Renungan

Friday, March 26, 2010

Peringatan buat mereka yang mahu beringat akan bahaya lari dari Para Ulamak dan Fuqaha' yang Muktabar.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Maka adapun kemudian daripada itu, fakir ingin berkongsi kepada sekalian sahabat dan saudara Islam yang tercinta akan kepentingan berpegang kepada Para Ulamak dan Fuqaha' yang muktabar. Ketahuilah mahsyur tidak mesti berlazim-laziman dengan muktabar. Yang mahsyur belum tentu muktabar, dan yang muktabar belum tentu mahsyur. Ambil sahaja contoh Al-Imam Syaikh Al-Azhar Al-Allamah Zakariyya Al-Anshari r.anhu. Berapa ramai dari kalangan kita yang mengenali beliau.? Sesungguhnya beliau merupakan sebesar-besar ulamak dan dianggap Mujaddid di zamannya oleh kebanyakan ulamak dan merupakan guru kepada dua Imam yang besar dalam Mazhab Syafi'e, iaitu Al-Imam Syihabuddin Ahmad ibn Hajar Al-Haythami r.anhu dan Al-Imam Syihabuddin Ar-Ramli r.anhu masing2 mengarang kitab Tuhfah dan Nihayah dalam fiqh Mazhab Syafi'e.

Maka pelajarilah akan kitab-kitab yang muktabar, iaitu kitab yang telah ditahkik dan disemak oleh para ulamak yang datang selepasnya zaman berzaman dan diiktiraf oleh mereka itu. Dan berlembut lah terhadap dirimu dalam mendengar dengan penuh insaf akan teguran dan nasihat para ulamak r.anhum . Dan bagi orang-orang yang Inad (degil dan ingkar) di dalam mendengar nasihat para Ulamak dan Fuqaha (kitab-kitab muktabar) ini, ketahuilah bahawa Baginda Junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW telah menjanjikan ke atasnya tiga bala bencana.

Perkara ini seperti apa yang ternaqal di dalam Kitab Nasa'ihul 'Ibad, Syarah bagi Kitab Munabihat bagi Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani r.anhu, yang disyarahkan oleh Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar Al-Banteni At-Tanari r.anhu , m/s 4, baris 10 dari bawah:

Telah bersabda Nabi SAW " Akan datang di atas umatku pada akhir zaman, mereka melarikan diri daripada ulamak dan fuqaha'. Lalu, Allah Ta'ala bala'kan atas mereka dengan tiga bala'. Yang pertama, Allah SWT menarik keberkatan rezeki dari kerja mereka. Kedua, Allah SWT keraskan (lantik) ke atas mereka Sultan (pemerintah) yang Zalim. Dan yang ketiga, keluar mereka itu dari dunia (mati) dengan ketiadaan iman."

Mudah-mudahan Allah SWT menjadikan kita sebagai manusia yang menerima nasihat, teguran dan peringatan yang disampaikan oleh para Ulamak dan Fuqaha' (kitab-kitab Muktabar). Janganlah kita menjadi orang yang Inad (degil dan Ingkar) dari menerima sebarang teguran dan nasihat dari Ulamak dan Fuqaha' (Kitab-kitab Muktabar).

Apalah guna cara hidupnya dan matinya seperti zahir keadaan orang-orang yang soleh, tetapi haqiqat sebenar itu, mati dalam ketiadaan iman dari kerana banyak menetang apa yang diperingatkan oleh Ulamak dan Fuqaha' (Kitab-kitab Muktabar).

Wal'iyazubillahiminzalik....(Aku berlindung kepada Allah dari perkara ini)

Ingatlah bahawa ...."Salam 'Ala Man Ittiba'al Huda"

"Salam itu hanya bagi mereka yang mahu mengikut Petunjuk sahaja"

Wallahu Yahdi ila sawaissabil

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Sunday, March 21, 2010

Pengertian Penerimaan Do'a

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Maka fakir ingin berkongsi dengan saudara sekalian akan kitab Syarah Al-Hikam oleh Al-Imam Al-Allamah Al-Arief Billah Al-Syaikh Ibn Atha'illah As-Sakandari r.anhu. Sungguh kitab ini penuh dengan kata-kata yang indah serta mempunyai pengertian yang mendalam ke sanubari manusia. Maka marilah kita merenungi sedikit permata yang berharga di dalam kitab ini InsyaAllah: Pada m/s 19.

Jangan lah kelambatan masa pemberian Tuhan kepadamu, padahal engkau bersungguh-sungguh dalam berdoa menyebabkan patah harapan, sebab Allah SWT telah menjamin menerima semua doa dalam apa yang Ia kehendaki untukmu, bukan menurut kehendakmu dan pada waktu yang ditentukan-Nya, bukan pada waktu yang engkau tentukan.

Firman Allah SWT :

"Tuhanmulah yang menjadikan segala yang dikehendakiNya dan memilihnya sendiri, tiada hak bagi mereka untuk memilih"

Sebaiknya seorang hamba yang tidak mnegetahui apa yang akan terjadi mengakui kebodohan dirinya, sehingga tidak memilih sesuatu yang tampak baginya sepintas lalu baik, padahal ia tidak mengetahui bagaimana akibatnya. kerana itu, bila Tuhan Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana memilihkan untuknya sesuatu, hendaknya rela dan menerima pilihan Tuhan Yang Maha Belas lagi Mengetahui dan Bijaksana itu, walaupun pada lahirnya pahit dan pedih rasanya. Namun, itulah yang terbaik baginya, kerana itu bila berdoa, tetapi masih belum juga tercapai keinginannya, janganlah putus harapan.

Firman Allah SWT :

"Mungkin kamu membenci sesuatu padahal itulah yang baik bagimu, dan mungkin kamu suka pada sesuatu padahal bahaya bagimu, dan Allah yang mengetahui kamu sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah:216)

Al-Imam Abu Hasan Asy-Syadziliy r.anhu ketika menafsirkan Firman Allah SWT :

"Sungguh telah diterima doamu berdua (Musa dan harun AS) iaitu tentang kebinasaan Firaun dan tenteranya maka hendaknya kamu berdua tetap istiqamah (sabar dalam melanjutkan perjuangan dan terus berdoa), dan jangan mengikuti jejak orang-orang yang tidak mengerti " (Yunus : 89)

Maka terlaksananya kebinasaan Fir'aun itu yang beerti setelah diterima doa itu, sesudah 40 tahun.

Rasulullah SAW bersabda :

"Pasti diterima doamu selama tidak gopoh, iaitu berkata :Aku telah berdoa dan tidak diterima"

Sayyidina Anas bin Malik r.anhu berkata :

Tiada seorang berdoa, melainkan pasti diterima oleh Allah SWT doanya, atau dihindarkan daripadanya bahaya, atau diampunkan sebahagian dosanya, selama ia tidak berdoa untuk sesuatu yang berdosa, atau untuk memutuskan hubungan silaturrahim.

Al-Imam Abul Abbas Al-Marsi r.anhu ketika ia sakit, datang seorang kepadanya lalu berkata : Semoga Allah menyembuhkan kau (Afakallahu). Al-Imam Abul Abbas tinggal diam dan tidak menyambut kata-kata itu kemudian orang itu berkata lagi : Allah yu'aafika. Maka dijawab oleh Al-Imam Abul Abbas r.anhu : Apakah kau kira saya tidak minta 'afiyah kepada Allah, sungguh saya telah minta 'Afiyah, dan penderitaanku ini termasuk 'Afiyah, ketahuilah Rasulullah SAW minta 'Afiyah dan baginda SAW bersabda :

"Selalu bekas makanan khaibar itu terasa olehku, dan kini masa putus urat jantungku"

Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq r.anhu minta Afiyah dan mati terkena racun.
Sayyidina Umar bin Khattab r.anhu minta afiyah dan mati terbunuh
Sayyidina usman bin Affan r.anhu juga minta afiyah dan juga mati ditikam
Sayyidina Ali bin Abi Thalib Kwh minta Afiyah juga mati terbunuh.

Maka bila kau minta afiyah kepada Allah SWT, mintalah menurut apa yang ditentukan oleh Allah SWT untukmu, maka sebaik-baik seorang hamba ialah yang menyerah menurut kehendak Tuhannya, dan mempercayai bahawa yang diberi Tuhan itulah yang terbaik baginya meskipun tidak seperti kemahuan hawa nafsunya.

Dan syarat utama untuk diterimanya suatu doa, ialah keadaan terpaksa.

Firman Allah SWT :

"Apakah yang selalu menerima doa orang yang terpaksa, apabila berdoa kepada-Nya" (An-Naml:62)

Keadaan terpaksa itu , bila merasa tidak ada sesuatu yang diharapkan selain semata-mata kurnia Allah, tidak ada sesuatu yang dapat dijadikan perantara baik dari luar yang berupa benda, atau dari dalam dirinya sendiri.

tamat...

Wallahu Yahdi ila sawaissabil

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Friday, March 19, 2010

Penegasan Ulamak R.anhum Supaya Berpegang kepada Ahli Sunnah wal jama'ah Asya'irah wal Maturidiah !!!

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Pengarang Ratib Al-Haddad yang Mahsyur, Syaikh Al-Islam Abdullah Alawi Al-Haddad Al-Hadrami r.anhu juga mengiktiraf Aqidah Asya'irah dan Maturidiah sebagai Akidah Rasulullah SAW, para sahabat dan khiyar at-tabi'in sebagaimana dikatakan beliau di dalam Risalah Al-Mu'awwanah. Syaikh Prof. Dr. Said Muhammad Ramadhan Al-Buti HafizahUllah dalam khutbahnya yang dipaparkan dalam laman web beliau yang bertajuk "Al-Asya'irah wal Al-Maturidiah" mengatakan : "Siapakah Aya'irah dan Maturidiyyah? Mereka adalah insan yang menterjemahkan 'aqidah sawad al-a'zam (majoriti ulamak) dan Rasulullah SAW memerintahkan umatnya agar berpegang dengan pegangan majoriti".

Daripada penjelasan Syaikh Al-Buti tersebut, jelas beliau menyatakan yang dimaksudkan dalam hadith Rasulullah SAW sebagai 'sawad al a'zam' adalah Asya'irah dan Maturidiyyah'. Di dalam kitab Al-Bayan lima Yusghil Al-Azhan karanagan Syaikh Prof. Dr. Ali Jum'ah (Mufti Mesir), pada m/s 131 berkata : "Mazhab Ahli Sunnah Al-Asya'irah dan Al-Maturidiah adalah merupakan mazhab yang jelas dalam semua bab-bab ilmu tauhid. Walaupun begitu, terdapat segolongan yang ingkar (yakni Wahhabi) yang berpunca daripada kejahilan mereka tentang hakikat mazhab Asya'irah terutama dalam memahami sifat-sofat Khabariyyah".

