Renungan

Tuesday, August 11, 2009

Method dalam Dakwah yg perlu ditekankan

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya , malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang mulia lagi tinggi makam mereka itu di sisi Allah s.w.t.. Dan mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat. Ya Allah Ampuni kami, Kasihani kami, Rahmatilah kami..Amin

Amma Ba'du,

Adapun kemudian daripada itu, faqir ingin berkongsi dengan saudara berkenaan method atau cara dakwah yg perlu diambil perhatian walau siapapun kita. Sungguh hari ini kita dapat menyaksikan sesetengah pihak menggunakan method merendahkan atau menyindir serta memperlekehkan sesuatu perkara untuk menerangkan sesuatu hukum, apakah ini cara dakwah Nabi Muhammad s.a.w.??? Kalaupun benar hukum yg disebut itu, tetapi menggunakan cara menyindir, merendahkan lebih2 lagi tidak disandarkan dengan bukti akan tuduhan yg dilemparkan itu merupakan suatu perkara yg tidak diajar Nabi Muhammad s.a.w. . Kononnya ada org cakap "nasib baik anak saya minum air jampi ni, dapat A", perkataan ini tidak lain hanya mahu merendah dan memperli masayarakat awam Melayu Islam. Di mana dalil orang yg bercakap seperti ini?..Siapakah yg bercakap seperti ini?...Nampaknya orang ini sendiri tidak berpegang kepada dalil dalam mengemukakan setiap alasan, hanyalah keseronokan mencela dan merendahkan masyarakat Malaysia.

Adalah sangat mencengangkan apabila mengatakan haram semata-mata tidak dibuat oleh Nabi s.a.w., ini menunjukkan orang ini tidak mengetahui kaedah -kaedah usul fiqh yg disepakati ulama salaf dan khlaf. Tersebut di dalam kitab Al-Bayan Lima Yusghil Azhan karangan Al-Alim Al-Allamah Syaikh Prof Dr. Ali Jum'ah (Mufti Mesir) telah tersebut : "Telah sepakat para ulama salaf dan khalaf , timur dan barat bahawa apa2 yg tidak dibuat oleh Nabi s.a.w. bukanlah boleh dijadikan dalil secara bersendirian dalam menetapkan apa2 hukum hakam". Berkata Al-Hafizh Syaikh Abdullah As-Siddiq Al-Ghumari rah. "Tidak ada pengharaman melainkan pelarangan yg diiringi dengan janji seksaan bagi mereka yg melakukannya" dan lagi katanya "Apa yg boleh difahamkan dari apa2 yg tidak dibuat oleh Nabi s.a.w., adalah keharusan meninggalkan perkara itu, bukan perkara itu haram ". Sila lah saudara lihat sendiri mana2 kitab usul fiqh bermula dari Al-Umm sampai lah kitab Fiqh Islami wa Adillatuhu bg Syaikh Wahbah az-Zuhaily, Tidak adapun di antara cara mengistinbatkan hukum adalah apa2 yg tidak dibuat Nabi s.a.w. , maka itu adalah haram jika dibuat. TAKDER SAMA SEKALI. Kalaupun Nabi s.a.w. tidak menyuruh , tetapi Nabi s.a.w. tidak pula melarang, maka Nabi s.a.w. tinggalkan pada kita dua perkara , Al-Quran dan As-Sunnah untuk menetapkan hukum dan dalam riwayat Muslim , Nabi s.a.w. tinggalkan Al-Quran dan keturunannya. Lihatlah mereka yg menentang Wahabi ini, kebanyakan mereka dari keturunan Rasulullah s.a.w. .

Lihatlah Sabda nabi s.a.w. dalam riwayat Muslim dalam bab Iman , daftar No. Hadis ke- 31

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata , telah bersabda Rasulullah s.a.w. "Penduduk Yaman telah datang , mereka lebih halus hatinya. Iman ada pada orang Yaman , Fikih ada pada orang Yaman, dan Hikmah ada pada orang Yaman"

Lihatlah Imam Al-Syaukani rah. (Yaman), Lihatlah Al-Hafizh Habib Umar , Lihatlah Habib Ali Al-Jufri , dan ramai lagi para ulama Yaman yg sgt cantik budi pekerti dan berdakwah tanpa mencela atau merendah rendahkan org jahil dengan rekaan cerita yg sumber pun tidak diketahui, method dakwah atas dasar cinta, bukan atas dasar nak memperlekeh org lain. Insya -Allah , ana akan bawakan dalil sekiranya diperlukan oleh mereka yg masih tidak menerima air jampi penerang hati ini boleh hukumnya, dan tidak salah selagi tidak melanggar syariat Islam. Di dalam ceramah Al-Fadhil Ustaz Subki Al-Hafiz dan Al-Fadhil Ustaz Rifqi Mydin di masjid faqir satu ketika dahulu, telah dijelaskan oleh Al-Fadhil Ustaz Rifqi bahawa air jampi untuk penerang hati ini boleh kerana yg dikatakan Al-Quran itu penyembuh bukan sahaja menyembuhkan penyakit fizikal, tetapi juga penyakit hati. Mengatakan bahawa kalau ada air penerang hati, dah lama Nabi s.a.w. bagi kat Abu Thalib. Kenyataan seperti ini tidak layak dikeluarkan melainkan dari orang bodoh dan hati diselubungi kekerasan dan kejumudan. Adapun Nabi s.a.w. , pada hampir2 kematian Abu Thalib, Nabi s.a.w. telah buat satu perkara yg lebih afdhal dari air penerang hati, iaitu doa Nabi s.a.w. sendiri, Doa siapakah yg lebih makbul dari doa Nabi s.a.w.???? Tetapi Abu Thalib masih tidak bertaubat , adakah saudara nak kata lepas ni jangan doa, sebab even Nabi s.a.w doa pun xjalan, lagi lah kita ni !!!??? Sungguh bodoh melayan orang seperti ini, yg tidak mahu bertolak ansur dengan saudara sesama sendiri, malah terus berpegang dengan Syaikh2 Wahabi yg Qaul mereka tidak terpakai pada mazhab Syafi'e, iaitu mazhabnya majoriti Umat Islam Malaysia, Ini bukan Arab Saudi. Maka berlapang dadalah.

Kemudian , hasil kajian saintifik telah menunjukkan bahawa air yg dijampi dengan ayat-ayat Al-Quran itu berubah menjadi molekul-molekul yg sgt cantik, dan telah berkata para doktor bahawa sekiranya meminum air seperti ini, InsyaAllah akan bertambah cergas dan cerdas. Adapun air penerang hati hanyalah salah satu dari berbagai bagai ikhtiar yg selagi mana tidak bercanggah dengan syarak ,tidak mengapa. Sama juga dengan berdoa, sekiranya kita tak belajar, adakah kita mahu bermimpi untuk berjaya???Jadi adakah Doa diharamkan kerana nak berjaya mesti dengan berusaha????Sungguh bodoh org yg berpendapat seperti ini. Berlapang dadalah, cukup cukuplah dengan kenyataan kontroversi yg di ada-adakan itu.

Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t.. atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan junjungan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin)

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam, Dan Allah jua yang Maha Mengetahui lagi memberi petunjuk.

Jazakallah Khairan Kathira. (^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

No comments:

Post a Comment