Renungan

Thursday, June 23, 2011

Makna Dosa di sisi Nabi SAW !!!


Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Cukup lama faqir tidak aktif menulis nota-nota seperti kebiasaan faqir yang terdahulu, tidak lain hanyalah kerana kelemahan diri ini dalam istiqamah. Faqir ingin berkongsi dengan saudara Islam yang dikasihi akan beberapa mutiara manfaat yang berharga yang faqir dapati dari Kitab Al-Anwar al-Bahiyyah Min Isra' wa Mi'raj Khairul Bariyyah bagi Al-Muhaddith Syaikh Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alwy ibn Abbas Al-Maliki Radiyallahu'anhu pada fasal makna dosa di sisi Nabi SAW. Merupakan kewajipan bagi setiap Muslim untuk mengetahui bahawa salah satu sifat wajib bagi Rasul AS adalam ma'shum, iaitu terpelihara dari melakukan dosa. Maka perhatikanlah penjelasan ulamak mengenai perkara ini, semoga Allah SWT memberikan kefahaman agama yang sebenarnya kepada kita, Amin.

Berkata Syaikh Muhammad ibn Alwy Al-Maliki RA : "Pada kisah Isra' Mikraj, disebutkan bahawa dosa-dosa Nabi SAW diampuni, baik dosa yang telah lalu mahupun dosa yang akan datang. Seorang Muslim semestinya jangan terlintas di dalam hatinya bahawa Nabi SAW berbuat dosa yang mengakibatkan kekurangan. Oleh kerana itu, para ulama menjelaskan hal ini.

Asy-Syaikh Taqiyuddin As-Subki Rahimahullah berkata : "Maksud hadis di atas sebagai bentuk penghormatan dan pengagungan bagi Nabi SAW dalam masalah ini. Dengan kata lain, seandainya ada doa, beliau pasti diampuni, akan tetai beliau sama sekali tidak pernah berbuat dosa."

Diriwayatkan dari Sayyidina Anas RA , dia berkata : "Ketika Nabi SAW pulang dari al-Hudaibiyyah, Allah swt menurunkan ayat :

"Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu serta menambahkan bagimu hidayah ke jalan yang lurus." (Al-Fath: 2)

Para sahabar RA berkata : "Berbahagialah engkau wahai Rasulullah. Allah swt telah menjelaskan apa yang akan Dia perbuat bagimu, lalu apakah yang akan diperbuat bagi kami?" Lalu turunlah ayat, yakni surah Al-Fath : 5 yang bermaksud :

"(Allah melakukan demikian) supaya Dia memasukkan orang-orang yang beriman ke dalam sungai yang mengalir di bawahnya beberapa sungai dnegan keadaan kekal di dalamnya serta menghapuskan dosa-dosa mereka, dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar."

Sebahagian ulamak mengatakan bahawa maksud dari ampunan di sini adalah menjaukan dan membersihkan dari pelbagai aib. Sebahagian ulamak lainnya mengatakan bahawa maghfirah (ampunan) di sini adalah kinayah dari pemeliharaan dan perlindungan. Dengan demikian makna ayat : "Supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang" adalah Allah swt memeliharamu dari usiamu yang telah lalu dan yang akan datang. Ungkapan ini sungguh indah dan bagus.

Diriwayatkan dari Imam As-Subki RA bahawa dia berkata : "Aku telah merenungkan ayat ini bersama ayat sebelumnya dan ayat sesudahnya, maka aku hanya mendapatkan satu tujuan sahaja, iaitu memuliakan Nabi SAW tanpa disertai dosa. Akan tetapi saya ingin menjelaskan semua jenis nikmat Allah atas hamba-hamba Nya dalam ayat ini :

Nikmat-nikmat akhirat itu ada dua macam; Pertama Salabiyah, iaitu pengampunan dosa-dosa, dan kedua Tsubutiyyah, iaitu nikmat-nikmat yang tiada habisnya. Kal ini dinyatakan oleh Firman Allah SWT : "Serta menyempurnakan nikmat atasmu."

Nikmat-nikmat dunia itu ada dua; Pertama Diniyah, hal ini dinyatakan oleh Firman Allah SWT "Dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus.". Kedua Dunyawiyah, sekalipun maksudnya adalah agama, hal ini dijelaskan dalam Firman-Nya : ' Dan supaya Allah menolong engkau dengan pertolongan yang kuat."

Tamat.

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,

Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir indallah,

Salim Azham (MSA)