Renungan

Saturday, June 26, 2010

Allah SWT tidak menyerupai sesuatu apa pun !!!

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

"Laisa kamislihi syaiun" (Dia yakni Allah SWT tidak menyerupai sesuatupun). Apakah yang dianggap dengan menyerupai ??? Maka fakir kemukakan kitab Syarah Tijan Ad-Darori atas Risalah Syaikh Ibrahim Al-Baijuri yang dikarang oleh Al-Imam Nawawi Al-Bantani r.anhu.

Adapun bentuk-bentuk persamaa itu ada sepuluh macam :

1. Bahawa keberadaan Allah SWT berbentuk jirim, baik jirim itu murokab(tersusun) disebut dengan jisim. Atau tidak murokab, disebut dengan jauhar fardan (unsur terkecil).

2. Atau keberadaan Allah SWT adalah sifat yang berdiri pada jirim.

3. Atau keberadaan Allah SWT pada salah satu arah dari jirim. Maka Allah SWT tidak berada di atas Arasy, tidak juga di bawahnya, tidak di kanannya dan tidak di bahagian kiri dan tidak di bahagian-bahagian lainnya.

4. Atau Allah SWT mempunyai arah. Kerana itu Allah SWT tidak mempunyai bahagian atas dari Zat-Nya, tidak bahagian bawah, tidak bahagian kanan, tidak bahagian kiri dan tidak bahagian yang lainnya.

5. Atau Allah SWT bertempat pada suatu tempat.

6. Atau Allah SWT terikat dengan zaman di mana keadaan galaksi-galaksi dan planet-planet terlingkup di atas waktu.

7. Atau silih berganti atas-Nya dua hal yang baru yaitu siang dan malam.

8. Atau bersifat Zat Allah SWT yang Maha Luhur itu dengan sifat makhluk yang baru, seperti kekuasaan makhluk, kehendak makhluk, bergerak atau diam, putih atau hitam, dan lain sebagainya.

9. Atau bersifat Zat Allah SWT dengan kecil atau besar dengan arti banyak bagian-bagiannya.

10. Atau Allah SWT bersifat dengan sikap mempunyai tujuan-tujuan tertentu di dalam perbuatan-Nya atau ketetapan-Nya, kerana itu tidak ada di dalam perbuatan-Nya seperti menciptakan Zaid kerana ada suatu tujkuan tertentu, yaitu kerana ada kemashalatan yang membangkitkan semangat untuk melakukan perbuatan-Nya itu. Kerana itu tidak lepas bahawa perbuatan Allah SWT tersebut kerana ada suatu hikmah, jika tidak, maka perbuatan-Nya tu adalah perbuatan yang sia-sia. Dan kesia-siaan itu adalah mustahil pada hak Allah Ta'la. Dan kerana itu tidaklah dalam ketetapan hukum-Nya, seperti diwajibkannya solat atas kita, kerana ada satu tujuan tertentu, yakni kerana ada mashalat yang menggerakkannya untuk melakukan penetapan hukum tersebut sebagaimana penjelasan yang lalu.

Maka kesepuluh macam bentuk-bentuk persamaan ini adalah mustahil pada hak Allah Ta'ala.

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini. Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Thursday, June 3, 2010

Bacaan Ratib Al-Attas


Masjid ku Yang Tersayang , Masjid Jamek Bandar Baru UDA

BACAAN RATIB AL-ATTAS
OLEH SYED HUSSEIN AL-ATTAS
HARI AHAD (6JUN )
SELEPAS MAGHRIB HINGGA ISYAK
DI DEWAN SOLAT UTAMA
MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA
JOHOR

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR !!!! (^_^)