Renungan

Sunday, June 28, 2009

Selamat Datang Adik-Adik baru ke UTM

Assalamualaikum.....ahlan wa sahlan kepada adik adik yang memilih UTM sebagai destinasi mengutip permata ilmu , ketahuilah bahawa adik telah dipilih ke salah satu Universiti Primier di Malaysia ini lebih lebih lagi dalam bidang teknologi dan kejuruteraan, tahniah sekali lagi ana ucapkan. Bersyukur lah kepada Allah s.w.t. yang mengurniakan anugerah yang besar ini kepada kita semua pada masa saudara kita di tempat lain seperti Palestin dan Afrika belajar pun sangat sukar.
Adik,

Pastinya adik masih lagi belum menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus ini di mana UTM merupakan Universiti yang sangat luas iaitu yang kedua selepas UPM. Berbagai kemudahan disediakan di UTM seperti kemudahan Internet di CICT yang pernah mencatat bilik komputer paling besar di Malaysia. Kemudahan Wifi di kolej kediaman. Abang percaya adik-adik yang baru ini ditempatkan di kolej dalam, maka Wifi selalunya tidak menimbulkan masalah sangat.

Sesungguhnya kehidupan Universiti sebagai seorang pelajar adalah sangat istimewa dan sayang sekali sekiranya adik menggunakan kehidupan ini untuk perkara yang tidak mendatangkan faedah. Di sinilah kita berpeluang untuk berkenalan dengan sahabat baru yang satu course, satu bilik, satu kolej mahupun satu U. Kenangan berada di Universiti adalah kenangan yang sukar dilupakan, maka jadikanlah kehidupan adik-adik di Universiti ini sebagai kenangan terindah dalam sejarah hidup. Adik tidak akan lagi melalui peristiwa (kehidupan sbg stdnt) seperti ini lagi selama lamanya.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa aktiviti yang kurang sihat berada di universiti juga, antaranya budaya couple, membonceng moto laki pmpuan, kes kecurian. Maka adik adik jauhkanlah diri adik dari gejala-gejala seperti ini kerana ianya hanya mengundang maksiat dan aib kepada ibu bapa adik yang berpenat lelah dan menyimpan segunung harapan pada adik untuk berjaya di U ini. Banyak lagi aktiviti-aktiviti yang baik dan sihat di U ini yang boleh adik ceburi antaranya menyertai persatuan-persatuan, aktiviti sukan, menganjurkan program seperti kursus keusahawanan, khidmat masyarakat dan sebagainya. Kemanisan kenangan sewaktu bersama sama sahabat lain menjayakan program adalah kenangan yang tidak dapat dibeli dengan harta dan wang.

Ini merupakan tahun terakhir abg InsyaAllah sekiranya Allah kehendaki, ana tidak merasa menyesal meninggalkan U ini kelak kerana berbagai bagai pengalaman dan kenangan selama 3 tahun berada di kampus tercinta ini menyebabkan kampus ini tersemat di hati walau ke mana sahaja abg pergi....tempat di mana abg mendapat ilmu, pengalaman, kenangan, ...terima kasih UTM....jasamu dikenang

Kepada adik-adik, sebagai mahasiswa tahun 1, sepatutnya adik-adik menumpukan pada pelajaran lebih sedikit kerana selalunya subjek2 tahun 1 senang dan sebahagiannya telah di ajar semasa adik di matriks lagi, maka jangan lepaskan peluang untuk score setinggi tingginya, naikkan maruah umat islam, jadilah contoh tauladan kepada adik-adik yang baru pulak selepas ini. Jadilah student 1st class dengan disulami rendah diri dan berakhlak mulia. Jadilah manusia yang memberi .

Nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya

Ingat-ingatlah pemberian orang kat kita;
lupa-lupkanlah pemberian kita kat orang;

Ingat-ingatlah salah kita kat orang;
lupa-lupakanlah salah orang kat kita;

Harapan abg, semoga generasi adik lebih baik dan lebih berjaya dari generasi yang dahulu....Amin. Ya Allah peliharalah kami, kasihani kami, ampuni kami,

Ya Rahman
Kurniakan petunjukMu kepada adik-adik kami,
teguhkan pendirian mereka,
tabahkan hati mereka,
sucikan hati mereka, tetapkan iman mereka,

Ya Allah,
Jadikan mereka ikhlas dalam amalan,
rajin dalam perbuatan,
elok dalam perkataan,
peliharalah mereka,

Akhir kata, Jangan dilupakan selawat dan salam yang sebanyak-banyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina wa Maulana Muhammad s.a.w. ....Ya Allah, tempatkanlah baginda ke tempat yang terpuji sepertimana yang kau janjikan....Amin

Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan Semesta Alam, Dan Allah Maha Mengetahui....

Jazakallah Khairan Kathira,

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

1 comment:

  1. Assalamu`alaikum...
    Pesanan sungguh bermakna dr seorang senior utk junior...dari seorang abang untuk adik, dari seorang sahabat utk sahabat...
    Terus hangatkan blog ini dgn penulisan yang mampu meningkatkan rasa cinta kepada Allah dan Rasul...semoga segala usaha diberkati ALLAH...insyaALLAH



    ghajin2 gak jenguk blog serba kekurangan saya tu....

    ReplyDelete