Renungan

Saturday, October 30, 2010

Nur Tauhid Pada Mengelak dan Menembusi Tipu Daya Penglihatan Pada Bicara Perbuatan Hamba !!!!

Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Kali ini , Faqir ingin berkongsi dengan saudara/i ku yang dirahmati Allah SWT akan bicara Perbuatan Hamba, sesungguhnya telah menyebut akan Imam yang agung pada Usuluddin, Al-Imam Sanusi Radiyallahu'anhu pada kitab beliau "Hasyiah Dusuki 'Ala Ummil Barahin' pada m/s 128 lebih kurang maksudnya : "Telah terpedaya akan sebahagian golongan Ahli Bid'ah akan apa yang dilihatnya." Yang dimaksudkan akan "apa yang dilihatnya" adalah terpedayanya Golongan Muktazilah pada perkataan mereka hamba yang mengadakan perbuatannya yang ikhtiariyyah (yang sengaja/ diusahakan seperti amalan soleh, berlari, belajar, dan selainnya yang dilakukan dengan sengaja) dan Allah SWT mengadakan perbuatan idhtirariyyah (yang tidak sengaja/ luar kawalan seperti terjatuh dari pokok, denyutan nadi dan jantung dan selainnya). Maka iktikad yang sedemikian adalah Bid'ah menurut kesepakatan Para Ulamak tanpa ada khilaf. Adapun pada kufurnya, ada dua wajah, jumhur Para Ulamak Asya'irah menguatkan bahawa orang yang beriktikad sedemikian tidak kafir dan inilah yang muktamad, akan tetapi ianya Bid'ah yang fasiq, lagi keji dan haram serta wajib ditablighkan. Adapun bagi Ulamak Maturidiyyah dan Segolongan dari Ulamak Asya'irah menguatkan bahawa kufurnya orang yang beriktikad sedemikian iaitu Hamba menjadikan perbuatannya yang ikhtiar dan Allah SWT menjadikan perbuatannya yang idhtirariyyah.

Maka yang benar, Allah SWT menjadikan segala perbuatan hamba sama ada yang ikhtiar mahupun idhtirariyyah kerana firman-Nya (Dan Allah yang menjadikan kamu dan segala yang kamu perbuatkan) dan firman-Nya (Dan Allah yang menjadikan akan segala sesuatu), dan firman-Nya (Bukanlah kamu (hai sahabat) yang membunuh mereka (puak kafir di medan Badar itu) melainkan Allah lah yang membunuh mereka), dan firman-Nya (Dan bukanlah engkau yang melontar (hai Muhammad) tatkala engkau melontar (pada zahirnya) akan tetapi Allah lah yang melontar (pada hakikatnya))

Maka faqir suka untuk berkongsi dengan saudara/i yang tercinta akan Kitab Aqidatunnajin Fi Ilmi Usuluddin bagi Al-Ariff Billah Syaikh Zainal Abidin bin Muhammad Al-Fathani Radiyallahu'anhu. Pada m/s 53 :

Berkata Syaikh Ibrahim Al-Laqqani Radiyallahu'anhu di dalam Matan Jauharah At-Tauhid

"Maka menjadikan ia bagi hamba-Nya dan barang yang perbuatan hamba dan memberi taufiq ia bagi orang yang berkehendak ia akan bahawa menyampaikan ia akan keredhaan"

Yakni Allah jua tunggal dengan mengadakan hamba-Nya dan menjadikan segala perbuatan yang keluar daripada hamba-Nya sama ada perbuatan yang ikthtiariyyah dan idhtirariyyah atas mazhab Ahlussunnah wal jama'ah. Bersalahan bagi Muktazilah berkata ia perbuatan yang Ikhtiariyyah itu bukan Allah yang menjadikan tetapi perbuatan hamba bagi dirinya. (Adapun) perbuatan yang idhtirariyyah itu muafakat antara Ahlussunnah wal jama'ah dan Muktazilah perbuatan Allah sendiri maka telah lalu sebutnya bahawa yang muktamadnya tiada jadi kafir Muktazilah yang beriktikadnya seperti demikian itu tetapi fasiq lagi haram (dan lagi) wajib kita Iktikadkan pula Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi taufiq yakni memberi bekas segala sebab yang beradat itu seperti api tiada dapat menghanguskan dan pisau tiada dapat memutuskan dan makanan tiada dapat mengenyangkan dan air tiada dapat memuaskan dahaga , maka telah lalu hukum orang yang beriktikad memberi bekas segala sebab yang beradat dengan zatnya atau memberi bekas dengan quwwah (kekuatan) yang dihantarkan padanya itu.(yakni jadi kafir tanpa khilaf bagi orang yang beriktikad memberi bekas dengan zat dan tabiatnya sendiri, dan khilaf pada kekufurannya bagi yang mengiktikadkan Allah menitipkan kekuatan-Nya kepada hamba untuk melakukan perbuatannya dan yang muktamad tidak kufur akan tetapi bid'ah fasiq, haram dan keji lagi wajib ditablighkan...pen).

