Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yg berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam moga dicurahkan Allah s.w.t. atas junjungan dan penghulu kita Sayyidina Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan baginda di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yg mulia lagi tinggi makam mereka itu di sisi Allah Azza Wajalla..
Amma Ba'du,
Faqir ingin berkongsi dengan saudara yang faqir muliakan berkenaan dengan su'ul khatimah sebagaimana yang disebutkan oleh Al-Hujjatul Islam Al-Imam Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali rah. .
Seseorang dapat menjadi bersifat su'ul khatimah, walaupun ia seorang yang sangat berhati-hati , zuhud dan saleh. Ini disebabkan kerana dalam niatnya terkandung bid'ah. bertentangan dengan sifat yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w. , para sahabat r.anhum dan tabi'in rah.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada para sahabatnya tentang Khawarij yang rajin membaca Al-Quran dan Shalat.
"Ia lebih rajin dari kalian dalam hal shalat dan membaca Al-Quran , hingga jidatnya kehitam-hitaman. Akan tetapi, ia membaca Al-Quran tidak sampai ke dalam lubuk hatinya, dan shalatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t.".
Jika demikian, bid'ah adalah sifat yang sangat ,e,bahayakan , kerana dapat menyesatkan keyakinannya, bahawa Allah s.w.t. itu seperti makhluk. misalnya, menganggap Allah s.w.t. benar-benar duduk di atas Arasy (singgahsana ghaib), padahal Allah s.w.t. itu laisa kamitslihi syai'un.
Kelak, jika pintu hijab telah terkuak, akan diketahui bahawa Allah s.w.t. tidak lah sepertimana yang digambarkannya. Dan akhirnya, ia akan ingkar akan Allah s.w.t.. Dan kelak, apabila seseorang sudah dekat dengan sakaratulmaut dan terkuak hijab, baru akan sedar bahawa masalah ini demikianlah kenyataannya. Ia akan kebingungan kerana tidak sesuai dengan anggapannya.
Dalam keadaan seperti itulah ia mati dengan sifat su'ul khatimah, meskipun amalannya baik. Na'uzubillah !!. Maka dalam ibadah yang paling penting adalah IKTIKAD.
Seseorang yang salah iktikad dikeranakan pemikirannya atau ikut-ikutan orang lain, berarti terjerumus dalam bahaya ini. Kesalehan dan kezuhudan serta tingkah laku yang baik juga tidak akan mampu menolong dari bahaya ini. Yang akan menyelamatkannya hanyalah Iktikad yang benar.
Oleh kerana itu, perhatikanlah hal-hal yang baik dari Junjungan Nabi Muhammad s.a.w., yang semuanya didasari oleh iktikad yang benar pula.
Orang yang sederhana pemikirannya akan lebih selamat. Sederhana, bererti tidak berfikir secara mendalam, walaupun ia tidak begitu pandai. Tetapi ia akan lebih selamat daripada orang yang berlagak berilmu tetapi dasar iktikadnya tidak benar.
Orang yang sederhana pemikirannya itulah sesungguhnya yang beriman kepada Allah s.w.t., keoada Rasul-Nya , dan kepada akhirat.
Jika seseorang tidak mempunyai waktu untuk memperdalam kan ilmu tauhid, maka usahakan agar tetap yakin dan percaya kerana dengan begitu sudah selamat. Cukup ia berkata dalam hati "Aku beriman kepada Allah, dan aku berserah diri pada Alllah, dan aku beriman pada hari akhirat".
Tetapi orang yang beriman pada garis besarnya saja perlu benar-benar kuat. Hendaknya tidak ragu-ragu dan cukup pada garis besarnya sahaja dalam iktikad. Oleh sebab itu, rasulullah s.a.w. melarang memperbincangkan orang lain. Pikirkan sahaja bagimana ibadahnya sah dan diterima.
Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Alah Tempatkan junjunagn kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin )Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang mulia dan sangat mengasihi akan Umat Nabi Muhammad s.a.w. .
Dan kepada Allah s.w.t. jua kita dikembalikan, Dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui .Segala puji hanya bagi Allah s.w.t.
Jazakallah Khairan Kathira....(^_^)
Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)
KETIKA SUJUD KAKI DIRENGGANGKAN ATAU DIRAPATKAN ?
9 months ago
No comments:
Post a Comment