Renungan

Wednesday, July 29, 2009

Kasih Sayang Nabi s.a.w. terhadap keluarga dan rumah tangga

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya malah selain-Nya lah yg berhajat kepada-Nya, selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. (Ya AllahTempatkan baginda di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan Amin) beserta Ahlulbyat dan para sahabat yg mulia lagi tinggi makam mereka di sisi Allah s.w.t. .Dan mereka yg mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat. Ya Allah Ampuni kami, Rahmati kami, Kasihanilah kami..Amin

Amma Ba'du,


Pergaulan Nabi s.a.w. dalam rumah tangga, dan terhadap keluarganya sangat ramah dan penuh kasih sayang, dan baginda dalam beberapa hadis menganjurkan umatnya agar berlaku demikian juga. Imam At-Tirmizi rah. meriwayatkan , bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "yang paling baik di antara kamu, ialah yg terbaik terhadap keluarganya", dan menurut Tirmizi dalam hadis yg lain , bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "yg paling sempurna imannya, ialah yg terbaik akhlaknya, dan bersikap lemah lembut terhadap keluarganya"

Ibnu Sa'ad meriwayatkan bahawa tatkala Aisyah r.anha ditanya bagaimana Rasulullah s.a.w. berada bila berada di tengah-tengah keluarganya , maka beliau berkata "Baginda sangat lemah lembut ,selalu tersenyum dan ketawa"

Dan sikap lemah lembut itu nampak dengan jelasnya dalam cerita Aisyah r.anha sendiri, bahawasanya ia sedang bermain boneka , dan bersenda gurau dengan bebrapa anak gadis di rumah Rasulullah s.a.w. , maka bila baginda s.a.w. datang dan masuk ke ruang rumah, mereka lari berlindung di balik tabir, dan Rasulullah s.a.w. menyuruh mereka kembali lagi ke tempatnya semula.

Al-Hafizh Ibnu Hajar rah. dalam kitabnya Al-Fath, berpendapat bahawa hadis ini sebagai dalil tidak terlarangnya membuat atau menyimpan boneka untuk permainan kanak-kanak perempuan, kerana hadis yg satu ini mengkhususkan larangan umum tentang membuat gambar-gambar berbentuk , dan pendapat ini dikuatkan oleh Al-Qadhi Iyaadh rah. yg mengutip dari pendapat jumhur ulamak r.anhum, bahawa menjual dan membeli boneka sebagai alat pendidikan bagi anak-anak perempuan tetap dibolehkan dan tidak terlarang.

Imam Ahmad r.a. meriwayatkan dari Aisyah r.anha bahawa Nabi s.a.w. pernah masuk ke rumah dan melihatnya sedang asyik bermain dengan boneka-boneka , dan di antaranya ada yg berbentuk kuda , maka Nabi s.a.w. bertanya "apakah itu ya Aisyah?" ia menjawab "itulah kuda Sulaiman" maka baginda gelak ketawa mendengar jawapan itu.

Dan dalam sebuah hadis lain, bahawa boneka-boneka itu, memang sudah ada di antara barang-barang milik Aisyah r.anha, yg dibawanya ke rumah Rasulullah s.a.w..

Ibnu Hazm rah. sebagai yg dikutip oleh As-Safariniy dalam kitabnya Syarhu Mandhumatil Adab , berkata "Tidak dilarang bagi anak-anak kecil bermain dengan gambar -gambar yg berbentuk, sedang bagi yg lain diharamkan, kecuali gambar-gambar terlukis dalam kain dan pakaian"

Tentang pergaulan Nabi s.a.w. dengan keluarganya yg sgt ramah itu, juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud dari Assa'ib bi Yazid , bahawa wanita datang ke rumah Rasulullah s.a.w. , maka baginda berkata kepada Aisyah r.anha "kenalkah kau dengan wanita itu?" Aisyah r.anha menjawab "tidak ya Rasulullah" ."Ia seorang yg pandai menyanyi , sukakah engkau mendengarkan nyanyiannya?" tanya Rasulullah s.a.w. kepada Aisyah r.anha, maka wanita itu menyanyi dengan bangganya.

Perhatikanlah sikap manis baginda terhadap keluarganya , bukan isterinya Aisyah r.anha yg meminta agar wanita itu menyanyi, tapi baginda s.a.w. yg terlebih dahulu menawarkannya.

Dalam kehidupan di rumah tangga Nabi s.a.w. juga membantu bekerja, dan ikut serta dalam menyelesaikan urusan yg diperlukan oleh keluarganya. Demikian menurut riwayat Imam Bukhari rah.

Dan bila duduk dengan isteri-isterinya, acap kali percakapan dan cerita yg kadang-kadang diselingi senda dan gurauan , untuk menyenangkan hati mereka, pada suatu hari baginda duduk mendengarkan cerita Aisyah r.anha tentang kisah sebelas wanita yg berjanji dan bersumpah untuk bercerita hal-ehwal suaminya, dan tidak akan menyembunyikan apapun maka masing2 mengisahkan hal-ehwal suaminya secara terus terang , yang baik dan buruk, sedang Nabi s.a.w. mendengarkan cerita itu dengan penuh perhatian , sebagaimana yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim .

Tentang hormat Nabi s.a.w. kepada ibu susunya Halimah dan saudara perempuannya As-syima' sudah tidak asing lagi, dan justeru kerana keduanya itulah , maka seluruh kabilah Bani Sa'ad dihormati dan disantuni, sehingga kedua wanita itu benar benar membawa keberkatan kepada kaum suku bangsanya.

Dewasa ini, kes-kes penceraian di kalangan umat Islam terus menigkat dari setahun ke setahun. Berbagai cara dan kajian dijalankan bagi memastikan punca sebenar perkara ini berlaku. Maka ketahuilah saudara Umat Islam yg tercinta, bahawa dengan mencontohi junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dalam pergaulan rumah tangga merupakan ubat terbaik dalam menangani masalah ini. Umat Islam hari ini perlu lebih mengetahui selok belok kehidupan rumah tangga Nabi s.a.w. , kasih sayang baginda s.a.w., yg tidak surut kepada keluar ganya menjadi tunjang dan teras utama kepada kebahagiaan yg boleh meyelamatkan pasangan Islam dewasa ini untuk terus mengharungi dugaan dan cabaran hidup bersama hingga ke akhir hayat. Semoga Allah s.w.t. memelihara Umat Islam , mencorak kehidupan umat hari ini dengan lebih baik...Amin


Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan junjungan kami di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat yg sgt kasih mereka kepada umat Nabi s.a.w..


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t. , Tuhan Empunya sekalian Alam, Kepada-Nya jua kita memohon petunjuk dan hidayah ,Dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui.

Jazakallah Khairan Kathira ...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

No comments:

Post a Comment