(dan lagi) wajib kita iktikadkan pula Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi taufiq yakni memberi kuasa atas mengerjakan taat bagi segala hamba-Nya yang dikehendaki-Nya sampai kepada keredhaan-Nya dan Kasih-Nya (dan demikian lagi) Allah Ta'ala yang mendirikan kehinaan atas seseorang iaitu tiada kuasa pada mendirikan taat dan kuasa atas mengerjakan maksiat bagi segala hamba-Nya yang dikehendaki-Nya jauhnya daripada keredhaan-Nya dan Kasih-Nya...

tamat petikan kitab....

Sebenarnya sudah lama faqir berfikir-fikir untuk memasukkan perbahasan yang lebih mendalam, akan tetapi faqir melihatkan sistem pengajaran yang mendalam itu agak kurang sesuai dilakukan di alam maya kerana ditakuti akan menyebabkan salah faham, kekeliruan dan lain-lain lagi. Maka, oleh kerana itu, faqir menasihati diri ini dan saudara/i sekalian, supaya menuntut ilmu dengan bertalaqqi dan bersumberkan Kitab-Kitab Muktabar apatah lagi dalam Ilmu Tauhid. Perbahasan Tauhid yang lebih mendalam adalah sangat penting pada zaman ini yang mana telah lahir berbagai-bagai fahaman yang bertentangan dengan apa yang dibawa oleh para Ulamak kita Radiyallahu'anhum. Sehingga ada mahasiswa yang ana jumpa dan berdiskusi, tidak mengenali Imam Nawawi Radiyallhu'anhu. Maka, di manakah kemuliaan yang ada pada kita lagi sekiranya Ulamak-Ulamak yang mengembangkan Ilmu Islam itu sendiri kita tidak kenal????

Demikian juga perkataan "Asya'irah wal Maturidiyyah", sungguh ramai di kalangan Umat Islam hari ini tidak mengetahuinya... Malah mereka yang mendakwakan memperjuangkan agama, pendakwah tidak mengenalinya. Apakah belum sampai masanya kita mengakui bahawa zaman ini semakin menuntut kita untuk berzuhud??? Di mana masyarakat yang semakin dilalaikan dengan maksiat, rasuah dan jenayah bermaharajalela, sementara dari sudut mereka yang memegang amanah agama dipengaruhi fahaman Wahhabi, bodoh dalam ilmu agama, dan memperlekehkan Kitab-Kitab Ulamak Muktabar, memebawa fahaman Tabdi' atas dasar tajdid dan pembaharuan dan lain-lain fahaman yang menyongsang dari Akidah Islamiyyah yang sejahtera. Faqir berpegang teguh akan amanat Para-Para Ulamak terdahulu seperti Al-Imam Abu Ishak Al-Syirazi Radiyallahu'anhu dan Al-Imam Sayyidil Habaib, Abdullah Al-Haddad Radiyallahua'anhu : "Jadilah engkau seorang Asya'ari dalam akidahmu, sesungguhnya ia bersih dari segala penyelewengan dan kekotoran."

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,

Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir indallah,

Salim Azham (MSA)

Wednesday, October 27, 2010

Hubungan Nasab Di antara Junjungan Rasulullah SAW dan Khulafa Ar-Rasyidin !!!!

Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

kali ini faqir ingin berkongsi dengan saudara/i tercinta akan kaitan serta hubungan nasab dan keturunan Junjungan Mulia, Penghulu Makhluk Dua Alam, Sayyidina Nabi Muhammad SAW, dengan Kempat-empat Khulafa Ar-Rasyidin Radiyallhu'anhum, mereka itulah pembesar-besar sahabat, petunjuk bagi ini umat, Sebagaimana yang disabdakan Oleh Rasulullah SAW :

"Hendaklah engkau berpegang denganku dan sunnah Khalifah-khalifah Ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku, gigitlah (pertahankannya dengan kuat) ia dengan gerahammu." (H.R Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmizi. Kata Imam Tirmizi "ianya hadis Hasan")

Maka, saudaraku, ketahuilah bahawa di dalam Kitab Tijanud Darari 'Ala Risalatil Bajuri bagi Sayyidil Ulama Il-Hijjaz, Syaikh Nawawi Al-Banteni At-Tanari Al-Makki Radiyallahu'anhu ada menyebut : "Bahawa wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui akan Nasab Junjungan kita Nabi Muhammad SAW." Maka atas tuntutan ini, faqir terpanggil untuk menyebutkan Nasab Kekasih kita, Nabi Muhammad SAW sehingga kepada Adnan. Dan tiada dituntut untuk mengetahui nasab Baginda SAW selepas Adnan yang bersambung sehingga Nabi Adam, malah dimakrukhkan oleh Al-Imam Malik bin Anas Radiyallahu'anhu. Ini kerana riwayat-riwayat yang datang menjelaskan nasab Baginda SAW selepas Adnan saling bercanggah dan menjauh antara satu sama lain.

Maka ketahuilah, bahawa Junjungan kita,Penutup Sekalian Nabi dan Rasul, Penghulu Makhluk Dua Alam, Kekasih kita, Imam Ikutan Manusia, Rahmat bagi Sekalian Alam, Al-Imam Sayyidina Nabi Muhammad SAW bin Abdullah bin Abdul Muthollib bin Hasyim bin Abdu Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murroh bin Ka'ab bin Malik bin Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyasa' bin Mudhor bin Nidzar bin Ma'ad bin Adnaan.

Adalah Adnaan hidup sezaman dengan Nabi Allah Musa Alaihissalam. (Tijanud Darari)

Adapun Nasab Khalifah Ar-Rasyidin, tiadalah diwajibkan atas ini umat, akan tetapi atas dasar kecintaan dan rasa terhutangnya budi kita akan kegigihan mereka dan jerih payah mereka dalam mengembangkan , mempertahankan Islam tercinta, maka hadir pada hati-hati orang yang mencintai mereka untuk mengetahui sirah kehidupan mereka, perwatakan mereka dan juga nasab dan keturunan mereka. Dan, Subhanallah....Keempat-empat mereka bersambung Nasab dengan Nasab Junjungan Nabi Muhammad SAW. Maka yang pertama, Sayyidina wa Qudwatuna , Hafizul Islam wa Umdatul Anam, Abu Bakr As-Siddiq Radiyallahu'anhu. Nama sebenar beliau adalah Abdullah bin Othman bin Amir bin Amr' bin Ka'ab bin Sa'd bin Taim bin Murroh bin Ka'ab bin Luay bin Gholib bin.....Adnaan. Bertemu dengan Nasab Baginda SAW pada Murroh bin Ka'ab.

Dan juga, Amirul Mukminin , Al-Imam Al-Qudwah Hujjah Al-Islam Sayyidina Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Ab' Uzza bin Riah bin Abdullah bin Qart bin Ruzah bin 'Adiy bin Ka'ab bin Luay bin Gholib bin.....Adnaan. Bertemu dengan Nasab Baginda SAW pada Ka'ab bin Luay bin Gholib.

Dan juga Imamuna, Pemilik 2 cahaya, yang sangat pemurah lagi banyak menafkahkan hartanya di Jalan Allah SWT, Sayyidina Uthman bin Affan bin Abu Al-'As bin Umayyah bin as-Samit bin Abdullah Syam bin Abdu Manaf bin Qusay bin Kilab....Adnaan. Bertemu dengan Nasab Rasulullah SAW pada Abdu Manaf bin Qusay bin Kilab.

Dan yang terakhir , Al-Imam, Al-Arif Billah,Ahlu Bait, Penghulu kepada Sekalian Sufi, Pahlawan yang Gagah Berani, Lautan Ilmu, Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah ibn Abi Thalib ibn Abdul Muthollib ibn Hasyim....Adnaan. Sepupu Junjungan Rasulullah SAW.

Demikianlah saudara/i ku, Para Ulamak Radiyallahu'anhum ada menjelaskan biografi setiap orang dari kalangan Nenek Moyang Nabi Muhammad SAW, maka barangsiapa yang berkehendak akan dia, hendaklah dia merujuk kepada Kitab-Kitab yang berkaitan.