Al-Muhaddith Syaikh Prof. Dr. Sayyid Muhammad Ibn Alawi Ibn Abbas Al-Maliki r.anhu dalam kitabnya Mafahim Yajibu An-Tusohhah, pada m/s 54 mengatakan : "Mereka (Syaikh Abu Hasan Ali-Asy'ari r.anhu dan Syaikh Abu Mansur r.anhu) adalah merupakan tokoh-tokoh pembawa panji-panji kebenaran daripada ulamak muslimin yang ilmu mereka memenuhi bumi dari timur sampai ke barat."

Sayyid Muhammad Ibn Alawi r.anhu menyebutkan beberapa tokoh-tokoh Ulamak Asya'irah pada m/s 55 antaranya :

1. Syaikh Al-Islam Ibn Hajar Al-Asqalani r.anhu (pengarang kitab Fath Al-Bari Syarh Al-Bukhari)

2. Al-Imam Al-Nawawi r.anhu (pengarang kitab Syarh Sahih Muslim)

3. Syaikh Al-Mufassirin Al-Imam Al-Qurtuby r.anhu (pengarang kitab Al-Jami' li-Ahkam Al-Quran)

4. Syaikh Al-Islam Ibn Hajar Al-Haythami r.anhu (pengarang kitab Al-Zawahir dan Tuhfah Al-Muhtaj)

5. Syaikh Al-Fiqh wa Al-Hadith Al-Imam Al-Hujjah Zakariyya Al-Ansari r.anhu (pengarang Fath Al-Wahhab)

6. Al-Imam Abu Bakar Al-Baqillani r.anhu

7. Al-Imam Al-Nasafi r.anhu ( pengarang Aqidah Nasafi)

8. Al-Imam Asy-Syarbini r.anhu

9. Al-Imam Abu Hayyan An-Nahwi r.anhu

Kata Sayyid Muhammad Ibn Alawi Al-Maliki r.anhu "mereka semua ini adalah daripada imam-imam Asya'irah yang diperakui kebenaran ilmu yang dibawa".

Wallahu Yahdi ila sawaissabil

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Thursday, March 18, 2010

Suria Yang Menyinar Buat Peringatan Bagi Tiap-Tiap Mukallaf !!!

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Kali ini fakir bawakan akan kitab Syarah Matan Jauharah At-Tauhid bagi Al-Imam Al-Syaikh Ibrahim Al-Laqqani r.anhu , telah diterjemahkan oleh seorang ulama jawi dengan bahasa melayu, dikeluarkan oleh Cahaya Purnama, Madrasah Ad-Diniyyah Al-Bakriyyah, Pondok Terusan Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan.
Pada m/s 42, 5 baris dari pihak bawah :

(Yakni) Imam Malik dan sekalian Imam seperti Imam Syafi'e dan Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad yang anak Hambal dan barang yang lainnya dan demikian Abu Qasim Junaid Al-Baghdadi , Imam segala Ahli Tasawuf itu WAJIB atas segala mukallaf mengiktikadkan bahawasanya mereka itu tentu benarnya serta menunjukkan segala umat Muhammad yang syarifah maka WAJIB atas tiap-tiap mukallaf itu mengikut ia akan khabarnya salah suatu daripada mereka itu yakni WAJIB atas segala mukallaf itu masuk serta mengikut dalam salah satu daripada mazhab yang empat dalam pihak hukum Adat.

(Dan) WAJIB pula atas mereka itu masuk serta mengikut dalam salah satu daripada dua Imam dan iaitu Imam Abu Hasan Ali Asya'ri dan Imam Abu mansur Maturidi dalam Ilmu Usuluddin (dan) wajib pula atasnya masuk serta mengikut Imam Abu Qasim Junaid Al-Baghdadi dalam ilmu Tasawwuf , maka apabila telah masuk ia daripada salah satu daripada mereka itu, maka keluarlah orang itu daripada taklif dan syarat orang yang masuk serta mengikut itu hendak mengiktikadkan bahawasanya iaitu yang terlebih rajih daripada lainnya atau bersamaan (Syahadan) bermula Imam yang empat orang itu yang Mujtahid Mutlak dan ilmu Hukum yang bangsa syarak maka keluar segala mukallaf daripada daerah taklif dengan taqlid salah suatu daripada mereka itu jikalau telah mengenal ia daripada barang yang disyaratkan dalam mazhabnya (Dan adapun) masalah yang berkhilaf orang yang Mujtahidin itu maka iaitu lima perkara , pertama dalam hukum yang bangsa syariat dan kedua dalam hukum furu' dan ketiga di dalam bicara asbabnya dan keempat dalam bicara syaratnya dan kelima dalam hujahnya yang menjadi dalili ia mengisbatkan demikian hukum itu maka lima perkara itu tempat khilaf orang yang mujtahid mutalk Wallahu A'lam.

(dan adapun) Hukum yang ittifaq segala Mujtahid yang Mutlak seperti hukum wajib sembahyang lima waktu memberi zakat, dan puasa pada bulan ramadhan dan barang sebagainya maka iaitu tiada dinamai akan demikian itu khusus mazhab seorang dan TIADA HARUS tiap-tiap mukallaf itu keluar ia daripada salah suatu daripada mereka itu dalam segala hukum yang syariat dan tafsilnya bicara itu telah tersebut dalam beberapa kitab yang ma'thulat Wallahu 'Alam.

Tamat....

Wallahu Yahdi ila sawaissabil

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Tuesday, March 16, 2010

Permata yang bertatah bagi memperingatkan Fitnah Dajjal !!!

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Fakir membawakan Kitab Aqidatunnajin Fi Ilmi Usuluddin , karangan Al-Ariff Billah Al-Allamah Al-Syaikh Zainal Abidin bin Muhammad Al-Fathani r.anhu yg terkenal dengan gelaran Tuan Minal Al-Fathani r.anhu. Kitab ini adalah terjemahan atas kitab besar Hasyiah Dusuki 'Ala Ummul Barahin bagi Al-Imam Al-Akbar As-Sanusi r.anhu dengan beberapa tambahan yang bermanfaat oleh Al-Syaikh Tuan Minal Fathani r.anhu. Pada m/s 62 :

(Tanbih (*peringatan)) Hai segala saudara yang Muslimin , hendaklah kita bersungguh-sungguh mengetahui akan dalil mukhalafah (*iaitu sifat wajib bagi Allah , Mukhalafatuhu lil Hawadith) ini kerana dengan dialah boleh menolakkan sebesar-besar fitnah dunia dan fitnah akhirat dan segala syubhah yang didatangkan oleh orang yang sesat dengan bagai-bagai penyamaran yang dinamai akan mereka itu dajajil (dajal-dajal)

(Adapun) yang terlebih besar fitnah pada dunia maka iaitu Dajjal kerana ia mendakwa akan ketuhanan maka ialah seorang yang muda yang tiada janggutnya dan ada baginya misai dan buta matanya sebelah, Kata setengah (*Ulamak) mata kiri dan kata setengah ulamak tiada tertentu mata yang kiri yang buta itu kerana berganti-ganti yang buta itu pada satu waktu buta pada pihak kiri dan pada satu waktu yang lain pada pihak kanan, maka matanya itu sangat timbul bijinya sepeti buah 'anib maka tiada ada bandingan seperti demikian mata itu lagi tambun tubuhnya dan tingginya delapan puluh hasta dan lebar antara dua belikatnya itu tiga puluh hasta dan panjang dahinya itu dua hasta dan ada baginya tanduk panah pada kepalanya maka keluar ia daripadanya beberapa ular dan rambut kepalanya itu seperti cawang kayu dan panjang tangannya sebelah daripada satunya mencapai ia akan awan dengan tangannya dan mengambil ikan ia di dasar laut dan dubakarnya kepada matahari dan berjalan ia di dalam laut hingga tumitnya jua dan keluar ia daripada negeri Khurasan dan berteriak ia tiga kali mendengar akandia oleh Ahli Masyriq dan Ahli Maghrib dan dilipat akan bumi baginya seekor himar yang terpotong ekornya putih warnanya dan antara dua telinga khimar itu empat puluh hasta dan kata qil (*sbhgn pendapat ulamak) tujuh puluh hasta dan dapat bernaung di bawah salah satu telinganya tujuh puluh orang

Dan satu langkahnya itu perjalanan tiga hari, maka ditaruk di atas belakangnya mimbar daripada tembaga maka duduk ia atasnya dan mengikut akan dia beberapa jemaah daripada jin dan manusia yang mempunyai permainan yang sia-sia sekaliannya dan dipukul akan gendang dihadapannya , maka tiada mendengarkan akan yang demikian itu oleh seorang melainkan mengikut akandia.

Maka disuruhnya akan awan hujan maka hujan ia dan disuruhnya sungai mengalir ia kepadanya maka mengalir ia dan disuruhnya kembali maka kembali ia maka jikalau disuruhnya kering maka kering ia dan menyuruh ia akan bumi tumbuh maka tumbuh ia dan disuruh keluar perbendaharaan daripada bumi itu maka keluar perbendaharaannya dan lagi sertanya beberapa bukit daripada roti dan makanan dan segala manusia pada waktu itu di dalam kesusahan daripada ketiadaan makanan melainkan orang yang mengikut akandia

Dan sertanya syurga dan neraka maka keduanya itu rupa-rupaan jua bukan syurga dan neraka yang sebenarnya kerana api neraka itu (*iaitu neraka yang dibawak oleh dajjal ) sungai air tawar lagi sejuk dan mendakwa ia akan ketuhanan dan menyeru ia akan manusia kepada beriman dengan dia dan sertanya 2 malaikat salah seorang pada pihak kanan dan satu lagi pihak kirinya menyerupa oleh keduanya dengan dua Nabi . Kata setengah ulamak yang ghalib pada zhan bahasanya Isa dan Muhammad . maka apabila berkata Dajjal itu tiadakah aku tuhan kamu? aku menghidupkan dan mematikan.

Kata salah seorang dari kedua malaikat itu , Dusta engkau dan tiada mendengar akandia oleh seorang daripada manusia melainkan taulannya yakni melainkan yang mendengarnya Malaikat yang satu lagi itu. Maka berkata malaikat yang mendengar bagi taulannya itu Sadaqta yakni benar engkau maka mendengar oleh manusia akan kata malaikat yang berkata benar engkau maka menyangka oleh mereka itu bahwasanya membenar ia akan Dajjal padahal ia kmembenarkan akan orang yang berkata Dusta engkau itu, Maka ORANG YANG TIADA PADANYA DALIL MUKHALAFAH mengikrarkan ia baginya dengan ketuhanannya seperti Yahudi dan segala perempuan dan 'Arab maka berkata ia bagi seorang, "Adakah aku khabarkan dikau jika akku bangkitkan bagi kamu bapa kamu dan ibu kamu adakah engkau naik saksi bahawasa aku tuhan kamu ? maka berkata mereka itu , bahkan maka rupa oleh dua syaithan pada rupa bapaknya dan ibunya maka berkata keduanya , "hai anakku ikut olehmu akandia maka bahawasanya ialah tuhan kamu", dan orang yang teguh berpegang dengan dalil Mukhalafah ingkar ia akan ketuhanannya kerana bahawasanya ia jisim yang berlaku atasnya oleh barang yang berlaku atas segala jisim seperti lemah kerana bahwasanya lemah ia pada akhir pekerjaannya yakni tiada dapat daripada menzahirkan suatu yang mencarikkan bagi adat dan dibunuh oleh Nabi Isa anak Maryam AS.

