Renungan

Saturday, October 24, 2009

Senarai Nama-Nama Ulama Islam Yang Mengharuskan Bertawassul

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Di sini, ana hanya sebutkan nama-nama ulama yang mahsyur supaya kamu teguh pendirian di atas keharusan ini: yang memperkatakan (tentang) bertawassul atau pun ulama yang menaqalkan dalil-dalil mengenainya dari kalangan ulama muktabar dan para hafizh hadith. Di antara mereka adalah:

1. Al-Imam Al-Hafizh Abu Abdullah Al-Hakim r.anhu dalam kitabnya Al-Mustadrak 'Ala Al-Sohihain. Beliau telah menyebut hadith tawassul Nabi Adam a.s. dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan mensahihkannya.

2. Al-Imam Al_Hafizh Abu Bakar Al-Baihaqi r.anhu dalam kitabnya Dalail Al-Nubuwwah telah menyebut hadith Tawassul Nabi Adam a.s. dan lain-lainnya. Beliau telah mensyaratkan dirinya supaya tidak mengeluarkan sebarang hadith maudhu' di dalam penulisannya. Ini terbukti apabila Al-Hafizh Al-Zahabi rah. menganjurkan umat ini untuk berpegang teguh kepada kitabnya.

3. Al-Imam Al-Hafizh Jalaluddin As-Suyuti r.anhu dalam kitabnya Al-Khasois Al-Kubra telah menyebut hadith Tawassul Nabi Adam a.s.

4. Al-Imam Al-Hafizh Abul Faraj Ibnu Jauzi r.anhu dalam kitabnya Al-Wafa telah menyebut hadith Tawassul Nabi Adam a.s. dan yang lainnya.

5. Al-Imam Al-Hafizh Qadhi Iyaadh rah. dalam kitabnya Al-Syifa' fi Al-Ta'rif bi Huquq Al-Mustafa, telah menyebut dalam bab Ziarah dan Bab Fadhl (kelebihan) Nabi s.a.w. banyak dalil yang berkaitan Tawassul.

6. Al-Imam Al-Syaikh Nuruddin Al-Qari rah. yang terkenal dengan gelaran Mulla Ali Al-Qari dalam syarahnya atas kitab Syifa'.

7. Al-Allamah Ahmad Syihabuddin Al-Khafaji rah. dalam syarahnya atas kitab Syifa' yang bertajuk Nasim Al-Riyadh.

8. Al-Imam Al-Hafizh Syihabuddin Al-Qastallani rah. dalam kitabnya , Al-Mawahib Al-Laduniyyah pada bab pertama.

9. Al-Allamah Syaikh Muhammad Abdul Baqi Al-Zurqani rah. dalam syarahnya atas kitab Al-Mawahib.

10.Al-Imam Syaikh Al-Islam Abu Zakaria Yahya An-Nawawi r.anhu dalam kitabnya Al-Idhah (bab:6 H:498)

11. Al-Allamah Al-Mufti Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Haitami r.anhu dalam Hasyiahnya terhadap kitab Al-Idhah H:499.

12. Al-Imam Al-Hafizh Muhammad ibn Ali Al-Syaukani r.anhu dalam kitabnya , Tuhfah Al-Zakirin H: 161.

13. Al-Imam Al-Muhaddith Ali ibn Abdul Kafi As-Subki rah. dalam kitabnya Syifa' Al-Saqqam fi Ziarah Khairil Al-Anam.

14. Al-Imam Al-Hafizh Al-Muarrikh 'Imaduddin Ibnu Kathir r.anhu dalam tafsir firman Allah s.w.t. pada surah An-Nisa ayat ke-64. Beliau telah menyebut kisah Al-Utbi dengan seorang Arab Dusun yang datang menziarahi Baginda s.a.w. semata-mata untuk bertujuan memohon syafaat dari Nabi Muhammad s.a.w. dan beliau tidak membangkang perkara ini. Beliau juga menyebut kisah tawassul Nabi Adam a.s. dengan Nabi s.a.w. dalam Al-Bidayah Wa Al-Nihayah, Beliau juga turut menyebut dalam jilid 1, H:91, kisah seorang lelaki yang telah datang ke maqam Nabi s.a.w. . Beliau berkata isnadnya adalah sohih.

15. Amirul Mukminin Fil Hadis Al-Imam Al-Hafizh Al-Mufti Ibnu Hajar Al-Asqalani r.anhu yang telah menyebut kisah seorang lelaki yang telah datang ke maqam Nabi s.a.w. dan bertwassul dengan baginda s.a.w. dan beliau telah mensahihkan sanadnya dalam kitab termahsyurnya Fath Al-Bari (Jilid:2 H:495).

16. Al-Imam Al-Mufassir Abu Abdullah Al-Qurtubi r.anhu juga telah menyebut kisah orang BAdwi yang bertawassul dengan baginda s.a.w. di dalam tafsirnya pada Surah An-Nisa ayat ke-64.

Cukuplah mereka sebagai sandaran kami untuk memahami Al-Quran dan Al-Sunnah. Adapun dari segilintir saudara kami yang agak bersikap keterlaluan menghukum syirik dan bid'ah tawassul, hendaklah jangan terburu-buru dalam menghukum sesuatu. Demikianlah akhlak para Ulama r.anhum, apabila menjumpai satu hadis, mereka tidak terus membuat kesimpulam. Akan tetapi mereka cari lagi hadis-hadis yang berkaitan sehingga semuanya telah tersusun rapi di hadapan mereka barulah mereka buat satu kesimpulan.

Adapun sungguh ramai manusia yang jahil tentang agama ini, apabila mendengar seruan dari segilintir pihak , terus bertindak sama menghukum sesat dan bid'ah amalan bertawassul tanpa menyedari bahawa perkara ini telah lama disebut oleh Para Ulama kita yang terdahulu.

Serahkan lah urusan keagamaan ini kepada yang ahli, iaitu para Ulama r.anhum, dan marilah kita sama-sama berusaha mempertingkatkan ilmu sehingga mencapai ke tingkat Mujtahid yang semakin lama semakin sedikit. Tidak harus berlaku kekosongan mujtahid pada setiap zaman.

Selawat dan Salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan ...Amin) beserta Ahlulbayt dan Para sahabat baginda yang sangat cinta akan mereka itu kepada Umat ini...

Dan segala puji hanya bagi Allah s.w.t. , Tuhan Empunya Sekalian Alam, Lagi Maha Penyayang dan Maha Pengasih, Dan kepada-Nya jua kita dikembalikan. tiada Daya Upaya meliankan Allah s.w.t.,

Dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..Jazakallah Khairan Kathira (^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

3 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Tawassul ada beberapa jenis. Ada tawassul yang dibenarkan, ada juga tawassul yang diharamkan. Adapun yang dibenarkan itu adalah;
    1. Tawassul dgn sifat dan nama-nama Allah
    2. Tawassul dengan amalan soleh

    Adapun tawassul yang diharamkan itu adalah;
    1. Tawassul dengan manusia lainnya termasuklah tawassul kpd Nabi saw ataupun manusia selainnya, seperti halnya orang yang berdoa kepada orang yang telah mati dgn menyatakan "Wahai fulan, bantulah aku" atau "wahai fulan, mohonlah kpd Allah supaya aku diselamatkan" -> Walhal orang yang diminta bantuan itu telah pun meninggal dunia.

    2. Tawassul dengan orang-orang soleh iaitu dengan memohon kpd Allah akan sesuatu permintaan atas kemuliaan seseorang. Ini adalah syirik. Misal contoh berdoa dgn "Ya Allah, dengan kemuliaan syaikh fulan , maka bantulah aku".

    Kes lain:

    1. Minta orang soleh mendoakan - bagi kes ini, ianya diharuskan. Jika seseorang memohon orang lain mendoakan utk nya itu diperbolehkan. seperti halnya seseorang meminta ibu bapanya mendoakannya untuk mudah menjawab exam.

    Jadi, penulis blog ini seharus nya menulis apakah jenis tawassul yang disebut oleh para ulama tersebut..

    Wallahua'lam.

    http://humaixi.blogspot.com

    Ex-KMJ

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, Akhie Humaizi, ana rasa saudara tidak membaca dengan teliti sebelum memeberi sebarang komentar kerana apa yang saudara komentarkan telah terjawab dengan sendirinya pada artikel ana di atas. Wallahu'Alam

    ReplyDelete
  3. Salam semua.ana rasa mungkin susunan doa ini sedikit konflik ..terdahulu berbunyi "Ya Allah, dengan kemuliaan syaikh fulan , maka bantulah aku"....mungkin iya sekirannya disusun seperti berikut 'Ya Allah atas Sifat Pengasih dan Penyayang yang kau berikan Darjat Kemuliaan kepada si fulan,kau berikan kepada diri ini juga hendakNya" ..kalian semua hebat2 juga..asalkan kita tewas dengan emosi..jika digabung pengetahuan antum berdua..ana rasa bersyukur kepada Allah SWT menjadikan kalian warisan Islam seterusnya..melawan bathil dan bidaah yang sesat.

    ReplyDelete