Demikianlah Saudara/i ku, semoga sentiasa sukses dalam cita-citamu..Amin

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,

Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir indallah,

Salim Azham (MSA)

Tuesday, October 12, 2010

Mimpi Allamah Al-Imam Syaikh Ahmad Al-Marzuqi Al-Maliki Radiyallahu'anhu bertemu Rasulullah SAW yang mengajar beliau Sifat 20.

Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Kali ini, faqir suka untuk berkongsi dengan saudara/i sekalian yang dikasihi akan kisah mimpi yang dialami oleh Allamah Syaikh Ahmad Marzuki Al-Maliki Radiyallahu'anhu sehingga terhasilnya kitab beliau yang terkenal sehingga kini, Aqidatul Awwam. Faqir akan membukakan kitab Nuruz Zholam Syarah 'Ala Aqidatil Awwam, iaitu syarah lanjut oleh Imam Nawawi Al-Banteni Radiyallahu'anhu atas kitab Aqidah Al-Awwam Cetakan Pustaka Mampir, Indonesia. Perkataan di dalam kurungan yang diboldkan merupakan matan dari Kitab Aqidah Al-Awwam, dan selainnya merupakan syarah dari Sayyidil Ulama' Il-Hijjaz (Penghulu Para Ulamak di Tanah Hijjaz pada Zamannya) Al-Imam Nawawi Tsani (ke-2) Allamah Syaikh Nawawi Al-Banteni Al-Makki Radiyallahu'anhu.

Perlu diketahui, bahawa faqir tidak menjadikan kisah mimpi ini sebagai dalil hukum atau penetapan dasar-dasar tauhid, akan tetapi mimpi ini hanya dijadikan sebagai penguat, dan penambahan terhadap dalil-dalil yang sedia ada dari Quran, Sunnah dan Ijmak Ulamak. Apatah lagi mimpi ini datangnya dari seorang Alim Besar Mazhab Maliki, iaitu Al-Imam Ahmad Marzuki, kemudian disyarah pula oleh Imam Nawawi Banteni, dan kitab Aqidah Al-Awwam ini masih berjalan dan diajarkan sehingga ke hari ini. Demkian teksnya pada m/s 2:

(Ketahuilah) bahawa sesungguhnya sebab [asal mula] kitab nazhom ini adalah Nazhim [Syaikh Ahmad Marzuqi] bermimpi bertemu Nabi SAW di penghujung malam Juma'at, pada Juma'at pertama di bulan Rejab, hari ke-enam tahun 1258H, sedangkan para Sahabat RA berdiri di sekelilingnya.

Nabi SAW bersabda kepada SYaikh Ahmad Marzuqi : "Bacalah nazhom-nazhom tauhid, yang barangsiapa bisa menghafalnya, maka ia masuk syurga dan bisa menggapai tujuan dari setiap kebaikan yang sesuai dengan Al-Quran dan As-Sunnah"

lalu Syaikh Ahmad Marzuqi bertanya kepada Nabi SAW : "Apa nazhom-nazhom itu , wahai Rasulullah?"

Para Sahabat RA berkata kepadanya : "Dengarkan dari Rasulullah apa beliau sabdakan."

Lalau Rasulullah SAW bersabda : "Ucapkan olehmu *Aku memulainya dengan menyebut nama Allah dan Yang Maha Pengasih*"

Maka Nazhim berkata : "Aku memulainya dengan menyebut nama Allah dan Yang Maha Pengasih, sampai akhir nazhom, yaitu ucapannya [syairnya]:

Mushaf Nabi Ibrahim dan Nabi Musa itu* di dalamnya terdapat Kalam Allah Yang Maha Menghukumi dan Maha Tahu.

Sedangkan Rasulullah SAW mendengarkannya. Tatkala Sayikh Ahmad Marzuqi terjaga dari tidurnya, beliau membaca apa yang dilihat dalam mimpinya, maka beliau dapatkan nazhom-nazhom itu terhafalkan dalam dirinya dari awal sampai akhir.

Kemudian ketika datang malam Juma'at yaitu malam ke-28, hitungan dari Bulan Dzulqa'edah, Nazhim [Syaikh Ahmad Marzuqi] melihat Nabi SAW untuk kedua kalinya di waktu sahur di dalam mimpi.