Tamat.......

Wallahu Yahdi ila sawaissabil

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Sunday, March 14, 2010

Huraian Sifat yang Keempat : Mukhalafatuhu Ta'ala Lil hawadith

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Fakir kemukakan antara kitab palibg ringkas tapi padat yang membicarakan tentang ilmu Akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah, iaitu kitab Misbahul Munir Fi Makrifatillah Al-Qadir, karangan Tuan Guru Abdul Aziz bin Ismail Al-Fathani rah. , yang bermukim di kampung paloh, bunut payung, kota Bharu Kelantan. Pada m/s 16 :

Wajib pada syarak pula di atas tiap-tiap mukallaf mengetahui serta iktikad dan mengaku putus di dalam hatinya akan tentu sungguh bersalahan Allah Ta'ala bagi segala yang baru dan tidak menyamainya. Firman Allah Ta'ala " Tidak ada seperti Zat Alalh Ta'ala sesuatu dan ialah yang mendengar dan yang melihat" (Asy-Syura :11)

Dan bersalahan Allah Ta'ala bagi segala yang baru dan juga tidak menyamai itulah dikatakan Sifat Mukhalafatuhu Ta'ala lil Hawadith dan makna bersalahan itu 3 perkara. Bersalahan pada Zat, dengan makna Zat Allah Ta'ala BUKANNYA JIRIM YANG BERTEMPAT walau di mana tempat dan makhluk ini semuanya Jirim yang bertempat. Kalau begitu tidak buleh dikatakan Allah Ta'ala itu bertempat di mana-mana tempat. Maka jika didapati di dalam Al-Quran atau Hadis barang yang memberi Waham menyerupai dan bertempat maka dinamakan ayat itu MUTASYABIHAT dan Hadis MUTASYABIHAT. Maka, WAJIB DITAKWIL akandia supaya lepas daripada Syubhah itu sama ada takwil Ijmali seperti Ulama Salaf atau Takwil Tafshili seperti takwil Ulama Khalaf.

Maka seperti Firman Allah Ta'ala " yadullah fauqa aidihim" (Al-Fath : 10) Berkata Ulama Salaf r.anhum pada tafsirkan ayat itu begini : Bermula Yad Allah itu atas segala tangan-tangan mereka itu. Bukanlah lafaz Yad itu dengan makna Tangan kerana jikalau Yad dengan makna tangan, maka tidak dinama lagi ayat Mutasyabihat dan berkata Ulama Khalaf r.anhum pada mentafsirkan ayat itu begini : Bermula kekuasaan itu atas segala kekuasaan mereka itu. Maka lafaz Yad dengan makna Qudrat begitulah tiap-tiap ayat dan hadis yang Mtasyabihat berlaku Takwil di antara dua Qaul (Salaf dan Khalaf) itu.

Dan bersalahan pada Sifat itu ialah Sifat-Sifat Tuhan itu bukan 'Aradh yang bertekap di jirim dan bertempat bersama dengan Jirim. Kalau begitu tidak bolehlah dikatakan Tuhan berjihah di mana-mana Jihah dan sebagainya dari Sifat-Sifat yang baru. Dan bersalahan pada perbuatan itu ialah perbuatan Allah Ta'ala, bukan seperti perbuatan yang baru, kerana perbuatan Allah Ta'ala menjadikan yang tiada kepada ada dan pula perbuatan Allah Ta'ala bukan daripada bahan-bahan benda dan perkakas alat jentera.

Dan Dalil bersalahan Allah Ta'ala bagi segala yang baru dan tidak menyamai itu ialah kita fikir jikalau Allah Ta'ala tidak bersalahan bagi segala yang baru nescaya adalah ia menyamai dengan sesuatu yang baru ini, maka jika menyamai dengan yang baru tentulah ianya nyata maka tetaplah bersalahan Allah Ta'ala bagi segala yang baru dan tidak menyamai itulah pengakuan yang sebenar yang membetuli dengan pengakuan Tuhan di dalam Quran :

Surah Al-Ikhlas (1 - 4)

Maka nyata daripada Surah Al-Ikhlas itu bahawa Allah Ta'ala bersalahan dengan segala yang baru. Wallahu 'Alam

Tamat...........

Wallahu Yahdi ila sawaissabil

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Saturday, March 13, 2010

Yaa Sayyidii Yaa Rasulullah !!

Yaa Sayyidii Yaa Rasulallah
Yaa Manlahul Jah Indallah
Innalmuhsi Innal Qadja'u
Li Dzanbiyyaa staqfirunallah

Wahai Tuhan Allah Ta'ala
Hidupkan hati dengan cahaya
cahaya Nabi....Nabi yang mulia
Nabi pemberi penuntun syurga

Yaa Sayyidii Yaa Rasulallah
Yaa manlahul jah indallah
Innalmuhsi innal qadja'u
Li dzanbiyyaa staqfirunnallah

Yaa Allah Wahai Tuhan Hamba
Pandanglah dengan ridho semata
curahkan rahmat di alam dunia
agar bertemu Nabi yang mulia

Yaa Sayyidii Yaa Rasulallah
Yaa manlahul jah indallah
Innalmuhsi innal qadja'u
Li dzanbiyyaa staqfirunnallah

Yaa Allah Tuhan dirikan hamba
Dengan ridhomu yang Maha Mulia
Jangan kau lirik sebagai hamba
hamba yang jauh dari cahaya

Yaa Sayyidii Yaa Rasulallah
Yaa manlahul jah indallah
Innalmuhsi innal qadja'u
Li dzanbiyyaa staqfirunnallah

Di hari ini kami berdoa
mengucap nama Nabi yang mulia
bersihkan hati dari dosa
jauhkan diri dari neraka

Yaa Sayyidii Yaa Rasulallah
Yaa manlahul jah indallah
Innalmuhsi innal qadja'u
Li dzanbiyyaa staqfirunnallah

Syair ini Syair Tsaqolain
Cucunya Nabi Hasan dan Hussein
keturunannya tertera di Quran
pengikutnya dibenci Syaitan

Yaa Sayyidii Yaa Rasulallah
Yaa manlahul jah indallah
Innalmuhsi innal qadja'u
Li dzanbiyyaa staqfirunnallah

Solawat salam padamu Nabi
bersama keluargamu yang suci
Dan sahabatmu yang pemberani
membelamu sampai mati

Yaa Sayyidii Yaa Rasulallah
Yaa manlahul jah indallah
Innalmuhsi innal qadja'u
Li dzanbiyyaa staqfirunnallah

Dengan bismillah kami awali
Alhamdulillah kami akhiri
puji Zat Tuhan yang Maha Tinggi
Wahai Ilahi Allahu Robbi

Yaa Sayyidii Yaa Rasulallah
Yaa manlahul jah indallah
Innalmuhsi innal qadja'u
Li dzanbiyyaa staqfirunnallah

Wednesday, March 10, 2010

Sinaran Mentari Buat Penyuluh Bagi Insan Dari Kegelapan dan Kesesatan Mujassimah !!!

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Maka fakir persembahkan akan kitab Thurath , merupakan kitab yang sangat muktabar yg berusia 197 tahun, digunakan oleh Universiti Al-Azhar Al-Syariff dalam Usuluddin , dikarang akan dia oleh Al-Imam Ibrahim bin Hasan Al-Laqqani r.anhu (1041 H), seorang Imam yang sangat terulung dalam Usuluddin dan kemudiannya disyarahkan oleh Syaikhul Azhar ke-19 , Al-Imam Ibrahim bin Muhammad Al-Baijuri (1198 H), atau Imam Bajuri r.anhu, dan dinamakan akan kitab ini Tuhfatul Murid 'Ala Matni Jauharah At-Tauhid. Maka telah diterjemahkan Al-Ustaz H. Mujiburrahman, Pengasuh Pondok Pesantren Al-Raisiyah Sekarbela, dan dinamakan kan dia Permata Ilmu Tauhid.

Pada m/s ke 221

Mujassimah itu tidaklah TERHUKUM KAFIR KECUALI jika mereka berkata :

1) Allah itu adalah satu jisim di antara beberapa jisim.

2) Allah itu adalah Aradh yang berdiri dengan jisim.

3) Allah itu berada pada satu jihat bagi jirim.

4) Allah itu mempunyai arah.

5) Allah itu bertempat pada satu tempat

6) Allah bersifat dengan dengan hawadith seperti qudrat yang baru , iaradah yang baru, gerakkan atau diam, putih atau hitam dan seumpama yang demikian.

7) Mengatakan Allah bersifat dengan saghir yakni sedikit juzuk-juzuk-Nya atau dengan Kabir yakni banyak juzuk-juzuk-Nya.

MAHA SUCI ALLAH DARI YANG DEMIKIAN ITU SEMUA. Maka tidaklah Allah SWT itu di atas Arasy dan tidak pula di bawahnya, tidak di kanannya, dan tidak pula di kirinya serta seumpama yang demikian. Dan tidak juga Allah SWT itu mempunyai atas, tidak pula bawah, tidak kanan, tidak pula kiri serta seumpama yang demikian. Dan tidaklah Allah SWT itu Saghir dan tidak pula Kabir dengan makna yang telah disebutkan.

Wallahu Yahdi ila sawaissabil

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Monday, March 8, 2010

Mengenang Kembali Nabi Muhammad SAW !!

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Ketahuilah !! Betapa banyak pun buku yang ditulis oleh para penulis dalam mengungkapkan keagungan dan segi-segi kebesaran Baginda SAW, namun mereka tetap belum berhasil sepenuhnya dalam memerinci segala sifat, karakter dan budi yang memancar dan menghias peribadi Nabi SAW yang telah mencapai puncak kesempurnaan insani, dan dipilih oleh Allah SWT untuk menyampaikan ajaran-Nya, Nabi SAW yang tidak berucap menurut kemahuan dan dorongan hawa nafsunya, kerana semua ucapan Baginda SAW tidak lain adalah wahyu yang disampaikan kepadanya, dan satu-satunya Rasul yang dipuji oleh Allah SWT dengan Firman-Nya :

"Sesungguhnya engkau (Hai Muhammad) berbudi pekerti yang agung" (Al-Qalam :4)

Dan ayat-ayat seumpama ini banyak kita temui dalam Al-Quran yang Suci.

Maka kian meningkat maju akan umat manusia ini dalam bidang peradaban, makin dikenal dan diakui pula jasa-jasa dan kebenaran Nabi SAW itu, terhadap perikemanusiaan dan umat manusia secara keseluruhan.

Empat belas abad sudah berlalu sejak pemergian Nabi Muhammad SAW, meninggalkan alam yang fana' ini, Namun, keagungan peribadinya tetap menawan hati, memenuhi telinga dan kenangan akan dirinya, merupakan sumber inspirasi yang tak kunjung kering, dan Baginda SAW tetap sebagai teladan tertinggi yang mulia.

