Renungan

Tuesday, February 23, 2010

Batang Tubuh Rasulullah SAW

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin


Amma Ba'du,

Kata orang, kalau tak kenal maka tak cinta...maka fakir ingin berkongsi dengan saudara yang fakir muliakan akan kitab Pohon Nubuwwah karangan Al-Fadhilah Syaikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki Al-Makki HafizahUllah..semoga ada manfaat bersama (^_^).

Pada m/s 18,

Daripada Sayyidina Ali bin Abi Thalib Kwh. berkata :

"Rasulullah SAW tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Baginda SAW bertubuh sederhana di antara kaumnya. Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak pula lurus kaku, tetapi ikal bergelombang. Badannya tidak gemuk, wajahnya sedikit bulat dan agak bujur. Kulitnya putih kemerah-merahan. matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. bahunya bidang. baginda SAW memiliki bulu yang memanjang dari dada sampai ke pusat. Telapak tangan dan kakinya tebal.

Apabila berjalan, Baginda SAW berjalan dengan tegap seakan-akan Baginda SAW sedang turun dari tanah yang curam. Apabila Baginda SAW berpaling, maka seluruh badannya ikut berpaling. Di antara kedua bahunya terdapat Khatam Al-Nubuwwah, iaitu tanda kenabian. Baginda SAW memiliki hati yang paling pemurah di antara manusia. Ucapannya adalah yang paling benar di antara semua orang. Perangainya amat lembut dan paling ramah dalam pergaulan. Sesiapa yang pernah melihatnya, pasti akan menaruh perasaan hormat terhadapnya. Sasiapa yang pernah bergaul dengannya, pasti akan mencintainya. Orang yang menceritakan sifatnya, pasti akan berkata :

"Saya tidak pernah melihat sebelum dan sesudahnya insan seistimewa Baginda SAW"

Tamat petikan kitab...Ya Allah , tempatkan junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan...Amin

Berjuang atas CINTA ALLAH DAN RASUL...mari sahabat sekalian...Nahnu Jundullah


Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

No comments:

Post a Comment