Amma Ba'du,
Hari Isnin bersamaan 25 january 2010,, penamaan calon MPP akan berlangsung. Banyak blog-blog dari sahabat-sahabat yg membicarakan tentang Pilihanraya kampus ini. Mengikut pengamatan fakir, Pilihanraya kampus kali ini lebih meriah dibandingkan dengan sebelumnya.
Berdasarkan apa yang fakir lihat, terdapat dua kumpulan besar yang akan bersaing pada pilihanraya kali ini iaitu Pro-Mahasiswa dan Evolusi Mahasiswa.
Dan melihat kepada blogger bloger UTM ini, kebanyakan mereka menyokong Pro-Mahasiswa (ini berdasarkan survey fakir semata-mata). Ini tidak menghairankan kerana semangat yang ditunjukkan oleh jentera Pro-mahasiswa sgt mengagumkan...
Blog yang sentiasa diupdate menjadi antara faktor yang menarik student untuk sentiasa dibasahi minda mereka dengan info-info terbaru. Adapun pada blog Evo, fakir tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa kerana tidak diupdate berminggu minggu lamanya. Seperti orang yang tidak bersemangat dan dipaksa untuk bertanding.
Banyak spekulasi yang melanda Evolusi contohnya peristiwa motor Akhie Uzair disimbah cat oren, tidak ada kenyataan rasmi dari blog Evo yang menafikan bahwa mereka bukan dalangnya...menolak spekulasi adalah PRIMITIF... Dan banyak lagi spekulasi yang tidak dijawab oleh Evo ..untuk itu, saudara pembaca bolehlah melihat sendiri kepada blog-blog seperti penyapulidi.blogspot , utm-today, mahupun dari blog Pro-M sendiri.
Walaubagaimanapun, Kita kumpulan itu atau ini, kita tetap saudara seIslam, maka, berhati-hati lah wahai saudara2 pro-M dan Evo dari terjerumus kepada bahaya putusnya Silaturrahim. Al-Habib Ali Al-Jufri HafizahUllah menakalkan satu hadis Nabi SAW yang bermaksud "Orang yang memutuskan silaturrahim dilaknat Allah walaupun dia mati di tengah-tengah kaabah". lebih kurang maksud Hadis Nabi SAW.
Walaupun kita mendakwa kita perjuangkan kebenaran , ketahuilah bahwa kebenaran juga peru dibawa dengan hikmah dan berstrategi, bukan dengan merempuh sembrono sahaja. Maka gunakanlah kecerdikan akal kurniaan Allah SWT untuk menarik hati pengundi kelak. Dan janganlah hendaknya menggunakan kata-kata menghina atau mengutuk pihak lawan, kerana itu hanya tanda bahawa kamu sebenarnya tiada apa nak diperjuangkan untuk mahasiswa, hanya pandai mencari kesalahan orang.
Sudut pidato yang telah dibenarkan oleh KPT baru2 ini seharusnya digunakan dengan sebaiknya. Walaupun fakir mendapat berita bahwa macam2 syarat dan peraturan dikenakan untuk mengadakan pidato, fakir katakan jangan terpengaruh sangat dengan peraturan yg sengaja dibuat itu, kalau kita terbawa-bawa dengan isu ini, maka masa berkempen pun akan tamat dan tiada apa yg kita buat. Masa semakin suntuk, jangan biarkan benda yang remeh menganggu fikiran. Sebagai bakal pemimpin, sepatutnya perang psikologi begini tidak mematahkan atau mempengaruhi semangat dan emosinya, tapi menambahkan lagi azam untuk terus maju ke hadapan.
Apalah yang ada pada perjuangan jika tiada yang pahit.
Walau apapun, inilah post yg pertama dan terakhir untuk sem ni fakir bercerita politik walaupun fakir bukan ahli yang arif dalam bab ni. Cumer penting fakir bgtau urusan pengangkatan Imam itu bukan satu rukun yang diiktikadkan dalam agama walaupun mengangkat imam yang Adil adalah wajib dengan syarak. kerana perkara ini (Urusan mengangkat imam ) masuk dalam bab fiqih, bukan dalam bab tauhid. maka berhati-hatilah saudaraku dari bersikap melampau dan berlebihan. Sebaik-baik perkara adalah dengan bersederhana.
Akhir kata, semoga PRK kali ini, mahasiswa dapat melihat idea-idea dan cadangan yang bernas dari kedua-dua kumpulan Pro-M dan Evo-M untuk kebajikan mahasiswa UTM ini. Walaupun fakir lihat ramai lagi yg tidak mengambil tahu akan PRK ini, tapi ketahuilah ramai juga yang mengambil berat tentang perkara ini.
Dan buat lah pilihan dengan bernas, bukan melihat pada paras rupa, dan kumpulan semata-mata. Kalau dia seorang yang dikenali sebagai rajin bekerja, berdisiplin dan selalu melakukan kerja dengan baik di samping menjaga tingkah laku, fakir sendiri akan mengundi dia tanpa mengira org itu dari pro-M mahupun Evo-M.
Ini baru permulaan, perjuangan sebenar adalah apabila kamu (calon yg menang jadi MPP) menerima watikah pelantikan sebagai MPP kelak. Laksanakan tanggungjawab dan amanah yng diberikan dengan jujur dan bersungguh-sungguh, bukan sekadar mulut cakap berapi, tapi buat kerja seperti melepaskan batuk di tangga.
Majulah Mahasiswa untuk Agama, Bangsa dan Negara !!!!
Dan jangan lupa !!!! JANGAN SEKALI-KALI ENGKAU TINGGAL AKAN BELAJAR ILMU AGAMA WALAU KAU BESAR MANA SEKALIPUN !!!!
Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..
Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)
Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)
No comments:
Post a Comment