Renungan

Monday, November 22, 2010

Sifat Harus bagi Allah SWT dan kisah yang berfaedah antara Ibnu Hajar Al-Asqalani dan Yahudi !!!

Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin


Amma Ba'du,

Kali ini faqir suka untuk berkongsi dengan saudara sekalian akan sedikit faedah dari Kitab Fathul Majid Li Syarhi Ad-Durral Farid, matannya dikarang Oleh Al-Imam Ahmad An-Nahrawi dan disyarahkan oleh Al-Imam Muhammad Nawawi Al-Banteni Al-Makki Radiyallahu'anhum. Pada m/s 37, pada hamish Kitab iaitu Matan Ad-Durral Farid.

(Dan adapun Sifat Harus bagi Hak Allah Ta'ala, maka Dia menjadikan setiap Mumkin atau Dia meninggalkan menjadikannya. Dan bermula Mumkin itu adalah sesuatu yang harus atasnya wujud atau tiada, yakni sesungguhnya harus atas Allah Ta'ala bahawa menjadikan Mumkin dan harus atas-Nya tidak menjadikannya. Maka, Menjadikan dan Meninggalkan (tidak menjadikan...pent) itu Harus keduanya atas Allah Ta'ala dan tidak wajib bagi-Nya menjadikan atau tidak menjadikan sesuatu apapun. Kerana sesungguhnya, kalau lah wajib atas Allah Ta'ala sesuatu, maka jadilah Allah muftaqiran (berhajat...pent) kepada yang demikian sesuatu itu bagi menyempurnakan dengannya. Dan berhajatnya Allah Ta'ala kepada sesuatu itu satu kekurangan dan kekurangan atas Allah Ta'ala itu mustahil. Maka , tidak asa sesuatu yang wajib atas Allah Ta'ala , Bersalahan bagi Muktazilah semoga Allah menghinakan akan mereka itu yang berkata bahawasanya Allah Ta'ala wajib atas-Nya berbuat yang baik dan yang lebih baik (As-solah wal Aslah) dengan hamba-Nya.

Berkata mereka (Muktazilah..pent) wajib atas Allah Ta'ala bahawa Dis memberi rezeki pada hamba-Nya. Dan perkara ini (yakni apa yang dikatakan oleh Kaum Muktazilah itu...pent) adalah satu pembohongan atas Allah Ta'ala. Tidak ada atas Allah Ta'ala sesuatu kewajipan. Maka Dia menjadikan Iman pada Si Zaid dan di limpahkan kurnia padanya dengan ilmu dengan semata-mata kurniaan Allah SWT. Dan ganjaran pahala yang diberikan Allah SWT bagi orang taat kepada-Nya adalah Limpah kurnia dari-Nya dan balasan azab bagi orang yang maksiat itu adalah keadilan dari-Nya.

kerana sesungguhnya, tidak mengambil Dia(Allah SWT) akan apa-apa manfaat dari ketaatan dan tidak juga dapat memudharatkan-Nya dengan maksiat. Dan sesungguhnya akan ini ketaatan dan maksiat merupakan alamat atas Kurniaan dan Azab bagi orang yang bersifat dengannya. Maka barangsiapa dikehendaki Allah SWT dekat dengan-Nya (yakni kebahagiaan...syarah Fathul Majid), dikurniakan Allah SWT baginya (dijadikan hamba itu berlaku taat kepada-Nya...Syarah Fathul Majid) , dan barangsiapa dikehendaki Allah SWT jauh dari-Nya, dijadikan pada hamba itu Maksiat. Maka, kesemua perbuatan Ikhtiariyyah dan Idhtirariyyah, Kebaikan dan Kajahatan, semuanya dengan Dijadikan Allah SWT. (Akan tetapi, Tidak harus menisbahkan perkara yang keji dan jahat kepada Allah Ta'ala. Maka tidak harus bahawa seseorang berkata sesungguhnya Allah Ta'ala menjadikan Kejahatan dan Maksiat, dan yang seumpama dengan itu sebagai Adab dengan Allah SWT. dan tempat dicegah itu apabila ada ia atas jalan Ta'yin (penentuan....menisbahkan terus tanpa apa-apa tujuan seperti pengajaran..pent) dan selain dari itu maka tidak dicegah bahawa dia berkata sesungguhnya Allah Ta'ala menjadikan segala sesuatu dan menjadikan alam ini dan yang seumpama dengan itu....Syarah Fathul Majid). Dan Allah SWT yang menjadikan kamu dan segala yang kamu lakukan. bersalahan bagi Kaum yang fasiq (seperti Mukatzilah yang perkataannya telah disebut tadi..pent) (kerana sesungguhnya kalaulah wajib atas Allah Ta'ala menjadikan perkara daripada kebaikan atau terlebih baik, pasti tidak dijadikan Allah SWT akan orang Kafir (sudah lah kafir..pent) yang faqir (sudahlah faqir..pent) yang diazab (dah kafir, faqir pulak tuh, kena azab lagi..pent) pada dunia dan akhirat dengan azab yang tersangat pedih yang kekal selama-lamanya. Kerana yang Aslahnya (yang baiknya...pent) adalah tidak menjadikan si Kafir itu dan jika dijadikan, maka yang terbaik baginya adalah dimatikannya semasa dia kecil atau menjadikannya gila sebelum dibebani taklif (sebelum baligh...pent)...Syarah Fathul Majid).

Kemudian Al-Imam Muhammad Nawawi Al-Banteni Al-Makki Radiyallahu'anhu menyebut akan kisah Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani Radiyallahu'anhu. demikian ibarahnya :

Dan ada dihikayatkan bahawasanya Al-Hafizh Ibna Hajar , adalah beliau merupakan Qadhi Al-Qudaat (Qadhi Agung) pada suatau hari melewati pasar Mesir, bersama-sama beliau satu jemaah yang besar. Dan Beliau memakai pakaian yang kemas, bersih dan cantik. Maka mengecam atasnya seorang yahudi yang ketika itu menjual minyak panas dan berlumuran pakaiannya dengan minyak dan yahudi itu pada sehabis-habis comot dan kotor, lalu dipegangnya tali pemegang bughal yang dinaiki Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani Radiyallahu'anhu dan berkata Yahudi itu "Ya Syaikh Islam, engkau mendakwa bahawa Nabi mu bersabda dunia ini penjara bagi mukmin dan syurga bagi kafir. maka pada penjara apakah engkau berada sekarang ini dan syurga apakah yang aku berada padanya ini ??" Maka berkatalah Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani Radiyallahu'anhu, "Adalah aku dengan nisbah barang yang akan dibalas akan Allah SWT oleh aku pada negeri Akhirat daripada segala nikmat-nikmatnya seperti aku di dunia ini pada penjara. dan engkau dengan nisbah bagi barang dibalas Allah SWT akan kau pada Akhirat kelak daripada azab yang pedih seperti adalah engkau pada syurga di dunia ini." Maka, masuklah Islam akan Yahudi tersebut.

Tamat petikan kitab.

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,

Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir indallah,

Salim Azham (MSA)