Renungan

Sunday, July 12, 2009

Wahabi Bukan Misteri






Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya , malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan...Amin) Beserta Ahlubayt dan para sahabat baginda r.anhum yang suci lagi mulia. Dan mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat . Ya Allah Ampuni kami, Kasihani kami, Rahmatilah kami...Amin



Amma Ba'du,

Adapun kemudian daripada itu, faqir yang serba kekuragan ini ingin berkongsi dengan saudara berkenaan kitab Syawahid al-Haq fi al-Istighathah bi Sayyid al-Khalq SAW. Dikarang akan kitab ini oleh Al-Qadhi Al-Syeikh Yusuf ibn Ismail Al-Nabhani al-Shaf'e rah. (wafat 1350 H). Kitab ini juga telah disemak serta di puji oleh :

1) Al-Allamah Sayyid Ali al-Bablawi al-Maliki - Sheikh Jami' al-Azhar

2) Sheikh Masyaikh al-Hanafiyah Syeikh Abd Qadir al-Rafi'e - Mantan Mufti Mesir
3)Syaikh al-Islam al-Sheikh Abd Rahman al-Sharbini - Sheikh Jami' al-Azhar
4) Hadrah al-Fadhilah al-Fahhamah al-Syaikh Muhammad Bakri al-Sadafi - Mufti Mesir dan ketua ulama Mazhab Hanafi
5) al-Allamah al-Sayyid Ahmad Bek al-Husayni - Alim Mazhab Syafi'e
6) Al-Allamah al-Sheikh Sulayman al-Abd al-Shibrawi - Alim Syafi'e al-Azhar
7) Al-Allamah al-Syeikh Ahmad Hasanain al-Bulaqi - Ulama Syafi'e al-Azhar
8) Al-Allamah al-Sheikh Said al-Muji - Ulama al-Syafi'e al-Azhar
9) Al-Allamah al-Sheikh Muhammad al-Halabi - Ulama al-Syafi'e al-Azhar


Persaksian para ulama terulung ini menunjukkan kedudukan kitab yang dikarang oleh Syaikh Yusuf An-Nabhani rah. . Allah s.w.t. meletakkan kesaksian ulama pada kitab beliau.


Di sini faqir sediakan terjemahan pada m/s 53 kitab ini


peringatan kesembilan

Ketahuilah (saudara pembaca sekalian), bahawa dengan mengemukakan bukti-bukti yang banyak di dalm kitab ini berkaitan pensyariatan Istighathah dan amalan bermusafir untuk menziarahi (maqam) Penghulu segala rasul (alahimus solah was salam) dan membuktikan bahawa ia (ziarah) adalah di antara sedekat-dekat amalan yang mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t. , di antara sebaik-baik kebaikan, di antara seafdhal-afdhal kebajikan , di antara ketaatan yang paling sempurna dan di antara seagung-agung wasilah yang diterima di sisi Allah s.w.t. dan Rasul-Nya s.a.w. . Aku tidak bermaksud untuk memuaskan dengannya( dalil-dalil ini) pengikut-pengikut Ibnu Taimiyyah daripada kalangan al-Wahabiyyah dan sesiapa yang telah diberi susu bid'ah mereka sejak kecil lagi di kalangan mereka yang mengagumi mereka itu dari golongan-golongan yang ganjil dari mazhab-mazhab yang lain. Sesungguhnya berkenaan mereka itu, hampir-hampir tiada harapan lagi untuk mereka berjaya selepas bid'ah yang buruk ini bercampur dengan darah dan daging mereka dan mengalir bid'ah itu di dalam diri mereka umpama penyakit anjing gila yang terkena pada pesakitnya. Dan Syaitan telah berjaya menguasai mereka seperti seorang budak pintar yang menguasai bola dan bermain dengan bola tersebut sesuka hatinya. Maka bagi orang-orang seumpama itu, tidak dapat digambarkan bahawa apabila mereka mendengar perbahasan (kitabku) ini dalam perkara ini melainkan mereka akan mencari jalan bagaimana untuk berdebat dan bermusuh dan bagaimana untuk menolak hujah-hujah ini dengan dalil-dalil dan tidak terlintas di dalm hati mereka untuk menerima hujah-hujah ini selamanya. Dan hal ini serupa sepertimana yang dikatakan para ulama berkenaan imam mereka Ibnu Taimiyyah dan dua anak muridnya Ibnu al-Qayyim dan Ibnu Abd al-Hadi, dan kamu akan tahu hakikat ini dengan melihat kepada kata-kata mereka -semoga Allah mengafiatkan kita daripada mereka.