Lalu Nabi SAW bersabda kepadanya: "Bacalah apa yang telah engkau himpun [hafal]", yakni di dalam hatimu.

Lalu Syaikh Ahmad Marzuqi membacanya dari awal sampai akhir, [saat itu] ia berada di hadapan Nabi SAW, sementara Para Sahabat RA berada di sekeliling Nabi sambil mengucapkan: "Amin" setelah setiap bait dari nazhom itu.

Tatkala beliau telah selesai membacanya, Nabi SAW bersabda kepada beliau: "Semoga Allah Ta'ala memberi taufik padamu untuk melakukan sesuatu yang Dia redhai dan menerima amalmu itu, memberikan berkah atasmu dan memberikan manfaat [kitab ini] kepada semua hamba-Nya. Amin [semoga Allah mengabulkan do'a kita].

Tamat petikan kitab.

Maka, barangsiapa yang memiliki kitab Aqidah Al-Awwam ini, pasti mereka mengetahui bahawa bait-bait nazham di dalamnya menerangkan mengenai Ilmu Sifat 20. Milikilah kitab ini hai saudara/iku, semoga Allah SWT memberikan kefahaman pada agama-Nya kepada kita..Amin

Di kesempatan ini juga, faqir ingin menyatakan bahawa tidak sekali-kali faqir redha mahupun setuju dengan konsert Adam Lambert , seorang Homoseksual yang dikatakan sering berkelakuan tidak senonoh semasa membuat persembahan. Pihak Pemerintah adalah bertanggungjawab dalam perkara ini di samping masyarakat perlu juga memberi kerjasama dengan tidak menghadiri, tidak mengiklankan atau membeli tiket untuk menonton persembahan tersebut. Siapa sahaja yang terlibat dengan usaha seperti ini, adalah dia juga termasuk dalam bersubahat melakukan maksiat.

Di samping itu, juga , janganlah pula hendaknya kita sesama saudara Islam bergaduh hanya kerana saudara kita yang lain tidak mengetahui tentang perkembangan semasa. Tiada apa yang dapat melainkan kerugian sahaja. Melecehkan orang lain bukanlah sikap pejuang sebenar. Pejuang sebenar lebih menghayati maksud "Lead by Example" daripada mengkritik membuang air liur lebih banyak daripada membuang air keringat. Paling tidak pun, setiap orang daripada kita jika dapat memastikan ahli keluarga, sahabat masing-masing daripada tidak menonton konsert tersebut, faqir yakin...tidak ada lagi Artis-Artis tak senonoh akan buat konsert di Malaysia ini. Walaubagaimanapun, faqir tidak menafikan usaha sesetengah pihak yang membuat demonstrasi atau menghantar memorandum kepada Kerajaan Malaysia bagi mendesak dan memberi tekanan supaya konsert tersebut dibatalkan, kerana kaedah "Mencegah lebih baik dari Merawat" adalah tersangat penting untuk diaplikasikan di Malaysia ini. Tetapi janganlah pula dihina, atau direndah-rendahkan mereka yang tidak punyai platform untuk bersuara.

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,

Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir indallah,

Salim Azham (MSA)

Cahaya Bulan Purnama Bagi Mengungkap Keindahan Perkataan Al-Arif Billah Syaikh Al-Akbar Abdul Qadir Al-Jailani Radiyallahu'anhu

Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Kali ini fakir ingin berkongsi dengan saudara tercinta mengenai nasihat Allamah Al-Arif Billah Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani Radiyallahu'anhu. Tidak diketahui adanya Ulamak yang mempersoalkan ilmu mahupun keperibadian beliau. Maka, marilah bersama-sama kita renungkan nasihat beliau di dalam kitab himpunan-himpunan ceramah beliau, iaitu Al-Fath Ar-Rabbani. :

Saudaraku, janganlah apa yang kau cita citakan itu apa yang kau makan, apa yang kau minum, apa yang kau pakai,wanita yang kau kahwini, tempat tinggal yang baik, atau apa saja yang dikehendaki nafsu dan naluri. Sebaiknya cita-citamu itu, hati dan batin, iaitu sentiasa mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. . Ingat cita-citamu itu ! Hendaklah cita-cita mu itu , Tuhan mu, dan apa yang ada di sisi-Nya.

