Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yg berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam moga dicurahkan Allah s.w.t. atas junjungan dan penghulu kita Sayyidina Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan baginda di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yg mulia lagi tinggi makam mereka itu di sisi Allah Azza Wajalla..
Amma Ba'du,
Kelahiran kalimah salafi bukanlah satu perkara yang pelik. Ini kerana kalimah tersebut merujuk kepada istinbat dari sabda Nabi s.a.w. sebagaimana termaktub dalam kitab Majma' Az-Zawaid bg Imam Nuruddin Al-Haithami rah. dengan daftar hadis bernombor 1036.
Sabda Nabi s.a.w. "Sebaik-baik manusia adalah pada zamanku. Kemudian orang-orang berikutnya, kemudian orang-orang berikutnya, kemudian orang-orang berikutnya, kemudian datang satu kaum yang didahului sumpah mereka daripada penyaksian mereka , penyaksian mereka adalah sumpah mereka."
Hadith ini menerangkan kelebihan golongan yang terdahulu . Kelebihan mereka adalah kerana mereka mempunyai kehampiran masa dengan baginda Nabi s.a.w.
Ekoran mereka merupakan golongan yang terawal, mereka memahami maksud Nabi s.a.w. dengan sebenar-benar pemahaman , tanpa perlunya mewujudkan kaedah pemahaman atau turuq al-istinbat dari Al-Quran dan Al-Hadith.
Setelah kewafatan nabi s.a.w., perkembangan Islam telah berjaya memaut hati manusia yang menganuti pelbagai agama. Maka Islam sudah dianuti oleh bekas-bekas penganut agama seperti Nasrani, yahudi, Hindu dan sebagainya.
dengan perkembangan baik ini, golongan golongan baru dengan Islam mula membandingkan agama ini dengan agama-agama anutan mereka terdahulu sehinggakan lahirlah perdebatan di kalangan mereka yang sebahagian besarnya melibatkan sahabat-sahabat baginda s.a.w. sendiri.
Tidak dinafikan juga, ada sebahagian dari penganut-penganut baru islam ini, walaupun sudah memeluk Islam, tetapi mereka masih cenderung kepada ajaran-ajaran lama mereka. Sehinggakan ajaran yang mereka cenderungkan itu dilabelkan sebagai islam juga.
Ekoran dari keadaan sebegini, menyebabkan lahirnya kaedah-kaedah pemahaman atau turuq al-istinbat yang betul bagi memahami kehendak nas yang sebenar. Maka dengan demikian, lahirlah mazhab-mazhab dalam islam untuk memahami maksud sebenar yang dikehendaki oleh nas-nas syarak.
Memahami dari ulasan tadi, Salafi bukanlah satu mazhab dalam islam, tetapi Salafi adalah satu marhalah masa yang mana di sana terdapat mazhab-mazhab dalam Islam yang telah menyediakan turuq al-istinbat bagi menjadikannya sebagai alat untuk generasi akan datang dalam memahami nas-nas syariat.
Dengan demikian , mendakwa diri sebagai "Salafi" adalah bathil, kerana ungkapan yang paling tepat adalah ittiba' salaf.
Mandakwa diri ini sebagai bermazhab Salafi adalah satu kemungkaran dan jenayah di dalam syariat islam yang dikategorikan olah Syaikh Prof. Dr. Said Muhammad Ramadhan Al-Buti rah. sebagai Bida'ah yang tidak diredhai Allah s.w.t. (As-Salafiyyah Marhalah Zamaniyyah Mubarakah Lah Mazhab Islami :m/s 276)
Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Alah Tempatkan junjunagn kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin )Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang mulia dan sangat mengasihi akan Umat Nabi Muhammad s.a.w. .
Dan kepada Allah s.w.t. jua kita dikembalikan, Dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui .Segala puji hanya bagi Allah s.w.t.
Jazakallah Khairan Kathira....(^_^)
Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)
KETIKA SUJUD KAKI DIRENGGANGKAN ATAU DIRAPATKAN ?
9 months ago
No comments:
Post a Comment