Dan sesiapa yang membaca kitab-kitab mereka dengan sifat yang adil dalam perbahasan bid'ah-bid'ah mereka akan menerima hakikat bahawa itulah akhlak mereka dalam perkara ini dan itulah tabiat mereka dan kata-kata mereka itu dalam satu bentuk yang sama dengan tamwih (pemalsuan), talbis (menghias perkara batil), takhyil (mengkhayalkan), tawhim (membuat prasangka) dan tahwil (menakutkan); barangsiapa yang datang selepas mereka dan mengagumi mereka dan berjalan di atas bid'ah-bid'ah mereka, lebih-lebih lagi sekiranya mereka itu dari ahli mazhab mereka seperti golongan al-Wahhabiyyah, bagaimanakah mungkin mereka kembali setelah didirikan hujah ke atas mereka; sesungguhnya bagi hal ini tiada jalan untuknya dan tiadalah bagiku dan bagi selain daripadaku harapan (agar mereka kembali kepada kebenaran);
Ini adalah sepertimana yang dinukilkan oleh al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan di dalam kitabnya yang bertajuk : (Khulasoh al-Kalam fi bayan umara' al-balad al-haram) (yang bermaksud Rumusan Kata-kata pada Menerangkan Pemerintah-pemerintah Baladil Haram) dari al-‘Allamah al-Sayyid Alawi Ibn Ahmad Ibn al-Quthb Abdullah Ibn ‘Alawi al-Haddad yang menyebutnya di dalam kitab yang dikarangnya untuk menolak al-Wahhabiyyah yang dinamakan : (Jala' al-Dhullam fi al-radd ‘ala al-Najdi allazi adhalla al-'Awam) (Terangkatnya Kegelapan dalam Menolak al-Najdi (Muhammad Ibn Abdul Wahhab) yang menyesatkan orang awam), dia menyebut:


“Apabila aku sampai ke Thaif untuk menziarahi maqam Sayyidina Abdullah Ibn ‘Abbas r.anhuma, aku bertemu dengan al-Allamah al-Sheikh Thahir Sunbul Al-hanafi, anak kepada al-‘Allamah al-Sheikh Muhammad Sunbul al-Shafie. Maka dia memberitahuku bahawa dia ada mengarang kitab untuk menolak bid'ah golongan (Wahhabiyyah) ini dan dia menamakan kitab tersebut sebagai: (Al-Intisar li al-Awliya’ al-Abrar) (Kemenangan bagi Wali-wali Allah Yang Soleh), dan dia berkata kepadaku: “Semoga Allah memanfaatkan buku ini sesiapa sahaja yang belum masuk bid’ah al-Najdi (al-Wahhabi) ke dalam hatinya. Dan adapun sesiapa yang telah masuk bid’ah itu ke dalam hatinya, maka tidak diharapkan kejayaannya kerana Sabdaan Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari: (Mereka terpancar keluar daripada agama dan kemudian tidak kembali lagi)”. Selesai kata-kata al-Allamah al-Sheikh Thahir Sunbul Al-hanafi.



