Renungan

Sunday, June 28, 2009

Ahlan Wa Sahlan

Assalamualaikum ......Segala Puji Hanya Bagi Allah Azza Wajalla , Maha pemurah lagi Maha Penyayang, Segala yang dikehendakiNya berlaku pasti terjadi dan begitu sebaliknya, Tuhan yang Maha Perkasa lagi menguasai Arasy yang agung, Tiada lah daya upaya kami melainkan Allah yang Maha Agung, Dan selawat dan salam semoga dilimpah dan dicurahkan oleh Allah s.w.t. kepada junjungan besar kita KekasihNya Sayyidina Muhammad s.a.w. ...Rahmat sekalian alam, asbab terbesar hubungan hamba dengan TuhanNya, Ya Allah tempatkan lah Junjungan kami ke tempat yang terpuji seperti mana yang telah Kau janjikan Amin

Dan juga kepada AhlulBayt Rasulullah s.a.w. yang mulia lagi suci , seterusnya kepada para sahabat r.anhum yang mengerah keringat memperjuangkan agama yang suci ini ke seluruh alam, dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat, ...Ya Allah Ampuni kami, kasihani kami, tetapkan iman kami di jalanMu....Amin

Pertamanya, ana ingin mengucapkan ahlan wa sahlan bikum kepada saudara pengunjung yg sudi melawat blog faqir lagi hina dan serba kurang ini. Pertama kali menulis di dalam blog seakan merasa janggal kerana selama ini hanya melihat blog ikhwah yang lain. Perasaan cemburu dan gembira bercampur apabila melihat begitu ramai sahabat ana yang memiliki blog sendiri dan sekaligus menjadi medium untuk berdakwah. Cemburu kerana merasa diri sangat ketinggalan dalam gerakan dakwah kerana diri ini kurang mahir dalam bidang IT, dan gembira pula kerana ramai Sahabat2 yang menghidupkan perjuangan Islam ini di ruang maya yang kita ketahui sangat meluas digunakan pada zaman ini.

Maka setelah berfikir selama satu semester lebih, barulah ana bertekad untuk membuat blog sendiri.

Ini adalah kerana :

1) Peredaran zaman yang sangat pesat memerlukan gerakan dakwah melakukan anjakan paradigma , iaitu menceburi bidang maya ini (Dakwah guna Internet). Ianya satu perkara yang sangat penting pada masa perkara2 melalaikan menguasai ruang maya ini.

2)Apabila ziarah blog2 sahabat yang lain tercetus idea dan cadangan , tetapi tidak tahu di mana mahu dikongsikan dengan ikhwah yang lain. Walaupun idea dan cadangan ana sangat dhaif dan banyak kekurangan, sekurang kurangnya ada tempat bagi ana untuk muhasabah kembali idea yang tercetus di minda ini. Maka ana melihatkan blog merupakan medium terbaik di samping dapat memberi walau sedikit sekalipun. Ana sangat setuju dengan moto Ustaz Hasrizal "Erti hidup pada memberi". Ia juga merupakan motto ana.

3)Ana melihat bahawa kebanyakan sahabat ana dari kalangan yang mempunyai blog sendiri lebih peka terhadap isu isu semasa . Bagi ana, dengan kehadiran blog ini secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada tuan punya blog itu untuk sentiasa menggali maklumat maklumat semasa supaya blognya sentiasa diupdate sekaligus menambah pengetahuan kepada tuan punya blog itu sendiri. Maka , ana berharap, dengan adanya blog ini, menjadi pemangkin lagi kepada ana supaya lebih peka kepada isu isu yang melanda umat Islam dewasa ini.

4)Ana juga mempunyai cita cita yang kalau dilihat sekali imbas agak mustahil, iaitu ingin menjadikan blog ini sebagai medium untuk menyerapkan rasa CINTA ALLAH DAN RASULNYA. Ketahuilah asas segala perkara itu cinta. Allah memanggil makhluk yang paling mulia dan paling tinggi darjat di sisi-Nya iaitu Nabi Muhammad s.a.w. dengan panggilan Kekasih-Nya. Umat hari ini semakin melupakan kecintaan Allah dan RasulNya. Ada yang ingat Allah tetapi lupakan kekasihNya sehingga ada kecenderungan untuk merendahkan martabat Nabi s.a.w. (Na'uzubillah). Maka dengan blog ini ana akan cuba menyedarkan diri ana sendiri dan umat Islam amnya betapa cintanya Allah kepada hambanya, betapa sayangnya Nabi s.a.w. kepada umatnya, supaya kita muhasabah kembali diri kita sejauh mana pulak kecintaan kita kepada Allah dan RasulNya.

5) Ana mengharapkan hasil usaha ana yang faqir lagi serba kekurangan ini diterima oleh Allah s.w.t. sebagai amal kebajikan. Ya Allah, kepadaMu jua ku memohon pertolongan dan kepada Mu jua ku memohon jalan petunjuk hidayah. Amin

Banyak lagi sebab2 yang membuat ana nak buka blog ini, 5 perkara di atas merupakan sebab terbesar, Allah jua Maha Mengetahui. Apapun, Syukran Jazilan kerana sudi mengunjungi blog faqir , InsyaAllah ana akan uasahakan untuk mengupgradekan lagi blog ini (kalau ada masa lah kan). Akhir kata Jazakallah Khairan Kathira :)

Assalamualaikum....

No comments:

Post a Comment