Renungan

Tuesday, November 10, 2009

Kebatilan Tauhid 3

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Fakir ingin berkongsi dengan saudra pembaca yang fakir muliakan lagi kasihi tentang isu 3T. Alhamdulillah, sahabat-sahabat fakir memberitahu bahawa mulai tahun depan, pelajaran 3T akan ditarik balik dari pengajaran sekolah-sekolah agama Johor. Sekarang, marilah kita sama melihat pada kitab Intabih Dinuka Fi Khatri (Agamamu Dalam Bahaya)(Kitab dalam simpanan fakir) karangan Al-Allamah Syaikh Abu Abdullah 'Alawi Al-Yamani rah. dan diterjemahkan oleh Al-Fadhil Al-Syaikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki HafizahUllah. Kitab ini telah disemak dan diberi kata-kata aluan oleh:

1. Syaikh Al-Allamah Abu Bakar Al 'Adni Ali Mahsyur - Salah seorang Ulama Besar 'Adn (Yaman) dan Mudir di Ribat Al 'Aidarus 'Adn

2. Syaikh Al-Allamah Ali Al Mahsyur Ibn Al-Syahid Al-Sayyid Muhammad Ibn Salim Ibn Hafiz - Anggota Majlis Fatwa di Tarim Hadramaut.

3. Syaikh Al-Allamah Husain Ibn Muhammad Al-Haddar - Penolong Mufti Al-Baidha' Yaman dan Mudir Maahad Al-Ilmi Baidha'

4. Syaikh Al-Allamah Muhammad Ibn Ahmad Al-Mutawakkil - Salah seorang Ulama Besar San'aa dan Qadhi Mahkamah Al-Isti'naf San'aa

5. Syaikh Al-Allamah Abu Bakar Ibn Muhammad Mahdi Al-Syaqqa' - Ulama Besar Abin dan mudir Ribat Al-Ilmi Mahfad.


Inilah kesaksian para ulamak r.anhum, pengiktirafan mereka menaikkan kitab ini ke satu tahap yang boleh diyakini dan diperpegangi. Fakir menasihatkan diri ini dan saudara pembaca supaya belajar dan membaca melalui kitab-kitab yang telah ditashih, disemak dan diakui Para Ulamak Terulung R.anhum.

Pada m/s 33 , Soalan ke-5:

Apakah Hukumnya membahagikan ilmu Tauhid?

Jawapan:

Hukum membahagikan ilmu tauhid ialah Bid'ah yang sesat kerana bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah. Malah ia tidak thabit di dalam Al-Quran , daripada Rasulullah s.a.w. dan juga Salafus-Soleh r.anhum.

Soalan ke-6:

Apakah Dalil bagi golongan yang membahagikan ilmu Tauhid?

Jawapan:

Golongan yang membahagikan Ilmu Tauhid beri'tiqad bahawa Tauhid terbahagi kepada 3 bahagian: iaitu Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah, dan tauhid Asma' dan Sifat. Mereka berpegang dengan dalil-dalil di bawah:

Firman Allah s.w.t.:

"Kami tidak menyembah atau memujanya(berhala) melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya" (Al-Zumar:3)

Firman Allah s.w.t:

"Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya)? Sudah tentu mereka akan menjawab :"Allah" (Al-Ankabut: 61)


Soalan 7:

bagaimana kah cara untuk menolak dalil-dalil mereka dan apakah maksud sebenar dalil-dalil tersebut?

Jawapan:

Makna Firman Allah s.w.t. :

"Kami tidak menyembah atau memujanya (berhala), melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allag s.w.t. sedamping-dampingnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)." (Al-Zumar :3)

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa orang-orang musyrik menyembah berhala. Bahkan, Al-Quran menyebut, bahawa mereka tergolong di dalam golongan kuffar pada akhir ayat.

Maka bagaimanakah pula ayat ini boleh dijadikan dalil bagi menunjukkan bahawa mereka adalah dari kalangan ahli Tauhid dengan Tauhid Rububiyyah dan bukan dengan ahli Tauhid dengan Tauhid Uluhiyyah. Pada perkataan mereka sendiri terdapat percanggahan. ketika mereka menyatakan seseorang itu ahli Tauhid, dalam masa yang sama mereka menyatakan orang itu adalah musyrik.