Segenap umat manusia perlu menyedari , bahawa Nabi SAW yang mulia dan kasih sayang itu, adalah Rasul yang berjuang demi keselamatan mereka. Kebesaran Nabi SAW bukan bersumberkan fanatisme atau kedudukan dan harta, tidak pula kerana bangsa yang melahirkan atau kemuliaan salasilah keturunannya, tapi kegungan dan kebesaran itu justeru kerana keperibadian, keluhuran akhlak dan luas bidang yang ditangani oleh Baginda SAW.

Bagindalah SAW insan kamil yang hidup dan matinya untuk Allah SWT semata-mata. Dialah Rasul yang dipilih oleh kudrat dan kehendak Ilahi Rabbi di antara semua makhluk-Nya untuk mengembang dan menyampaikan panggilan-Nya kepada seluruh penghuni alam ini.

Baginda SAW datang di saat umat manusia terkapai-kapai di zaman fatrah di kala tali hubungan mereka dengan langit sudah lama terputus, yang pernah ditegakkan oleh para Rasul dan Para Nabi yang datang sebelumnya dengan susah payah.

Maka risalah terakhir yang dibawa oleh Nabi penutup dan Rasul penyudah itu, dikehendaki agar menjadi Agama Ilahi bagi setiap insan, kerana agama yang satu ini benar-benar selari dengan fitrah dan naluri manusia . Firman Allah SWT :

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Agama Allah, dan tetaplah atas agama Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu, tidak ada perubahan pada agama Allah, itulah Agama yang lurus tapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (Ar-Rum : 30)

Agama yang mengajarkan Tauhid dalam erti kata yang semurni-murninya, dan menggariskan dasar bagi tertegaknya keadilan, kebebasan, persamaan, dan persaudaraan antara umat. Maka nilai-nilai ini hakikatnya bertujuan meninggikan martabat manusia, di samping menganjurkan kasih sayang, tolong menolong, menyebarkan ilmu pengetahuan dan menentang kemungkaran, kemusyrikan serta hawa nafsu yangangkara murka. Yang kesemuanya itu untuk menghimpun seluruh umat manusia bernaung di bawah panji ajaran Allah dan Syariat-Nya.

Dan sebelum wafat meninggalkan dunia fana' ini, Rasulullah SAW sempat menyampaikan seruan ilahi kepada raja-raja dan para penguasa di dunia pada kala itu antaranya Raja Parsi, Amir bahrain, An-Najasyi, Raja Habsyah, Jaja Muda Mesir, dan heraclius Kaisar Rom.

Demkian pula para khalifahnya yang datang silih berganti, dengan tekun dan penuh tanggungjawab memikul dan melaksanakan tugas berat, mengumandangkan dakwah , meyebarluaskan ke seluruh pelusuk, sehingga tertegak suatu peradaban cemerlang, yang hingga kini tetap diwarisi oleh pelbagai suku bangsa, baik sebagai akidah dan akhlak mahupun dalam bidang hukum, dan diterimanya sebagai pusaka yang tak ternilai harganya , tetap terpelihara dan akan terus hidup, selama planet bumi masih dihuni oleh makhluk yang bernama manusia !!!

Wallahu Yahdi ila sawaissabil

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Petir Yang Membakar Bagi Menolak Fahaman Hizbut Tahrir !!

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Maka fakir bawakan Risalah Tahzir (Risalah Peringatan) yang dikeluarkan oleh Qismul Abhas wal Darusah Al-Islamiyah, Darul Masyarik Al-Khairiyah Al-Islamiyyah, Beirut Lubnan iaitu "Bahagian Penyelidikan dan Pengajian Islam , Persekutuan Kebajikan Agama Islam.

Pada m/s 139 :

"Dan antara kesesatan mereka (Hizbut Tahrir) yang besar adalah perkataan mereka, bahawa makhluk menjadikan perbuatannya yang sengaja / ikhtiar dan perbuatan yang tidak sengaja (seperti fahaman Muktazilah..pent)(Tuan-tuan boleh lihat sendiri kitab fundamental mereka iaitu Syakhsiah Islamiyyah yg dikarang oleh pengasas HT sendiri iaitu Taqiyuddin An-Nabhani). Mereka menyalahi firman Allah Ta'ala :

"Allah menjadikan akan tiap-tiap sesuatu" (Az-Zumar :62)

kerana "sesuatu" itu merangkumi jisim dan perbuatan jisim. Dan firman Allah Ta'ala : "Adakah yang menjadikan itu selain daripada Allah?" (Al-Fatir : 3 ), Dan Firman Allah Ta'ala lagi : "Katakanlah (Wahai Muhammad) , sesungguhnya sembahyang aku, ibadatku, hidupku, matiku adalah milik bagi Allah, Tuhan sekalian Alam, dan "Tidak ada sekutu bagi Allah" (Al-An'am :162 - 163).

Ayat ini membuktikan bahawasanya Allahlah yang telah menjadikan seluruh sembahyang dan ibadat, sedangkan kedua-duanya (yakni sembahyang dan ibadat) itu adalah merupakan perbuatan hamba yang sengaja, manakala mati dan hidup adalah bukan dari perbuatan hamba yang sengaja, kedua-duanya (perbuatan sengaja dan tidak sengaja) adalah dijadikan Allah Ta'ala, tiada sekutu bagi Allah akan sesuatu pun yang menjadikan perkara ini, iaitu pada menjadikan yang demikian itu, iaitu daripada Adam (tidak ada) kepada wujud (Ada).

Ayat di atas tadi menunjukkan bahawa setiap perkara yang wujud, sama ada daripada jisim, pergerakan, diam, warna, fikiran, kehendak, sakit, lazat, faham, lemah, dan dhaif dan dll; tiap-tiap yang demikian itu adalah Allah yang jadikan, tiada lagi yang menjadikan perkara-perkara tersebut selain daripada Allah.

Hamba hanya melakukan pada zahir, tetapi mereka tidak sekali-kali menjadikan perbuatan mereka pada hakikat. Perkara ini adalah apa yang telah diijma'kan oleh orang islam dan Jumhur Ulamak , pada zaman dulu hinggalah hari ini.

Antara ayat-ayat Al-Quran yang menunjukkan bahawa hamba tidak menjadikan perbuatannya sendiri secara mutlak, sama ada yang ikhtiar mahupun yang bukan ikhtiar, iaitu Firman Allah Ta'ala :

"Bukan kamu yang membunuh mereka, tetapi Allah lah yang membunuh mereka" (Al-Anfal :17)

Kita sedia maklum bahawa ada para sahabat yang berperang, dan melakukan pembunuhan. Namun, Allah menafikan daripada mereka, bahawa sesungguhnya mereka telah membunuh dari segi hakikat, kerana perbuatan membunuh yang dibuat oleh para sahabat itu adalah berhasil, akan tetapi pembunuhan itu bukanlah mereka yang jadikan (pada hakikat). Perbuatan membunuh pada zahirnya nampak seperti para sahabat yang buat, tetapi sebenarnya Allah lah yang menjadikan perbuatan para sahabat itu, iaitu daripada tiada kepada ada.

Kemudian Allah SWT berfirman seperti ayat tadi : "Bukan engkau yang melontar (wahai Muhammad ) , tetapi Allah lah yang melontar" (Al-Anfal : 17). Bahawasanya Allah SWT menafikan perbuatan melontar yang dilakukan Rasulullah SAW daripada sudut hakikat, dan bahawasanya Allah lah yang menzahirkan (perbuatan melontar oleh rasulullah SAW) daripada adam/tiada kepada wujud/ada, iaitulah Allah lah yang menafikan perbuatan melontar itu dari satu sudut, dan Allah sabitkan / tetapkan pula perbuatan melontar itu dari satu sudut yang lain, iaitu Allah menafikan kerja melontar itu makhluk bagi manusia, yakni perbuatan melontar itu bukan kerja makhluk yang jadikan, bukan makhluk yang gerakkan, tetapi hanya boleh dikatakan bahawa makhluk mempunyai ikhtiar pada sudut zahir sahaja.

Maka Hizbut Tahriri telah menyalahi maksud kedua-dua ayat Al-Quran tadi yang jelas bertentangan dengan apa yang mereka iktikadkan. Berkata Imam Abu Hanifah r.anhu : "Perbuatan hamba, perbauatn daripada mereka adalah perbuatan zahir, sebenarnya yang menjadikan itu Allah." Inilah yang diiktikadkan oleh Umat islam Salaf dan khalaf. tidak ada orang Islam yang boleh menyalahi pendapat ini, sesiapa menyalahi pendapat ini, amaka dia telah menyalahi Al-Quran dan telah menyalahi hadith Rasulullah SAW.

Tamat....

Wallahu Yahdi ila sawaissabil

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Saturday, March 6, 2010

Mengapa Mempertikaikan Maulid? - Syaikh Fuad Al-Maliki

Alhamdulillah. Setinggi pujian kita rafa`kan ke hadrat Allah Rabbul Jalil di atas limpahan nikmatnya kita dipertemukan dan dapat melalui hari-hari bulan Rabi` al-Awwal tahun ini yang menyuburkan ingatan dan ikatan kasih kita dengan kekasihNya, Nabi kita, Sayyiduna Muhammad SAW. Nampaknya sambutan umat Islam di serata pelusuk dunia terhadap hari dan bulan kelahiran Nabi SAW tetap segar dan bersemangat. Di negara kita sendiri, pelbagai bentuk sambutan yang diadakan di pelbagai peringkat mendapat sokongan dengan kehadiran begitu ramai anggota masyarakat. Masih banyak lagi majlis yang dijadualkan dalam masa terdekat sehingga mungkin melimpah keluar bulan Rabi` al-Awwal. Semua ini adalah suatu nikmat dan kurniaan istimewa daripada Allah SWT bagi umat dan negara kita. Kita berdoa agar umat Islam di Malaysia akan sentiasa terkedepan dalam mengagungkan, menyanjung, mempertahankan dan membuktikan kecintaan kita terhadap Sayyiduna Muhammad SAW yang semuanya merupakan inti dan hakikat sambutan Maulid Nabi.

Kita berdoa agar sambutan Maulid Nabi di negara kita akan terus meriah dan lebih semarak walaupun terdapat suara-suara yang nampaknya tidak senang dan kelihatan seolah-olah alahan (alergik) dengan sambutan Maulid. Pada tahun ini, suara-suara ini turut ‘menumpang’ isu pembatalan perarakan sambutan Maulid di salah sebuah negeri. Sebenarnya, saban tahun, apabila datang sahaja bulan Maulid, ada sahaja suara-suara, yang nampaknya bersumber daripada orang-orang yang sama, yang mempermasalahkan, mempertikaikan dan tidak senang dengan Maulid. Sikap tidak senang ini disuarakan pada pelbagai tahap dan dengan pelbagai ibarat. Ada yang menafikan adanya keistimewaan atau fadhilat Maulid Nabi SAW dan membanding-bandingkannya dengan keutamaan Nuzul Quran. Ada yang mengungkit-ungkit bahawa sambutan Maulid tidak pernah dibuat oleh Nabi SAW dan para sahabatnya (maksud Bid`ah yang sesat). Ada pula yang memilih musim Maulid ini untuk menulis dan menekankan tentang soal keinsanan Nabi Muhammad SAW. Dan ada juga yang mempertikaikan cara dan kaedah sambutan itu diadakan. Mereka yang faham dan mengenali suara-suara ini tidaklah terlalu terperanjat walaupun tetap menepuk dahi dan mengurut dada kerana sedih dan kesal dengan kekeliruan yang cuba dijaja dan kedegilan sikap yang ditonjolkan. Mereka yang kurang mengerti dan memahami pula mungkin sedikit-sebanyak akan terkeliru dan timbul kesangsian terhadap sambutan Maulid. Apatah lagi jika isu ini turut bercampur dan bertindan dengan isu dan sentimen politik kepartian.

