Amma Ba'du,
Kali ini fakir ingin berkongsi dengan saudara yang dimuliakan akan kitab Ta'limu Muta'alim (pelita penuntut) karangan Al-Allamah Al-Syaikh Burhanuddin Al-Zarnurji r.anhu. Semoga ada manfaatnya pada fakir dan saudara-saudara sekalian. Perlu diketahui oleh saudara yang mulia, bahawa kitab ini menjadi bahan bacaan wajib di pondok-pondok dan ianya merupakan antara kitab terawal yang perlu diajar.
Pada m/s ke-39:
Dan ketahui olehmu, bahawasanya sabar dan tetap itu lunas yang besar pada sekalian pekerjaan-pekerjaan dan tetapnya yang demikian itu sedikit dapat pada lelakinya.
Bermula berani itu sabar seketika, yakni berani itu bukanlah ia kuat badan dan gagahnya tetapi berani itu ialah sabar dan tahan hati atas beberapa kepayahan dan beberapa kesakitan.
Maka sayugialah bagi penuntut ilmu itu bahawa:
- Tetap ia dan sabar atas Tuan Guru dengan tetap di sisinya dan tiada berpaling daripadanya.
- Dan sabar dan tetap pula atas kitab-kitabnya hingga khatam ia dan dia supaya tiada meninggal ia akan dia hal keadaannya terpotong dan kekurangan.
- Dan sabar tetap pula atas ilmu-ilmu sehingga tiada masuk ia pada ilmu yang lain dahulu daripada dapat dan tetap ia pada ilmu yang pertama
- Dan tetap sabar pula atas negeri sehingga tiada berpindah ia kepada negeri yang lain dengan ketiadaan hajat dan terkepik, kerana bahawasanya sekaliannya itu mencerai cerai ia akan pekerjaan-pekerjaan dan mengendala ia akan hati dan mensia-sia ia akan waktu-waktu menyakiti ia akan Tuan Guru.
Dan sayugia pula bahawa sabar ia daripada barang yang berkehendak akan dia oleh nafsu-nafsunya dan hawanya:
Dan bahawasanya kekalahan tiap-tiap hawa nafsu itu adalah kekalahan bagi tiap-tiap kehinaan dan kelekehan. Dengan makna, bahawasanya tiap-tiap mereka yang mengalah akan dia oleh hawa nafsu dan mengerasi ia akan dia itu tentu mengalah akan dia oleh kehinaan dan kelekehan dan mengerasi ia akan dia. Maka jadilah ia itu yang dikejikan di sisi orang dan yang diingkarkan tiap-tiap pekerjaannya.
Dan sayugia pula bahawa sabar ia atas kepenatan dan sekalian bala-bala yang zahir ia atasnya pada jalan-jalan ilmu dan pelajarannya. Dikatakan "gedung-gedung" maksud itu di atas laut-laut kepenatan, dengan makna bahawasanya "gedung-gedung" sekalian maksud-maksud itu melengkapi ia atas beberapa kepenatan yang banyak. Maka siapa-siapa yang berkehendak bahawa menghasil ia akan dia dan mendapat akan dia tiada baginya daripada bahawa sabar ia atas beberapa kepenatan yang banyak, membaca aku akan suatu syair , dikatakan bahwasanya ia bagi Sayyidina Ali Karamallah wajhah:

Ketahui olehmu tiada mencapai engkau akan ilmu melainkan dengan enam kerja;
lagi aku mengkhabarkan akan dikau dari perhimpunannya dengan nyata dan terang;
cerdik dan loba dan kuat sabar dan cukup belanja;
dan pertunjukkan guru dan panjang masa jangan kurang;

Maksudnya:
Jaga-jaga olehmu dan ketahui olehmu bahawasanya engkau tiada mendapat engkau akan ilmu dan tiada sampai engkau kepadanya melainkan dengan enam perkara. Lagi akan aku mencerita akan dikau daripada perhimpunannya dengan nyata dan terang , iaitu:
1. Cerdik dan bijaksana
2. Loba atas menghasilkannya
3. Kuat sabar dan tahan hati atas sekalian kepenatan-kepenatan dan bala'-bala' nya dan percubaannya.
4. Cukup belanja daripada kehidupannya dengan sekira-kira lainnya, kerana bahawasanya berhajat itu membosankan hati, maka tiada dapat menghasilkan ilmu dan kemuliaan.
5. Pertunjukkan guru atas jalan yang betul.
6. Panjang masa dan lamanya supaya menghasil ia akan ilmu kerana bahawasanya muqaddimah-muqaddimahnya dan mubadinya banyak sangat tiada hasil ia dengan kurang masa dan sedikitnya.
Kata perhamba, bahawasanya dihikayatkan perkataan Tuan Guru Ahyad r.anhu yang ada mengajar di dalam Masjidil Haram sekarang (p/s pada zaman pengarang , bukan sekarang ni):
"Bahawasanya dua puluh tahun itu belum lama dan lanjang masa lagi".
Dan dihikayatkan pula perkataan As-Sayyid Amin r.anhu daripada Ulama Arab yang ada mengajar dalam Masjidil Haram juga sekarang:
"Bahawasanya sekurang-kurang masa menuntut ilmu itu empat puluh tahun."
Maka nyatalah daripada ini bahawasanya kebanyakkan orang-orang sekarang yang menuntuti di dalam empat lima tahun atau lapan tahun atau sepuluh atau lima belas tahun dan mendakwa ia akan dirinya alim dan meninggal ia akan akan ijtima' dan berjumu' kira (berhimpun, berbincang dan mengira) pada menghukumkan suatu-suatu hukum , istimewa pula mendakwakan dirinya mujtahid dan mustanbath daripada Al-Quran dan hadith sendiri, maka iaitu semata-mata hawa nafsu jua , tiada suatu apa-apa pada hakikatnya.
Tamat petikan kitab.

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..
Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)
Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)
No comments:
Post a Comment