Dan Imam al-Ghazali telah berkata dalam kitab Ilmu di dalam Ihya’ Ulum al-Din: Dan ahli bid’ah itu apabila dia telah mengetahui perdebatan (bagi mempertahankan bid’ahnya) walaupun sedikit, maka perbincangan dengannya sangat sedikit manfaatnya, sesungguhnya apabila kamu berjaya mendiamkan dia dengan hujah kamu, dia tidak akan meninggalkan mazhabnya, bahkan dia akan mengatakan bahawa itu adalah kerana kekurangan dirinya dan dia menganggap bahawa orang lain (daripada mazhab bid’ahnya itu) mempunyai jawapan yang dia tidak mampu jawab; engkau tidak lain hanyalah mampu mengalahkannya dengan kekuatan perdebatan. Adapun orang yang diberi afiat (keselematan oleh Allah) itu, ialah orang yang terpesong daripada kebenaran dengan sedikit perdebatan, namun dia masih boleh diselamatkan sebelum bertambah kuat taksubnya yang mengikut hawa nafsu, maka apabila bertambah kuat taksubnya, terjadilah putus harapan untuk menyelamatkannya kerana sifat taksub itu menjadi sebab bertambah kukuhnya akidah-akidah sesat dalam diri manusia . Selesai kata-kata Imam al-Ghazali.



Maka dengan sebab itulah, bukan niatku waktu mengarang kitab ini untuk memberi hidayah kepada golongan al-Wahhabiyyah dan golongan seumpama dengannya yang telah bercampur bid’ah yang kotor ini dengan daging dan darah mereka; akan tetapi satu-satunya niatku adalah untuk memberi kefahaman kepada orang-orang Islam daripada mazhab fiqh yang tiga (Hanafi, Maliki & Shafie) secara umum dan orang bermazhab Hanbali yang bukan al-Wahhabiyyah bahawa bid’ah ini adalah bertentangan dengan pegangan jumhur umat Muhammad SAW. Dan aku telah nukilkan pendapat daripada ulama’ mazhab yang empat penolakan dan kejian mereka ke atas Ibn Taymiyyah, bahkan sebahagian daripada ulama’2 yang ulung telah mengkafirkan beliau, walaupun (pengkafiran) itu bukanlah sesuatu yang diredhai dan diterima.
Maka apabila kamu mengetahui perkara ini wahai Muslim Ahli Sunnah daripada mazhab-mazhab Islam (yang muktabar), maka berhati-hatilah kamu daripada penipuan Syaitan atau salah seorang daripada pembantu-pembantunya (Syaitan) yang telah tertahqiq ke atas mereka azab kerugian, dan sungguh ramai golongan yang demikian pada zaman ini; dan mereka menghias bagi kamu bid'ah Taymiyyah Wahhabiyyah yang buruk ini dengan dakwaan-dakwaan ijtihad mutlaq dan meninggalkan taqlid dengan mazhab-mazhab (muktabar) dalam hukum ahkam Syariat; sesungguhnya dalam hal ini ada kemusnahan agama kamu wahai si miskin. Maka bertaqwalah kepada Allah pada diri kamu, dan mintalah pertolongan dari-Nya daripada (tipu daya) Syaitan-syaitan dan sedara-sedara Syaitan.
Dan cukuplah bagi kami Allah, dan Dialah sebaik-baik pemelihara dan Dia-lah yang berfirman dengan kebenaran dan Dia lah yang menunjukkan jalan petunjuk."Selesai petikan kitab .


Maka faqir merasakan Wahabi bukanlah suatu yang misteri seperti yang digembar gemburkan. Ia hanya misteri kepada mereka yang malas mencari kebenaran dan hanya bergantung kepada satu sumber sahaja yang shaz dan ganjil lalu terus membuat kesimpulan dengan tergesa gesa. Shaikhuna Dr Utsman El-Muhammady menjalankan kajian hampir 30 tahun dan merumuskan bahawa Wahabi adalah fahaman yang boleh memecahbelahkan umat Islam. Begitu juga dengan para ulama muktabar seperti Imam Abu Zahrah rah. , Syaikh Prof Dr. Said Muhammad Ramadhan Al-Buti dan ramai lagi dari kalangan Habib Umar al-Hafidz, Habib Ali-Jufri, Habib Munzir al-Musawwa. Faqir tidak bercadang hendak menyenaraikan semua kerana sangat penat menaip. Cukuplah bukti kitab ini bagi mereka yang diterangkan Allah s.w.t. mata hatinya.



Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. , (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.


Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tiada Daya Upaya melainkan Allah s.w.t., Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)






No comments:

Post a Comment