Renungan

Wednesday, August 5, 2009

Kepentingan diri atau orang lain

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam, Tiada ada Ia berhajat kepadanya, malah selainnya lah yg berhajat kepadanya , Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina wa Maulana Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan junjungan kami di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang mulia lagi tinggi makam mereka di sisi Allah s.w.t.. Dan mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat..Ya Allah Ampuni kami, Rahmati kami, Kasihanilah kami..Amin

Amma Ba'du,

Pada dasarnya, manusia lebih mengutamakan kepentingan diri.Semua perkara yang bagus akan kita berikan kepada diri kita dahulu. Ketika ancaman datang, perbuatan menyelamatkan diri juga adalah sebahagian daripada sifat dasar itu.

Tetapi sekiranya perkara ini berterusan dan menjadi amalan tingkah laku sendiri, maka inilah yang dipanggil safety player iaitu orang yang selalu mengutamakan keselamatan dirinya sendiri sahaja. Sekiranya penerapan nilai-nilai Islam , adat istiadat dan sistem asuhan yang betul, tentu akan menghasilkan tingkah laku yang lebih mengutamakan kepentingan orang lain dari dirinya sendiri.Ternyata tidak ada kolerasi yang positif di antara pangkat, wang ringgit mahupun taraf pendidikan dengan kesediaan seseorang untuk berkorban demi orang lain. Pengorbanan yang dilakukan itu lebih dipengaruhi oleh hati yang sanggup mengutamakan orang lain. Bukankah Allah s.w.t. Maha Kaya, Maha Mendengar, Maha Mengetahui, dan Maha Mengasihi. Tidak ada satu perbuatan baik mahupun buruk yang dilakukan manusia di dunia ini tanpa pengetahuan-Nya. Orang yang melakukan pengorbanan terhadap manusia yang lain tentu akan memperolehi pahala dan ganjaran daripada Allah Azza Wajalla.

Kata -kata hikmah ini mungkin boleh dijadikan renungan bersama :

"Sekiranya anda ingin menempuh perjalanan yang jauh dengan cepat, ringankanlah beban anda.
Tinggalkan segala rasa iri hati, cemburu, ketidakrelaan memaafkan orang lain , sikap mementingkan diri dan ketakutan"

Sudahkah kita bersedia untuk memberikan "payung terjun" kita kepada orang yang lebih memerlukannya?

Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yg terpuji sepertimana yg Kaujanjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang sangat kasih mereka kepada Umat Nabi s.a.w.

Dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui, Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam.

Jazakallah Khairan Kathira..(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

No comments:

Post a Comment