Manakala Firman Allah s.w.t.:

"Dan Sesungguhnya jika engkau (wahai muhammad) bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan yang emmudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya)? Sudah tentu mereka akan menjawab, "Allah". Maka bagaimanakah mereka tergamak melakukan pembohongan? (Al-Ankabut:61)

Sesungguhnya orang-orang kafir ketika berbincang dan berhujah sahaja mereka menyatakan bahawa Allah itu adalah Pencipta, tetapi sebenarnya mereka tidak beriman kepada Allah (mereka hanya menipu dan membohongi orang islam, kerana mereka telah kalah ketika berhujjah ataupun hendak menyelamatkan diri). Al-Quran telah meyebut tentang pembohongan mereka sebagaimana yang tercatat dalam ayat yang terakhir:

"Maka bagaimanakah mereka tergamak berpaling daripadanya dengan melakukan pembohongan?"

Menurut Al-Mufassir Al-Imam Abu Abdillah Al-Qurtubi di dalam tafsirnya "Malah pembohongan daripada kepura-puraan mereka adalah lebih dahsyat dan teruk daripada perbuatan menipu".

Tamat Petikan Kitab. Semoga Allah membalas Syaikh Abu Abdullah Al-Yamani rah. dengan sebanyak kebaikan. Para Ulamak Yaman telah memberi kesaksian atas kitab beliau. Fakir ingin membawakan pujian Rasulullah s.a.w. ke atas orang Yaman di dalam Sahih Muslim pada Bab Iman. Siapa yang mempunyai handphone MyIman bolehlah tengok yer.

Hadis diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Mas'ud r.anhu , ia berkata, Nabi s.a.w. pernah memberi isyarat dengan tangan ke arah Yaman seraya bersabda :

" Ingatlah sesungguhnya Iman ada di sana sedangkan kekerasan dan kekasaran hati ada pada orang-orang yang bersuara keras dekat pangkal ekor unta ketika muncul sepasang tanduk Syaitan yaitu pada golongan Rabiah dan Bani Mudhar" (H.R Muslim)

Pada Hadis ke-31,

Hadis riwayat Sayyidina Abu Hurairah r.anhu, ia berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

"Penduduk Yaman telah datang . Mereka lebih halus hatinya. Iman ada pada orang Yaman, Fikih ada pada orang Yaman , dan Hikmah ada pada orang Yaman" (H.R. Muslim)


Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

6 comments:

  1. salam..ana berminat dengan pemikiran enta.ana nak tahu lebih lanjut mengenai konsep 3 tauhid kerana ana juga baru didedahkan dengan pekara ini..mohon penjelasan.

    ReplyDelete
  2. Salam, semoga Allah s.w.t. membalas saudara/i (ana tak pasti..maaf) dengan sebanyak banyak kebaikan...mungkin kita boleh berjumpa untuk sama-sama berdiskusi tentang ini sekiranya saudara muslimin...kalau muslimat...mungkin boleh ajak kawan sekali...apapun ana adalah seorang yang fakir ilmu lagi banyak maksiat , sebab itu ana sampaikan kata2 Ulamak r.anhum kerana diri ini sgt tidak layak... Jazakallah (^_^)

    ReplyDelete
  3. sebenarnya macam ni.ana didedahkan oleh seorang sahabat mengenai tauhid 3 ini.dan sekarang ana masih mencari2 maklumat melalui internet dan juga bertanya sahabat ana ini.kebetulan,ana menemui pemikiran yang sama dengan sahabat ana itu dari utm plak.justeru ana berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut pemikiran n pemahaman enta mengenai pekara ini.

    ReplyDelete
  4. Salam..semoga Allah s.w.t. membalas saudari dengan kebaikan...sebenarnya pembahagian tauhid 3 ini telah disebutkan oleh Syaikh Prof. Dr. Ramadhan Al-Buti HafizahUllah sebagai satu bidaah..Demikian juga yang telah difatwakan oleh Al-Allamah Al-Hemyari rah. (Ketua Lajnah Fatwa Kesatuan Afrika) ..Dan beberapa tahun lepas telah difatwakan oleh Darul Ifta' Mesir (Pusat Fatwa Mesir) bahawa pembahagian Tauhid kepada 3 ini adalah batil..

    Demikian juga yang telah disebut oleh Syaikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki HafizahUllah dan Syaikh Nuruddin Al-Marbu Al-Banjari HafizahUllah (anak-anak murid beliau mengkhabarkan kepada ana).

    Sebabnya sangat banyak...kalau saudari berminat untuk mengetahui...perbincangan di alam maya ini sangat terbatas dan untuk terjadi salah faham sangat mudah...mungkin kita boleh berjumpa bersama-sama kawan saudari yang berminat InsyaAllah...

    Selawat dan Salam atas Junjungan Besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. beserta Ahlulbayt dan Para sahabat baginda r.anhum

    Dan Allah Maha Mengetahui

    Jazakallah Khairan Kathira ...(^_^)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. insya ALLAH satu hari nanti mungkin.biar ana cuba cari ilmu dulu.syukran atas perkongsian

    ReplyDelete