yang Maha Luhur itu dengan sifat makhluk yang baru, seperti kekuasaan makhluk, kehendak makhluk, bergerak atau diam, putih atau hitam, dan lain sebagainya.

9. Atau bersifat Zat Allah SWT dengan kecil atau besar dengan arti banyak bagian-bagiannya.

10. Atau Allah SWT bersifat dengan sikap mempunyai tujuan-tujuan tertentu di dalam perbuatan-Nya atau ketetapan-Nya, kerana itu tidak ada di dalam perbuatan-Nya seperti menciptakan Zaid kerana ada suatu tujkuan tertentu, yaitu kerana ada kemashalatan yang membangkitkan semangat untuk melakukan perbuatan-Nya itu. Kerana itu tidak lepas bahawa perbuatan Allah SWT tersebut kerana ada suatu hikmah, jika tidak, maka perbuatan-Nya tu adalah perbuatan yang sia-sia. Dan kesia-siaan itu adalah mustahil pada hak Allah Ta'la. Dan kerana itu tidaklah dalam ketetapan hukum-Nya, seperti diwajibkannya solat atas kita, kerana ada satu tujuan tertentu, yakni kerana ada mashalat yang menggerakkannya untuk melakukan penetapan hukum tersebut sebagaimana penjelasan yang lalu.

Maka kesepuluh macam bentuk-bentuk persamaan ini adalah mustahil pada hak Allah Ta'ala.

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini. Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Thursday, June 3, 2010

Bacaan Ratib Al-Attas


Masjid ku Yang Tersayang , Masjid Jamek Bandar Baru UDA

BACAAN RATIB AL-ATTAS
OLEH SYED HUSSEIN AL-ATTAS
HARI AHAD (6JUN )
SELEPAS MAGHRIB HINGGA ISYAK
DI DEWAN SOLAT UTAMA
MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA
JOHOR

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR !!!! (^_^)

Tuesday, May 25, 2010

Harus Atas Allah Ta'ala mencipatakan kebaikan dan keburukan

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Setelah lama tidak menulis kerana terlibat dalam penulisan di beberapa tempat yang lain, maka fakir ingin berkongsi dengan saudara akan sedikit faedah dari Kitab Tuhfatul Murid Hasyiah 'Ala Matni Jauharatut Tauhid di mana Matannya dikarang oleh Al-Imam Al-Allamah Syaikh Ibrahim Al-Laqqoni r.anhu dan disyarahkan oleh Syaikhul Azhar , Al-Imam Ibrahim bin Muhammad Al-Baijuri r.anhu. Pada bait ke-53 :

"Dan Jaiz (harus..pent) atas Allah Ta'ala menciptakan keburukan dan kebaikan seperti Islam dan kejahilan yakni kekafiran."

Pada bait ini, musannif (iaitu Imam Al-Laqqani r.anhu) membicarakn masalah penciptaan. Maka dia menyebut bahawa mazhab Ahlus Sunnah adalah : jaiz atas Allah Ta'ala menciptakan kebaikan dan keburukan.

Lain halnya dengan Muktazilah yang mengatakan bahawa sesungguhnya hamba itulah yang menciptakan perbuatan-perbuatan dirinya yang ikhtiari, baik ataupun buruk.

Dan Muktazilah menyepakati bahawa Allah Ta'ala itu berkehendak pada kebaikan dan menyalahi bahawa Allah Ta'ala itu berkehendak kepada keburukan maka mereka (Kaum Muktazilah) berkata :

"Tercegah atas Allah Ta'ala berkehendak pada keburukan." Mereka (muktazilah..pent) mendasarkan yang demikian itu atas kaedah mereka yang fasid berupa tahsin dan taqbih yang aqli keduanya.

Di dalam mengukuhkan pendapatnya itu, Muktazilah berdalil bahawa : mengkehendaki kejelekan adalah jelek dan mengkehendaki keburukan adalah buruk dan Allah Ta'ala disucikan dari kejelekan dan keburukan.

Dan ditolak dalil ini kerana tidak suatu pun yang buruk dari Allah SWT, hanyalah samar atas kita kebaikannya.

Dan Muktazilah berdalil juga bahawa emberi seksa atas apa-apa yang dikehendaki Allah adalah zalim dan Allah Ta'ala disucikan dari kezaliman. Dalil inipun ditolak kerana itu adalah tasharruf (perlakuan) pada kerajaan-Nya sendiri dan dia tidaklah dihitung kezaliman berdasarkan bahawa Allah SWT itu tidak ditanyai apa yang Dia perbuat.

Dihikayatkan bahawa Iblis laknatullah pernah menjelma di hadapan Al-Imam Syafi'e r.anhu dan berkata: "Wahai Imam, apa pendapatmu terhadap Zat Yang menciptakanku untuk sesuatu yang Dia pilih dan mempergunakanku pada sesuatu yang Dia pilih dan sesudah kemudian jika Dia mahu maka Dia memasukkanku ke dalam syurga dan jika Dia mahu maka Dia memasukkanku ke dalam neraka. Adilkah Dia atau tdak...?

Berkata Al-Imam Syafi'e r.anhu " Aku telah memikirkan masalahnya itu secara mendalam maka Allah Ta'ala mengilhamkanku agar berkata : "Wahai engkau ini !! Jika Dia menciptakanmu untuk sesuatu yang engkau inginkan , maka Dia telah berbuat zalim padamu, dan jika Dia menciptakanmu untuk sesuatu yang Dia inginkan maka tidaklah Dia ditanya tentang apa yang Dia kerjakan sedangkan semua manusia akan ditanya."

Mendengar itu, iblis pun lenyap, kemudian berkata : "Demi Allah wahai Syafi'e, bahawa sesungguhnya aku telah mengeluarkan dengan masalahku ini 70,000 orang abid dari tempat ibadahnya ke tempat orang-orang kafir zindiq."

Dan tidaklah dibantah mazhab Ahlussunnah itu dengan hadis yang berbunyi "kebaikan itu dengan tanganMu sedang keburukan bukanlah kepada-Mu." kerana makna hadith ini bahawa kebaikan itu adalah dengan Qudrat dan IradatMu sedangkan keburukan tidaklah didekatkan kepada-Mu.

Dan lazim atas mazhab Muktazilah itu bahawa sebahagian besar dari kejadian-kejadian di kerajaan Allah ta'ala ini bukanlah sesuatu yang dikehendaki oleh-Nya kerana keburukan lebih banyak dari kebaikan. Dan ditolak pula oleh sabda Nabi SAW :

"Apa saja yang dikehendaki Allah , nescaya dia ada dan apa saja yang tidak dikehendakinya nescaya dia tidak ada."

Tamat....

Ya Allah, pertemukan kami dengan Junjungan kami, kekasih kami, Sayyidina wa Maulana Nabi Muhammad SAW..Ya Rasulullah, kenangkan kami disisi Tuhan-Mu...Allah...Allah..
.

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini. Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)