Pertolongan selalu didahulu oleh penderitaan . Andaikata tidak demikian , tentulah semua org akan mengatakan bahawa dirinya cinta kepada Allah Azza Wajalla. Oleh sebab itu, tabah dalam menghadapi penderitaan, nestapa, dan kefakiran adalah ukuran mahabbah tersebut.

Setiap perbuatan yang kau kerjakan dan kau harapkan imbalannya dari Dia, maka perbuatan itu adalah untukmu. Dan setiap amal perbuatan yang kau kerjakan kerana Allah s.w.t. , maka amal perbuatan itu adalah untuk Allah s.w.t. pula. Jika kau beramal, dan kau mengharapakan gantinya maka imbalannya adalah dari makhluk. Tetapi jika kau beramal dan kau arahkan hanya kepada-Nya, maka imbalannya yang akan kau perolehi adalah “kedekatanmu” kepada-Nya dan melihat-Nya. Kemudian, janganlah kau menuntut imbalan atas amal perbuatanmu. Baik keduniaan mahupun keakhiratan. Carilah Zat yang memberikan nikmat, jangan kau cari nikmat. Dialah Zat yang mewujudkan segala sesuatu, Zat yang mengaturnya, dan yang wujud sesudah segala sesuatu. Kau hendaklah selalu ingat mati. Sabarlah dalam menghadapi berbagai malapetaka dan pasrahlah kepada Allah dalam segala urusan….

Saudaraku, janganlah kamu mengkehendaki kelebihan dan kekurangan. Jangan mencari kemajuan dan kemunduran. Sebab ketentuan telah menetapkan bahagian masing masing. Setiap orang diantaramu tidak diwujudkan melainkan telah ditentukan secara khusus.

Tetaplah kamu menuruti Allah Azza Wajalla, baik dalam keadaan longgar , mahupun dalam situasi sempit, pada saat fakir mahupun kaya, di saat susah mahupun makmur, dan pada saat mendapatkan kurnia mahupun tidak. Aku tidak mengetahui cara yang lain untukmu kecuali taslim(berserah diri) kepada Allah Azza Wajalla. Jika ia menetapkan sesuatu keputusan, maka janganlah kamu mengeluh. Jangan kamu tentang keputusan itu. Dan jangan kamu adukan kepada selain-Nya. Sebab semua itu hanya menambahkan penderitaan kamu saja. Tetapi diamlah, tetaplah kamu berada di hadapan-Nya. Perhatikanlah apa yang Dia perbuatkan pada dirimu. Dan fikirkanlah hal itu. Senanglah terhadap perbuatan dan penggantian-Nya. Jika kamu telah bersikap demikian , nescaya Dia akan mengganti kesusahan dengan kesenangan, dengan tauhid dan kebahagiaan yang hakiki.

Tamat..

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,

Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir indallah,

Salim Azham (MSA)

Wednesday, October 6, 2010

Titisan Embun yang Jernih pada Merenungi Nasihat Yang Meruntun Hati oleh Al-Imam Al-Harith bin Asad Al-Muhasibi Radiyallahu'anhu

Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Fakir ingin berkongsi dengan saudara tercinta akan Kitab Risalah Mustarsyidin (Risalah Buat Mereka Yang Mencari Petunjuk Allah), diterjemahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Esa Bin Deraman, Yang lebih dikenali sebagai Tokku Pasir Gudang. Marilah bersama-sama muhasabah akan diri ini yang sangat berhajat kepada Ampunan dan Rahmat Allah SWT dengan merenungi nasihat dari seorang yang selalu muhasabah dirinya sehingga digelar Al-Muhasibi oleh manusia di zamannya, iaitulah Al-Imam Al-Harith bin Asad Al-Muhasibi Radiyallahu'anhu. Ada disebutkan oleh Almarhum Al-Muhaddith Syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah Radiyallahu'anhu, bahawa Imam Ahmad Ibn Hambal Radiyallahu'anhu pernah menghadiri majlis ilmu beliau sehingga menangis dan pengsan kerana kesan percakapan yang menusuk kalbu yang dilontarkan oleh Al-Imam Al-Muhasibi Radiyallahu'anhu. Antara Nasihat Al-Imam Al-Harith Al-Muhasibi di dalam kitabnya :

Hendaklah engkau sentiasa berhati-hati pada perkara-perkara kegopohan, dan berakhlak mulia dalam pergaulan, dan janganlah kamu marah kepada orang lain demi kepentinganmu, dan marahlah kerana Allah SWT atas diri engkau, dan janganlah engkau membalas seseorang dengan kejahatan, dan berhati-hatilah daripada pujian orang yang jahil terhadap dirinya, dan janganlah kamu menerimanya daripada sesiapa pun. Kurangkan ketawa, dan hindarilah gurauan.

