Renungan

Tuesday, March 16, 2010

Permata yang bertatah bagi memperingatkan Fitnah Dajjal !!!

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,


Fakir membawakan Kitab Aqidatunnajin Fi Ilmi Usuluddin , karangan Al-Ariff Billah Al-Allamah Al-Syaikh Zainal Abidin bin Muhammad Al-Fathani r.anhu yg terkenal dengan gelaran Tuan Minal Al-Fathani r.anhu. Kitab ini adalah terjemahan atas kitab besar Hasyiah Dusuki 'Ala Ummul Barahin bagi Al-Imam Al-Akbar As-Sanusi r.anhu dengan beberapa tambahan yang bermanfaat oleh Al-Syaikh Tuan Minal Fathani r.anhu. Pada m/s 62 :

(Tanbih (*peringatan)) Hai segala saudara yang Muslimin , hendaklah kita bersungguh-sungguh mengetahui akan dalil mukhalafah (*iaitu sifat wajib bagi Allah , Mukhalafatuhu lil Hawadith) ini kerana dengan dialah boleh menolakkan sebesar-besar fitnah dunia dan fitnah akhirat dan segala syubhah yang didatangkan oleh orang yang sesat dengan bagai-bagai penyamaran yang dinamai akan mereka itu dajajil (dajal-dajal)

(Adapun) yang terlebih besar fitnah pada dunia maka iaitu Dajjal kerana ia mendakwa akan ketuhanan maka ialah seorang yang muda yang tiada janggutnya dan ada baginya misai dan buta matanya sebelah, Kata setengah (*Ulamak) mata kiri dan kata setengah ulamak tiada tertentu mata yang kiri yang buta itu kerana berganti-ganti yang buta itu pada satu waktu buta pada pihak kiri dan pada satu waktu yang lain pada pihak kanan, maka matanya itu sangat timbul bijinya sepeti buah 'anib maka tiada ada bandingan seperti demikian mata itu lagi tambun tubuhnya dan tingginya delapan puluh hasta dan lebar antara dua belikatnya itu tiga puluh hasta dan panjang dahinya itu dua hasta dan ada baginya tanduk panah pada kepalanya maka keluar ia daripadanya beberapa ular dan rambut kepalanya itu seperti cawang kayu dan panjang tangannya sebelah daripada satunya mencapai ia akan awan dengan tangannya dan mengambil ikan ia di dasar laut dan dubakarnya kepada matahari dan berjalan ia di dalam laut hingga tumitnya jua dan keluar ia daripada negeri Khurasan dan berteriak ia tiga kali mendengar akandia oleh Ahli Masyriq dan Ahli Maghrib dan dilipat akan bumi baginya seekor himar yang terpotong ekornya putih warnanya dan antara dua telinga khimar itu empat puluh hasta dan kata qil (*sbhgn pendapat ulamak) tujuh puluh hasta dan dapat bernaung di bawah salah satu telinganya tujuh puluh orang

Dan satu langkahnya itu perjalanan tiga hari, maka ditaruk di atas belakangnya mimbar daripada tembaga maka duduk ia atasnya dan mengikut akan dia beberapa jemaah daripada jin dan manusia yang mempunyai permainan yang sia-sia sekaliannya dan dipukul akan gendang dihadapannya , maka tiada mendengarkan akan yang demikian itu oleh seorang melainkan mengikut akandia.

Maka disuruhnya akan awan hujan maka hujan ia dan disuruhnya sungai mengalir ia kepadanya maka mengalir ia dan disuruhnya kembali maka kembali ia maka jikalau disuruhnya kering maka kering ia dan menyuruh ia akan bumi tumbuh maka tumbuh ia dan disuruh keluar perbendaharaan daripada bumi itu maka keluar perbendaharaannya dan lagi sertanya beberapa bukit daripada roti dan makanan dan segala manusia pada waktu itu di dalam kesusahan daripada ketiadaan makanan melainkan orang yang mengikut akandia

Dan sertanya syurga dan neraka maka keduanya itu rupa-rupaan jua bukan syurga dan neraka yang sebenarnya kerana api neraka itu (*iaitu neraka yang dibawak oleh dajjal ) sungai air tawar lagi sejuk dan mendakwa ia akan ketuhanan dan menyeru ia akan manusia kepada beriman dengan dia dan sertanya 2 malaikat salah seorang pada pihak kanan dan satu lagi pihak kirinya menyerupa oleh keduanya dengan dua Nabi . Kata setengah ulamak yang ghalib pada zhan bahasanya Isa dan Muhammad . maka apabila berkata Dajjal itu tiadakah aku tuhan kamu? aku menghidupkan dan mematikan.

Kata salah seorang dari kedua malaikat itu , Dusta engkau dan tiada mendengar akandia oleh seorang daripada manusia melainkan taulannya yakni melainkan yang mendengarnya Malaikat yang satu lagi itu. Maka berkata malaikat yang mendengar bagi taulannya itu Sadaqta yakni benar engkau maka mendengar oleh manusia akan kata malaikat yang berkata benar engkau maka menyangka oleh mereka itu bahwasanya membenar ia akan Dajjal padahal ia kmembenarkan akan orang yang berkata Dusta engkau itu, Maka ORANG YANG TIADA PADANYA DALIL MUKHALAFAH mengikrarkan ia baginya dengan ketuhanannya seperti Yahudi dan segala perempuan dan 'Arab maka berkata ia bagi seorang, "Adakah aku khabarkan dikau jika akku bangkitkan bagi kamu bapa kamu dan ibu kamu adakah engkau naik saksi bahawasa aku tuhan kamu ? maka berkata mereka itu , bahkan maka rupa oleh dua syaithan pada rupa bapaknya dan ibunya maka berkata keduanya , "hai anakku ikut olehmu akandia maka bahawasanya ialah tuhan kamu", dan orang yang teguh berpegang dengan dalil Mukhalafah ingkar ia akan ketuhanannya kerana bahawasanya ia jisim yang berlaku atasnya oleh barang yang berlaku atas segala jisim seperti lemah kerana bahwasanya lemah ia pada akhir pekerjaannya yakni tiada dapat daripada menzahirkan suatu yang mencarikkan bagi adat dan dibunuh oleh Nabi Isa anak Maryam AS.

Tamat.......

Wallahu Yahdi ila sawaissabil

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

2 comments:

  1. salam. Akhi, adakah kitab yg digunakan ini dalam bhs melayu?

    ReplyDelete
  2. Salam.. benar..kitab ini dalam jawi krgn Syaikh Zainal Abidin Al-Fathani r.anhu

    ReplyDelete