Renungan

Monday, July 20, 2009

Haram Belajar Ilmu Usuluddin dari Orang yg Tidak Mahir

Segala puji hanya bagi Allah , Tuhan empunya sekalian alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya malah selain-Nya lah yg berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan kita Sayyidina Muhammad s.a.w. (Ya Alah Tempatkan junjungan kami di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan Amin) beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang mulia lagi banyak jasa bakti mereka itu kepada agama Islam yg tercinta. Dan mereka yg mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat ..Ya Allah Ampuni kami , Kasihani kami, Rahmatilah kami ..Amin

Amma Ba'du,

Adapun kemudian daripada itu, faqir yg serba kekurangan ini ingin berkongsi dengan saudara pembaca yg dimuliakan berkenaan pembelajaran Ilmu Usuluddin . Telah mengarang Imam As-Sanusi rah. di mana kewalian beliau tidak dipertikai oleh umat Islam akan kitab beliau Hasyiah Dusuki A'la Ummul Barahin . Kitab ini merupakan silibus Usuluddin di Universiti Al-Azhar sehingga sekarang . Kitab ini telah diterjemah kepada jawi oleh Al-Allamah Syeikh Zainal Abidin Bin Muhammad Al-Fathani rah. yg terkenal dengan gelaran Tuan Minal Al-Fathani.

Maka telah tersebut di dalam kitab terjemah oleh Tuan Minal Al-Fathani rah. "Para Ulama telah menegaskan adalah haram mempelajari Ilmu Usuluddin daripada orang yg tidak cukup ilmunya, dan tidak mempelajarinya daripada gurunya yg sebenar. Pada masa ini, terdapat sebilangan orang yg mendakwa dirinya alim dan mengajar orang awam ajaran yg menyesatkan seluruh hamba Allah s.w.t. . Setengah mereka itu berpegang kepada ayat-ayat mutasyabihat iaitu yg samar-samar pengertiannya atau berpegang kepada Sunnah yg mutsyabihat juga tanpa dijelaskan dengan dalil-dalil aqliyah dan naqliyah yg padu lagi tegas pengertiannya, sebaliknya menggunakan pengertian -pengertian luaran ayat-ayat mutsyabihat itu. Dengan demikian mereka tenggelam di dalam samudera kekufuran dan seterusnya menjadi sesat serta menyesatkan pula orang awam, Na'uzubillah min Zaalik. Mereka adalah seperti Dajjal atau lebih jahat lagi dari Dajjal."

Sekian petikan dari kitab terjemahan karangan Tuan Minal Al-Fathani rah. yg diberi nama Aqidatun Najin Fi Ilmi Usuluddin, terjemah bagi kitab induk Hasyiah Dusuki A'la Ummul Barahin bg Imam As-Sanusi rah. perlu diingatkan juga bahwa di dalam kitab yg sama telah berkata Imam As-Sanusi rah. "Asal Kufur dan Bid'ah itu ada tujuh". Dan yg ketujuh adalah berpegang dia akan aqaid iman kepada ayat-ayat mutsyabihat padahal tidak dilentangkan dengan dalil naqliyah dan aqliyah yg muhkamat.

Semoga Allah s.w.t. memelihara kita semua dengan akidah yg sejahtera ..Amin

Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. ke atas junjungan besar kita Sayyidina Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan baginda di tempat yg terpuji sepertimana yg Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yg sgt kasih mereka itu akan umat ini.

Segala puji hanya bagi Allah Azza Wajalla, Tiada Daya Upaya Melainkan Allah s.w.t., Dan Allah s.w.t. jua yg memberi petunjuk dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira (^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah,
Salim Azham (MSA)

1 comment:

  1. Salam,Adakah anda mahir tentang Usulludin? Jika ya,tolong jelas kan dan buktikan "Awal agama mengenal Allah".Bagaimana mengenal diri,mengenal Allah.

    ReplyDelete