Renungan

Tuesday, January 12, 2010

Jawapan untuk Akhie Afezan berkenaan Isu kalimah Allah



Salam, semoga Allah membalas saudara dengan kebaikan....kalau sudah akhie Afezan yang meminta, maka ana pun harus memberitahu apa yang ada dalam pengetahuan ana yang cetek ini semoga ada manfaatnya kepada mereka yang mahu menerima manfaat.

Ketahuilah kiranya ya saudaraku, bahawa kalimah Allah ini telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Penggunaan kalimah Allah telah digunakan oleh Orang Arab Jahiliyyah sekian lama. Sebagaimana dalam ayat-ayat yang disebutkan

"Apabila ditanyakan kepada mereka "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi?" nescaya mereka akan menjawab Allah"

Tetapi, apabila Islam telah datang, Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat sekalian alam membawa tauhid yang satu, sebagaimana para Anbiya' dan Rasul AS yang lain, mengajak mengesakan Allah, dan menyembah hanya kepada Allah SWT. Maka apabila turun Surah Al-Ikhlas pada ayat pertama "Katakanlah (hai Muhammad) Dia lah Allah Yang Maha ESA". DI sinilah berlaku pengistilahan dan pemurnian semula atas kalimah Allah. Penegasan pada surah Al-Ikhlas ini telah menegaskan bahawa kalimah Allah itu merujuk kepada zat yang bersifat ketuhanan dan Ke-Esaan. Inilah yang disebut oleh Syaikh Said Hawwa rah. dalam kitabnya dan demikian juga kitab-kitab tafsir yang lain apabila menafsirkan kalimah Allah.

Maka sebagai Umat Islam, kita wajib mengikuti apa yang telah disampaikan kepada kita. Pemurnian kembali istilah Allah telah dilakukan pada zaman Nabi SAW. Demikian juga dengan istilah solat. Kalimah solat juga telah ada sebelum kedatangan Islam. Walaubagaimanapun, apabila Nabi SAW bersabda dalam satu hadis yang sahih : "Sollu kama Roaita Solli" "Solat lah kamu seperti mana kamu lihat aku solat", maka kalimah solat itu telah dikhususkan kepada ibadat seperti mana yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Demikian juga kalimah Baitullah dan lain-lain lagi yang telah dimurnikan kembali dari pengistilahan yang salah. Seperti kalimah Karim. Kalimah karim ini telah digunakan oleh orang kafir musyrikin sebelum kedatangan islam lagi. Tetapi apabila Islam datang dan turun ayat yang berbunyi lebih kurang maksudnya "Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu adalah yang paling bertakwa kepada Allah". Perkataan Akrama dalam ayat ini telah membetulkan kembali istilah Karim yang digunakan oleh Kafir Musyrikin yang mereka pasangkan kepada orang-orang yang mempunyai anak-anak lelaki yang ramai. Kerana bagi orang kafir, mempunyai anak lelaki adalah satu kemuliaan berbanding anak perempuan. Dan istilah ini telah dibetulkan apabila turun ayat yang tadi. Oleh sebab itulah, Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada tahun 2008 telah memutuskan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama selain Islam.

Demikianlah sedikit sebanyak Akhie Afezan berkenaan istilah kalimah Allah. Sungguh menghairankan, ada segilintir dari umat Islam yang tercinta ini bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah pada Kristian tanpa merujuk sendiri kepada kitab-Kitab mereka seperti Bible, adakah ada walau satu ayat pun yang menyebut perkataan Allah?, tetapi menggunakan Kitab Islam sendiri , Iaitu Al-Quran Yang Maha Mulia untuk membenarkan Kalimah Allah digunakan oleh kristian yang mengatakan Tuhan ada anak dan sekutu padahal Al-Quran itu turun untuk menyucikan (mentanzihkan) Allah SWT dari anak dan sekutu.

Ketahui juga kiranya Ya Saudaraku, bahawa bermula Sekularisme itu adalah pada istilah. Bermula dari Istilah inilah, proses Sekularisme berkembang. Dan sekiranya kalau mahu merujuk Kamus, Perkataan Lord dan God yang mereka gunakan itu bermaksud Tuhan dalam Kamus bahasa Melayu. Atas alasan apa, tiba-tiba mereka menterjemahkan kalimah Lord itu kepada Allah??..Boleh juga kita persoalkan apa tujuan dan maksud tindakan mereka mahu menggunakan kalimah Allah tak pasal-pasal. ini tidak lain untuk memudahkan dakyah mereka khususnya kepada orang melayu Islam yang semakin jauh dari agama dewasa ini. Kita tidak menang, malah kita lagi ditimpa kekalahan demi kekalahan sekiranya kalimah Allah ini dibenarkan. Mungkin sekiranya kalimah Allah ini dibenarkan, selepas ini kita akan melihat kalimah Allah tergantung di gereja-gereja. Kemudian kalimah Allah digantung BERSAMA SAMA dengan orang disalib dan Ruhul Qudus. Alangkah BESARNYA KEMURKAAN ALLAH SWT APABILA ADA YANG MENGATAKAN ALLAH ADA ANAK .

