Renungan

Monday, September 21, 2009

Kerisauan Yang sentiasa Berlegar Di Kepala Ini

Segala Puji Hanya bagi Allah s.w.t. , Tuhan Empunya sekalian alam, Tiada Ia berhajat kepada makhluk, Malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpah dan dicurahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan dan kekasih-Nya Sayyidina Muhammad s.a.w.(Ya Allah Tempatkan junjungan kami di tempat yg terpuji sepertimana yang Kau Janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat r.anhum yg mengerah seluruh keringat dalam menyebarkan Agama Islam yang tercinta ini.

Amma Ba'du,

Faqir tidak dapat menenangkan hati yang gundah gulana ini, melihatkan Umat Islam yang tercinta semakin hanyut dengan berbagai bagai ujian dan cabaran.. Kepada Allah s.w.t. jua kita pohonkan penawarnya...Sungguh telah banyak program program yang berunsur maksiat dan haram secara jelas masih lagi dibenarkan siarannya. Faqir melihakan perkara ini mendatangkan kesan negatif bukan sahaja pada generasi sekarang tetapi lebih teruk lagi generasi hadapan. Faqir ingat lagi beberapa tahun lepas diadakan satu pertandingan menyanyi bagi kanak-kanak...
Alangkah sedihnya melihat bakat dan keistimewaan kanak kanak ini disalahgunakan ke arah yang seperti itu...Alangkah baiknya kanak-kanak ini di ajar mengalunkan bacaan Al-Quran dengan suara yang merdu lantas menarik orang-orang disekitarnya untuk turut sama mentadabbur ayat yang di baca...

Tidak cukup dengan maksiat keduniaan, berlaku pula yang lebih bahaya lagi iaitu fitnah agama, fitnah pegangan, fitnah aqidah..Berbagai bagai ajaran sesat atau sekurang kurang ajaran yang mendakwa mengikut Quran dan Sunnah tetapi memahamkan keduanya bukan dengan kefahaman yang sebenar..

Telah berkata Al-Imam As-Sanusi rah. di dalam kitab Hasyiah Dusuki A'la Ummul Barahin bahawa asal kufur dan bid'ah itu 6 perkara , dan yang keenam adalah "Berpegang Ia akan segala zahir ayat Al-Quran dan Hadis yang mutasyabihat padahal tiada dilintangkan dengan dalil aqliyah dan naqliyah yang muhkamat".

Umat hari ini perlu diingatkan dengan Tauhid dan Akidah yang sohih, supaya tidak terjerumus dan mengetahui perbezaan antara aswj dengan fahaman2 yang lain....Alasan bahawa Tauhid ini cukup kita beriman sahaja perlu kita perhatikan kembali..

Telah tersebut di dalam Ihya' Ulumuddin bagi Al-Imam Al-Hujjah Al-Islam Abu Hamid Al-Ghazali r.anhu bahawa bagi orang awam cukup bagi mereka berkata "Aku Beriman kepada Allah s.w.t., Aku berserah diri padanya" "Tetapi keyakinan yang hanya berlandaskan garis besar ini perlu betul betul kuat dan tanpa berlaku syak..."

Maka zaman ini menyaksikan bahawa begitu banyak perkara yang menggugat akidah kita , seperti kelahiran kumpulan JIT (Jangan Ikut Tuhan), Rasul Palsu, Khawarij, dan sebagainya begitu senang didapati kerana teknologi maklumat yang kita miliki sekarang ini..Maka belajarlah Tauhid saudaraku, jangan sesekali merasa puas atau cukup dengan Ilmu yang ada ...

Telah berkata Al-Imam Abu Hanifah r.anhu "Mempelajari Tauhid lebih aku cintai dari mempelajari Fiqh"...Dan Imam Abu Hanifah r.anhu telah mengarang satu kitab tauhid namanya Al-Fiqh Al-Akbar..Fiqh bermakna hukum hakam...maka ketahuilah saudaraku yg tercinta bahawa sebesar besar hukum hakam itu adalah hukum Tauhid...Telah berkata Al-Imam Al-Syafi'e r.anhu dan para sahabatnya "Kami memperdalami Ilmu Tauhid dahulu baru kami memperdalami Ilmu Fiqh".

Dunia sekarang ini memerlukan umat Islam berpegang teguh dengan aqidah dan Tauhid yang sohih kerana serangan musuh Islam dari dalam Islam itu sendiri jauh lebih berbahaya dengan melantik orang dalam Islam itu sendiri untuk memecahbelahkan umat Islam yang tercinta ini...

Umat Islam hari ini perlu menanamkan Rasa Cinta Kepada Allah s.w.t. dan Cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Terus terang , pengalaman fakir menyertai program di UTM ini, Alhamdulillah banyak menyebut Allah s.w.t., pujian dan kesyukuran atas-Nya, tetapi alangkah sedihnya teramat jarang kita menyebut Kekasih-Nya, Nabi-Nya, orang yang kita mengaku kononnya lebih kita cintai dari diri sendiri, Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w.....Mengapa Ini Berlaku????? Apakah yang menyebabkan sang pencintaitu melupakan kekasihnya?? Sungguh memalukan mereka yang mengaku mencintai Nabi Muhammad s.a.w. tetapi hanya manis di bibir sahaja tetapi tidak mengingati baginda melainkan hanya sedikit sekali....

Ingatlah wahai Umat yg tercinta...bahawa kita dicintai Allah s.w.t. atas asbab kita Umat Nabi Muhammad s.a.w....Amalan dilipatgandakan sehingga 700000 dan lebih mengikut sekehendak Allah s.w.t. itu atas kelebihan sebagai Umat Nabi Muhammmad s.a.w., Solat lima waktu tetapi dianggap 50 waktu di sisi Allah s.w.t. adalah atas usaha baginda s.a.w. yg berusaha mengurangkannya. Tidak ditimpakan bala bencana yang besar seperti kaum thamud dan A'ad itu adalah kerana kita Umat Nabi Muhammad s.a.w.....Fakir melihatkan inilah kesan kesan kemusnahan pada umat Islam yg tercinta ini... Bermula dengan melupakan Nabi Muhammad s.a.w., tidak mustahil selepas ini akan melupakan Allah s.w.t. pula....Hayatilah pengorbanan Nabi s.a.w. ke atas kita Umatnya.

Semasa detik kewafatan Nabi s.a.w. , Sayyidina Ali bin Abi Thalib kwh. menceritakan bahawa aku melihat mulut Nabi s.a.w. terkumat kamit menyebut sesuatu , lalu aku dekat kan telinga ku, lalu aku mendengar perkataan "Ummati, ummati, ummati"..Wahai Hamba Allah, Wahai manusia yg mengaku sebagai Umat Nabi s.a.w., Di mana ingatanmu kepada junjunganmu?

Al-Habib Ali Al-Jufri rah. menakalkan satu hadis yang diriwayatkan dengan semua sanad perawinya sahih kecuali seorang sahaja yg mencapai tsiqah...itupun tsiqah, maka hadis ini adalah kuat, iaitu daripada Sayyidatina Aisyah r.anha , bahawa satu hari beliau melihat Baginda Nabi s.a.w. dalam keadaan sangat ceria, lantas aku mengambil kesempatan dari itu, aku pergi menghampiri baginda dan berkata "Doakanlah aku Ya Rasulullah". Maka Rasulullah s.a.w. pun mendoakan aku dengan doa "Ya Allah, Ampunkan dosa Aisyah yang sengaja mahupun tidak, yang lepas mahupun yang akan datang". Mendengar sahaja doa daripada Nabi s.a.w., aku gembira keriangan lantas aku meletakkan kepalaku di paha baginda s.a.w...Melihatkan aku begiru gembira , Baginda bertanya "Apakah kau gembira Ya Aisyah". Maka , aku berkata "Manakan tidak, aku didoakan oleh seorang Rasul yang tidak tertolak doanya". Maka baginda s.a.w. bersabda "DEMI ALLAH YA AISYAH, DOA SEBEGINILAH YANG AKU PANJATKAN KEPADA UMATKU SETIAP KALI AKU SELESAI BERSEMBAHYANG"

Lihat dirimu hai Fulan, Hai Manusia, di mana kasihmu kepada baginda Nabi s.a.w., Di mana ingatanmu kepada Nabi s.a.w. . Maka tidak hairanlah Nabi s.aw. bersabdayg lebih kurang maksudnya "Orang yang zalim adalah orang yang tidak berselawat kepadaku apabila namaku disebutkan".

Sesungguhnya Mencintai Allah dan Rasul adalah perkara awal-awal yang perlu di ajar kepada anak-anak sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi dan selainnya.

Marilah sama-sama kita merenungi diri ini, sejauh mana kecintaan kita kepada Allah dan Rasul, apabila kedua duanya lahir, pasti kecintaan kepada Umat Muhammad s.a.w. akan berkembang mekar dan barulah kita merangka strategi dakwah dengan kecintaan ini. Semoga Allah s.w.t. tetap memperteguhkan cintaku kepada-Nya dan Nabi-Nya, ibu bapaku, sekalian para guruku dan para sahabat serta ulama r.anhum, dan seterusnya kepada sekalian kaum muslimin dan muslimat RahimahUllah....

Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w., (Ya Allah Tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau Janjikan...Amin)

Segala Puji hanya bagi Allah s.w.t., Dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui, Tiada daya upaya melainkan Allah s.w.t, Tiada berlaku sesuatu melainkan ada Kehendak-Nya, Tiada Ia bersekutu malah Maha Suci Ia dari mengambil Tempat , Bentuk dan Jisim kerana Dia yang menjadikan semua itu dan Dia tidak sesekali mengambil faedah dari Ciptaan-Nya..Dia tidak Terkesan dengan perbuatan Hamba-Nya, Lagi Maha Perkasa ,Maha Kuasa, Yang mentadbir Alam ini dengan KeAdilan-Nya...

Jazakallah Khairan Kathira (^_^)
Salim Azham (MSA)

No comments:

Post a Comment