Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin
Amma Ba'du,
Pada m/s 3,
Hai saudaraku, hendaklah bersungguh-sungguh oleh kamu pada memelihara akan iman kamu dan agama kamu daripada tiap-tiap yang membinasakan keduanya dan hendaklah kamu sahkan iktikad kamu dengan barang yang diiktikadkan akan dia oleh Ahli Sunnah wal Jama'ah yang tiada Syubhah Bid'ah padanya sekali-kali dan hendaklah kamu belajar akan ilmu yang sebenar daripada guru yang benar lagi mahsyur ilmunya dan solehnya antara manusia lagi guru itu terpelihara ia daripada tamak akan harta dunia dan tiada dengki dan tiada takbur kerana tiada berhimpun sekali-kali ilmu yang sebenar pada hati yang ada padanya suatu sifat daripada sifat yang tiga itu.
Dan sanya telah banyak pada zamani ini beberapa manusia yang mendakwakan dirinya alim yang mengajar ia akan menusia akan menusia yang awam dengan pengajaran yang salah dan beberapa iktikad yang menyesatkan akan hamba Allah SWT dan setengah mereka itu yang berpegang dengan zahir ayat Quran yang mutasyabihat atau sunnah yang mutasyabihat pada hal tiada dilintangkan dengan kuati'q aqliyah dan naqliyah yang muhkamat tetapi berpegang mereka itu dengan zahir ayat yang mutasyabihat, maka jatuh mereka itu di dalam laut kufur maka sesat mereka itu dan menyesat oleh mereka itu akan manusia yang awam
Maka adalah mereka itu seperti Dajjal atau terlebih jahat daripada Dajjal. Dan qasad oleh mereka itu dengan demikian itu hendak menipu dia akan harta manusia supaya hendak memenuhkan perutnya dengan harta yang haram maka lagi akan dipenuhkan perutnya dengan apai neraka jahannam.
Tamat ...
Wallahu yahdi ila sawaissabil
Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..
Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)
Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)
KETIKA SUJUD KAKI DIRENGGANGKAN ATAU DIRAPATKAN ?
9 months ago
No comments:
Post a Comment