Bukanlah terlalu besar isunya, jikalau yang dipertikaikan tentang Maulid ini adalah kaedah dan cara sambutannya. Prinsip-prinsip Islam dalam menentukan kaedah dan cara dalam sesuatu amalan sudah ada pada kita. Yang haram dan halal sudah jelas dalam Islam, manakala yang syubhah eloklah dijauhi. Kita turut diajar berlapang dada dalam persoalan yang statusnya masih khilaf. Kita juga dilarang mempertikaikan niat orang lain serta perlu bersangka baik sesama Islam. Berbekalkan sikap ini soal-soal rinci seperti berarak atau tidak, pembaziran, percampuran dan batas aurat, lafaz dan bacaan selawat, berkompang dalam masjid dan sebagainya dapat kita sikapi tanpa menimbulkan banyak masalah.

Malangnya, sebahagian suara-suara yang alahan Maulid ini turut mempertikaikan prinsip dan hukum Maulid serta kewajaran dan kebijaksanaan menganjurkannya dari sisi Islam. Ini adalah soal yang lebih besar dan mendasar. Kegelinciran kaki dalam hal ini boleh melibatkan soal-soal besar termasuklah menyakiti Nabi SAW, tidak beradab dengan Baginda SAW, menentang syiar Islam, menyesatkan para ulama dan umat Islam, memecahkan kesatuan umat dan seumpamanya. Tidak hairanlah seorang tokoh ulama Yaman, al-Allamah Abu Abdullah `Alawi al-Yamani turut memperuntukkan bab khusus tentang persoalan Maulid dalam kitabnya yang bertajuk Intabih Diinuka fi Khotrin (Awas, Agamu Dalam Bahaya!). Memang, jika tidak berhati-hati, kata-kata dan perbuatan kita dalam bab Maulid ini boleh membahayakan dan mengancam agama kita sebenarnya.

Kerangka Fikir Menolak Maulid

Jika diteliti, ada beberapa kerangka faham agama tertentu yang dipegangi oleh mereka yang alahan Maulid ini yang akhirnya menyebabkan mereka bersikap begitu. Kerangka faham agama yang sama juga menyebabkan mereka turut mempermasalahkan dan berbeza sikap dengan majoriti umat dalam soal-soal tertentu seperti fiqh bermazhab, tasawuf, dan beberapa isu-isu khilafiyyah. Kita boleh menyimpulkan kerangka faham agama mereka ini kepada beberapa fahaman utama :

Pertamanya : fahaman mereka yang ganjil berkenaan prinsip dan konsep Bid`ah. Mereka tidak mahu menerima pandangan ulama-ulama muktabar yang membahagikan Bid`ah kepada yang sesat dan yang terpuji. Bagi mereka semua Bid`ah dalam hal agama adalah sesat. Mereka keras berpegang dengan tafsiran literal dan sempit kepada hadis yang berkaitan persoalan Bid`ah ini.

Kedua : mereka terlalu menekankan sikap Ittiba` (mematuhi) dalam sikap mereka terhadap Nabi SAW dan Sunnahnya. Seterusnya, secara langsung atau tidak mereka ini sering mempertentangkan Ittiba` dengan sikap-sikap lain kita terhadap Nabi seperti Hubb (mengasihi) Ta`dzim (mengagungkan), Tasyaffu` (memohon syafaat), Tabarruk (mengambil berkat), Tawassul (mengambil sebagai perantaraan) dan seumpamanya.

Ketiga : mereka berpegang serta bertaklid kuat dengan fahaman dan tafsiran beberapa tokoh ulama khalaf tertentu yang akhirnya telah diolah dan terolah menjadi suatu aliran terasing daripada arus perdana Umat. Berbekalkan fahaman-fahaman dalam aliran ini yang telah mereka angkat ke tahap doktrin dan memang disebarkan secara indoktrinasi (secara perbincangan sebelah pihak serta tidak saksama ataupun objektif), mereka ini rata-rata bersikap lebih pesimistik dan cenderung mempertikaikan tafsiran para ulama lain selain daripada beberapa ulama yang menjadi ikutan mereka.

Jika direnungi fahaman-fahaman asas mereka ini maka tidak hairanlah mereka ini cenderung menolak Maulid. Sebaliknya, mereka yang mendokong Maulid tidak perlu mengambil-kira pandangan ini kerana asas-asas fahamannya ternyata berbeza dengan arus perdana Umat. Pertamanya, di sisi majoriti umat, sambutan Maulid adalah paling kurangpun dikira sebagai Bid`ah Hassanah. Malah ada pandangan menyatakan bahawa ia termasuk sunnah yang dimulakan oleh Nabi SAW sendiri berdasarkan hadis yang menyebut bahawa kelahirannya pada hari Isnin menjadi salah satu asas Baginda SAW berpuasa sunat pada hari-hari tersebut, “Padanya (hari Isnin) aku dilahirkan dan padanya (hari Isnin wahyu pertama) diturunkan kepadaku.”( Syarah Sohih Muslim, Imam Nawawi Jld 8 H: 235)

Majoriti umat juga tidak melihat konsep Ittiba`, Hubb, Ta`dzim, Tasyaffu`, Tabarruk dan Tawassul sebagai konsep-konsep yang bercanggahan antara satu sama lain. Malah semuanya adalah sebahagian dan selari dengan dasar mematuhi dan mentaati Nabi SAW kerana konsep-konsep ini tidaklah dilarang atau bercanggah dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW.

Merujuk kepada asas fahaman mereka yang ketiga, majoriti Umat Islam telah mewarisi khazanah fahaman agama meliputi ketiga-tiga cabang utamanya Aqidah/Tauhid, Shariah/Fiqh dan Akhlak/Tasawwuf daripada generasi demi generasi ulama-ulama pilihan dalam suatu kerangka yang kemas dan sistematik. Para pemuka ulama Umat dalam kerangka ini rata-ratanya tidak menolak dan mendokong Maulid sehingga boleh dianggap terdapat sebentuk Ijma` Sukuti (ijma` senyap) tentang sambutan Maulid Nabi selepas ia mula dianjurkan secara besar-besaran.

Keinsanan Rasulullah SAW

Dalam kehangatan kita cuba mendaulatkan dan menyanjung Nabi SAW di musim Maulid tahun ini, seorang penulis kolum telah memilih untuk membahaskan isu keinsanan para Rasul AS mengikut fahaman yang tersendiri. Pemilihan masa dan cara penulisan tulisan tersebut nampaknya cuba menghantar beberapa mesej yang bercanggah dengan sambutan Maulid Nabi SAW. Antara mesejnya adalah, keinsanan Nabi SAW ditonjolkan agar tumpuan diberikan terhadap al-Quran dan bukan diri Nabi SAW. Mukjizat yang berkaitan dengan diri Nabi SAW cuba dikecilkan kononnya untuk mengelakkan pelampauan dalam memuji Nabi SAW. Olahan sebegini terhadap mukjizat peribadi Nabi SAW turut dimaksudkan untuk mempermasalahkan keistimewaan yang boleh dikurniakan oleh Allah SWT kepada insan-insan pilihannya yang lain seperti Irhas dan Karamah.

Seperti biasa, kolumnis tersebut membawa beberapa dalil al-Quran dan Hadis untuk mendokong `tesis’nya itu. Cuma, jika diperhalusi, kesemua dalil-dalil ini telah ditafsirkan dan diletakkan dalam kerangka yang sesuai dengan kecenderungan penulis. Misalnya, ketika memetik ayat 110, Surah al-Kahfi yang bermaksud, “Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku...” penulis tidak pula menegaskan bahawa walaupun Nabi SAW itu insan, tetapi sebagai insan yang menerima wahyu Baginda SAW bukanlah sama dengan insan biasa. Menerima wahyu adalah tugas berat dan istimewa dan Rasulullah SAW telah dipilih serta dipersiapkan lebih awal untuk proses itu. Setelah Baginda SAW menerima wahyu pula, Baginda SAW terus-menerus meningkat keistimewaannya dan tidak sama sekali boleh di samakan dengan insan biasa.

Penulis turut menukilkan ayat-ayat yang menegaskan bahawa mukjizat Nabi SAW hanya berlaku dengan izin Allah SWT. Isu ini tidak pernah dipertikaikan oleh mereka yang mengagungkan Nabi SAW. Dalam menjulang Nabi SAW, para ulama dan umat Islam arus perdana tetap melakukannya dalam kerangka tauhid. Mereka tetap mengembalikan segala keistimewaan Baginda SAW kepada izin, ketentuan dan iradah Allah SWT.

Kolumnis ini juga memetik hadis dimana Baginda SAW melarang kita daripada memujinya berlebihan seperti orang Kristian memuji Nabi Isa AS. Tetapi beliau tidak menyatakan pandangan para ulama yang rata-rata memahami hadis tersebut sebagai larangan bersyarat. Dilarang memuji Nabi SAW, jika pujian tersebut sampai ke tahap mengatakan Nabi Muhammad SAW sebagai anak Allah dan lain-lain dakwaan melampau Kristian tentang Nabi Isa AS. Adapun pujian setinggi manapun, selagi tidak sampai ke tahap itu, memang layak dan sesuai dengan ketinggian dan keistimewaan Nabi Muhammad SAW disisi Allah SWT.

Kolumnis tidak pula membawa dalil-dalil al-Quran dan Hadis yang menjulang dan memuji Nabi SAW. Tidak juga merujuk kepada sikap dan perbuatan para Sahabat RA dalam memuliakan dan membesarkan Nabi SAW. Para Sahabat RA, merupakan generasi yang paling memahami dan menjiwai al-Quran dan Sunnah tetapi apa yang mereka lakukan dalam memuliakan Nabi SAW adalah jauh melebihi apa yang kita lakukan di dalam atau di luar majlis-majlis Maulid yang kita anjurkan.

Seperti beberapa tulisan sebelum ini, kolumnis ini juga memberi gambaran yang buruk terhadap hubungan antara murid dan guru dalam dunia kerohanian Islam. Beliau mengajak pembaca untuk menilai dunia yang begitu dimuliakan oleh para ulama Islam ini dengan merujuk kepada fenomena yang berlaku dalam kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang menisbahkan diri kepada dunia Tasawwuf dan Tarekat. Ini bukanlah sikap yang jujur mahupun ilmiyyah dalam menilai ajaran dan fahaman arus perdana dalam dunia tersebut.

