Renungan

Sunday, July 19, 2009

Kecintaan Membaca Selawat

Segala Puji hanya bagi Allah s.w.t. , Tuhan empunya sekalian alam , Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya , malah selain-Nya lah yg berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga docurahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yg terpuji sepertimana yg kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yg mulia lagi tinggi makam mereka di sisi Allah Azza Wajalla..Dan mereka yg mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat Ya ALlah , Ampuni kami, Rahmati kami, Kasihanilah kami.. Amin

Amma Ba'du,

Adapun kemudian daripada itu faqir ingin berkongsi dengan saudara pembaca sedutan dari kitab Afdlalus Shalawaati 'Alaa Sayyidis Sadaati di karang akan dia oleh Al-Qadhi Syaikh Yusoff ibn Ismail An-Nabhani rah. . Dalam mukadimahnya, berkata Syaikh rah. "Bahawa para malaikat memberi pujian dan sanjungan kepada Rasulullah s.a.w. . Begitu juga orang orang beriman hendaklah memberi selawat kepada Rasulullah s.a.w. semata-mata untuk memuliakan baginda. Firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya Allah s.w.t. dan para malaikat-Nya menyampaikan salawat kepada Nabi (Muhammad), wahai orang-orang yg beriman , mohonkanlah rahmat dan keselamatan untuknya"

Perlu kita mengetahui beberapa hadis yg berhubung anjuran agar timbul kecintaan banyak membaca selawat atas Rasulullah s.a.w.

Diantaranya , Sabda Nabi s.a.w. "Perbanyaklah membaca salawat atasku, kerana yg pertama kali(tentang sesuatu) yg ditanyakan di dalam kubur adalah tentang aku"

Sabdanya lagi "Salawat atasku akan menjadi cahaya di hari Kiamat ketika menghadapi kegelapan Shirat (titian), oleh itu perbanyaklah membaca salawat atasku"

Sabdanya lagi "Barangsiapa susah untuk mendapatkan keperluannya, hendaklah memperbanyak membaca salawat atasku, kerana membaca salawat itu boleh menghilangkan dukacita, kesedihan dan kesusahan , juga dapat menarik banyak rezeki dan memudahkan urusan keperluan"

Sabdanya lagi "Sesungguhnya yg dapat menyelamatkan kamu dari ketakutan di Hari Kiamat nanti adalah dengan banyak membaca salawat atasku ketika masih di dunia, kerana salawat itu sendiri menjadi kifayat bagi Allah s.w.t. dan malaikat dan sesungguhnya orang beriman diperintah membaca salawat agar mereka mendapat pahala"

Sabdanya lagi "orang yg paling dekat dengan ku di Hari Kiamat adalah orang yg paling byk membaca salawat atasku.


Berlandaskan pada Pandangan Sayyidina Ibnu Abbas r.a , Imam Abul Qasim Al-Qusyairi r.a. mengatakan bahawa Allah s.w.t. memberi wahyu kepada Nabi Musa a.s. , iaitu "Sesungguhnya aku telah menjadikan untukmu sepuluh ribu pendengaran sehingga engkau mampu menangkap pembicaraan dari Aku dan menjadikan sepuluh ribu lisan dan mampu menyahut pembicaraan dari Aku dan dekat dengan Aku., jika engkau memperbanyak membaca selawat atas Muhammad s.a.w."

Imam As-Sakhawi r.a. berkata dengan mengambil riwayat yg mengatakan bahwa terdapat seorang yg sgt pemboros yg tidak menghiraukan dirinya. Ketika ia mati, org-org melemparkan jenazahnya ke suatu tempat, kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada Musa a.s. agar memandikannya dan menyembahyangkannya, kerana Aku telah mengampunkan dosa-dosanya. Maka berkata Nabi Musa a.s "Ya Allah, kenapa boleh jadi begitu?"
Maka Allah s.w.t. berfirman bahawa pada suatu ketika dia membuka Taurat, kemudian dia menjumpai Nama Muhammad s.a.w. tercatit di dalamnya, maka ia segera membaca selawat atasnya. Kerana tindakannya itu, maka Aku Ampunkan dia.

Semoga Allah s.w.t. menerapkan rasa kecintaan untuk membaca Selawat ke atas kekasih-Nya Sayyidina Muhammad s.a.w. Amin

Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan baginda di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yg mulia lagi kasih akan umat ini..

Segala puji hanya bagi Allah , Tuhan Empunya sekalian alam, Tiada daya upaya melainkan Allah , Dan Allah s.w.t. jua yg memberi petunjuk dan ALlah sw.t. Maha Mengetahui

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

No comments:

Post a Comment