Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam, Tiada ada Ia berhajat kepadanya, malah selainnya lah yg berhajat kepadanya , Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina wa Maulana Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan junjungan kami di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang mulia lagi tinggi makam mereka di sisi Allah s.w.t.. Dan mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat..Ya Allah Ampuni kami, Rahmati kami, Kasihanilah kami..Amin
Amma Ba'du,
Adapun kemudian daripada itu, inilah satu petikan pada membicarakan iktikad yg putus (jazam) bagi akidah Islam ditulis padanya di dalam kitab kifayatil mubtadi wairsyadil muhtad dikarang akan dia oleh Al-Alim Al-Allamah Al-Arief Al-Rabbani Al-Syaikh Daud bin Al-Syaikh Wan Abdullah Al-Fathani rah. . Diterbitkan akan kitab ini oleh Maktabah wa Matba'ah Khazanah Al-Fathaniah iaitu hak milik Al-Fadhil Allahyarham Tuan Guru Haji Wan Saghir Bin Haji Wan Abdullah tahun 1420 H bersamaan 1999 M.
Tersebut pada mukadimah kitab:
(wa ba'du) Maka ketahui olehmu hai orang yang berkehendak kemenangan dunia dan akhirat bahawa mengenal akan Allah s.w.t. itu awal yang wajib atas segala orang mukallaf iaitu orang yg berakal baligh sama ada laki2 atau perempuan , sama ada merdeka atau sahaya , maka tiada diterima Allah s.w.t. akan ibadat itu melainkan ia mengetahui akan Allah dahulu seperti sabda Nabi s.a.w. "pertama yang dituntut pada agama itu mengenal Allah", (yakni) awal yg dituntut atas tiap2 orang yg mukallaf itu mengenal Allah Ta'ala, maka makna mengenal Allah Ta'ala itu iaitu mengenal akan barang yang wajib bagi Allah Ta'ala dan barang mustahil bagi Allah Ta'ala dan barang yang harus bagi Allah Ta'ala sekira-kira dapat ia membezakan yang qadim dgn yg muhdas(baru), maka iaitu hendaklah ia mengetahui akan Alah Ta'ala itu Tuhan serta diiktikadkannya dengan iktikad yg putus(jazam) bahawa adalah Allah Ta'ala Maujud(wujud). Dan wajib kekalnya , tiada baginya permulaaan dan tiada baginya kesudahannya.(Lagi bersalahan) dengan segala yang baharu maka tiadalah Zat-Nya berjirim yg mengambil tempat dan tiada kecil dan tiada besar kerana keduanya itu sifat jirim dan tiada pula mengambil tempat dan tiada mengambil zaman dan tiada berpihak(berarah) dan berupa dan tiada boleh difikirkan adanya dengan bicara akal kita . Maka tiap2 yang engkau dapat memfikirkan itu maka Allah Ta'ala itu bersalahan daripadanya.
Lagi berdiri dengan sendirinya (ertinya) tiada berkehendak kepada zat yang lainnya kerana Ia yang menjadikan sekalian alam ini. Lagi esa pada Zat-Nya dan Esa pada sifat-Nya , tiada ia menerima disukukan tiada ada sifat-Nya pula berbilang-bilang dan tiada pula ada seumpama-Nya pada bandingnya pada zat-Nya dan sifat-Nya dan lagi Esa pada Af'al-Nya (Perbuatan-Nya) Tiada seorang yang dapat menjadikan suatu perbuatan barang perbuatan ada Ia. Lagi adalah Zat-Nya bersifat Hidup ,maka adalah hidup-Nya itu tiada diakatakan dengan Ruh dan dengan Nyawa kerana keduanya (ruh dan nyawa ) itu hukumnya mati jua. (Dan lagi ada Ia bersifat dengan A'lim) yakni mengetahui Ia akan segala yg Maujudat dan Ma'dumat lagi meliputi Ilmu-Nya itu akan barang yang tersembunyi di dalam tujuh petala langit dan petala bumi dan barang didalam keduanya. Dan ketahui pula akan barang yang dilintas oleh hati dan berkelip oleh mata dan barang yang tersmbunyi di dalam dada dengan Ilmu-Nya yang satu akan yang telah dan lagi akan datang dengan tiada bercerai dan berfikir dan tiada dengan berlajar dan tiada dengan usaha." Untuk lebih lanjut saudara yg faqir muliakan bolehlah merujuk sendiri kepada kitab yg telah faqir sebutkan di awal bicara tadi.
Insya-Allah, semoga Allah s.w.t. sentiasa menempatkan kita di dalam Iktikad yg sahih kepada-Nya...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati kami, Kasihanilah kami...Amin
Belajar lah, bertalaqqi lah dengan guru dan ulama yg benar sanad keilmuannya lagi mengikut mereka itu majoriti umat Islam dari dulu sampai sekarang dan ramai manusia tidak menyalahkan ilmunya walau ke mana dia pergi. Sesungguhnya Ilmu itu agama, maka lihatlah dari mana ilmu itu kamu ambil" (Imam Ibnu Sirrin rah.)
Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Alah Tempatkan junjunagn kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin )Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang mulia dan sangat mengasihi akan Umat Nabi Muhammad s.a.w. .
Dan kepada Allah s.w.t. jua kita dikembalikan, Dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui .Segala puji hanya bagi Allah s.w.t.
Jazakallah Khairan Kathira (^_^)
Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)
KETIKA SUJUD KAKI DIRENGGANGKAN ATAU DIRAPATKAN ?
9 months ago
No comments:
Post a Comment