Sebenarnya kecenderungan memperkecilkan mukjizat dan khususiyyah Nabi SAW serta Karamah para ulama-awliya’ pewaris Baginda SAW, adalah suatu percubaan meletakkan semua orang di martabat yang sama dalam Islam. Tindakan menyamaratakan (levelling) semua orang dalam Islam ini adalah jelas bercanggah dengan ajaran Islam bahkan dengan fitrah alam. Ia akan mengakibatkan hilangnya autoriti dalam Islam yang akan menghakis keutuhan keseluruhan Islam itu sendiri. Akhirnya sesiapa sahaja boleh cuba bercakap bagi mewakili Islam. Sikap menafikan keistimewaan mereka yang benar-benar istimewa dalam Islam ini adalah lebih buruk dan bahaya jika ia merupakan strategi licik untuk menggantikan tempat para tokoh-tokoh ikutan muktabar umat selama ini dengan ikutan terhadap tokoh-tokoh aliran dan kelompok sendiri.

Sikap Yang Sepatutnya

Latarbelakang isu ini adalah perasaan kasih dan membesarkan Nabi SAW yang dikongsi dan disepakati semua. Oleh itu, rasanya dalam isu yang satu ini, hasil perbincangan ringkas di atas, tidaklah sepatutnya begitu sukar untuk mereka yang tidak terlalu keras sikapnya untuk bersama-sama bersikap positif terhadap sambutan Maulid Nabi SAW.

Bagi mereka yang selama ini memang mendokong Maulid, mereka sewajarnya lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh meraikan dan menyambutnya. Tinggal lagi mereka harus sentiasa mempertingkatkan tahap kefahaman dan penghayatan mereka dalam sambutan Maulid yang mereka amalkan. Kaedah dan caranya harus dimuhasabah agar benar-benar berkesan serta diberkati agar matlamat-matlamat tertinggi di sebalik sambutan Maulid dapat dicapai dan dijelmakan.

Bagi segelintir orang-orang agama yang cenderung menentang dan alahan kepada Maulid, kita mencadangkan kepada mereka bahawa sudah ada banyak hujah dan asas ilmiyyah untuk membolehkan mereka melunakkan sikap mereka dalam bab Maulid ini. Kalaupun mereka masih enggan menyambutnya, ambillah serendah-rendah sikap yang terhormat dengan menganggapnya sebagai isu yang masih khilaf didalam Islam. Maka tidaklah wajib malah dilarang bagi mereka untuk mengingkari pandangan yang berbeza dalam mana-mana isu khilafiyyah. Adalah lebih terlarang untuk mengingkari Maulid jika ia akan menimbulkan ketegangan dan memecahkan kesatuan umat. Jika kebetulan mereka ini turut merupakan orang-orang politik yang bergerak di gelanggang politik pilihanraya, adalah terlebih wajar mereka melunakkan sikap dan tidak terlalu alahan terhadap Maulid. Bersikap keras terhadap Maulid hanya akan mengurangkan keyakinan umat Islam terhadap kepimpinan mereka.

Bagi muslimin-muslimat yang dari kalangan awam yang masih keliru dan ragu-ragu dengan perbahasan yang kita kemukakan disini kita menyeru agar mereka terus mengkaji dengan saksama, bersyura dan beristikharah. Rujuklah tulisan dan pandangan ulama muktabar yang lebih terperinci berkenaan isu ini. Kita akui bahawa tidak sesuai di ruangan ini untuk kita menulis secara terlalu terperinci mahupun terlalu berterus-terang. Inilah sekurang-kurangnya yang wajib mereka lakukan kalau mereka mahu turut terjun ke gelanggang urusan para ulama dan mereka yang mengkhusus dalam ilmu-ilmu Islam. Itu pun dengan menjaga adab-adabnya dan dengan tetap akur bahawa isu-isu agama adalah satu bidang yang kepakaran yang menuntut pengkhususan seperti bidang-bidang pengkhususan yang lain. Jika mereka tidak sanggup dan memangpun mereka tidak dituntut mengkaji seperti para ulama mengkaji, maka mereka sepatutnya mengikut pandangan muktabar sama ada yang telah diangkat sebagai fatwa rasmi ataupun tidak. Itu adalah sikap yang lebih selamat dan sejahtera bagi agama mereka.

Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Penasihat Yayasan Sofa Negeri Sembilan.

Sumber : Bahrussofa.blogspot.com

Friday, March 5, 2010

Apa nak Jadi dengan Negaraku yang Tercinta....????

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Ana tidak dapat menyembunyikan lagi perasaan kecewa dengan situasi semasa yang berlaku di negara kita Malaysia yang tercinta ini...terlalu banyak gejala-gejala sosial hinggalah kepada kes buang dan bunuh bayi malah dengan membakar bayi pun ada sampailah kepada yang terbaru kes rompak dan rogol .

Walaupun tulisan ini ana tidak pasti dapat memberi kesan kepada mana-mana pihak ataupun tidak, tapi cukuplah sebagai luahan hati semoga dapat melapangkan sikit dada ana dengan berkongsi dengan saudara Islam ku yang lain.

Maka ketahuilah !! Bahawa Hukum-Hukum Allah SWT adalah wajib dilaksanakan, Apakah ada lagi hukum yang lebih baik dari Hukum Allah??? Undang-undang yang ada hari ini langsung tidak mampu menurunkan kadar jenayah yang semakin hari semakin meningkat. Hari ini, seorang mak sudah tidak berani meninggalkan anak perempuan bersendirian bersama ayah di rumah kerana takut "haruan makan anak". Kes Safiah yang baru-baru ini cukup menyedihkan , Apalah jenis hati manusia yang sanggup melakukan perkara dil luar batas binatang sekalipun...

Sungguh, hari ini seorang lelaki pun sudah tidak berani keluar jalan seorang diri pada waktu malam kerana ancaman-ancaman seperti ragut, rompak, ugut dan sebagainya. Apatah lagi perempuan.

Kita seolah-olah hidup dalam penjara, penuh ketakutan dan sentiasa merasa tidak selamat di dalam negara kita sendiri yang mendakwa sebagai Negara Islam.

Apakah lagi yang nak diharapkan apabila Hukum Allah dan Rasul-Nya diketepikan...maka nantikan sahajalah bala' dan bencana yang akan menimpa dirimu atau keluarga dan sahabat handaimu..kalau hari ini kita dengar berita ada orang dirompak, dirogol, diragut...maka nantikan sahaja giliran kita, keluarga, saudara mara dan sahabat kita untuk dirompak, diragut dan dirogiol sekiranya Hukum-Hukum buatan manusia yg cacat ni terus dilaksanakan.

Maka, Ya Ikhwan, Masalah Jenayah ini adalah masalah umat Islam bersama. Paha yang dicubit di kanan, pasti turut sama dirasai oleh paha yang kiri. Apatah lagi kes rompak yang baru-baru ni terjadi di Kangkar Pulai dilakukan oleh Orang Kafir terhadap orang Islam .

Demi Allah !! Mereka bukan Kafir Zimmi

Mereka adalah Kafir Harbi......wajib diperangi dan dibunuh di khalayak ramai supaya menjadi pengajaran bagi orang lain.. Sesungguhnya Kafir Zimmi di Zaman Rasulullah SAW tidak berani walau mengangkatkan kepala mereka di hadapan Kaum Muslimin.....hati orang Islam manakah yang mampu melakukan aktiviti seharian dengan tenang setelah mengetahui musibah yang melanda saudaranya sendiri???

Dan, ingatlah wahai pemimpin...Kamu lah yang akan disoal pertama-tama tentang apa yang kamu pimpin

Maka Celakalah, celakalah, celakalah pemimpin yang hanya memikirkan urusan perut mereka sahaja.

Celakalah Pemimpin yang membiarkan rakyatnya menderita dalam pimpinannya.

Celakalah Pemimpin yang sibuk dengan Kemewahan Dunia yang sementara meninggalkan kebajikan dan kemashalatan rakyatnya yang akan menjadi bekalan untuknya di Hari kemudian yang kekal selamanya.

Tidak mungkin pemimpin tidak mengetahui akan masalah-masalah seperti ini....kalau sungguh tidak mengetahui, maka dia tidak layak menjadi pemimpin...

Hati Umat Islam ini tidak akan tenteram selagi mana perompak-perompak itu tidak diadili dengan Hukuman yang sepatutnya...Kepada Allah SWT jua kami mengadu akan masalah kami...Sungguh Dia lah tempat kami mengadu akan keresahan hati kami, kebimbangan kami, dan kezaliman yang berlaku ke atas kami.

Ya Allah ..Ampuni kami...Rahmati Kami...Kasihani Kami...

Semoga Allah SWT memberi TAUFIK dan HIDAYAH kepada kita semua..

Dan Semoga Allah SWT MENGHANCURKAN, MENJAHANAMKAN , dan MENGHINAKAN mereka yang menyakiti, membunuh, meragut, merompak, dan merogol akan Umat Islam ini sekiranya tidak dikehendaki-Nya Hidayah....Amin Ya Rabbal A'lamin

Sungguh sedih bila mengenangkan Nabi Muhammad SAW, junjungan dan ikutan kita yang mulia..

Ya Allah , Engkau Maha Mengetahui bahawa Hamba-Mu, Kekasih-Mu pernah bersabda lebih kurang maksudnya "Aku serahkan kamu (wahai umatku) selepas ketiadaanku kepada sebaik-baik tempat untuk berserah, iaitu Allah Azza Wajalla"

Ya Allah , Kami yakin denga sebulat-bulat keyakinan, Bahawa Engkaulah sebaik-baik tempat berserah...
Kepada-Mu jua kami mengadukan rintihan kami sama ada yang dapat diungkapkan dengan perkataan mahupun tidak, Sesungguhnya Kau Maha Mendengar Lagi Maha Mengasihani..Amin

Ya Allah...Selamatkan umat ini...Selamatkan umat ini...Selamatkan umat ini...

Wallahu Yahdi ila sawaissabil

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Thursday, March 4, 2010

Pengajian Kitab Tuhfatur Raghibin...Jom pergi saudaraku !!

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum

Hari : Jumaat
Kitab : Tuhfatur Raghibin
Masa : Selepas Isyak berkumpul di perkarangan MSI UTM
Tempat : Masjid Taman Anggerik

Kitab tuhfatur Raghibin di karang oleh Al-Allamah Syaikh Muhammad Arsyad Al-Banjarai r.anhu, Alim Besar Mazhab Syafi'e yang dikarang pada tahun 1188 H di Mekkah Al-Mukarramah. Kitab ini adalah pada menjelaskan hakikat iman orang yang beriman dan apa-apa perkara yang membawa kepada riddahnya orang murtad.

kitab ini secara ringkas menerangkan beberapa iktikad-iktikad golongan sesat dan kufur, dan menerangkan batas-batas iman dan kufur supaya kita dapat memelihara diri kita daripada terjebak daripada salah satu iktikad yang menghancurkan iman..

