Renungan

Saturday, July 18, 2009

Belangsukawa


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t. , Tuhan Empunya sekalian alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya malah selain-Nya lah yg berhajat kepada-Nya . Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan baginda di tempat terpuji sepertimana yg Kau janjikan...Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yg mulia lagi banyak bakti mereka itu dalam menegakkan agama yg mulia ini. Dan mereka yg mengikut mereka itu dari smeasa ke semasa hingga ke hari kiamat .. Ya Allah Ampuni kami, Kasihani kami, Rahmatilah kami...Amin

Amma Ba'du,

Jumaat, 24 Rajab 1430 bersamaan 17 Julai 2009, telah kembali ke rahmatUllah, hambaNya Ustaz Awang Pon bin Awang Sebon rahimahUllah. Beliau anak Sarawak yang pertama memperolehi ijazah dari Universiti al-Azhar pada tahun 1972. Sebelum ke Azhar, beliau menuntut di Madrasah al-Junaid, Singapura dan antara guru beliau adalah Habib Abdullah bin Hasan asy-Syathiri rahimahUllah. Beliau mempunyai jasa yang cukup banyak dalam memartabatkan perundangan Mahkamah Syariah di negeri ini dan merupakan Ketua Hakim Syarie yang pertama bagi Mahkamah Syariah Negeri Sarawak. Dalam arena dakwah, beliau aktif dalam ABIM, bahkan beliau di antara pengasas ABIM Sarawak. Kini padamlah satu obor yang satu ketika pernah menyinari umat Islam di Sarawak. Moga segala kebajikan beliau dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah, segala dosa kesilapan kekhilafan beliau diampuni, dan ditempatkan beliau dalam kelompok orang-orang yang berjaya daripada kalangan para nabi dan shiddiqin, syuhada` dan sholihin. Allahumma aamiin ... al-Fatihah.

Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan baginda di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan Amin) beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yg sgt mengasihi akan umat ini.

Jazakallah Khairan Kathira...

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

No comments:

Post a Comment