Rujuklah Surah Maryam. Ana lupa ayatnya kerana off-hand (tulis santai). Ayat itu menerangkan bahawa langit-langit hampir-hampir retak, gunung-ganang hampir-hampir hancur luluh kerana takutkan Kemurkaan Allah SWT apabila ada yang mengatakan Allah SWT ada anak. Dan apabila Azab Allah SWT sampai, SIAPAKAH DI SINI YANG BOLEH MENJAMIN DIRINYA SELAMAT DARI AZAB-NYA ??? Bukankah Tragedi Tsunami yang meragut hampir 400,000 nyawa terjadi pada 26 Disember, iaitu sehari selepas mereka meraikan Krismas dan menyembah Tuhan mereka yang 3??? Renungkanlah saudaraku. Kalau saudara mengkaji, banyak peristiwa2 dahsyat yang berlaku selepas mereka menyambut Krismas.

Ana menyeru dengan Ikhlas dan atas kasih sayang sesama Islam, mari lah kita pertahankan kalimah Allah Yang Maha Suci ini sampai kita terpaksa bermandi darah sekalipun. Jangan lah kerana kepentingan-kepentingan Duniawi , politik, pangkat dan kekuasaan mengaburi mata saudara dari melihat kepada kebenaran.

Hari ini, manusia tidak dapat mengetahui mana perkara yang penting dan mana perkara yang lebih penting. Kezaliman, rasuah dan berbagai jenayah yang lain adalah perkara yang penting juga untuk kita sama-sama menentang dan mencegahnya. tapi bagaimana pulak ada antara kita menggunakan alasan ini untuk memandang remeh akan isu kalimah Allah ini???

Ana menyeru janganlah kerana bencikan nyamuk, kelambu dibakar. Hari ini, kita lebih percayakan Si Kafir lebih dari kita percayakan sesama saudara Islam. Bukankah Allah telah berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 8 yang mengatakan bahawa Si Kafir ini hanyalah MANIS DI MULUT MEREKA, TAPI HATI MEREKA ENGGAN DAN MENOLAK.

Ana juga ada kawan-kawan dari kalangan Kristian, Hindu, malah pernah tinggal serumah dengan penganut Hindu yang kuat (berasap-asap rumah tau...faham-faham jelah ) semasa LI, tapi kita kena tahu di mana batas-batasnya. Apakah sampai tahap urusan agama pun, kita mempercayainya??

Marilah kita balik pada kesatuan agama, kita giatkan lagi usaha kesedaran tentang isu kalimah Allah SWT ini. Ana sangat bersetuju akan inisatif yang dilakukan oleh PMI UTM untuk mengadakan forum mengenai Isu ini. Semoga Ramai Umat Islam yang prihatin akan agama yang tercinta ini mengambil bahagian dalam forum ini untuk mendatangkan kesedaran tentang keseriusan isu ini. Alangkah sedihnya hati ini, bila kita dilanda isu2 seperti ini, teringatkan junjungan besar kita, Sayyidina Nabi Muhammad SAW. Hanya air mata mampu ku genangkan bila mengenangkan Nabi SAW yang tercinta apabila berbicara tentang isu ini. Ya Allah , Nabi-Mu dan Kekasih-Mu telah bersabda "Kehidupanku adalah baik bagi mu, kamu berbicara dan dibicarakan, dan kewafatanku adalah baik untukmu, segala amalanmu akan diperlihatkan kepadaku, mana-mana yang aku lihat baik, aku bersyukur kepada Allah, mana-mana yang aku lihat tidak baik, aku memohon ampun untukmu." Lebih kurang maksud hadis sahih.

Ya Allah, Ampunkan kami, Rahmati kami, Kasihanilah Kami.
Ya Allah, Sampaikan Salam Kasih dan Rindu kami kepada Junjungan kami, Nabi Muhammad SAW, sungguh kami menangis merindui dan mengenangkannya tatkala kami dihimpit dengan dugaan yang hebat ini.
Ya Allah, Angkatkan Darjatnya ke tempat yang tertinggi sepertimana yang kau janjikan.
Ya Allah, Gembirakanlah Hamba-Mu itu dengan menyatupadukan Umatnya.
Ya Allah, Jangan Kau serahkan kami kepada sesiapapun.
Ya Allah, Terima lah taubat kami, Ampuni Dosa kami.
Ya Allah, Kuatkan hati ini untuk berjihad di jalan-Mu,
Jadikan akhlak kami seperti akhlak Nabi-Mu.
Ya Allah, Tiada tempat mengadu melainkan kepada-Mu.
Ya Allah, Kau Maha Mendengar lagi Maha Penerima Taubat.

Selawat dan Salam semoga dilimpahkan Allah SWT atas junjungan kita , Nabi Muhammad SAW beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat baginda R.Anhum yang mengerah keringat mereka bagi menyebarkan Islam yang tercinta ini.

Segala Puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan Empunya Sekalian Alam.
Tiada Daya Upaya Melainkan Allah SWT. Dia melakukan apa yang Dia Kehendaki dan Dia tidak Ditanya apa yang Dia perbuat. Sungguh Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Dan , petunjuk serta hidayah itu hanyalah milik Allah SWT. Allah jualah Yang Maha Mengetahui...Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment