Renungan

Saturday, October 31, 2009

Nabi Muhammad s.a.w. menjual syurga dan Uthman bin Affan r.anhu membelinya

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.anhu berkata :" Sayyidina Uthman r.anhu membeli syurga daripada Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak dua kali dengan jual beli yang hak (benar), (pertama) setelah Sayyidina Uthman r.anhu menggali perigi rumah , dan (kedua) setelah menyiapkan bala tentera pada masa kesulitan." (Riwayat Imam Al-Hakimrah. di dalam Al-Mustadrak)

Imam Al-Hakim rah. telah mensohihkannya. Setiap orang yang berakal pasti mengetahui bahawa syurga itu hanya milik Allah s.w.t.. Tidak seorang pun yang memilikinya dan tidak seorang pun yang dapat melakukan apa-apa di dalamnya malaikat, Nabi, mahupun Rasul. Meskipun demikian, Allah s.w.t. mengurniakan dan menganugerahkan pelbagai kurniaan kepada Rasul-RasulNya yang membezakan mereka daripada manusia yang lain kerana kemuliaan dan ketinggian kedudukan mereka di sisi-Nya.Oleh sebab itu, anugerah-anugerah tersebut dinisbahkan kepada mereka dan pengurusan-pengurusan tersebut disandarkan kepada mereka sebagai memuliakan, memebesarkan, dan menghormati dan melebihkan mereka daripada manusia yang lain. Berdasarkan logik inilah, beberapa istilah berkenaan keistimewaan-keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w. telah diberikan.

Di antaranya, bahawa Baginda s.a.w. menempah syurga, menjamin masuk syurga, menggembirakan seseorang dengan syurga, sedangkan syurga itu hak milik mutlak Allah s.w.t.. Perkara ini tentu sekali tidak meragukan kepada sesiapa pun kecuali orang yang jahil, yang tidak mengetahui serendah-rendah ilmu dalam permasalahan ilmu yang paling rendah.

"Ya Allah ! Sinarilah mata hati kami, bukakanlah pendengaran hati kami, perlihatkanlah kebenaran itu kepada kami sebagai suatu kebenaran, dan jadikanlah kami mampu mengikutinya"

Selawat dan Salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan ...Amin) beserta Ahlulbayt dan Para sahabat baginda yang sangat cinta akan mereka itu kepada Umat ini...

Dan segala puji hanya bagi Allah s.w.t. , Tuhan Empunya Sekalian Alam, Lagi Maha Penyayang dan Maha Pengasih, Dan kepada-Nya jua kita dikembalikan. tiada Daya Upaya meliankan Allah s.w.t.,

Dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..Jazakallah Khairan Kathira (^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Thursday, October 29, 2009

Kelebihan Memakai Serban

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Hari ini fakir ingin mengajak saudara untuyk berkongsi sedikit dari Kitab Al-Jauharil Mauhub Wa Minbuhatil Qulub bagi Al-Allamah Syaikh Wan Ali bin Abdul Rahman Al-Kalantani HafizahUllah yang terkenal dengan gelaran Syaikh Wan Ali Kutan. Kitab ini hasil terjemah dari kitab 40 bab karangan Hafizul Islam Al-Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdul Rahman As-Suyuti r.anhu.

pada m/s 62,

Bab yang kedua belas pada menyatakan kelebihan memakai serban. Dan sabda Nabi s.a.w. "Pakai serban olehmu maka bahawasanya malaikat memakai serban mereka itu".

Dan sabda Nabi s.a.w. :

"Menselawat oleh malaikat yakni minta ampun mereka itu atas orang yang memakai serban pada hari jumaat"

Dan sabda nabi s.a.w. :

"Sembahyang dua rakaat dengan memakai serban itu terlebih baik daripada 70 rakaat dengan tiada serban"

Kata Al-Imam Munawi r.anhu kerana sembahyang itu masuk ke hadrat raja-raja dengan tiada perhiasan itu menyalahi adab. (pent. kita sembahyang menghadap Allah (Raja sekalian alam) dengan tidak berhias menyalahi adab).

Dan sabda Nabi s.a.w. :

"Pakai serban oleh mu kerana Syaitan tiada memakai serban"

Dan sabda nabi s.a.w. :

"Bahawasanya Allah s.w.t. dan malaikat-Nya menselawat yakni memuliakan dan minta ampun mereka itu atas orang yang memakai serban pada hari jumaat dan sunat bagi Imam memakai serban pada hari jumaat dan sunat bagi Imam melebihi pada membaikkan kelakuannya dan perangainya pada hari jumaat."

Selawat dan Salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan ...Amin) beserta Ahlulbayt dan Para sahabat baginda yang sangat cinta akan mereka itu kepada Umat ini...

Dan segala puji hanya bagi Allah s.w.t. , Tuhan Empunya Sekalian Alam, Lagi Maha Penyayang dan Maha Pengasih, Dan kepada-Nya jua kita dikembalikan. tiada Daya Upaya meliankan Allah s.w.t.,

Dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..Jazakallah Khairan Kathira (^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Wednesday, October 28, 2009

Cara Nabi s.a.w. mengajar dan berdakwah

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Fakir ingin mengajak saudara pembaca yang dimuliakan sama-sama kita melihat di dalam kitab Insan kamil bg Al-Muhaddith Syaikh Prof Dr. Sayyid Muhammad bin Alwi Al_maliki r.anhu.

Dalam mengajar dan berdakwah, Nabi s.a.w. mengikuti cara yang telah digariskan oleh Al-Quran dalam firman Allah s.w.t. :

"Ajaklah menusia kepada jalan Allah dengan hikmat dan pengajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik pula, sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang Maha Mengetahui tentang siapa tersesat dari jalannya dan Dialah Yang lebih Mengetahui orang yang mendapat petunjuk" (An-Nahl:125)

Ayat ini adalah gambara yang lengkap tentang cara menyampaikan ajaran Allah kepada manusia yang berbeza sifat, tabiat dan pembawaannya. Ada manusia yang memang gandrung mencari kebenaran, ada pula golongan awam, disamping mereka yang menentang dan menolak, maka menghadapi kelompok-kelompok yang beraneka ragam, perlu diterapkan cara yang sesuai dan tepat, kerana itu Rasulullah s.a.w.dalam menyampaikan sesuatu selalu menilai terlebih dahulu tingkat kecerdasan dan daya tanggap orang, dan sebelum berbicara, melihat apa dan siapa yang ada dihadapan baginda, dan kepada tiap kelompok atau golongan, baginda s.a.w. menggunakan bahasa dan tutur kata yang dapat dimengerti dan difahami sebaik-baiknya, disamping peribadi yang berwibawa, sehingga segala ucapan baginda selalu berkenan di hati dan diterima pendengar dengan minat dan perhatian.

Al-Qadhi Iyaadh rah. berkata : "Allah s.w.t telah meyelubungi segala yang diucapkan oleh Nabi s.a.w. dengan rasa cinta dan mudah diterima, indah dan sedap didengar oleh telinga, oleh kerana itu tidak selalu diulang berkali-kali, sebab tiada sekalimat pun luput atau tergelincir, dan tidak pernah kekurangan dalih yang diperlukan".

Dalam memberikan bimbingan dan penerangan agama, baginda s.a.w. selalu menjaga agar rasa jemu dan penat tidak menyelinap masuk dalam hati para pendengarnya, mereka diberinya kesempatan beristirehat, agar hati mereka tetap terbuka menerima apa yang akan disampaikan, dan cara itu pula yang dewasa ini diakui sebagai cara yang efisyien oleh lembaga-lembaga pendidikan, cara yang telah diterapkan dahulu oleh Nabi kita yang amat bijaksana.

Demikian pula bila berbicara dengan orang lain, selalu disesuaikan pembicaraannya dengan tingkat kecerdasan, dan menggunakan bahasa yang mudah difahami, dan baginda berbicara dengan setiap orang yang datang dari berbagai puak kabilah, masing-masing dengan loghat dan dialeknya, dan bila perlu mengulang perbicaraannya hingga tiga kali, untuk memperjelas dan lebih memantapkan. Dan bila melarang atau memerintahkan sesuatu tidak disampaikan sekaligus, tapi beransur-ansur sedikit demi sedikit agar tidak memberatkan.

Maka berdasarkan keterangan dan huraian yang tersebut di atas, kiranya jelaslah, bahawa nabi s.a.w. dalam mengajar dan berdakwah mempergunakan cara yang berbeza dan berlainan, namun kesemuanya itu bertujuan untuk menyampaikan seruan Ilahi, dan demi menegakkan dan mewujudkan kehidupan yang sempurna di bawah naungan agama Allah.

Maka Rasulullah s.a.w. sebagai teladan tertinggi demikian para sahabatnya r.anhum seharusnya diikuti jejaknya dan mencontohi amal usahanya kerana hanya dengan mengikuti ajaran nabi s.a.w. semata, rahmat kurnia Allah s.w.t. akan melimpah dan bercucuran baik dari langit mahupun dari bumi.

Selawat dan Salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan ...Amin) beserta Ahlulbayt dan Para sahabat baginda yang sangat cinta akan mereka itu kepada Umat ini...

Dan segala puji hanya bagi Allah s.w.t. , Tuhan Empunya Sekalian Alam, Lagi Maha Penyayang dan Maha Pengasih, Dan kepada-Nya jua kita dikembalikan. tiada Daya Upaya meliankan Allah s.w.t.,

Dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..Jazakallah Khairan Kathira (^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Sunday, October 25, 2009

Dialog Bermazhab

Ustaz Muhammad Husni Ginting

Pada sa`at ini semakin banyak orang yang merasa mereka lebih hebat dibandingkan ulama ulama dahulu, mereka mencoba menebarkan slogan untuk tidak bermadzhab, tetapi mengambil hukum dari al-Qur`an dan Sunnah secara langsung, slogan ( semboyan = perkataan ) berhukum al-Qur`an dan hadits benar tetapi memiliki tujuan yang salah, dan akan menghasilkan kesalahan yang besar, adapun diantara dalil – dalil yang di ucapkan oleh mereka yang anti madzhab ialah :

1 – Rasulullah tidak pernah menyuruh kita untuk bermadzhab bahkan menyuruh kita mengikuti sunnahnya.

2 – al-Qur`an dan Sunnah sudah cukup menjadi dalil dan hukum sehingga tidak di perlukan lagi Madzhab-madzhab.

3 – Madzhab-madzhab itu bid`ah karena tidak ada pada zaman Rasul.

4 – Seluruh ulama Madzhab seperti Imam Syafi`i melarang orang-orang mengikuti mereka dalam hukum.

5 – Bermadzhab dengan madzhab tertentu berarti telah menolak sunnah Nabi Muhammad SAW.

6 – Pada Zaman sekarang sudah semestinya kita berijtihad karena dihadapan kita telah banyak kitab-kitab hadits, Fiqih, ulumul Hadits dan lain-lain, kesemuanya itu mudah didapati.

7 – Para Ulama Madzhab adalah manusia biasa, bukan seorang nabi yang maksum dari kesalahan, semestinya kita berpegang kepada yang tidak maksum yaitu hadits-hadits Rasulullah.

8 – Setiap hadits yang shahih wajib diamalkan, tidak boleh menyalahinya dengan mengikuti pendapat ulama madzhab.



Ini sebahagian hujjah-hujjah mereka, kita akan jawab satu persatu insyaallah.


Masalah pertama

1 – Adapun Rasul tidak pernah menyuruh kita untuk bermadzhab, kalau saudara tahu maksud bermadzhab, maka maknanya tidak secara khusus Rasul menyuruh untuk bermadzhab, tetapi disana ada suruhan secara umum, suruhan umum tersebut terdapat didalam al-Qur`an dan Hadits Rasul , demikian juga disana tidak terdapat larangan tentang bermazhab dari Rasulullah, dengan demikian tidak boleh kita buang dalil umum yang menyuruh untuk bermadzhab, bahkan sebagian dalil dan hujjah-hujjah menjurus kepada kekhususan mengikuti ulama-ulama yang telah sampai derajat Ijtihad.

Berikut ini saya akan huraikan beberapa Dalil tentang bermadzhab :

1 - Allah Berfirman :

فاسألوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون

Artinya : Hendaklah bertanya kepada orang mengetahui jika kamu tidak mengetahui.


Penjelasan ayat : ayat ini menyuruh orang-orang yang tidak mengetahui sesuatu, yang mereka itu terdiri dari orang-orang awam, atau orang-orang yang tidak sampai derajat mujtahid agar menanyakan kepada orang alim atau orang yang telah sampai derajat Mujtahid, hal ini bermakna orang yang tidak sampai derajat mujtahid mesti mengikuti mana-mana madzhab yang di i`tiraf oleh ulama-ulama Ahlus Sunnah Wal Jama`ah.

Siapa yang merasa tidak memiliki ilmu maka dia wajib bertaqlid kepada ulama, sebab Allah tidak mengatakan , jikalau kau tidak mengetahui maka hendaklah lihat didalam al-Qur`an dan Hadits, karena al-Qur`an dan al-Hadits memiliki pemahaman yang hanya ulama yang mujtahid saja yang memahaminya, sebab itulah Allah menyuruh untuk menanyakan kepada Ulama yang mujtahid dari arti dan pemahaman dari al-Qur`an dan al-Hadits.

2 - Rasulullah SAW bersabda :

عن عبد الله بن عمرو بن العاصي قال " سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : إن الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من العباد ولكن يقبض العلم بقبض العلماء حتى إذا لم يبق عالم اتخذ الناس رؤسا جهالا، فسئلوا فأفتوا بغير علم فضلوا وأضلوا. ( رواه البخاري و مسلم والترمذي وابن ماجه ولا أحمد والدارمي ).

Artinya : Sesungguhnya Allah tidak mengambil ilmu dengan menariknya dari hati hamba-hambanya ( ulama ) akan tetapi mengambil ilmu dengan mencabut nyawa ulama, sehingga apabila tidak terdapat ulama, maka manusia akan menjadikan orang-orang bodoh ( menjadi pegangan mereka ), mereka bertanya hukum kepadanya, kemudian orang-orang bodoh itu berfatwa menjawab pertanyakkan mereka, jadilah mereka sesat dan menyesatkan pula.
( H.R Bukhari, Muslim , Tirmidzi , Ibnu Majah. Ahmad, ad-Darimi.

Penjelasan hadits : Hadits ini menunjukkkan kepada kita semakin sedikitnya ulama pada masa sekarang, siapa yang mengatakan semangkin banyak maka dia telah menyalahi hadits Nabi yang shahih dan kenyataan yang ada, sebab Allah mencabut nyawa ulama, dan tidak ada pengganti yang dapat menandingi keilmuannnya, siapa yang dapat menandingi keilmuan Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi`I, Imam Ahmad pada zaman sekarang, tidak ada yang mampu, mereka wafat telah meninggalkan warisan yang besar sekali, yaitu ilmu dan madzhab mereka, jadi orang -orang awam mengambil warisan ilmu-ilmu mereka seolah-olah seperti bertanya lansung kepada Imam yang empat, dengan begitu jauhlah mereka dari kesesatan dan menyesatkan orang, tetapi orang yang bodoh yang tidak mau bermadzhab maka akan menanyakan permasalahannya kepada orang yang berlagak alim dan mujtahid tetapi bodoh, tolol dan memiliki sifat seperti orang yang tidak pintar, maka dia berfatwa menurut hawa nafsunya dan perutnya dalam memahami hadits dan lainnya, orang ini adalah sangat membahayakan umat islam, menyesatkan umat islam, mereka tidak sadar diri tentang kesesatan mereka dan berusaha untuk menyebarkan pemahaman mereka, ini lah cirri-ciri kebodohannya.

Dari hadits ini juga kita perlu menanyakkan kenapa Rasul mengatakan ,
" mereka bertanya kepada orang-orang bodoh",
penyebab mereka mengambil ilmu kepada orang yang bodoh ialah karena orang alim sudah tiada lagi, padahal kitab-kitab hadits semangkin banyak dicetak, kitab-kitab ilmu semangkin menyebar dikalangan masyarakat, penulis melihat ada beberapa sebab :

1 – Pentingnya ulama dalam menuntun pemahaman yang ada dari al-Qur`an dan al-Hadits, sehingga apabila ulama meninggal dunia, tiada lagi orang yang mampu mengajarkan pemahaman yang sebenarnya dari al-Qur`an dan Sunnah.

2 – Sebab ketidakmauan orang-orang yang sesat mengikuti dari madzhab-madzhab yang telah tertulis dan dibukukan sehingga mereka lebih memilih orang yang berlagak lebih tahu dalam memahami al-Qur`an dan al-Hadits dari ulama-ulama yang dahulunya.

3 – Kebodohan orang yang paling bodoh ialah yang tidak mengetahui dia bodoh, sehingga dia berfatwa walaupun dalam keadaan bodoh, tidak ingin melihat kembali apa kata ulama-ulama madzhab didalam kitab mereka.

4 – Ini adalah tanda-tanda hari Qiamat yang mana madzhab bodoh lebih berkembang dan menyesatkan orang yang bermadzhabkan dengan empat madzhab.

5 – Dari hadits diatas juga kita fahami bahwa pada zaman ini sangat sulit sekali kita dapati ulama yang sampai kedudukannya kepada ulama mujtahid, ini mesti kita sadari, kalau tidak kita sadari maka kemungkinan orang tersebut telah menyalahi hadits Rasul yang menceritakan tentang ilmu akan dicabut dari permukaan bumi ini dengan wafatnya ulama, pada abad pertama hijriyah puluhan orang bahkan ratusan orang sampai kepada derajat al-Hafizh dan mujtahid, demikian juga pada abad kedua, ketiga, keempat, tetapi setelah itu ulama-ulama semangkin berkurangan, terlebih-lebih lagi pada zaman kita sekarang, jadi apa yang dikatakan Rasul telah tejadi pada saat sekarang ini, kita boleh lihat betapa banyaknya orang yang memaku Alim dan berfatwa, padahal dia tidak memiliki standart dalam berfatwa, ini orang bermuka tebal seperti tembok China.


3 - Rasulullah bersabda :

لا تسبوا قريشا فإن عالمها يملأ الأرض علما
Artinya : Janganlah kamu menghina orang-orang Qurasy karena seorang ulama dari kalangan bangsa Qurasy, ilmunya akan memenuhi penjuru bumi ini .


( H,R Baihaqi didalam al-Manaqib Syafi`i, Abu Naim didalam al-Hilyah, Musnad Abu Daud ath-Thayalisi ).

Para ulama mentakwilkan maksud hadits tersebut kepada Imam Syafi`i al-Quraisyi yang telah menebarkan ilmu dan madzhabnya dibumi ini, diantara ulama yang telah mengungkapkan hal seperti itu ialah Imam Ahmad Bin Hanbal, Imam Abu Nuaim al-Ashbahani, Imam Baihaqi.

Dan maksud ilmu pada hadits tersebut adalah madzhab dan pemahamannya terhadap al-Quran dan sunnah, sebab pemahaman terhadap al-Qur`an dan sunnah itulah disebut ilmu, ilmu itu adalah madzhab jika ilmu tersebut diikuti orang lain, dengan demikian madzhab adalah salah satu pemahaman al-Qur`an dan hadits yang diikuti oleh orang lain.

Masih ada hadits-hadits yang menceritakan tetang bermadzhab, asalkan kita faham tentang apa yang dikatakan dengan madzhab, saya padakan sampai disini pembahasan yang pertama.


Masalah kedua

2 – Pendapat saudara yang mengatakan al-Qur`an dan Sunnah sudah cukup menjadi sumber hukum adalah ungkapan seorang yang Mujtahid, apabila sudah melengkapi syarat-syarat mujtahid, jika saudara berkata juga seperti itu bermakna saudara sudah menjadi mujtahid, dan sudah memiliki syarat-syarat ijtihad, tetapi jika tidak memenuhi syarat maka saya sarankan saudara mundur kebelakang, atau membeli cermin ( kaca ) agar dapat berkaca dan bercermin siapa diri anda, sampai mana keilmuan anda, jika cerminnya juga tidak mampu untuk menunjukkan hakikat diri anda sendiri dalam keilmuan, maka hendaklah bercermin dengan ulama-ulama ahlus sunnah wal jama`ah, karena cermin yang ada dirumah harganya murahan atau sudah pecah, jika tidak tergambar juga hakikat diri anda dihadapan orang lain, maka ingatlah syaithan telah memperdayakan anda, menjadi mujtahid berat dan memiliki syarat-syarat yang sulit.

Rasul bersabda :


رحم الله امرءا عرف قدره
Artinya : Allah menyayangi seseorang yang mengetahui batas kemampuannya.


Kalau anda sadar akan batas keilmuan dan kemampuan anda tentu anda akan mengikuti madzhab yang empat, tetapi sayang anda tidak melihat kelemahan dan kebodohan anda sendiri.

Perlu anda ketahui jika anda belum sampai kepada tahap Mujtahid, jika ingin mengambil langsung dari al-Qur`an dan Sunnah, apakah anda telah mengahapal al-Qur`an keseluruhannya ?, atau paling sedikit ayat-ayat Ahkam, dan telah mengetahui dari ayat-ayat tersebut sebab-sebab turunnya ayat, apakah ayat tersebut tergolong Nasikh atau Mansukh, apakah ayat tersebut Muqayyad atau Muthalaq, atau ayat itu Mujmal atau Mubayyan, atau ayat tersebut `Am atau Khusus, kedudukan setiap kalimat didalam ayat dari segi Nahu dan `Irabnya, Balaghahnya, bayannya, dari segi penggunanaan kalimat Arab secara `Uruf dan dan hakikatnya, atau majaznya,

Kemudian adakah terdapat didalam hadits yang mengkhususkan ayat tersebut, ini masih sebahagian yang perlu anda ketahui dari al-Qur`an, sementara didalam Hadits anda mesti menghapal seluruh hadits-hadits Ahkam, kemudian mengetahui sebab-sebab terjadinya hadits tersebut, mana yang mansukh dan mana yang Nasikh, mana yang Muqayyad dan mana yang Muthlaq, mana yang mujmal dan mubayyan, mana yang `Am dan Khas, dan mesti mengetahui bahasa arab dengan sedalam-dalamnya, agar tidak menyalahi Qaidah-Qaidah dalam bahasa, hal ini meliput dari Nahu, Balaghah, bayan, ilmu usul Lughah, dan juga mesti mengetahui fatwa-fatwa ulama yang terdahulu sehingga tidak mengeluarkan hukum yang menyalahi ijma` ulama, mengetahui shahih atau tidaknya hadits yang akan digunakan, hal ini meliputi dari pengetahuan tentang sanad, Jarah dan Ta`dil, Tarikh islami dan ilmu musthalah hadits secara umum dan mendalam, sebab tidak semua hadits shahih dapat dijadikan hujjah secara langsung, karena mungkin saja telah dimansukhkan, atau hadits tersebut umum dan adalagi hadits yang khusus , maka mesti mendahulukan yang khusus. Hal ini akan saya jelaskan insyaallah dalam pembahasan yang khusus.

Pertanyaannya adalah sudahkan anda memiliki syarat yang telah kami sebutkankan, kalau sudah silahkan anda berijtihad sendiri, kalau belum jangan mempermalukan diri sendiri, kebodohan yang paling bodoh adalah tidak mengakui diri bodoh, sehingga tidak mau belajar dari kebodohannya.

Masalah ketiga

3 – Pendapat anda yang mengatakan bermadzhab itu suatu yang bid`ah Karena tidak terdapat pada zaman Rasul, penulis menyangka anda belum lagi memahami kata-kata Bid`ah dengan sesungguhnya, tapi saya akan buat insyaallah pembahasan ini secara khusus.

Tetapi yang penting Madzhab memang tidak ada pada zaman Nabi karena para sahabat berada bersama nabi , jikalau ada permasalahan maka mereka akan menanyakan langsung kepada Nabi SAW, tetapi setelah Rasulullah meninggal dunia maka mulailah hidup madzhab-madzah dikalangan sahabat, sehingga masyhur dikalangan mereka ada madzhab Abu Bakar, madzhab Umar, Utsman, Ali, Abdullah Bin Umar, Sayyidah `Aiysah, Abu Hurairah, Abdullah Bin Mas`ud dan yang lainnya, demikian juga pada masa Tabi`in telah betumbuhan madzhab-madzhab ketika itu, seperti madzhab Az-Zuhri, Hasan al-Bashri, Salim Bin Abdallah, Urwah Bin Zubair, dan yang lainnya, sehingga Imam Abu Hanifah juga tergolong Tabi`in yang memiliki Madzhab yang diikuti, sementara Imam Malik tergolong Tabi`-Tabi`in yang memiliki banyak pengikut, maka jelaslah bahwa mengikuti madzhab yang ada dan diakui oleh ulama bukan hal yang bid`ah, jikalau hal tersebut bid`ah niscaya para sahabat ahli bid`ah.

Masalah keempat

4 – Larangan ulama Madzhab kepada murid-muridnya agar jangan mengikuti mereka adalah hal yang tidak benar, sebab seluruh perkataan ulama Madzhab telah dirobah oleh orang tertentu tentang pemahamannya, mari kita lihat sebahagian kata-kata Imam Syafi`i` dan kisah Imam Malik.

A – Kisah Imam Malik berserta Khalifah Abu Ja`far al-Manshuri.

Meriwayatkan Ibnu Abdul Barr dengan sanadnya kepada al-Waqidi, beliau berkata : Aku mendengar Malik Bin Anas berkata : " ketika Abu Ja`far al-Manshur melaksanakan hajji, beliau memanggilku, maka bertemu dan bercerita dengannya, beliau bertanya kepadaku dan aku menjawabnya, kemudian Abu Ja`far berkata :
" Aku bermaksud untuk menulis kembali kitab yang telah kamu karang yaitu Muwaththa`, kemudian aku akan kirim keseluruh penjuru negeri islam, dan aku suruh mereka mengamalkan apa yang terkandung didalamnya, dan tidak mengamalkan yang lainnya. Dan meninggalkan semua ilmu-ilmu yang baru selain " Muwaththa`, karena Aku melihat sumber ilmu adalah riwayat ahli Madinah dan ilmu mereka, dan aku pun berkata : Wahai Amirul Mukminin, Janganlah kamu buat seperti itu, Karena orang-orang sudah memiliki pendapat sendiri, dan telah mendengarkan hadits Rasul, dan mereka telah meriwayatkan hadits-hadits yang ada, dan setiap kaum telah mengambil dan mengamalkan apa telah diamalkan pendahulunya, dari perbedaan pendapat para shahabat dan selain mereka, jika menolak apa yang mereka percayakan itu sangat berbahaya, biarlah mereka mengamalkan apa yang telah mereka amalkan dan mereka pilih untuk mereka, berkata Abu J`afar : Kalaulah engkau suruh aku untuk membuat seperti itu niscaya aku akan laksanakan.


Dalam riwayat yang lain Imam Malik berkata :
Wahai Amirul Mukminin Sesungguhnya para sahabat Rasulullah SAW telah berpencar diberbagai negeri, orang-orang telah mengikuti madzhab mereka, maka setiap golongan berpendapat mengikuti madzhab orang yang diikuti.
( al-Intiqa : 41 , Imam Darul Hijrah Malik Bin Anas : 78 ).

Lihat bagaimana Imam Malik menjawab permintaan Khalifah Abu Ja`far, beliau tidak melarang orang-orang untuk bertaqlid pada Madzhab yang mereka akui, sebab pada masa itu madzhab fiqih sangat berkembang sekali, seperti di Iraq madzhab Imam Abu Hanifah, Di Syam berkembang Madzhab Imam Auza`i, di Mesir berkembang madzhab Imam Laits Ibnu Sa`ad, dan masih banyak lagi madzhab-madzhab yang berkembang saat itu, bahkan beliau menyarankan kepada Khalifah agar mereka dibenarkan untuk mengikuti madzhabnya masing-masing.


B - Berkata Imam Syafi`i :
المزني ناصر مذهبي
Artinya : Al-Muzani itu adalah penolong ( dalam menyebarkan ) madzhabku


( Lihat Siyar `Alam an-nubala` li adz-Dzahabi : 12/493, Thabqatu Syafi`iyah al-Kubra Li as-Subki : 1/323, terbitan Dar kutub ilmiyah ).

Dari perkataan Imam Syafi`i diatas sangat jelas sekali bahwa beliau tidak melarang seorangpun untuk mengikuti madzhabnya, bahkan beliau mengatakan kepada murid-muridnya bahwa al-Muzani adalah seorang penolong dan penyebar madzhab Syafi`i, kalau beliau melarang untuk mengikuti madzhabnya tentu beliau tidak mengatakan perkataan tersebut.


Diriwayatkan Imam al-Khatib didalam karangannya " al-Faqih wa al-Mutafaqih ( 2 / 15 -19 ) " cerita yang sangat panjang sekali tentang Imam al-Muzani seorang pewaris ilmu Imam Syafi`i, didalam akhirnya beliau mengungkapkan perkataan al-Muzani :
" Lihat kamulah apa yang kamu tulis dari pengajaranku, tuntutlah ilmu dari seorang yang Faqih, maka kamu akan menjadi Faqih ".


Dari perkataan Imam al-Muzani menyuruh muridnya untuk melihat apa yang beliau sampaikan, beliau tidak menyuruh mereka untuk melihat kepada Hadits, karena hadits tidak boleh difahami dengan sebenarnya hukum yang terdapat didalamnya kecuali seorang yang Faqih, dan menyuruh mereka untuk menuntut ilmu kepada seorang yang Faqih bukan hanya mengetahui hadits semata, sebab puncak ilmu hadits adalah Fiqih, kalau bermadzhab itu dilarang tentu Imam al-Muzani akan melarang melihat pengajaranya, akan tetapi menyuruh mereka mengambil secara langsung hukum dari al-Qur`an.

Penulis cukupi sampai disini saja dalam ungkapan ulama-ulama tentang mengikuti madzhab ulama Mijtahid..


Masalah kelima

5 – Perkataan Saudara yang mengatakan bermadzhab dengan madzhab tertentu berarti menolak Sunnah Rasulullah adalah perkataan yang tidak benar dan tidak berasas, sebab seluruh ulama Mujtahid sangat berpegang teguh dalam mengamalkan sunnah Nabi SAW, mereka telah menjadikan al-Hadits sebagai sumbur kedua setelah al-Qur`an, kedudukan al-Hadits sangat tinggi sekali dipandangan mereka.

Sebahagian orang salah memahami perkataan Imam-imam Mujtahid seperti Imam Syafi`i, beliau berkata :

إذا وجدتم حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم على خلاف قولي فخذوا به ودعوا ما قلت

Artinya : Apabila kamu dapati perkataanku menyalahi perkataan Rasulullah SAW maka tinggalkanlah perkataanku dan ambillah Hadits Rasul..


Perlu kita ketahui pemahaman yang mengatakan Imam Syafi`i melarang mengikuti pendapatnya dari perkataan tersebut adalah pemahaman yang salah, dari ungkapan Imam Syafi`i memiliki pemahaman sebagai berikut .

A – Kamu boleh mengikuti pendapatku selama pendapatku tidak bertentangan dengan Hadits Rasulullah.

B – Perkataan ini menunjukkan betapa besarnya kedudukkan Hadits Nabi SAW dipandangan Imam Syafi`i.

C – Karena begitu besarnya kedudukan Hadits dihadapan Imam Syafi`i sehingga beliau menjadikan al-Hadits adalah sumber kedua didalam madzhabnya, ini menunjukkan bahwa beliau tidak akan mungkin mendahulukan pendapatnya dari pada Hadits Rasul, kecuali apabila hadits tersebut tidak dianggap shahih dan memiliki beberapa sebab sehingga tidak boleh mengamalkannya, sebab tidak seluruh Hadits shahih boleh diamalkan, masalah ini insyaallah akan saya perincikan pada pembahasan yang khusus.

D – Imam Syafi` hanya berpegang dengan hadits yang shahih menurut pandangannya, sebab beliau seorang ahli hadits yang masyhur, bukan hadits mansukh atau ijmak ulama tidak mengamalkannya, hadits yang memiliki permasalahan dan `illat.


Masalah keenam

6 – Adapun ungkapan saudara yang mengatakan pada zaman sekarang ini sebenarnya semangkin mudah untuk menjadi mujtahid disebabkan oleh banyaknya buku yang dicetak, berbeda dengan zaman dahulu, pendapat ini tidak benar, bahkan menyalahi kenyataan yang ada, coba kita lihat penyebab kenapa pada zaman ini sukar untuk menjumpai seorang mujtahid.

A – Tidak seluruh kitab telah dicetak dan disajikan kepada kita, terbukti masih banyak lagi kitab ulama-ulama muslim yang tersebar dalam bentuk Makhthuthath ( Munuskrip ) di negeri Erofah, Mesir, Turki, Saudi Arabiyah, Pakistan, Hindia dan lain-lain.

B – Banyaknya kitab-kitab hadits yang hilang dan tidak ditemui pada saat sekarang ini disebabkan berbagai kejadian, seperti pembakaran kitab-kitab pada masa Monggolia menyerang Baghdad dan membakar seluruh kitab-kitab Islam, penghancuran Negeri Islam di Andalusia, dan lain-lain , hal ini boleh kita ketahui jika kita mentakhrij hadits, dan ingin melihat dari sumber aslinya, tetapi tidak diketemukan.

C – Pada zaman sekarang orang belajar ilmu menurut bidangnya masing-masing, pelajar yang di Kuliah Syari`ah tidak mempelajari ilmu musthalah hadits secara mendalam, pelajar Kuliah Usuluddin tidak mempelajari Usul Fiqih dan Fiqih secara mendalam, pelajar Lughah bahkan sangat sedikit sekali mempelajari bidang ilmu fiqih dan hadits, dari cara belajar seperti ini bagaimana menjadi mujtahid.

D – Tidak adanya pada zaman sekarang orang dapat digelar al-Hafizh, ini membuktikan betapa buruknya prestasi kita dalam bidang hadits dibandingkan dengan zaman-zaman sebelum kita, bagaimana mau menjadi mujtahid hadits pun tidak hapal, kalaulah dalam ilmu hadits saja kita belum mampu menjadi al-Hafizh bagaimana pula ingin menjadi al-Mujtahid.

e - Tetapi yang sangat lucunya yang ingin jadi mujtahid itu sekarang terdiri dari pelajar-pelajar kedoktoran,insinyur, mekanik, yang bukan belajar khusus tentang agama, kalau pelajar agama saja tidak sampai kepada mujtahid bagaimana lagi dengan pelajar yang bukan khusus mempelajari agama, kalau pun jadi mujtahid pasti mujtahid gadungan( penipuan ).

Coba renungkan cerita Ibnu Taimiyah didalam kitabnya al-Muswaddah : 516, dan diungkapkan oleh muridnya Ibnu Qayyim, dari Imam Ahmad, ada seorang lelaki bertanya kepada Imam Ahmad, :
Apabila seseorang telah menghapal hadits sebanyak seratus ribu hadits, apakah dia sudah dikira Faqih ? Imam Ahmad menjawab : Tidak dikira Faqih, berkata lelaki tersebut : " jika dia hapal dua ratus ribu hadits ? ", Imam Ahmad menjawab : " tidak disebut Faqih ", berkata lelaki tersebut : " jika dia telah menghapal tiga ratus ribu hadits ?", Imam Ahmad menjawab : " tidak juga dikira Faqih", berkata lelaki tersebut : " Jika dia telah menghapal empat ratus ribu hadits ?, Imam Ahmad menjawab : " Beliau mengisyaratkan dengan tangannya dan mengerakkannya, maksudnya, mungkin juga disebut Faqih berfatwa kepada orang dengan ijtihadnya.


Cobalah renungkan dimana kedudukan kita dari Faqih dan al-Mujtahid, agar tahu kelemahan kita dan kebodohan kita.

E – Memang ada kitab-kitab yang dapat membantu kita agar dapat berijtihad, tetapi yang jadi permasalahannya, apakah kita mampu benar-benar memahami apa yang kita baca, apakah yang kita fahami sesuai dengan pemahaman ulama-ulama pada masa salafussalihin, sebab membaca hadits dengan sendirian tanpa bimbingan seorang guru akan membawa kepada kesesatan, sebagaimana pesan ulama-ulama agar mengambil ilmu dari mulutnya ulama yang ahli.

خذوا العلم من أفواه العلماء

Artinya : Ambillah ilmu itu dari mulutnya para ulama.


Berkata Imam Ibnu Wahab seorang murid Imam Malik yang alim dalam ilmu Hadits:

الحديث مضلة إلا للعلماء

Artinya : al-Hadits dapat menyesatkan seseorang ( yang membacanya ) kecuali bagi para ulama


Berkata Imam Sufyan Bin Uyainah ( seorang ulama besar yang ahli dalam fiqih dan hadits guru Imam Syafi`i ) :

الحديث مَضِلّة إلا للفقهاء

Artinya : al-Hadits itu dapat menyesatkan seseorang kecuali bagi ulama yang faqih.
( al-Jami` li Ibni Abi Zaid al-Qairuwani : 118 )


Masalah ketujuh

7 – Apa yang saudara ungkapkan bahwa ulama mujtahid adalah manusia biasa yang mungkin saja salah dalam perbutan atau pemahaman adalah benar, tetapi sangat salah sekali jika saudara menyangka bahwa mereka yang berijtihad tidak boleh diikuti karena mereka manusia biasa, yang sangat jelasnya, mereka bukan nabi, dan juga bukan bertarap seperti anda, tidak ada seorang ulama yang hidup sekarang ini yang mampu menandingi ilmunya Imam Abu Hanifah, Imam Malik Bin Anas, Imam Syafi`i, Imam Ahmad.

Berkata Imam adz-Dzahabi mengungkapkan didalam kitabnya at-Tadzkirah : 627-628 , diakhir ceritanya dari generasi muhaddits yang kesembilan diantara tahun 258 H - 282 H, beliau berkata :
Wahai syeikh lemah lembutlah pada dirimu, senantiasalah bersikap adil, janganlah memandang mereka dengan penghinaan, jangan kamu menyangka muhaddits pada masa mereka itu sama dengan muhaddits pada masa kita ( maksudnya dari masa 673 H – 748 H ), sama sekali tidak sama, tidak ada seorangpun pembesar Muhaddits pada masa kita yang sampai kedudukkannya seperti mereka didalam keilmuan .



Dari ungkapan Imam adz-Dzahabi diatas memberikan pengertian bahwa ilmu kita memang tidak setarap dengan para ulama-ulama mujtahid pada zaman dahulu, jadi jikalau mereka berijihad ternyata salah didalam maka mereka akan mendapat satu pahala dan tidak mendapat dosa, bagaimana dengan anda yang tidak sampai kepada derajat ijtihad kemudian berijtihad menurut kemampuan anda, maka kesalahan anda akan lebih banyak dibandingkan dengan ulama-ulama mujtahid yang terdahulu, dengan begitu seseorang yang memang sudah sampai kepada derajat mujtahid, apabila benar ijtihadnya maka akan mendapatkan dua pahala, jika salah dalam berijtihad maka mendapat satu pahala saja, tetapi jika anda yang belum sampai kepada tahap mujtahid berijtihad dan tersalah dalam ijtihadnya maka anda akan mendapatkan dosa, karena berijtihad dengan kebodohan.


Masalah kedelapan

8 – Adapun ungkapan anda tentang hadits yang Shahih wajib diamalkan secara langsung adalah salah satu kesalahan, sebab tidak semua hadits yang shahih dapat diamalkan secara lansung, karena mungkin saja hadits tersebut memiliki `illat yang sangat samar sekali, kemungkinan hadits shahih tersebut dimansukhkan, atau haditsnya muthlaq kemudian dimuqayyadkan dan lain-lain, Penulis ( insyaallah ) akan membahas permasalahan ini secara khusus .

Diposkan oleh Muhammad Husni Ginting di 02:05

Jumat, 15 Mei 2009

Sumber : Http://Allangkati.Blogspot.Com

Saturday, October 24, 2009

Senarai Nama-Nama Ulama Islam Yang Mengharuskan Bertawassul

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Di sini, ana hanya sebutkan nama-nama ulama yang mahsyur supaya kamu teguh pendirian di atas keharusan ini: yang memperkatakan (tentang) bertawassul atau pun ulama yang menaqalkan dalil-dalil mengenainya dari kalangan ulama muktabar dan para hafizh hadith. Di antara mereka adalah:

1. Al-Imam Al-Hafizh Abu Abdullah Al-Hakim r.anhu dalam kitabnya Al-Mustadrak 'Ala Al-Sohihain. Beliau telah menyebut hadith tawassul Nabi Adam a.s. dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan mensahihkannya.

2. Al-Imam Al_Hafizh Abu Bakar Al-Baihaqi r.anhu dalam kitabnya Dalail Al-Nubuwwah telah menyebut hadith Tawassul Nabi Adam a.s. dan lain-lainnya. Beliau telah mensyaratkan dirinya supaya tidak mengeluarkan sebarang hadith maudhu' di dalam penulisannya. Ini terbukti apabila Al-Hafizh Al-Zahabi rah. menganjurkan umat ini untuk berpegang teguh kepada kitabnya.

3. Al-Imam Al-Hafizh Jalaluddin As-Suyuti r.anhu dalam kitabnya Al-Khasois Al-Kubra telah menyebut hadith Tawassul Nabi Adam a.s.

4. Al-Imam Al-Hafizh Abul Faraj Ibnu Jauzi r.anhu dalam kitabnya Al-Wafa telah menyebut hadith Tawassul Nabi Adam a.s. dan yang lainnya.

5. Al-Imam Al-Hafizh Qadhi Iyaadh rah. dalam kitabnya Al-Syifa' fi Al-Ta'rif bi Huquq Al-Mustafa, telah menyebut dalam bab Ziarah dan Bab Fadhl (kelebihan) Nabi s.a.w. banyak dalil yang berkaitan Tawassul.

6. Al-Imam Al-Syaikh Nuruddin Al-Qari rah. yang terkenal dengan gelaran Mulla Ali Al-Qari dalam syarahnya atas kitab Syifa'.

7. Al-Allamah Ahmad Syihabuddin Al-Khafaji rah. dalam syarahnya atas kitab Syifa' yang bertajuk Nasim Al-Riyadh.

8. Al-Imam Al-Hafizh Syihabuddin Al-Qastallani rah. dalam kitabnya , Al-Mawahib Al-Laduniyyah pada bab pertama.

9. Al-Allamah Syaikh Muhammad Abdul Baqi Al-Zurqani rah. dalam syarahnya atas kitab Al-Mawahib.

10.Al-Imam Syaikh Al-Islam Abu Zakaria Yahya An-Nawawi r.anhu dalam kitabnya Al-Idhah (bab:6 H:498)

11. Al-Allamah Al-Mufti Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Haitami r.anhu dalam Hasyiahnya terhadap kitab Al-Idhah H:499.

12. Al-Imam Al-Hafizh Muhammad ibn Ali Al-Syaukani r.anhu dalam kitabnya , Tuhfah Al-Zakirin H: 161.

13. Al-Imam Al-Muhaddith Ali ibn Abdul Kafi As-Subki rah. dalam kitabnya Syifa' Al-Saqqam fi Ziarah Khairil Al-Anam.

14. Al-Imam Al-Hafizh Al-Muarrikh 'Imaduddin Ibnu Kathir r.anhu dalam tafsir firman Allah s.w.t. pada surah An-Nisa ayat ke-64. Beliau telah menyebut kisah Al-Utbi dengan seorang Arab Dusun yang datang menziarahi Baginda s.a.w. semata-mata untuk bertujuan memohon syafaat dari Nabi Muhammad s.a.w. dan beliau tidak membangkang perkara ini. Beliau juga menyebut kisah tawassul Nabi Adam a.s. dengan Nabi s.a.w. dalam Al-Bidayah Wa Al-Nihayah, Beliau juga turut menyebut dalam jilid 1, H:91, kisah seorang lelaki yang telah datang ke maqam Nabi s.a.w. . Beliau berkata isnadnya adalah sohih.

15. Amirul Mukminin Fil Hadis Al-Imam Al-Hafizh Al-Mufti Ibnu Hajar Al-Asqalani r.anhu yang telah menyebut kisah seorang lelaki yang telah datang ke maqam Nabi s.a.w. dan bertwassul dengan baginda s.a.w. dan beliau telah mensahihkan sanadnya dalam kitab termahsyurnya Fath Al-Bari (Jilid:2 H:495).

16. Al-Imam Al-Mufassir Abu Abdullah Al-Qurtubi r.anhu juga telah menyebut kisah orang BAdwi yang bertawassul dengan baginda s.a.w. di dalam tafsirnya pada Surah An-Nisa ayat ke-64.

Cukuplah mereka sebagai sandaran kami untuk memahami Al-Quran dan Al-Sunnah. Adapun dari segilintir saudara kami yang agak bersikap keterlaluan menghukum syirik dan bid'ah tawassul, hendaklah jangan terburu-buru dalam menghukum sesuatu. Demikianlah akhlak para Ulama r.anhum, apabila menjumpai satu hadis, mereka tidak terus membuat kesimpulam. Akan tetapi mereka cari lagi hadis-hadis yang berkaitan sehingga semuanya telah tersusun rapi di hadapan mereka barulah mereka buat satu kesimpulan.

Adapun sungguh ramai manusia yang jahil tentang agama ini, apabila mendengar seruan dari segilintir pihak , terus bertindak sama menghukum sesat dan bid'ah amalan bertawassul tanpa menyedari bahawa perkara ini telah lama disebut oleh Para Ulama kita yang terdahulu.

Serahkan lah urusan keagamaan ini kepada yang ahli, iaitu para Ulama r.anhum, dan marilah kita sama-sama berusaha mempertingkatkan ilmu sehingga mencapai ke tingkat Mujtahid yang semakin lama semakin sedikit. Tidak harus berlaku kekosongan mujtahid pada setiap zaman.

Selawat dan Salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan ...Amin) beserta Ahlulbayt dan Para sahabat baginda yang sangat cinta akan mereka itu kepada Umat ini...

Dan segala puji hanya bagi Allah s.w.t. , Tuhan Empunya Sekalian Alam, Lagi Maha Penyayang dan Maha Pengasih, Dan kepada-Nya jua kita dikembalikan. tiada Daya Upaya meliankan Allah s.w.t.,

Dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..Jazakallah Khairan Kathira (^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Friday, October 23, 2009

Wahai Jiwa Yang Tidur......Bangkitlah !!!



Wahai jiwa-jiwa yang tidur.....bangkitlah !

Bangkitlah dari lamunan dan igauan di siang hari

Akibat kekenyangan nafsu diri

Dan maksiat yang melingkari

Serta angan anganmu yang tak tahu berhenti

Apakah mata hatimu sudah tertutup

Atau pekak menjadi tuli

Umat Islam diganasi

Siang dan Malam tanpa henti !



Bumi yang panas ini sekali lagi menjadi saksi

Kekejaman Yahudi Zionis

Mencabut nyawa Syaikh kami

Ahmad Yassin dan Abdul Aziz Rantisi

Kau tembak mereka bukan dengan peluru biasa

Namun dengan pelancar yang bertubi tubi

Dari jenama Amerika

Bergegar tujuh petala langit

Akibat kezaliman kamu yang tidak terperi

Namun langkah perjuanagn tetap diteruskan

Biar kami semua tumbang satu persatu

Namun, akidah kami tetap kukuh

Bagai Bukit Jabal Nur yang memancar cahaya ILAHI

Umat ini akan terus bangun

AKan ada 1000 lagi seperti Syeikh Ahmad Yasin dan Abdul Aziz Rantisi

Yang pernah berkata dari nurani suci

"Aku mahu mati sebagai syuhada dari mati akibat kanser dan darah tinggi"

Yang akan terus memimpin tangan-tangan umat

Demi membela tanah suci ini !


Al-Quds bukan amanah mereka sahaja

Namun, juga milik kita

Yang mesti dipertahankan

Dengan apa sahja cara

Hatta tergadai tubuh binasa


Tuesday, October 20, 2009

Sifat Ilmu bagi Allah Azza Wajalla

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Marilah kita memerhatikan pula, akan huraian serta penjelasan daripada Guru kepada Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibni Umar Al-Jawiyy Al-Banteni At-Tanariy Asy-Syafie, iaitu Asy-Syaikh As-Sayyid Ahmad Ibni As-Sayyid Abdirrahman An-Nahrawiy, di dalam Kitabnya yang berjudul Ad-Durrul Farid Fi ‘Ilmi Tauhid pada Hamish (tepi) Kitab Fathul Majid Fi Syarhi Ad-Durril Farid Fi ‘Ilmi Tauhid, m/s 27.







Ertinya,

Bermula sifat yang ke-Sembilan yang Wajib bagi Allah itu, Al-‘Ilmu.

Dan, dia Ilmu itu suatu Sifat bagi Allah Taala yang ‘Azali (tiada tarikh mula), yang memang ada, yang berdiri ia dengan Zat Allah Taala.

Terdedahlah kepada Zat Allah Taala, dengan sebab Sifat Ilmu ini akan tiap-tiap maklumat.

Dan, termasuk di dalam perkara yang Maklum (Yang diketahui oleh Allah) itu, tiap-tiap perkara ;
a. Wajib Aqal, (Allah mengetahui Zat dan Sifat-Nya. – Pent.)

b. dan perkara Harus Aqal, (Allah mengetahui tentang segala yang dijadikan-Nya (Makhluq). – Pent.)

c. dan perkara Mustahil Aqal. (Allah mengetahui tiada lawan bagi-Nya. – Pent.)
Terdedahnya perkara yang diketahui oleh Allah ini dengan pendedahan yang sempurna.
(Allah Taala mengetahui sesuatu itu secara keseluruhan. – Pent.)

Tidak mengandungi dalam Pengetahuan Allah Taala itu, akan yang berlawanan dengan suatu wajah (cara) pun.

(Tidak terdapat di dalam Pengetahuan Allah itu, saling bertentangan di antara satu sama lain. - Pent.)
27
Keluarlah dengan perkataan sempurna, iaitu Zan, dan Syak, dan Waham .
(Tidak termasuk dalam erti kata Berilmu jika ada 3 perkara ini, iaitu Zan (Kuat sangka - 75% tahu, 25% tak tahu), Syak (Ragu-ragu - 50%-50%), dan Waham (Tidak pasti - 25% tahu, 75% tak tahu). – Pent.)


Dan, tiap-tiap perkara yang demikian itu, Mustahil bagi Allah Taala. Kerana sesungguhnya, perkara yang tiga ini tidak dapat menghasilkan kepada pendedahan yang sempurna.
(Jika Pengetahuan Allah Taala itu mempunyai Zan, Syak, dan Waham. Maka, tersisiplah Sifat Jahil bagi Allah Taala kerana tidak mengetahui sesuatu perkara dengan sempurna. – Pent.)


Dan, tidaklah termasuk di dalam perbahasan Ilmu Allah itu, bahawa Ilmu Allah itu menanggung perkara yang berlawanan dengan Ilmu, iaitu At-Taqlid. Iaitu, mengikut-ngikut tanpa Pengetahuan dan Bukti.
Maka, tidaklah Allah Taala itu Muqallid (mengikut kepada orang lain), kerana Taqlid itu Mustahil atas Allah Taala. Kerana sesungguhnya, Taqlid itu menerima lawan Ilmu, dengan kerja mengesyakkan oleh si pengesyak.
(Adalah mudah untuk menjatuhkan keyakinan orang yang bertaqlid, kerana keyakinan mereka ini boleh disyak-syakkan dan diragu-ragukan oleh orang yang berilmu. – Pent.)


Tidak boleh terhasil dengan sebab “boleh diragukan orang” oleh pendedahan yang sempurna.
(Tidak dikatakan mengetahui secara keseluruhan jika masih boleh diragukan orang. – Pent.)

Selawat dan Salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan ...Amin) beserta Ahlulbayt dan Para sahabat baginda yang sangat cinta akan mereka itu kepada Umat ini...

Dan segala puji hanya bagi Allah s.w.t. , Tuhan Empunya Sekalian Alam, Lagi Maha Penyayang dan Maha Pengasih, Dan kepada-Nya jua kita dikembalikan. tiada Daya Upaya meliankan Allah s.w.t.,

Dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..Jazakallah Khairan Kathira (^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Selamat Menghadapi Final Exam (^_^)

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Ana ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir bagi semua sahabat-sahabat. Bittaufiq wannajah. Ketahuilah kiranya ya sahabatku, bahawa belajar itu pekerjaan kepada seorang pelajar. Maka, ianya merupakan medium dakwah terbesar bagi seorang yang bergelar pelajar. Tidak patut bagi seorang pendakwah, yang mengajak orang untuk berbuat baik, mencegah perkara yang mungkar, mengajak untuk musahabah diri, tetapi mempunyai CGPA kedudukan bersyarat....ini suatu perkara yang sungguh pelik dan tidak menghairankan sekiranya ada orang semakin jauh dari agama disebabkan "dakwah" kita.. Maka, kitalah yang patut menerajui kecermelangan akademik di kalangan pelajar UTM, dan membuktikan bahawa Islam adalah agama yang sangat menggalakkan umatnya menuntut ilmu hingga ke liang lahad.

Bagi mereka yang jatuh pada semester lepas, jangan sesekali berputus asa, gunakan masa yang ada untuk mengulangkaji sehabis mungkin, berushalah bersungguh sungguh. Al-Habib Ali Al-Jufri HafizahUllah menakalkan satu hadis di dalam ceramahnya. Sabda junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w.:

"Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukai hamba-Nya , apabila hamba-Nya membuat suatu pekerjaan, dia membuat pekerjaan itu dengan bersungguh-sungguh"..lebih kurang maksud hadis Nabi s.a.w.

Ana teringat sewaktu ana di tahun 1, ana dan beberapa kawan dipanggil ke bilik pensyarah kami, Dr. Rafiq Abdul Kadir, pensyarah bagi subjek Material Science...ia berikutan keputusan satu kelas yang teruk termasuk kami juga yang mendapat 4.00 di matriks sebelum ini. Sampai di bilik, beliau bertanya kepada kami, "Apa yang kamu hendak jadi lepas abis belajar ni?"

Maka, masing-masing jawablah dengan jawapan yang agak bergegar jugaklah dunia ni kalau impian sorang2 betul2 terjadi...huhu
Jawapan ana masa tu nak jadi researcher, xkisahlah nak kaji apa, janji biar hidup dalam menuntut ilmu..

Kemudian Dr. Rafiq yang juga merupakan pelajar keluaran Imperial College ( seingat ana ranking ke-3 dunia), mengambil ijazah, Master, Phd di sana menjawab dengan kalimat yang cukup terkesan dalam hati ini....

"If me, I want to be the KING for whatever I DO, regardless what I'm gonna be, because that is something that u can't sure about it, but what I'm sure is, I want to be the KING for whatever I DO"

Sungguh kalimat ini merupakan hasil kesimpulan yang boleh kita dapati di dalam Al-Quran dan Sunnah yang mulia....Telah mahsyur Sabda Nabi s.a.w. "Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu hidup selama-lamanya, Dan berbekallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati pada esok paginya."...lebih kurang maksud Nabi s.a.w.

Sungguh, pemsyarah yang ana muliakan, Dr. Rafiq merupakan orang yang sangat segak, sentiasa kemas pakaiannya, tidak pernah terlupa untuk tulis kalimat Bismillahhirrahmannirrahim di papan kenyataan putih..Dan sembahyang pada awal waktunya...(Ana sentiasa terlihat beliau di MSI)..Semoga Allah s.w.t. membalas beliau dengan sebanyak-banyak kebaikan....terima kasih kerana mengajar ana selama ini...

Maka, marilah kita berusaha dengan sebaik mungkin, dan dalam situasi sekarang ini, Final Exam merupakan perkara yang perlu diutamakan, Jadi apa lagi, BE THE KING FOR WHATEVER U DO.

Selawat dan Salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan ...Amin) beserta Ahlulbayt dan Para sahabat baginda yang sangat cinta akan mereka itu kepada Umat ini...

Dan segala puji hanya bagi Allah s.w.t. , Tuhan Empunya Sekalian Alam, Lagi Maha Penyayang dan Maha Pengasih, Dan kepada-Nya jua kita dikembalikan. tiada Daya Upaya meliankan Allah s.w.t.,

Dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..Jazakallah Khairan Kathira (^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Sunday, October 18, 2009

Matnul Aqidah Al-Mursyidah oleh Al-Imam Ibnu Asakir r.anhu

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Inilah Matnul Aqidah Al-Mursyidah yang telah dibacakan akan dia oleh Al-Imam Al-Syaikh Fakhruddin Ibnu Assakir r.anhu:

"Ketahuilah olehmu (semoga Allah memberi petunjuk kepada kami dan kepada kamu), bahawasanya wajib atas tiap-tiap mukallaf bahawa ia mengetahui bahawa Allah Azza Wajalla itu Tunggal/Esa pada kerajaan-Nya. Dia lah yang telah menjadikan alam sekaliannya, sifat tinggi, rendah, Arasy, langit dan bumi dan apa yang di dalamnya dan apa yang di antaranya. Semua makhluk adalah ditakluki dengan Qudrat-Nya. Tiada yang bergerak walau satu zarah melainkan dengan Izin-Nya (yakni dengan Allah yang gerakkan, dengan Allah yang jadikan). Tiadalah bersama-Nya itu yang dapat mentadbir pada alam ini, dan tidak ada sekutu dalam kerajaan-Nya, Hidup Allah lagi berdiri dengan sendirinya, lagi yang tidak pernah mengena akan Dia oleh mengantuk dan tidur. Allah mengetahui alam ghaib dan alam nyata. Tiada yang tersembunyi atas-Nya sesuatu pun, sama ada yang di langit dan yang di bumi. Dan tiada daun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya. Dan tiada satu butir bijian yang di dalam kegelapan bumi , tiada juga yag kering dan basah melainkan semuanya dalam Luh Mahfuz. Lagi meliputi segala sesuatu ilmu-Nya. Dapat mengetahui segala perkara dengan bilangan (yakni Allah tahu hitungan/bilangannya). Dan bagi-Nya sahajalah kemulian dan berkekalan. Dan bagi-Nya hukuman dan pelaksanaan hukum, dan bagi-Nya ada nama-nama yang baik. Tiada yang dapat menahan apa yang Allah telah tentukan/laksanakan, dan tiada yang dapat menghalang bagi apa yang Dia telah berikan. Allah boleh manghukum dalam penciptaan-Nya dengan apa yang Dia kehendaki. Lagi tiada Dia mengaharapkan pahala dan tidak takut kepada balasan. Tiada atas-Nya satu hak pun yang Dia mesti tunaikan, dan tiada atas-Nya hukuman.



Dan tiap-tiap nikmat daripada-Nya adalah satu Kurniaan dan tiap-tiap balas siksa dari-Nya adalah suatu keadilan-Nya. Dia tidak ditanya tentang berkenaan apa yang Dia lakukan, tetapi merekalah (yakni manusia) yang akan ditanya. Tiada bagi-Nya sebelum dan selepas,dan tiada bagi-Nya di atas dan di bawah.Dan tiada Dia di kiri dan di kanan, dan tiada baginya depan dan di belakang. Dan tiada juga Dia itu satu himpunan daripada beberapa juzuk, dan tiada juga Dia sebahagian daripada satu himpunan beberapa juzuk. Dan tidak boleh dikatakan "Bilakah Dia wujud?", dan tiada boleh juga dikatakan "Bagaimanakah keadaan-Nya?", dan tidak boleh dikatakan "Dia mempunyai tempat". Dia menjadikan segala kejadian dan Dia yang telah mentadbir masa. Tiada Dia terikat dengan masa, Dan Tiada Dia tertentu dengan tempat (Allah wujud tanpa bertempat). Dan tiada yang boleh menyibukkan-Nya oleh sesuatu pekerjaan daripada mana-mana pekerjaan.




Dan tiada dapat melingkungi oleh-Nya oleh akal (akal tidak dapat memikirkan hakikat Allah). Dan Zat-Nya tidak dapat ditentukan dengan fikiran dan tidak boleh diberikan contoh/misal pada diri manusia. Dan tidak boleh Dia digambarkan dalam satu sangkaan, dan tidak boleh dirupakan-Nya . Dan tiada boleh dapat menggambarkan keadaan-Nya oleh segala sangkaan dan fikiran-fikiran sebagaimana firman Allah s.w.t. :


"Tiada yang menyerupai-Nya sesuatupun dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Melihat".

Tamat Matnul Aqidah Al-Mursyidah.

Ianya dirakamkan juga dalam Risalah Al-Anwaru Sunniah Fi Maqolat Ulama' Ummat Al-Muhammadiah, pada m/s 13. Berkata Al-Hafizh Solahuddin rah.: "Ini aqidah yang memimpin umat bagi menjalani/mengarang bagi pengarangnya atas jalan yang lurus, yang mengenaia (yakni aqidah ini) pada apa yang menyucikan akan Allah yang Maha Besar."

telah memindahkan akan cerita ini oleh Al-Imam Tajuddin As-Subki r.anhu di dalam kitab mahsyurnya Tabaqat As-Syafi'eyah Al-Kubra. Dan berkata Al-Imam As-Subki r.anhu pada akhir kitab matan Mursyidah, :

"inilah akhir akidah, tiada padanya apa yang diingkarkan oleh kaum Sunnah".

Selawat dan Slam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan ...Amin) beserta Ahlulbayt dan Para sahabat baginda yang sangat cinta akan mereka itu kepada Umat ini...

Dan segala puji hanya bagi Allah s.w.t. , Tuhan Empunya Sekalian Alam, Lagi Maha Penyayang dan Maha Pengasih, Dan kepada-Nya jua kita dikembalikan. tiada Daya Upaya meliankan Allah s.w.t.,

Dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..Jazakallah Khairan Kathira (^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Thursday, October 15, 2009

(Tanbih) Ini suatu peringatan....

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Firman Allah s.w.t.:

"Dan Barangsiapa melakukan amalan soleh dari kalangan lelaki atau pun wanita dalam ia beriman, maka merekalah yang akan dimasukkan ke dalam syurga dan tidak akan dizalimi walaupun sedikit" (Surah An-Nisa:124)

Ayat tersebut jelas menerangkan apa sahaja amalan soleh yang dilakukan orang lelaki mahupun perempuan, imanlah syarat utama penerimaan ibadah dari Allah Azza Wajalla.

Bagitu juga sepertimana yang disabdakan oleh Junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. :

"Semulia-mulia amalan adalah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya"(H.R. Bukhari)

Ini menunjukkan aqidah merupakan suatu yang teramat penting dan perlu diutamakan. telah berkata Al-Hujjah Al-Islam Al-Imam Al-Ghazali r.anhu di dalam kitab Minhajul Abidin "Bahawa Iktikad yang benar adalah perkara paling utama dalam ibadah"

Di dalam Ilmu Ussuluddin, dibicarakan soal-soal iktikad yang menjadi asas agama iaitu:

1) Kepercayaan yang bertalian dengan Ketuhanan (Ilahiyat)
2) Kepercayaan yang bertalian dengan kenabian (Nubuwat).
3) Kepercayaan yang bertalian dengan hari akhirat,syurga,neraka dan dll.
4) Dan lain-lain soal kepercayaan.

Oleh kerana pentingnya ilmu aqidah, maka kita dapati seluruh para ilmuan Islam mengutamakan ilmu aqidah. Ini dapat dibuktikan dengan kenyataan Imam tertua di antara Imam Mazhab yang empat, Al-Imam Abu Hanifah An-Nu'man r.anhu di dalam kitab beliau, Fiqhul Akbar yang bermaksud: "Ketahuilah bahawa mendalami ilmu Usuluddin itu lebih mulia dari mendalami ilmu fiqh". Kenyataan Al-Imam Abu Hanifah r.anhu tidaklah bermakna kita tidak harus mempelajari ilmu fiqh langsung, cuma Imam Abu Hanifah r.anhu menerangkan kemuliaan dan keutamaan ilmu aqidah.

Tersebut di dalam kitab Risalah Tauhid yang merupakan buku teks bagi sekolah agama Johor yang dahulu, pada m/s 31:

"Wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui sifat-sifat yang mustahil pada Tuhan yang jadi lawan daripada dua puluh sifat yang wajib baginya, dengan dinyatakan satu-persatu. Manakala telah ditetapkan satu-persatu sifat yang wajib bagi Allah Ta'ala dua puluh sifat, maka tetaplah mustahil lawannya yang kekurangan itu, kerana yang dituntut pada ilmu iu, mensabitkan/menetapkan segala aqaid atas jalan tafsil pada segala sifat. Daripada itu, terlalu besar salah mereka yang tiada mengetahui hal itu lebih daripada tiada mengetahui hukum-hukum fiqih, kerana jahil akan barang yang wajib bagi Allah Ta'ala dan yang mustahil atasnya dihukumkan kafir, tetapi jahil akan hukum -hukum fikih hanya maksiat jua."

Maka perlu umat ini dibentengi dengan senjata ilmu. Oleh itu, kami ingatkan betapa pentingnya mempersediakan para du'at dengan ilmu di tangan para ulama yang thiqah yang menerima daripada para sahabat yang mulia, terus kepada Rasulullah s.aw.. Inilah yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.:

"Wahai manusia, hendaklah kamu belajar ilmu kerana ilmu itu dapat dihasilkan dengan pembelajaran dan ilmu fiqh dengan kefahaman. Dan sesiapa yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. akan kebaikan, akan diberikan kefahaman dalam agama"

Berkata Al-Hafizh Ibnu Hajar r.anhu "Isnad Hadis ini Jayyid (baik)"


Selawat dan Salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. atas junjungan serta Sayyid kita Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan Junjungan kami di tempat yang Kau janjikan ...Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang mulia lagi menyayangi akan Umat Nabi s.a.w. ini.


Dan Segala Puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian Alam, Tiada berlaku sesuatu melainkan dengan Kehendak-Nya, lagi Maha Mengatur , Maha Kuasa , Tiada Daya Upaya melainkan Allah Azza Wajalla, Dan Allah s.w.t. Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Allah s.w.t. jua Yang Maha Mengetahui...

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Tuesday, October 13, 2009

Mendoakan Celaka bagi Orang Lain

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Kali ini fakir ingin berkongsi dengan saudara dengan kitab Bidayatul Hidayah bagi Al-Imam Al-Hujjah Al-Islam Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali r.anhu yang telah diterjemahkan oleh Al-Syaikh Ahmad Fahmi ZamZam An-Nadwi Al-Maliki ...kitab dalam simpanan fakir

Pada m/s 125 dan 126


7- Mendoakan celaka bagi orang lain

Maka hendaklah engkau memelihara lidahmu daripada mendoakan celaka terhadap siapa sahaja daripada makhluk Allah ini dan jikalau ada seseorang yang menzalimi engkau maka serahkanlah urusannya kepada Allah s.w.t. kerana ada disebutkan dalam sebuah hadis:

"Sesungguhnya orang yang terkena zalim itu mendoakan celaka ke atas orang yang menzaliminya sehingga suatu kecelakaan yang dibalakan ke atas orang zalim itu melebihi daripada balasan yang patut diterimanya. Maka orang yang pada mulanya zalim tadi (telah menjadi kena zalim pula) lalu ia menuntut haknya pada hari kiamat nanti ke atas orang yang kena zalim yang mendoakan celaka ke atasnya".

Ada seorang yang sangat banyak memaki Al-Hajjaj , Al-Hajjaj bin Yusof As-Staqafi ialah Gabenor Kufah yang banyak membuat kezaliman., Maka berkata seorang ulama kepada orang yang sgt banyak memaki itu "Sesungguhnya Allah akan menyiksa orang yang memaki Al-Hajjaj dengan lidahnya seperti halnya Allah akan menyiksa Hajjaj kerana zalimnya kepada orang lain."

Jangan sesekali engkau melaknat sesuatu daripada makhluk Allah , sama ada binatang atau anusia dan jangan engkau hukumkan secara pasti ke atas seseorang daripada ahli qiblat (seorang muslim) bahawa ia telah menjadi kafir atau munafik kerana Allah sahaja yang mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hatinya. Maka jangan engkau campur tangan dalam urusan antara mereka dengan Allah. Dan ketahuilah bahawa pada hari kiamat nanti engkau tidak akan ditanya kenapa engkau tidak melaknat si fulan bin fulan dan kenapa engkau diam (daripada menyebut kejahatannya) bahkan engkau tidak akan ditanya kenapa engkau tidak pernah melaknat iblis seumur hidupmu. Engkau tidak ditanya dengan demikian pada kiamat nanti.

Tetapi jika engkau telah melaknat seseorang maka engkau pasti akan ditanya kenapa engkau melaknat dia. Maka janganlah engkau melaknat apa sahaja daripada makhluk Allah ini. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak pernah mencela makanan yang rendah (yang tidak sedap), bahkan apabila baginda s.a.w. apabila berkenan , baginda s.a.w. akan memakannya dan apabila baginda s.a.w. tidak berkenan, baginda s.a.w. meninggalkannya (dengan tanpa mencelanya).

Selawat dan Salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. atas junjungan serta Sayyid kita Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan Junjungan kami di tempat yang Kau janjikan ...Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang mulia lagi menyayangi akan Umat Nabi s.a.w. ini.

Dan Segala Puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian Alam, Tiada berlaku sesuatu melainkan dengan Kehendak-Nya, lagi Maha Mengatur , Maha Kuasa , Tiada Daya Upaya melainkan Allah Azza Wajalla, Dan Allah s.w.t. Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Allah s.w.t. jua Yang Maha Mengetahui...

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Sunday, October 11, 2009

Usah lah Bimbang




USAHLAH BIMBANG SEKIRANYA ORANG LAIN TIDAK MENGHARGAIMU,

TETAPI BIMBANGLAH SEKIRANYA DIRIMU TIDAK BERHARGA DI SISI ALLAH S.W.T.

Friday, October 9, 2009

ISU PURDAH......Penyelewengan kenyataan oleh Akhbar Picisan /Murahan


Sekali lagi hati ini terguris bilamana para ulama dipermainkan.Inilah bahananya jika pekerjaan yang dilakukan langsung tidak berpaksikan iman dan adab.Sikap pembaca pula terlalu cepat menghukum dan memberikan komentar. Saya mendengar khabar daripada beberapa sahabat, sudah ada yang menggunakan laman facebook untuk mengecam dan mengutuk Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah (Gambar).Seringkali kita memberikan nasihat dan pesanan kepada akhbar Tanah Melayu yang sering bersekongkol dengan akhbar dunia yang lain agar melakukan penelitian sebaiknya kepada setiap pernyataan yang dikeluarkan.

Berkali-kali kita sebutkan , selepas ini jika berita dan akhbar Melayu mengeluarkan sesuatu pernyataan kontroversi tentang pendapat para ulama maka perkara pertama yang perlu dipasakkan di dalam minda sidang pembaca ialah “ BOLEH DIBACA NAMUN PERCAYA JANGAN”. Kamu tak takutkah dengan hukum Allah taala kerana sering mempermain-mainkan para ulama.

Ingatlah, daging ulama itu beracun. Jangan bermain-main dengan maruah seorang ulama.

Pendapat yang dikeluarkan oleh Syaikhul al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah jelas bertentangan dengan apa yang dikeluarkan oleh akhbar Malaysia.Lain yang diucapkan oleh Syeikh, lain pula yang mereka masukkan ke dalam akhbar milik mereka.Kalau ya pun inginkan akhbar picisan milik kamu terjual laku di pasaran, usahlah lakukan fitnah kepada para ulama sehingga sedemikian rupa.

Apa yang diterangkan oleh IslamOnline dapat menjelaskan segala kekusutan yang berlaku. Saya diminta berkali-kali oleh sahabat-sahabat untuk membahaskan isu ini. Sikap saya yang pertama, tidak mahu terlalu cepat meletakkan hukum kepada ulama yang kita kenali sangat wara’ di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

Secara jelasnya , Syaikhul Akbar tidaklah melarang @ mengharamkan ( seperti bahasa yang digunakan oleh Akhbar Malaysia) pemakaian niqab secara mutlak. Malah larangan ini hanyalah kepada sekolah dan pusat pengajian yang di dalamnya hanya terdapat wanita sahaja. Ini bermakna, jika terdapat lelaki di dalam kawasan tersebut, maka dibenarkan untuk memakai niqab bagi wanita. Apa yang kita kesalkan, akhbar Malaysia jelas menyebarkan berita yang bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Syaikhul Akbar.

IslamOnline juga menerangkan bahawa, Syaikhul Akbar bukanlah menentang pemakaian Niqab kepada wanita. Malah beliau amat-amat menghormati pandangan wanita yang ingin mengekalkan pemakaian niqab.Namun, apa yang beliau tentang ialah kesalahfahaman yang berlaku dan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Bahasa mudahnya, mengamalkan agama bukan pada tempat yang sepatutnya. Jika sesebuah institusi tersebut ahlinya terdiri daripada golongan wanita semata-mata, apa faedahnya mereka memakai niqab?? Ini yang ingin Syaikhul Akbar terangkan dan bawa kepada masyarakat. Bukannya seperti yang disebarkan oleh akhbar-akhbar picisan yang seolah-olah mengatakan bahawa niqab ingin diharamkan seratus-peratus kepada golongan wanita muslimah.

Manakala isu tohmahan terhadap Syaikhul Akbar yang mengatakan bahawa beliau menghina pelajar wanita tersebut dengan mengatakan bahawa “ Aku lebih mengetahui tentang agama daripada kamu dan orang-orang yang mendidik kamu” jelas merupakan fitnah terhadap Syaikhul Azhar. Perkataan ini langsung tidak diucapkan oleh Syaikhul Akbar. Ini jelas putar belit yang dilakukan oleh akhbar yang memang terkenal suka mencari publisiti murahan dengan melakukan penghinaan terhadap para ulama.

Penjelasan lanjut boleh dilihat di IslamOnline.

Inilah senario masyarakat sekarang, ulama terlalu dipandang rendah dan hina. Malah dianggap tiada langsung kedudukan disisi mereka. Saya tidak mahu membahaskan isu sama ada niqab ini benar-benar merupakan tuntutan agama atau sekadar adat seperti yang disebutkan oleh Syaikhul Akbar.Ini merupakan permasalahan khilaf dikalangan para ulama.Khilaf di dalam permasalahan ini bukanlah merupakan perkara usul yang boleh membawa kepada kekufuran. Malah ianya cuma khilaf di dalam permasalahan cabang agama. Terlalu dangkal golongan yang ingin melakukan tohmahan kepada Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah hanya kerana beliau mengatakan bahawa niqab ini hanyalah merupakan adat.

Orang zaman sekarang lebih suka percayakan akhbar yang ditulis oleh wartawan yang tidak diketahui peribadinya berbanding mempercayai ulama muktabar.

Saya sangat tertarik dengan penjelasan yang diberikan oleh Fadhilatus Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah bilamana ditanya pandangan beliau berkenaan pendapat Syaikhul Akbar tentang “ Harus Memberikan Infaq Kepada Pembinaan Gereja”. Kata Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah(secara ringkasnya) :

Sepanjang pengetahuan saya perkara ini merupakan sepakat daripada para ulama mengatakan bahawa tidak dibenarkan untuk kita memberikan bantuan terhadap pembinaan gereja.Cuma ianya dibenarkan untuk pihak kerajaan memberikan bantuan jika keadaan memerlukan seperti yang berlaku di Gaza setelah peperangan antara Yahudi laknatullah dan tentera Islam.Kerajaan Hamas ketika itu memberikan bantuan kewangan untuk pembinaan gereja yang runtuh akibat peperangan tersebut. Secara jelasnya, saya menyebutkan perkara ini dengan ilmu saya yang sedikit berbanding Syaikhuna al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Mungkin Fadhilatul al-Imam al-Akbar pernah terjumpa pendapat ulama yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk memberikan bantuan kepada pembinaan gereja.Manakala saya dengan sedikitnya ilmu pengetahuan yang ada pada saya maka tidak dapat saya memberikan pendapat sepertimana yang diberikan oleh al-Imam al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.

Nah, inilah sikap sebenar seorang ulama dan sikap seorang pendengar yang tidak cepat menghukum.Malah meletakkan adab yang terlalu tinggi terhadap para ulama.

Moga kita semua dapat mengambil sifat terpuji yang ditunjukkan oleh para ulama kita di dalam memberikan pendapat dan berbeza pendapat.


Wartawan-wartawan akhbar perlu menilai perkara ini dengan teliti.Muslim yang baik bukanlah yang terjatuh ke dalam lubang sebanyak dua kali walau telah diperingatkan berkali-kali.

**********

Ya Allah, Aku bersaksi kepadaMu, jikalau aku tidak mampu menjadi seorang ulama, maka cukuplah diriku menjadi khadam kepada para ulama, membela mereka daripada ditohmah walau diri ini tergadai.. Moga mereka akan memberikan syafaat kepadaku kelak dengan Rahmat dan InayahMu Ya Rabbal A'lamin...

Sumber : http://nazrulnasir.blogspot.com

Thursday, October 8, 2009

Kaitan antara fungsi manusia sebagai khalifah, hamba dengan Cinta Allah dan Rasul

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Bahawa Perhatikanlah saudaraku, bahawa Allah s.w.t. melantik kita sebagai khalifah (pemimpin) yang akan memakmurkan alam ini, tetapi di masa yang sama Allah s.w.t. menuntut penghambaan kita dengan melakukan ibadah kepada-Nya...uniknya ciptaan Allah s.w.t., disatukan-Nya dua perkara yang saling bertentangan , Kepimpinan yang biasanya disinonimkan dengan kemegahan, ketinggian, dan kemuliaan, tetapi diselangi serta diadunkan dengan sikap penghambaan, kehinaan, kelemahan dan kekurangan dihadapan-Nya...Maha Suci Allah s.w.t. ...Maka , manusia yang mahu berjaya hendaklah mempunyai dua kriteria tersebut iaitu berjiwa besar, berani, tegas,dan kasih kepada yang dipimpinnya iaitu ciri-ciri seorang pemimpin yang berjaya disulami rasa rendah diri, kehinaan dan kekurangan serta penghambaan kepada Tuhan Empunya sekalian Alam, Allah Azza Wajalla yang merupakan sikap seorang hamba kepada Tuannya...

Maka, tahulah dari perkara ini bahawa apa perkara sahaja yang kita buat adalah semata mata untuk mencari keredhaan-Nya. Dalam mencari keredhaan-Nya tidak dapat tiada mestilah dengan mencontohi Kekasih-Nya, junjungan besar kita, penghulu kita, ikutan kita, Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w.. Apabila orang kafir musyrikin mengatakan kepada Nabi s.a.w. "Sesungguhnya kami telah mencintai Allah, maka apa perlu kau ya Muhammad di sisi kami?"

Lantas , Allah s.w.t. membalas "(katakanlah Ya Muhammad) Kalau kamu mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya Allah akan mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu."

Lihat, di antara keutamaan Nabi s.a.w. , apabila baginda s.a.w. diejek, dimaki, atau dihina dengan beberapa perkataan yang tidak layak dituju kepadanya, Allah s.w.t. lah yang membalasnya secara langsung, berbeza dengan para Anbiya' a.s. yang lain di mana mereka mempertahankan diri mereka masing-masing dengan bantuan dari Allah s.w.t. yang tidak secara langsung.

Maka contohilah junjungan kita , Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w.. Apabila kamu ketahui hakikat ini, maka ketahui pula perkara pertama tama yang perlu diajarkan kepada anak-anak (maksud anak-anak adalah yang awal-awal perlu diajar kerana sejak dari kanak-kanak lagi perlu diterapkan dengan pendidikan agama) adalah mencintai Allah s.w.t. , Rasulullah s.a.w., keluarga baginda s.a.w. , dan bacaan Al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tirmizi r.anhu, Al-Imam Ahmad r.anhu dan selainnya :

"Ajarkan anakmu tiga perkara , cintakan aku, cintakan keluarga aku, cintakan bacaan Al-Quran "

Dalam satu riwayat yang lain :

"Ajarkan anakmu tiga perkara , cintakan Allah, cintakan aku, dan cintakan keluarga aku"

Maka inilah yang perlu diperhatikan oleh Umat Islam hari ini, kerana sesungguhnya Umat Islam semakin melupakan Allah dan Rasul. Ada yang mungkin mengingati Allah s.w.t., tetapi melupakan Rasulullah s.a.w.. Ingatlah wasiat Nabi Adam a.s. kepada anaknya , Nabi Syith a.s. "Apabila kamu menyebut Allah s.w.t., jangan lupa untuk menyebut nama Muhammad s.a.w., kerana Allah s.w.t. sendiri yang menggandingkan namanya dengan Muhammad s.a.w. di tiang-tiang Arasy".

Diriwayat kan oleh Al-Imam Al-Bazzaar r.anhu dengan semua sanad perawinya yang sahih kecuali seorang sahaja tsiqah (terpecaya), demikian juga apa yang disebutkan oleh Al-Imam Nuruddin Al-Haitsami r.anhu di dalam kitab beliau Majma' Az-Zawaid, bahawa daripada Sayyidatina Aisyah r.anha, berkata :

"Suatu hari aku melihat Nabi s.a.w. dalam keadaan sangat ceria, maka aku ambil kesempatan dari itu dan bermohon kepada Rasulullah s.a.w. supaya mendoakan aku. Lalu, Rasulullah s.a.w. pun menadah tangannya dan berdoa "Ya Allah, Ampunkan dosa Aisyah yang telah lalu dan yang akan datang, ampunkan dosa Aisyah yang sembunyi mahupun terang-terangan". Mendengar sahaja doa itu, aku ketawa kegirangan sehingga aku menjatuhkan kepalaku di sisi ribaan Nabi s.a.w.. Melihatkan yang sedemikian, Nabi s.a.w. bertanya kepada ku "Apakah doaku menggembirakan kau Ya Aisyah?". Lalu aku menjawab "Manakan tidak, sungguh doamu menggembirakan aku". Lantas baginda s.a.w. bersabda "DEMI ALLAH YA AISYAH, DOA INI LAH YANG AKU PANJATKAN UNTUK UMATKU SETIAP KALI AKU SELESAI BERSEMBAHYANG".

Lihatlah diri masing-masing, mana ingatan kita kepada Nabi s.a.w., mana kasih kita kepada Nabi s.a.w.,mana doa kita kepada nabi s.a.w., mana selawat kita kepada Nabi s.a.w..????Demi Allah , tidak sempurna iman seseorang selagi mana Baginda s.a.w. tidak dicintainya lebih dari dirinya sendiri...

Al-Hafizh Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani r.anhu di dalam Fathul Bari menyebutkan kisah seorang Badwi berjumpa Nabi s.a.w. dan bertanya "Bilakah kiamat , Ya Rasulullah ?"

Maka, Nabi s.a.w. bersabda "Bukan persoalan bila yang perlu kau risaukan, tapi apa yang kau dah persiapkan untuk menghadapi perkara tersebut."

Badwi itu menjawab "Tiada apa yang aku siapkan KECUALI CINTAKU KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA"

Lalu, baginda s.a.w. bersabda :"KAMU BERSAMA-SAMA DENGAN ORANG YANG KAMU CINTAI".

Kalimah inilah yang selalu diulang-ulang oleh para sahabat r.anhum dan sangat dicintai oleh mereka. Al-Imam Bukhari r.anhu menaqalkan perkataan Sayyidina Anas bin Malik r.anhu di dalam Sahihnya, berkata Sayyidina Anas r.anhu "Tiada satu peristiwa lebih aku cintai dari peristiwa di mana baginda s.a.w. bersabda dengan kalimat ini kerana aku mencintai Allah dan Rasul, dan Abu Bakar dan Umar, dan aku berharap dapat bersama sama mereka di hari Kiamat kelak walaupun aku tidak mampu beramal sedahsyat amalan mereka."

Berkata Sayyididna Tsauban r.anhu "Keinginan aku pada syurga hilang apabila aku bersama Rasulullah s.a.w.".

Maka, tahulah kita bahawa cinta kepada Allah dan Rasul adalah sebesar besar perkara. Maka, wajiblah pada Umat ini mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi diri mereka sendiri kerana nikmat yang Allah s.w.t. kurniakan kepada kita adalah tidak ternilai dan tidak mampu dibayar walau amal beribu-ribu tahun sekalipun, dan rahmat yang dikurniakan oleh-Nya iaitu dengan mengutus Kekasih-Nya Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rahmatan Lil 'Alamin (Rahmat bagi sekalian alam) merupakan Rahmat terbesar yang dikurniakan Allah s.w.t. pada kita.

Ketahuilah kiranya Ya saudaraku, bahawa cinta itu letaknya di hati,dan mengikut itu menguatkan cinta di hati. Sahih, benar memang ada sesetengah yang mendakwa mencintai Nabi Muhammad s.a.w., tetapi tidak mengikut dan mencontohi baginda s.a.w., mereka ini khianat dalam dakwaannya, cuai dalam percintaannya, merosakkan hubungan dengan kekasihnya, bagaimana kamu mendakwa cintakan Nabi s.a.w. tetapi tidak mencontohi serta menyanjung adab-adab serta Sunnah baginda s.a.w.?, Akan tetapi, cinta itu bukanlah mengikut semata-mata, kadang-kadang kita mencontohi atau mengikut sesuatu kerana malu, menjaga perasaan, riak, menunjuk-nunjuk atau apa sahaja yang bukan kerana cinta. ...Cinta itu di hati, mengikut itu menguatkan cinta di hati.

Telah sabit riwayat di zaman Nabi s.a.w., ada seorang Islam yang selalu mabuk , dan telah banyak kali dihukum atas kesalahan minum araknya itu dan tidak serik-serik, sehingga Para sahabat r.anhum mencela orang ini . Tetapi ditegah oleh Nabi s.a.w dengan sabdanya "Janganlah kamu mencela dia kerana dia masih kasih kepada Allah dan Rasul". lebih kurang maksud Nabi s.a.w..

Maka, ketahuilah bahawa untuk menghadirkan perasaan cinta ini, tidak dapat tiada kita wajib mengenal yang dicinta iaitu Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w.. Mengenal Allah s.w.t. iaitu mengenal sifat harus-Nya, sifat wajib-Nya dan sifat mustahil-Nya sebagaimana yang disebutkan oleh Ulama Ahli Sunnah wal Jama'ah di dalam kitab Matan Jauharatut Tauhid Bagi Al-Imam Ibrahim Al-laqqani r.anhu dan selainnya. Mengenal Nabi s.a.w. dengan 4 sifat wajibnya, 4 sifat mustahilnya, dan satu sifat harusnya. Barangsiapa yang berhajat mendalaminya boleh merujuk kepada kitab Kifayatul Awwam Fi ma Yajibu Fi Ilmi Kalam bagi Syaikh Muhammad bin As-Syafi'e Al-Fudhaily rah. terbitan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Perlu juga kita mengetahui perjuangan dan pengorbanan serta sirah Nabi s.a.w. supaya hadir rasa penghormatan serta kemuliaan Nabi s.a.w. di hati kita. Juga , perlu kita mengetahui Khususiyah , keutamaan dan keitimewaan Nabi s.a.w. di sisi Allah s.w.t. supaya kita dapat menghormati baginda s.a.w. dengan penghormatan yang sebenarnya seperti yang dituntut oleh Allah s.w.t..

Sebenarnya konteks manusia ini sebagai khalifah dan untuk beribadah kepada Allah s,w,t, adalah sangat luas. Maka bermula dengan mengambil perkara yang besar terlebih dahulu iaitu Tauhid, kenali Allah Azza wa Jalla. Jangan rasa jemu mempelajari Ilmu tauhid. Barulah hadir rasa cinta yang sebenar. Perlu juga sama-sama kita ingatkan, bahawa cinta yang sebenar ada dalam akidah yang bersih, selagi mana akidah kita benar dan bersih , maka cinta tidak mengenal erti ekstrem (berlebihan) tetapi ekstrim itu ada pada keyakinan. Dan kita sebagai Umat Islam telah mengiktikadkan bahawa Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah, Dan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Allah .

Dengan demikian, sepanjang seorang Muslim itu berakidah bersih, tidak ada cela baginya mencintai Rasulullah s.a.w., Ahlulbayt, Para Sahabat r.anhum, Para Ulama, Ayah dan Ibu, Isteri dan Suami, dan Umat Islam yang lain dengan sepenuh hatinya.

Maka cintailah Umat ini, jangan dicela serta dihinakan walaupun mereka tersalah atau hanyut dalam rancangan Yahudi dan Nasrani Laknatullah (Hiburan dan Sukan yang berlebihan). Sepatutnya kita memandang dengan penuh kasih sayang, benarlah kata-kata Saudara yang ana muliakan, Al-Fadhil Ustaz Rizal dari IPTAF (Ikatan Pengkajian Tauhid Tasawuf) yang mengatakan saudara Islam kita yang kita nampak dia buat maksiat, sebenarnya dia ada hak pada kita yang patut kita tunaikan, iaitu perbetulkan dia...Pandanglah dari sudut positif, ada hikmah di sisi Allah s.w.t. yang kita tidak ketahui apabila kita melihat saudara tercinta kita melakukan maksiat, mungkin dengan teguran yang berhikmah, dia berubah dan menjadi lebih baik dan alim dari kita, sudah pasti ada ganjaran yang besar disediakan Allah s.w.t. kepada kita, yakinlah...

Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah , tempatkan junjungan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan ..Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat r.anhum yang mengerah keringat dalam kehidupan mereka menyebarkan Agama Islam yang tercinta ini.

Segala Puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya Sekalian Alam, tiada Ia berhajat kepada Selain-Nya, Malah selain-Nyalah yang berhajat kepada-Nya. Lagi Maha Pengasih Maha penyayang. Ya Allah , pandanglah kami dengan Pandangan Belas Kasihan-Mu. Berkata Al-Arif Billah Syeikh Ibn Ata'illah al-Sakandari (709H/1309H) di dalam kitab mahsyurnya Al-Hikam "Tiada satu dosa pun dosa besar apabila Allah s.w.t. mengadili hamba-Nya dengan Kasih Sayang-Nya, tiada satu dosa pun dosa kecil apabila Allah s.w.t. mengadili hamba-Nya dengan keAdilan-Nya".

Dan kepada Allah s.w.t., kita memohon petunjuk Dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira Assalamualaikum...(^_^)

Salim Azham (MSA)

Keutamaan Mencintai Keluarga Nabi s.a.w.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Telah diriwayatkan oleh Al-Imam Bukhari r.anhu iaitu dari Sayyidina Sa'id bin Jubair r.anhu bahwa dia bertanya tentang makna ayat ini : "Tidaklah suatu kampung (subkabilah) dari Quraisy kecuali ada hubungan kekeluargaan dengan Baginda s.a.w." Baginda s.a.w. bersabda "Hendaklah kalian menyambung tali kekeluargaan di antara diriku dengan kalian"

Jelas ini merupakan perintah serta wasiat mengenai memperbaiki hubungan dengan keturunan Rasulullah s.a.w..

Dalam banyak hadith yang mulia, Rasulullah s.a.w. mewasiatkan pada kita untuk mencintai keturunan Nabi s.a.w. (selawat dan salam sejahtera atas mereka semua). Di antara hadithnya adalah, Sabda Nabi s.a.w. :

"Amma Ba'du , Perhatikan ! Wahai manusia, sesungguhnya aku hanyalah manusia (seperti kalian ) yang sudah hampir didatangi utusan Tuhanku, lalu aku menyambut. Dan, aku tinggalkan pada kalian dua hal yang besar : Kitab Allah s.w.t. (Al-Quran), di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya. Maka, berpedomanlah dengan Kitab Allah s.w.t. dan berpegang teguhlah dengannya." Dan kemudian Nabi s.a.w. bersabda "Dan, semua keluargaku, aku mengingatkan kalian kepada Allah s.w.t. pada (hak) keluargaku. Aku mengingatkan kalian kepada Allah s.w.t. tentang (hak) keluargaku." Lalu Sayyidina Hussein r.anhu bertanya "Siapakah keluarga Baginda s.a.w. , wahai Zaid? Bukankah isteri-isteri Baginda s.a.w. termasuk keluarganya?" Dia (Sayyidina Zaid r.anhu) menjawab "isteri-isteri Baginda s.a.w. termasuk keluarga Nabi s.a.w.. Akan tetapi, keluarga Nabi s.a.w. adalah orang-orang yang haram menerima sedekah." Sayyidina Hussein bertanya lagi "Siapa mereka?". Dia menjawab "Keluarga Sayyidina Ali kwh. , keluarga Sayyidina Uqail r.anhu, keluarga Sayyidina Ja'afar r.anhu, dan keluarga Sayyidina Abbas r.anhu." Sayyidina Hussein r.anhu bertanya "Semua mereka ini haram dari menerima sedekah?" Berkata Sayyidina Zaid r.anhu "Benar".

Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim r.anhu, dan Al-Imam Ahmad r.anhu.

Demikian pula sabda Nabi s.a.w. :

"Wahai manusia , aku tinggalkan pada kalian perkara yang apabila kalian berpegang dengannya, pasti kalian tidak akan tersesat : Kitab Allah s.w.t. dan keturunanku (Ahlulbayt) " (H.R Ahmad dan Tirmizi )

Jadi, kita hendaklah mencintai Allah s.w.t. dengan sebanyak-banyak dan sedalam-dalamnya. Untuk mendapatkan cinta yang mendalam terhadap Allah s.w.t., kita haruslah mencintai Rasulullah s.a.w. yang merupakan jendela kebaikan sebagai rahmat Allah s.w.t. bagi seluruh semesta alam. Dengancinta kepada Rasulullah s.a.w., kita mencintai keluarganya yang mulia, yang telah Nabi s.a.w. wasiatkan kepada kita. Sangat besar keutamaan dan banyaknya kebaikan cinta terhadap keluarga Rasulullah s.a.w..

Sedangkan sikap ekstrem (rasa cinta berlebihan atau yang keterlampauan) itu tidak terdapat dalam cinta, tetapi itu ada dalam keyakinan. Oleh itu, selagi mana seorang Muslim bersih akidahnya, maka tidak ada kekeliruan baginya di dalam cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan keluarganya. Kita wajib meyakini tidak ada Tuhan selain Allah s.w.t., junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Allah s.w.t., dan para Nabi a.s. adalah ma'sum (terpelihara). Sedangkan manusia selain para nabi a.s. seperti Ahlulbayt dan Para sahabat r.anhum yang mulia adalah tidak ma'sum. Mereka (Para sahabat r.anhum) itu mahfuzh (dipelihara) dengan pemeliharaan Allah s.w.t. terhadap orang-orang soleh. Mungkin sahja , secara syariat , mereka terjatuh ke dalam kesalahan dan dosa besar. Akan tetapi, Allah s.w.t. memelihara mereka dengan pemeliharaan dari-Nya.

Dengan demikian, sepanjang seorang Muslim itu berakidah bersih, tidak ada cela baginya mencintai keluarga Rasulullah s.a.w. dengan sepenuh hatinya.

Cinta itu ada beberapa darjat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada orang yang mencintai-Nya, maka setiap kali cinta seorang Muslim terhadap Ahlulbayt bertambah, darjatnya meningkat kerana cinta ini di dalam tingkatan orang-orang yang soleh. Sebab cinta terhadap Ahlulbayt yang mulia adalah tanda cinta kita kepada Rasulullah s.a.w.. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. adalah tanda cinta kita kepada Allah s.w.t..

Selawat dan Salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. atas junjungan serta Sayyid kita Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan Junjungan kami di tempat yang Kau janjikan ...Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang mulia lagi menyayangi akan Umat Nabi s.a.w. ini.

Dan Segala Puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian Alam, Tiada berlaku sesuatu melainkan dengan Kehendak-Nya, lagi Maha Mengatur , Maha Kuasa , Tiada Daya Upaya melainkan Allah Azza Wajalla, Dan Allah s.w.t. Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Allah s.w.t. jua Yang Maha Mengetahui...

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

Tuesday, October 6, 2009

Al-Imam Ahmad r.anhu bertabarruk, dan Al-Hafizh Al-Zahabi r.anhu mendukungnya

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Telah tersebut di dalam kitab Mafahim Yajibu An-Tusohhah bagi Al-Alim Al-Allamah Al-Muhaddith Syaikh Prof. Dr. Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki r.anhu. Kitab ini telah dipuji oleh lebih 40 ulamak terkemuka dunia, di antaranya :

1. Al-Fadhilah Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf, Mantan Mufti Mesir dan Anggota Jemaah Ulama Besar Al-Azhar Al-Syariff

2. Al-Muhaddith Al-Muhaqqiq Syaikh Dr. Sayyid Abdullah Kannun Al-Hasani r.anhu , Presiden Perikatan Ulama Morocco, Anggota Perikatan Islam Sedunia di Makkah Al-Mukarramah

3. Al-Fadhilah Syaikh Muhammad Al-Sanrawi r.anhu, Ketua Pemeriksa Al-Azhar dan Pensihat Agama Negeri Fayyum, Mesir.

4. Sohibus Samahah Syaikh Sayyid Ahmad Al-'Awadh r.anhu, Mufti Sudan dan Pengerusi Majlis Fatwa Syar'ei

5. Al-Fadhilah Syaikh Hamid Miyah ibn Muhammad Miyah r.anhu, Presiden Persatuan Ulama Pakistan

6. Sohibus Samahah Al-Allamah Syaikh Sayyid Ahamad Ibn Muhammad Zabarah, Mufti Republik Yaman

7. Fadhilah Al-Allamah Syaikh Prof. Dr. Muhammad Toyyib Al-Najjar r.anhu, Mantan Rektor Universiti Al-Azhar

8. Al-Allamah Al-Muarrikh Al-Faqih Syaikh Muhammad Al-Khazraji r.anhu, Menteri Hal Ehwal Islam dan Waqaf Emiriah Arab Bersatu (UAE).

9. Al-Allamah Al-Adib Al-Kabir (Sasterawan Ulung), Al-Ustaz Ahmad Abdul Ghaffur 'Attar r.anhu, Sasterawan tersohor Arab Saudi dan Pemenang Anugerah Antarabangsa Malik Faisal di dalam Kesusasteraan Arab.

10. Dan lain-lain lagi..tak terlarat nak tulis kerana 200 muka surat pertama dari kitab yang setebal 992 m/s ini hanyalah kata-kata aluan dari para ulamak yang bertebar di serata alam sehingga wakil ulamak dari Indonesia pun ada iaitu Al-Fadhilah Syaikh Sayyid Muhammad ibn Ali Al-Habsyi r.anhu , Pengerusi Pusat Islam di Indonesia. Cukuplah mereka ini yang menjadi saksi akan kebenaran yang hendak disampaikan oleh kitab ini.

Pada m/s 747,Al-Muhaddith Syaikh rah. telah menakalkan dari Kitab As-Siyar A'lam An-Nubala', 11:212 bagi Hafizul Islam Al-Hujjah Al-Imam Syamsuddin Muhammad Ibn Ahmad Al-Zahabi r.anhu , bahawa beliau telah berkata , bahawa telah berkata Al-Imam Abdullah bin Al-Imam Al-Kabir Ahmad bin Hambal r.anhu :

"Aku pernah melihat ayahku (Al-Imam Ahmad r.a. ) mengambil sehelai rambut Nabi s.a.w., lalu dia meletakkan rambut itu di bibirnya dan mengucupnya. Aku juga pernah melihat dia meletakkan rambut itu di matanya, dan juga merendamnya di dalam air. Kemudian air rendaman itu diminum sambil mengharapkan kesembuhan dan keberkatan rambut itu.

Aku juga pernah melihat ayahku mengambil dulang Nabi s.a.w., lalu mencucinya di dalam bekas air (tempayan). Kemudian dia meminum air di dalam bekas itu. Aku juga pernah melihat dia minum air zamzam untuk menyembuhkan penyakit dengan keberkatan air itu, dan menyapu kedua-dua belah tangan mukanya dengan air itu."

Maka, saya (Al-Imam Al-Zahabi r.anhu) berkata : "Di manakah orang yang sangat keras mengingkari Al-Imam Ahmad r.anhu ? Sesungguhnya telah tsabit bahawa Al-Imam Abdullah (Anak kepada Al-Imam Ahmad r.anhu) pernah bertanya kepada ayahnya tentang orang yang menyentuh tombol mimbar Nabi s.a.w. dan mengusap-usap Hujrah Nabawiyah (maqam nabi s.a.w.). Lalu ayahnya menjawab, "Aku tidak lihat dengan melakukan perkara sedemikian dikira sebagai suatu dosa"

"Semoga Allah s.w.t. melindungi kita dan juga kalian daripada bahaya pendapat Kaum Khawarij dan perbuatan Bid'ah mereka."

Tamat petikan kitab. Semoga kita dapat lebih memahami kemulian, keutamaan ,keistimewaan dan khususiyah Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w., supaya kita dapat memberi penghormatan dengan penghormatan yang sebenarnya sebagaimana yang diperintah oleh Allah s.w.t.

Selawat dan Salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. atas junjungan serta Sayyid kita Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan Junjungan kami di tempat yang Kau janjikan ...Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang mulia lagi menyayangi akan Umat Nabi s.a.w. ini.

Dan Segala Puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian Alam, Tiada berlaku sesuatu melainkan dengan Kehendak-Nya, lagi Maha Mengatur , Maha Kuasa , Tiada Daya Upaya melainkan Allah Azza Wajalla, Dan Allah s.w.t. Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Allah s.w.t. jua Yang Maha Mengetahui...

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)