Renungan

Thursday, September 3, 2009

Nazam Syaikh Abul Hasan rah. mengenai Lailatur Qadar

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yg berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam moga dicurahkan Allah s.w.t. atas junjungan dan penghulu kita Sayyidina Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan baginda di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yg mulia lagi tinggi makam mereka itu di sisi Allah Azza Wajalla..

Amma Ba'du,



Wahai yang bertanya

Tentang lailatul qadar bila ada ia
10 terakhir Ramadhan tempatnya dia
Pada yang gasal diharap adanya
Diketahui ia dengan hari Ramadhan bermula
Jika Ahad dan Rabu mula ia, malam ke-29 itulah dia
Jumaat dan Selasa, ke-27 jadi ia
Khamis mula, ke-25 pula
Jika Sabtu hari pertama, ke-23 malam utama
Jika Isnin pula, malam ke-21 jangan lupa
Inilah kaedah dinaqal ia
Dari kalangan ahli sufi zuhud tak cinta dunia


Dan perbanyakkanlah berdoa dengan doa yang diajarkan Junjungan Nabi SAW kepada Sayyidina Mu`adz RA, agar dengannya Allah sudi memberikan kita inayahNya untuk berzikir kepadaNya, bersyukur atas segala ni'mat kurniaanNya serta menjalani ibadah kepadaNya dengan sebaik-baiknya. Sungguh kita hambaNya yang lemah .... Allahu ... Allah. Doa ini Junjungan pesankan kepada Sayyidina Mu`adz RA agar sentiasa diamalkan setiap lepas sholat, sebagaimana sabdaan mulia baginda SAW yang diriwayatkan dengan sanad yang sahih dalam Sunan Abu Daud dan an-Nasaa-i sebagai berikut:-


Bahawasanya Junjungan Rasulullah SAW telah mengambil tanganku dan bersabda: "Wahai Mu`adz, demi Allah aku mengasihimu". Kemudian baginda meneruskan sabdaan: "Aku wasiatkan kepadamu wahai Mu`adz, jangan engkau tinggalkan berdoa selepas setiap sholat dengan doa: Ya Allah, tolonglah aku untuk berzikir kepadaMu, bersyukur kepadaMu dan perbaikkanlah ibadahku kepadaMu."
Tanpa inayah Allah, pasti kebinasaan menunggu kita.... Allahu .. Allah.

Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Alah Tempatkan junjunagn kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin )Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang mulia dan sangat mengasihi akan Umat Nabi Muhammad s.a.w. .

Dan kepada Allah s.w.t. jua kita dikembalikan, Dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui .Segala puji hanya bagi Allah s.w.t.

Jazakallah Khairan Kathira....(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

No comments:

Post a Comment