Renungan

Wednesday, December 16, 2009

Sebab utama Berlakunya Ghuluw (Ekstrim) ialah Pembahagian Tauhid kepada Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan tauhid Asma’ dan Sifat

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin


Amma Ba'du,


Di bawah ini, merupakan sedutan daripada kertas kerja yang dibentangkan oleh Al-Muhaddith Al-Syaikh Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al Maliki r.anhu di dalam Muktamar Al-Hiwar Al-Watoni di Makkah Al-Mukarramah pada 5 Zulkaedah 1424 Hijriah hingga 9 Zulkaedah 1424 Hijriah yang bertajuk Al-Ghuluw.

Daripada tinjauan kami terhadap manhaj tauhid yang terdapat di dalam sukatan pelajaran sekolah, kami mendapati tauhid dibahagikan kepada tauhid rububiyyah, tauhid uluhiyyah, dan tauhid asma’ dan sifat; tauhid yang tidak pernah diketahui dan dikenali oleh ahli salaf semenjak zaman sahabat, tabi’ien dan tabi’ tabi’en r.anhum. Bahkan, tidak terdapat pembahagian tauhid serupa ini di dalam nas; sama ada daripada Al-Quran atau pun Sunnah Nabawiyyah. Maka ia hanyalah ijtihad rekaan di dalam bab-bab Usuluddin.


Pembahagian tauhid ini seumpama tongkat yang memecah belahkan umat Islam. Ia menghukum Umat Islam di atas asasnya dengan kekufuran, mensyirikkan Allah dan terlerai daripada ikatan Islam. Maka ia adalah wasilah atau jalan mudah yang telah digunakan dan sentiasa digunakan bagi mengeluarkan gelaran-gelaran dan hukuman tersebut secara rambang tanpa berdasarkan basirah atau pun penelitian.

Sesungguhnya pembahagian ini dengan menutup mata daripada membincangkan kebenarannya atau diselidiki sama ada ia mempunyai asal di dalam aqidah Islam atau pun tidak, sekarang ini amat menyedihkan, telah menjadi asas yang kuat bagi menghukum kafir kebanyakkan kumpulan Islam.


Jika orang-orang yang menerima kesan pembahagian ini hanya sebahagian atau segelintir daripada umat ini sahaja, maka senang dan mudahlah hendak dikatakan, tetapi musibah ini mengenai atau melibatkan sebahagian besar umat Islam; ulama , orang-orang awam, ahli-ahli fikir, dan ahli-ahli sasterawannya. Hakikatnya, pembahagian ini adalah pembahagian untuk melayat (membunuh), memecahkan kesatuan dan memutuskan ikatan umat ini.

Tamat .

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

No comments:

Post a Comment