Ketahuilah saudaraku, bahawa satu iktikad yang sesat cukup untuk mengeluarkan seseorang daripada lembah keimanan kepada lembah kekufuran...Maka dari itu, istimewa lagi pada zaman ini yang lebih banyak golongan sesat daripada zaman dahulu, maka lebih dituntut lagi untuk mempelajari dan mengenal iktikad-iktikad sesat supaya kita dapat memelihara diri daripada terjebak dan kemudiannya dapat mengingatkan saudara - saudara Islam yang lain akan bahaya Iktikad sesat itu.

Telah berkata Al-Imam Nawawi Tsani (Imam Nawawi ke-2) , Syaikh Ibnu Umar Nawawi Al-Banteni Al-Makki r.anhu di dalam kitabnya Mirqotussu'ud bittashdiq li syarhi sullamu at-taufiq :

"Barangsiapa tidak mengetahui akan satu-satu kejahatan, dia akan masuk dalam kejahatan itu"

Kepada sesiapa yang berminat dan ingin bertanya lebih lanjut ..bolehlah message ana di FB, blog mahupun di enset ana yang bernombor 013-7926630

Semoga Allah SWT menaruh dalam hati kita, akan kesedaran betapa pentingnya mempelajari, beriktikad dan kemudiannya memperjuangkan akidah Ahli Sunnah wal Jama'ah...

Wallahu Yahdi ila Sawaissabil..

Assalamualaikum

Nasihat Al-Allamah Syaikh Zainal Abidin bin Muhammad Al-Fathani (Tuan Minal Fathani) R.anhu

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Pada m/s 3,

Hai saudaraku, hendaklah bersungguh-sungguh oleh kamu pada memelihara akan iman kamu dan agama kamu daripada tiap-tiap yang membinasakan keduanya dan hendaklah kamu sahkan iktikad kamu dengan barang yang diiktikadkan akan dia oleh Ahli Sunnah wal Jama'ah yang tiada Syubhah Bid'ah padanya sekali-kali dan hendaklah kamu belajar akan ilmu yang sebenar daripada guru yang benar lagi mahsyur ilmunya dan solehnya antara manusia lagi guru itu terpelihara ia daripada tamak akan harta dunia dan tiada dengki dan tiada takbur kerana tiada berhimpun sekali-kali ilmu yang sebenar pada hati yang ada padanya suatu sifat daripada sifat yang tiga itu.

Dan sanya telah banyak pada zamani ini beberapa manusia yang mendakwakan dirinya alim yang mengajar ia akan menusia akan menusia yang awam dengan pengajaran yang salah dan beberapa iktikad yang menyesatkan akan hamba Allah SWT dan setengah mereka itu yang berpegang dengan zahir ayat Quran yang mutasyabihat atau sunnah yang mutasyabihat pada hal tiada dilintangkan dengan kuati'q aqliyah dan naqliyah yang muhkamat tetapi berpegang mereka itu dengan zahir ayat yang mutasyabihat, maka jatuh mereka itu di dalam laut kufur maka sesat mereka itu dan menyesat oleh mereka itu akan manusia yang awam

Maka adalah mereka itu seperti Dajjal atau terlebih jahat daripada Dajjal. Dan qasad oleh mereka itu dengan demikian itu hendak menipu dia akan harta manusia supaya hendak memenuhkan perutnya dengan harta yang haram maka lagi akan dipenuhkan perutnya dengan apai neraka jahannam.

Tamat ...

Wallahu yahdi ila sawaissabil

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Wednesday, March 3, 2010

Penegasan Para Ulamak terhadap Mempelajari Ilmu Tauhid !!

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Sememangnya para ulamak r.anhum mengutamakan ilmu aqidah. Oleh kerana pentingnya ilmu aqidah maka kita dapati seluruh ilmuan Islam akan mengutamakan ilmu aqidah . Perkara ini dapat dipetik daripada kenyataan imam tertua di antara imam-Imam yang empat iaitu Al-Imam Abu Hanifah An-Nu'man r.anhu di dalam kitab beliau, Fiqhul Akbar yang bermaksud :

"Ketahuilah bahawa mendalami ilmu usuluddin (aqidah) itu lebih mulia dari mendalami ilmu fqh".

Kenyataan Al-Imam Abu hanifah r.anhu tersebut tidaklah bermakna kita tidak harus mempelajari ilmu fiqah langsung, tetapi Al-Imam Abu Hanifah r.anhu menerangkan kemuliaan mempelajari, dan mengutamakan ilmu usuluddin. Begitu juga kalam Al-imam Muhammad bin Idris As-Syafi'e r.anhu yang bermaksud : "Kami telah mendalami ilmu tersebut (aqidah) sebelum mendalami ini (feqh)".

Syaikh Abdus Samad Al-Falimbani r.anhu menyatakan di dalam kitab Siyarus Salikin pada Juzu' 1:

"Bermula ilmu yang diwajibkan fardhu Ain pada menuntutkan akan dia (yakni mukallaf) itu tiga perkara ; pertama ilmu tauhid iaitu dinamakan ilmu usuluddin dan dinamakan pula ilmu aqidah, kedua ilmu syariat iaitu dinamakan ilmu furuk dan dinamakan ilmu fikih, ketiga ilmu batin iaitu dinamakan ilmu suluk dan ilmu tarikat dan dinamakan ilmu tasawwuf."

Syaikh Abdus Samad Al-Falimbani r.anhu menambah, "Adapun kadar yang wajib fardhu A'in adalah menuntut ilmu Tauhid itu sekira-kira menuntut ilmu yang diketahui akan Zat Allah Ta'ala dan sekalian sifat-Nya yang Salbiah dan segala sifatnya yang Sabutiyyah dan segala Af'al-Nya, dan demikian lagi mengetahui penghulu kita Nabi SAW dan mengetahui segala Rasul Alahissalam dan mengetahui akan yang didatangkan oleh mereka itu dan beriman akan dia..."

Syaikh Abdus Samad Al-Falimbani r.anhu adalah antara ulamak yang membintangi penulisan Tasawwuf di Asia Tenggara untuk semua zaman. Sila lihat buku Wawasan Pemikiran Asia Tenggara karangan Tuan Guru Hj Wan Saghir Abdullah Al-Fathani)

Tersebut dalam kitab Risalah Tauhid, yang merupakan buku teks bagi sekolah agama Johor yang dahulu, pada m/s 31 :

"Wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui sifat-sifat yang mustahil pada Tuhan yang jadi lawan bagi dua puluh sifat yang wajib bagi-Nya, dengan dinyatakan satu-persatu. Manakala telah diterapkan satu-persatu sifat yang wajib bagi Allah Ta'ala dua puluh sifat, maka tetaplah mustahil lawannya yang kekurangan itu, kerana yang dituntut pada ilmu itu mensabitkan/menetapkan segala aqaid atas jalan tafshili pada segala sifat. Daripada itu, TERLALU BESARLAH SALAH MEREKA YANG TIADA MENGETAHUI HAL ITU LEBIH DARIPADA TIADA MENGETAHUI HUKUM-HUKUM FIQIH. Kerana jahil akan barang yang wajib bagi Allah Ta'ala dan yang mustahil atasnya dihukumkan kafir, tetapi jahil akan hukum-hukum fikah hanya maksiat jua."

Berkata Syaikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fathani r.anhu yang merupakan Guru Utama Tok Kenali r.anhu di dalam kitabnya yang sangat tersebar dan mahsyur di pondok-pondok Nusantara iaitu Kitab Faridatul Faraid atau terkenal dgn gelaran Matan Faridah pada m/s 4 pada tepi kitab/hamish kitab:

" Maka TIADA SAH sesuatu yang wajib dan yang sunat melainkan kemudian daripada mengenalkan Dia Subhannallahu wa Ta'ala."

Maka saudaraku, hendaklah kau dan aku bersungguh-sungguh dalam mempelajari ilmu Aqidah ini yang natijahnya mendapat keselamatan di Akhirat kelak. Adapun jahil atau mengambil ringan akan ilmu yang paling mulia di antara semua ilmu yang lain, tidak lain hanyalah satu faktor yang boleh menjatuhkan seseorang ke dalam lembah kekufuran tanpa dia sedari....Na'uzubillah

Sesungguhnya telah disabdakan Rasulullah SAW :

"Sesungguhnya seseorang itu berkata ia dengan kalimat yang tidak disangkanya merbahaya, yang mana menyebabkannya menjunam jatuh 70 tahun ke dalam neraka ."

Yakni menjunam jatuh 70 tahun ke dasar neraka yang dikhaskan untuk orang kafir. Hadis ini diriwayatkan Oleh Al-Imam Tirmizi r.anhu dan ianya Hasan dan semakna dengan hadis ini ada juga diriwayatkan oleh Syaikhan (Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Ketahui juga bahawa tiga perkara yang membawa kepada kufur itu ada tiga :

1) Kufur I'tiqady (kufur disebabkan oleh pegangan dan keyakinan yang salah)

2) Kufur Fi'ly (Kufur yang disebabkan perbuatan)

3) Kufur Qauly (Kufur yang disebabkan perkataan)

At-Taufiq...At-Taufiq.....
At-Taufiq.... Allahu taufiq

Kejahilan dalam AKIDAH adalah sebesar-besar KEJAHILAN

Wallahu yahdi ila sawaissabil

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Tuesday, March 2, 2010

Mengapa Kita mengikut Al-Imam Abu Hasan Ali Al-Asya'ari r.anhu

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Ketahuilah !! bahawasanya Al-Imam Abu hasan Ali-Asya'ari r.anhu hanya menyusun semula aqidah Ahlussunnah wal jama'ah dikalangan para sahabat dan ulama-ulama yang sebelum dan sezaman dengannya. tetapi tidaklah Al-Imam Abu hasan Ali Al-Asya'ari r.anhu membuat fahaman yang baru.

Al-Imam Abdul Qahir Al-Baghdadi r.anhu didalam kitabnya Al-Farqu Bayna Al-Firaq, m/s 332 mengatakan :

"Orang yang mula-mula membicarakan tentang ilmu kalam (ketuhanan) di kalangan sahabat adalah Sayyidina Ali ibn Abi Talib Kwh. yang menentang Khawarij dan menentang Al-Qadariah. Diikuti oleh Sayyidina Abdullah ibn Umar r.anhu yang bertentang pendapat dengan Ma'abad al-Juhaini. Manakala orang yang mula-mula membicarakan tentang Ketuhanan dikalangan Tabi'in ialah Sayyidina Umar bin Abdul Aziz r.anhu, Al-Imam Ali bin Zainal Abidin r.anhu, Al-Imam Hassan Al-Basri r.anhu, Al-Imam Al-Zuhri r.anhu, Al-Imam Ja'afar As-Sadiq r.anhu, Al-Imam Abu Hanfah r.anhu, Al-Imam Ibn Shuraij r.anhu dan lain-lain.."