Sembunyikan rasa sakitmu, dan tunjukkan maruah peribadimu, simpanlah kepercayaan engkau kepada Allah SWT dalam hatimu dengan penuh keyakinan, dan hendaklah engkau merasakan rasa putus asa kepada manusia dan peliharalah kefakiranmu, dan bersabarlah atas apa yang menimpamu, dan redhalah atas dengan apa yang Allah SWT kurniakan kepadamu, dan sentiasalah yakin dengan janji Allah SWT, dan takutlah akan ancaman-Nya, dan jangan engkau bersusah payah untuk mendapatkan sesuatu yang telah engkau dicukupkan dengannya, dan janganlah engkau mensia-siakan sesuatu yang engkau diamanahkan untuk mendapatkannya, dan sentiasalah mengharapkan Allah SWT pada semua pemberian-Nya, dan carilah keselamatn daripada-Nya.

Maafkan orang yang menzalimimu, dan berikan kepada orang yang bakhil kepadamu, dan hubungkan silaturrahim orang yang memutuskannya, dan utamakan hak Allah SWT sesiapa yang mencintaimu, dan korbankan dirimu dan hartamu kepada saudara-saudaramu, dan peliharalah hak-hak Allah SWT dalam agamamu, dan jangan kamu merasa besar kebaikan yang engkau lakukan pada pandangan kedua matamu, dan janganlah engkau memperkecilkan kejahatan yang kecil engkau lakukan, dan sentiasalah engkau bijak dalam mengetahui akan penyakit dan kotoran hati. Sesungguhnya bagi Allah SWT itu seksaan-seksaan yang menanti.

Awaslah dengan ilmu yang sekadar menjadi hiasan, sebagaimana engkau sentiasa berawas dengan sifat ujub di dalam amalan, dan janganlah sesuatu yang engkau yakini dalam hatimu daripada adab (kebaikan) dikurangkan atas dirimu dengan zahir pengetahuanmu.......

Elakkan banyak bersumpah walaupun engkau benar, dan janganlah engkau bertengkar sekalipun engkau betul, dan jauhilah banyak berkata-kata walaupun engkau seorang petah, dan hindarilah sikap takallauf (menyusahkan) dalam agama walaupun kamu alim dengannya. Dahulukan ilmu sebelum bercakap.........

Jangan engkau bertutur dengan orang yang tidak mahu mendengarnya, dan jangan kamu berikan agama kepada orang yang menanamkan kebenciannya kepadamu, dan jangan kamu dedahkan dirimu kepada ujian yang engkau tidak mampu hadapinya, muliakan dirimu dihadapan orang yang menghinanya, sucikan keazamanmu dengan menjauhi keburukan akhlak, dan jangan bersahabat melainkan dengan orang yang bersikap amanah......

Berhati-hatilah dengan perasaanmu yang merasakan kedudukan yang mulia di sisi-Nya. Dan menolak kebenaran dengan menghina manusia. Jauhilah rasa takut dipandang rendah oleh manusia dengan takut kepada kemurkaan Allah SWT kepada engkau. ....

Dan lihatlah betapa permurahnya Allah SWT kepadamu walaupun engkau menderhakai-Nya., dan kelembutan-Nya kepadamu walaupun engkau lupa untuk mengingati-Nya, dan Allah SWT menutup keaibanmu sedangkan engkau tidak malu kepada-Nya, Dia tidak perlukan kamu sedangkan engkau amat mengharapkan-Nya.....

Dan ketahuilah bahawa sebagaimana cahaya di waktu siang tidak akan membantu orang yang buta matanya, demikian juga tidak akan diperolehi cahaya ilmu melainkan orang yang bertakwa....

Dan ketahuilah bahawa tiada jalan yang lebih hampir daripada sifat benar, tiada petunjuk yang lebih berjaya daripada ilmu, dan tiada bekal yang paling baik selain takwa.

Tamat..

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,

Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir indallah,

Salim Azham (MSA)

P/S : Tidak lupa juga buat saudara/i yang mendoakan ana pada hari jadi ana , Semoga Allah SWT membalas antum dengan sebanyak-banyak kebaikan..Amin (^_^)