Renungan

Monday, March 1, 2010

Mengapa Kita Harus Merayakan Maulid Nabi Muhammad SAW...

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin


Amma Ba'du,


1.) Bahawa merayakan hari keputeraan Nabi SAW, melambangkan satu kegembiraan dan kebahagian terhadap junjungan kita Rasulullah SAW. Malah orang kafir (Abu Lahab) juga mendapat syafaat dengan kegembiraan ini. Al-Hafizh Syamsuddin Al-Jazari r.anhu menyebut di dalam kitab 'Urf al-Ta'rif bi maulid Asy-Syarif :

"Bahawa seseorang (yakni Sayyidina Ibnu Abbas r.anhuma) bermimpi melihat Abu Lahab selepas kematiannya. Maka dia bertanya tentang keadaannya "Aku berada di dalam neraka, tetapi diringankan azabku pada setiap malam Isnin dan aku menghisap jari di antara 2 jariku sekadar ini (mengisyaratkan hujung jarinya). yang demikian itu kerana aku membebaskan Tsuwaibah ketika dia mengkhabarkan kepadaku tentang berita gembira mengenai keputeraaan Nabi Muhammad SAW dan kerana aku telah menyuruhnya menyusukan Muhammad SAW."

Sekiranya Abu Lahab yang jelas dicela dan dilaknat di dalam Al-Quran mendapat keringanan balasan di dalam neraka kerana kegembiraannya di atas keputeraan Nabi SAW, apatah lagi perasaan gembira yang lahir dari hati seorang muslim yang mentauhidkan Allah ??

Kisah ini disebutkan oleh Al-Imam Bukhari r.anhu di dalam kitabnya, Shahih Al-Bukhari dan dimasukkan ke dalam Fath-al-bari oleh Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani r.anhu.

Al-Imam Abn Daiba' Asy-Syaibani , Al-Imam Al-Baghawi, Al-Imam Ibnu Kathir, Al-Imam Ibnu Hisham, dan Al-imam Al-Baihaqi turut meriwayatkan kisah ini di dalam kitab mereka.


2) Nabi SAW sendiri memuliakan hari keputeraannya, dan bersyukur kepada Allah SWT pada hari keputeraannya. Dalam sebuah hadits disebut :

"Nabi SAW pernah ditanya akan sebab baginda SAW berpuasa pada hari Isnin. Baginda SAW bersabda "Pada hari itu aku diputerakan, dan pada hari itu juga wahyu turun kepadaku." (Shahih Muslim)

Asy-Syaikh Dr Isa bin Abdullah Mani' Al-Himyari menyatakan bahawa nas ini menunjukkan dengan jelas tentang keharusan menyambut maulid Nabi SAW dan pada hadits ini tiada ihtimal yang lain. Beliau berkata :

"Melalui hadits di atas, saya tidak mendapati sebarang jawapan yang menyokong pendapat golongan anti-maulid ini. Malah sekiranya mereka berpegang bahawa sambutan Maulid Nabi SAW hanya boleh dibolehkan dengan melakukan ibadah puasa dan tidak boleh dilakukan dengan ibadat lain seperti membaca selawat, membaca sirah nabi SAW, bersedekah, dan sebagainya, maka golongan ini termasuk di dalam golongan ahli zahir, yang hanya mengikut buta zahir hadis tanpa merujuk kepoada kaedah usul dan mengkhusukan hadis ini tanpa ada dalil yang mengtakhsiskannya."

3) Sesungguhnya bergembira terhadap kelahiran Baginda SAW dituntut melalui perintah Al-Quran sebagaimana firman Allah Ta'ala :

"Katakan (Wahai Muhammad), dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira" (Yunus : 58)

Maka Allah SWT memerintahkan kita untuk bergembira dengan rahmat, dan Nabi SAW adalah sebesar-besar rahmat.

Dan firman Allah SWT : "Dan tidak kami utuskan engkau (Hai Muhammad) melainkan sebagai rahmat sekalian alam" (Al-Anbiya': 107)


4) Sesungguhnya Nabi SAW selalu mengambil kira ikatan masa dengan peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dalam agama yang telah berlaku sebelumnya. Apabila datangnya masa berlakunya peristiwa tersebut, ia menjadi peluang bagi mengingatinya dan membesarkan hari tersebut kerana peristiwa tersebut. Nabi SAW sendiri telah menetapkan kaedah ini seperti mana diriwayatkan dalam Hadis Syaikhan (Bukhari dan Muslim) :

"Sesungguhnya Rasulullah SAW setelah sampai ke Madinah, maka Baginda SAW mendapati kaum Yahudi sedang berpuasa hari Asyura. maka Baginda SAW bertanya kepada mereka : "Apakah hari kamu berpuasa ini?". jawab mereka : "Ianya adalah hari yang besar, di mana Allah SWT menyelamatkan Musa dan kaumnya dan Allah meneggelamkan Fir'aun dan kaumnya. Maka Rasulullah SAW pun bersabda : "Kami lebih berhak dan lebih utama (memperingati) Musa daripada kalian." Maka Rasulullah SAW pun berpuasa dan memerintahkan sahabat-sahabat Baginda berpuasa ."

Al-Imam Al-Hafiz Ibnu hajar Al-Asqalani r.anhu menyatakan bahawa perbuatan rasulullah SAW memuliakan hari Nabi Musa AS diselematkan, menunjukkan bahawa menyambut maulid Nabi Muhammad SAW adalah disyariatkan di dalam Islam, sebagaimana di dalam fatwanya yang dinakalkan oleh Al-Imam As-Sayuthi r.anhu dalam kitabnya Husn Al-Maqasid fi 'Amalil Maulid.


5) Allah SWt berfirman : "Dan tiap-tiap berita dari berita Para Rasul itu , Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) untuk menguatkan hatimu dengannya." (Hud : 120)

Di sini jelas hikmah kisah-kisah para rasul disebutkan di dalam Al-Quran adalah untuk mengukuhkan hati Baginda SAw yang mulia. Dan tidak syak lagi, pada hari ini, kita amatlah memerlukan kepada pengukuhan hati dengan berita dan kisah baginda SAW, malah keperluan kita tentulah lebih kuat lagi berbanding keperluan baginda SAW.

6) Bukan semua perkara yang tidak dilakukan oleh para Salaf r.anhum dan segala yang tidak pernah berlaku pada kurun-kurun awal Islam adalah bid'ah Sayyi'ah yang diingkari dan haram melakukannya serta wajib diingkari. Inilah perkara yang selalu tidak difahami oleh mereka yang mengharamkan sambutan ini. Sebenarnya segala perkara baru dalam agama harus dipandang dan diukur dari segi dalil-dalil syara'.

7) Bukanlah semua Bid'ah itu diharamkan. jika demikian haramlah perbuaatan Sayyidna Abu bakar, Sayydina Umar, Sayyidina Zaid r.anhum yang mengumpulkan Al-Quran dan menulisnya di dalam mushaf, kerana ditakuti Al-Quran itu hilang setelah wafatnya para sahabt yang ahli dalam membaca Al-Quran.

Bukankah Mereka (Yakni Para sahabat yang tiga ) mengambil kira kemshalatan Umat pada masa itu?

Maka siapakah pada zaman ini yang mendakwa mencintai Nabi Muhammad SAW seperti kecintaan Para Sahabat, Tabi'in dan Tabi'i Tabi'in ???

Bukankah Umat Islam hari ini semakin melupakan Nabi Muhammad SAW???

Kita juga punya akal yang dikurniakan oleh Allah SWt untuk menilai perkara ini...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

No comments:

Post a Comment