Renungan

Monday, July 13, 2009

Kecintaan Ikhwanul Muslimin kepada Maulid Nabi s.a.w.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam, Tiada berhajat kepada selain-Nya malah selain-Nya lah yg berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah..Tempatkan junjungan kami di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan..Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yg mulia, suci lagi tinggi makam mereka di sisi Allah s.w.t. . Dan mereka yg mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampunkan kami, Rahmati kami, Kasihanilah kami...Amin

Amma Ba'du,

Adapun kemudian daripada itu, Faqir yg kekurangan ini ingin menarik perhatian saudara pembaca yg dimuliakan berkenaan kecintaan Ikhwanul Muslimin kepada Maulid junjungan Nabi Muhammad s.a.w..

Antara ciri-ciri utama tarbiah Al-Ikhwan Al-Muslimin khususnya di sisi para pelopornya adalah, menjadikan tradisi menyambut amalan Maulidul Rasul sebagai suatu yg sgt digalakkan dan amalannya dilakukan secara meluas. Ini kerana tradisi tersebut justeru adalah antara wasa'il (cara-cara) mendekatkan masyarakat Islam dengan "kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.".

Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna rah. menceritakan kecintaannya kepada amalan menyambut Maulid Nabi s.a.w. dengan berkata " ...dan saya sebut bahawasanya antara adat kebiasaan kami adalah dengan kami keluar memperingati Maulid Rasulullah s.a.w. di suatu tempat, lalu kami bernasyid dengan qasidah-qasidah yg biasa dibaca pada menzahirkan kegembiraan yg penuh keriangan yang sempurna" (Muzakkirat Ad-Da'wah wa Ad-Da'iyyah)

Syaikh Abbas As-Sisi rah. menceritakan tentang sambutan Maulid Nabi s.a.w. bersama Imam Hassan Al-Banna rah. di Masjid Nabi Daniel di Iskandariyyah, Mesir. Malah, Imam Hassan Al-Banna sangat menggalakkan amalan menyambut dan memperingati Maulid Rasulullah s.a.w. (Fi Qofilah Al-Ikhwan Al-Muslimin 1/48).

Syaikhul Azhar Imam Abdul Halim Mahmud rah. juga menceritakan tentang tradisi menyambut Maulid Nabi s.a.w. dalam kalangan Ikhwan:

"Kami selalunya pergi beramai-ramai pada setiap malam menuju Masjid As-Sayyidah Zainab r.anha lalu kami menunaikan solat Isya'. Setelah itu kami keluar daripada masjid lalu membentuk beberapa saf (barisan) yg dipimpin di hadapan oleh Imam Mursyid Hassan Al-Banna, lalu beliau bernasyid dengan nasyid-nasyid maulid Nabawi lalu kami mengikutinya (dalam bernasyid) dengan suara kuat secara berjamaah" (Al-Ikhwan Al-Muslimin Ahdaath Sana'at At-Tarikh 1/109)

Jika kita singkapi tradisi sebahagian ulama besar Ikhwan seperti Allamah Syaikh Mustafa As-Siba'ie rah. , beliau sendiri sebagaimana dalam majalah Hadharah Al-Islam (Edisi khas sempena pemergian Syaikh Mustafa) menyusun qasidah-qasidah indah memuji dan bertawasul kepada Rasulullah s.a.w. di maqam baginda s.a.w. sebagaimana yg disyariatkan berdasarkan dalil-dalil yg jelas.

Amalan tawwasul dan sebagainya turut dibela oleh ulama besar Ikhwan seperti Allamah Dr. Yusuf Al-Qaradhawi . Beliau mengarang satu kitab khusus iaitu "Fusulun Fi Al-Aqidah" dalam menyenaraikan hujah-hujah dari Al-Quran dan As-Sunnah tentang keharusan amalan tawwasul dengan kedudukan para Nabi a.s. dan para solihin rah. yg telah meninggal dunia. Ia demi membela usul iman Imam Hassan Al-Banna yg menganggap tawwasul adalah kaifiyyat berdoa, bukan berkisar dalam masalah aqidah .

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkanlah baginda di tempat yg terpuji sepertimana yang Kau janjikan...Amin) Beserta para sahabat dan Ahlubayt r.anhum yang bnyak jasa mereka kepada umat ini.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam, Dan Allah s.w.t. jua yg memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui.

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

No comments:

Post a Comment