Selepas dari rangkaian ini, bangunlah Al-Imam Abu hasan Ali Al-Asya'ari r.anhu dan murid-muridnya membicarakan soal ketuhanan di bawah acuan Ahlisunnah wal jama'ah. Berkata Al-Imam Al-Hafiz As-Subky r.anhu di dalam kitab Tabaqat Al-Syafi'iyyah Al-Kubro, m/s 367, :

"Abu hasan bukanlah orang yang mula-mula membicarakan tentang Ahlussunnah. bahkan ia (Ahlussunnah) telah diperkatakan oleh tokoh-tokoh terdahulu daripadanya."

Al-Imam As-Subki r.anhu mengatakan dalam kitabnya yang sama :

"Ketahuilah bahawa Al-Imam Abu Hasan Ali Al-Asya'ari r.anhu tidak mendatangakan pandangan baru, dan tidak pula beliau membuat mazhab yang baru, akan tetapi beliau datang mempersetujui mazhab salaf yang selari dengan aqidah para sahabat Nabi , maka menyandangkan pneyusunan hujah yang cukup hebat bagi mempertahankan aqidah sebenar."

Tersebut juga dalam kitab tafsir Al-Bayan'an Takwil Al-Quran oleh Al-Imam At-Tabari r.anhu , pada juzuk 4, m/s 622, bahawa Allah SWT berfirman :

"Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa yang murtad dari agamanya (Islam), maka Allah mendatangkan satu kaum yang mana Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah, yang bersikap lemah lembut terhadap orang-orang beriman dan bersikap tegas terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela, itulah kurniaan Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya" (Al-Maidah :54)

Maka setelah diturunkan ayat ini , Rasulullah SAW menepuk bahu Sayydina Abu Musa Al-Asya'ari r.anhu . Al-Imam Al-Zarkasyi r.anhu dalam Tasynif Al-Masaami' menuliskan bahawa Nabi SAW telah bersabda kepada Sayyidina Abu Musa Al-Asya'ari r.anhu sambil meletajkkan tangannya yang mulia ke atas bahunya : "Katakanlah olehmu "la hau la wala qua ta illa"." Lalu dikatakan olehnya : "la hau la wala qua ta illa.". Maka sabda Nabi SAW :

"Engkau telah dianugerahkan suatu perbendaharaan daripada syurga"

Berkata Para ulamak r.anhum : "Perbendaharaan itu adalah suatu yang tinggal selepas kematian tuannya." Maka difahamkan daripada hadith ini bahawa "perbendaharaan" itu adalah menunjukkan kepada yang lahir daripada tulang belakang Sayydina Abu Musa r.anhu iaitu Al-Imam Abu Hasan r.anhu yang menangkis hujjah-hujjah golongan yang sesat.

Telah berkata ketua para Qadhi di zamannya, Al-Imam Tajuddin As-Subki r.anhu , "Dan mereka golongan Hanafiyyah, As-Syafi'iyyah, Al-malikiyyah, dan ulamak tersohor daripada Hanabilah, mereka semuanya dalam aqidah seolah-olah satu genggaman dengan pandangan Ahlussunnah wal jama'ah , cara yang dipilih oleh Syaikh Sunnah Imam Abu Hasan Al-Aysa'ari. Dan secara umumnya aqidah Asya'irah ini juga merupakan apa yang telah disampaikan oleh Imam Abu ja'afar At-Thahawi r.anhu yang mana seluruh ulamak telah menerimanya."

Rujukan :

1. I'tiqad Ahlussunnah wal jama'ah oleh Kiyai Haji Sirajuddin Abbas

2. Muzakkirat at-Tauhid wal Firaq oleh Syaikh Hasan As-Saiyyid Mutawwali, m/s 18 - 20

3. Kitab At-Tauhid lil Maahad Johor, Malizia oleh Syaikh Salam bin Haji Abdul Rahman, juzuk 1 , m/s 9 - 10

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Monday, March 1, 2010

Mengapa Kita Harus Merayakan Maulid Nabi Muhammad SAW...

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

1.) Bahawa merayakan hari keputeraan Nabi SAW, melambangkan satu kegembiraan dan kebahagian terhadap junjungan kita Rasulullah SAW. Malah orang kafir (Abu Lahab) juga mendapat syafaat dengan kegembiraan ini. Al-Hafizh Syamsuddin Al-Jazari r.anhu menyebut di dalam kitab 'Urf al-Ta'rif bi maulid Asy-Syarif :

"Bahawa seseorang (yakni Sayyidina Ibnu Abbas r.anhuma) bermimpi melihat Abu Lahab selepas kematiannya. Maka dia bertanya tentang keadaannya "Aku berada di dalam neraka, tetapi diringankan azabku pada setiap malam Isnin dan aku menghisap jari di antara 2 jariku sekadar ini (mengisyaratkan hujung jarinya). yang demikian itu kerana aku membebaskan Tsuwaibah ketika dia mengkhabarkan kepadaku tentang berita gembira mengenai keputeraaan Nabi Muhammad SAW dan kerana aku telah menyuruhnya menyusukan Muhammad SAW."

Sekiranya Abu Lahab yang jelas dicela dan dilaknat di dalam Al-Quran mendapat keringanan balasan di dalam neraka kerana kegembiraannya di atas keputeraan Nabi SAW, apatah lagi perasaan gembira yang lahir dari hati seorang muslim yang mentauhidkan Allah ??

Kisah ini disebutkan oleh Al-Imam Bukhari r.anhu di dalam kitabnya, Shahih Al-Bukhari dan dimasukkan ke dalam Fath-al-bari oleh Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani r.anhu.

Al-Imam Abn Daiba' Asy-Syaibani , Al-Imam Al-Baghawi, Al-Imam Ibnu Kathir, Al-Imam Ibnu Hisham, dan Al-imam Al-Baihaqi turut meriwayatkan kisah ini di dalam kitab mereka.

2) Nabi SAW sendiri memuliakan hari keputeraannya, dan bersyukur kepada Allah SWT pada hari keputeraannya. Dalam sebuah hadits disebut :

"Nabi SAW pernah ditanya akan sebab baginda SAW berpuasa pada hari Isnin. Baginda SAW bersabda "Pada hari itu aku diputerakan, dan pada hari itu juga wahyu turun kepadaku." (Shahih Muslim)

Asy-Syaikh Dr Isa bin Abdullah Mani' Al-Himyari menyatakan bahawa nas ini menunjukkan dengan jelas tentang keharusan menyambut maulid Nabi SAW dan pada hadits ini tiada ihtimal yang lain. Beliau berkata :

"Melalui hadits di atas, saya tidak mendapati sebarang jawapan yang menyokong pendapat golongan anti-maulid ini. Malah sekiranya mereka berpegang bahawa sambutan Maulid Nabi SAW hanya boleh dibolehkan dengan melakukan ibadah puasa dan tidak boleh dilakukan dengan ibadat lain seperti membaca selawat, membaca sirah nabi SAW, bersedekah, dan sebagainya, maka golongan ini termasuk di dalam golongan ahli zahir, yang hanya mengikut buta zahir hadis tanpa merujuk kepoada kaedah usul dan mengkhusukan hadis ini tanpa ada dalil yang mengtakhsiskannya."

3) Sesungguhnya bergembira terhadap kelahiran Baginda SAW dituntut melalui perintah Al-Quran sebagaimana firman Allah Ta'ala :

"Katakan (Wahai Muhammad), dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira" (Yunus : 58)

Maka Allah SWT memerintahkan kita untuk bergembira dengan rahmat, dan Nabi SAW adalah sebesar-besar rahmat.

Dan firman Allah SWT : "Dan tidak kami utuskan engkau (Hai Muhammad) melainkan sebagai rahmat sekalian alam" (Al-Anbiya': 107)

4) Sesungguhnya Nabi SAW selalu mengambil kira ikatan masa dengan peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dalam agama yang telah berlaku sebelumnya. Apabila datangnya masa berlakunya peristiwa tersebut, ia menjadi peluang bagi mengingatinya dan membesarkan hari tersebut kerana peristiwa tersebut. Nabi SAW sendiri telah menetapkan kaedah ini seperti mana diriwayatkan dalam Hadis Syaikhan (Bukhari dan Muslim) :

"Sesungguhnya Rasulullah SAW setelah sampai ke Madinah, maka Baginda SAW mendapati kaum Yahudi sedang berpuasa hari Asyura. maka Baginda SAW bertanya kepada mereka : "Apakah hari kamu berpuasa ini?". jawab mereka : "Ianya adalah hari yang besar, di mana Allah SWT menyelamatkan Musa dan kaumnya dan Allah meneggelamkan Fir'aun dan kaumnya. Maka Rasulullah SAW pun bersabda : "Kami lebih berhak dan lebih utama (memperingati) Musa daripada kalian." Maka Rasulullah SAW pun berpuasa dan memerintahkan sahabat-sahabat Baginda berpuasa ."

Al-Imam Al-Hafiz Ibnu hajar Al-Asqalani r.anhu menyatakan bahawa perbuatan rasulullah SAW memuliakan hari Nabi Musa AS diselematkan, menunjukkan bahawa menyambut maulid Nabi Muhammad SAW adalah disyariatkan di dalam Islam, sebagaimana di dalam fatwanya yang dinakalkan oleh Al-Imam As-Sayuthi r.anhu dalam kitabnya Husn Al-Maqasid fi 'Amalil Maulid.

5) Allah SWt berfirman : "Dan tiap-tiap berita dari berita Para Rasul itu , Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) untuk menguatkan hatimu dengannya." (Hud : 120)

Di sini jelas hikmah kisah-kisah para rasul disebutkan di dalam Al-Quran adalah untuk mengukuhkan hati Baginda SAw yang mulia. Dan tidak syak lagi, pada hari ini, kita amatlah memerlukan kepada pengukuhan hati dengan berita dan kisah baginda SAW, malah keperluan kita tentulah lebih kuat lagi berbanding keperluan baginda SAW.

6) Bukan semua perkara yang tidak dilakukan oleh para Salaf r.anhum dan segala yang tidak pernah berlaku pada kurun-kurun awal Islam adalah bid'ah Sayyi'ah yang diingkari dan haram melakukannya serta wajib diingkari. Inilah perkara yang selalu tidak difahami oleh mereka yang mengharamkan sambutan ini. Sebenarnya segala perkara baru dalam agama harus dipandang dan diukur dari segi dalil-dalil syara'.

7) Bukanlah semua Bid'ah itu diharamkan. jika demikian haramlah perbuaatan Sayyidna Abu bakar, Sayydina Umar, Sayyidina Zaid r.anhum yang mengumpulkan Al-Quran dan menulisnya di dalam mushaf, kerana ditakuti Al-Quran itu hilang setelah wafatnya para sahabt yang ahli dalam membaca Al-Quran.

Bukankah Mereka (Yakni Para sahabat yang tiga ) mengambil kira kemshalatan Umat pada masa itu?

Maka siapakah pada zaman ini yang mendakwa mencintai Nabi Muhammad SAW seperti kecintaan Para Sahabat, Tabi'in dan Tabi'i Tabi'in ???

Bukankah Umat Islam hari ini semakin melupakan Nabi Muhammad SAW???

Kita juga punya akal yang dikurniakan oleh Allah SWt untuk menilai perkara ini...